P. 1
Falsafah Bahasa Melayu

Falsafah Bahasa Melayu

4.0

|Views: 2,347|Likes:
Published by api-3740802

More info:

Published by: api-3740802 on Oct 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU

OLEH PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD MUSANIF

• Perkataan “ falsafah” daripada bahasa Yunani philosophia iaitu philo ertinya cinta dan sophia ertinya hikmat. • Orang yang mula-mula menggunakan perkataan ini ialah ahli falsafah Yunani bernama Pythagoras. • Munculnya perkataan philosophia kerana kegiatan fikiran yang begitu pesat waktu itu, membahaskan rahsia-rahsia alam, soal metafizik dan masalah etika.

DEFINISI FALSAFAH

• Menurut Plato, philosophia bermaksud ilmu. • Aristotle pula menambah, ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu nazari (theoretical science) dan ilmu amali (practicle science) • Heraclitus menyatakan definisi tepat untuk falsafah sebagai ilmu yang membahaskan

hakikat sesuatu.

• Ibnu Sina mengatakan tujuan falsafah untuk mencari hakikat sesuatu dengan segala kemampuan akal manusia.

• Albertus Magnos menyatakan falsafah ialah menyelidik tiap-tiap yang mungkin diketahui oleh akal manusia. • Menurut Francis Bacon, skop perbahasan ilmu falsafah ialah Tuhan, manusia, dan alam tabiat. • Falsafah menurut Descartes himpunan berbagai-bagai ilmu. adalah

HAKIKAT BAHASA
• Bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan. • Bahasa sebagai alat atai kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. • Bahasa sebagai fenomena sosial yang menghubungkan antara individu atau kumpulan dalam masyarakat.

• Bahasa merupakan alat yang merakam, menimbunkan dan mewariskan khazanah kebudayaan. • Bahasa sebagai satu urutan lakuan pertuturan.

FALSAFAH BAHASA
• Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau kajian bahasa (linguistik). • Falsafah bahasa melibatkan dua bidang kajian iaitu: - bidang falsafah. - bidang kajian bahasa (linguistik).

• Kebanyakan ahli falsafah berpendapat bahawa perkara yang mula-mula dikaji dalam falsafah bahasa ialah bidang pemaknaan (semantik). • Kemudian dikaji pula tentang hakikat pengetahuan (epistemologi), persoalan nilai (etika), aspek keindahan (estetika), budaya dan sosial (antropologi dan sosiologi), alam jagat raya atau kosmos manusia (kosmologi), hakikat kewujudan (ontologi), dan tentang alam zahir dan ghaib (metafizik).

FALSAFAH BAHASA DAN FALSAFAH LINGUISTIK
• FB meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. • FL membincangkan dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu meneliti kaedah dan amalan ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka.

• FB merupakan percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri-ciri bahasa. • FL (kebahasaan) merupakan percubaan untuk menjelaskan masalah-masalah falsafah. • FB adalah nama untuk satu subject matter dalam falsafah manakala FL adalah nama untuk satu kaedah dalam falsafah.

Pengetahuan bermaksud keadaan tahu,iaitu hasil pekerjaan mengenali, menyedari, menginsafi, mengerti, dan menurani. 1.Pengetahuan indera yang diperoleh melalui kerja anggota pancaindera iaitu melihat, mengecapi, mendengar, membaui, dan meraba atau merasa. 2.Pengetahuan ilmu hasil penyelidikan, pengamatan dan penganalisisan terhadap pengetahuan pancaindera, untuk lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik yang nyata secara zahiriah.

HAKIKAT PENGETAHUAN

3. Pengetahuan falsafah terhasil sebagai persambungan daripada pengetahuan ilmu/sains dengan cara merumuskan sesuatu secara sejagat dan hakikat,daripada asal permulaan kepada pengakhiran, daripada serpihan kepada keseluruhan dan daripada zahir kepada batin.

PROSES BERFIKIR DAN BAHASA
kandungan bahasa (content of language) dan bahasa sebagai wahana fikiran (vehicle of thought).Ini bermaksud bahasa sebagai alat untuk menyampaikan buah fikiran. Oleh itu, dalam proses berfikir, mungkin banyak menggunakan bahasa, mungkin sedikit menggunakan bahasa atau langsung tidak menggunakan bahasa. Fikiran merupakan

• Berfikir secara autistik. • Berfikir secara mengingat kembali. • Berfikir secara imaginasi. • Berfikir secara memberi perhatian. • Berfikir sebagai satu kepercayaan. • Berfikir secara mendalam.

BAHASA DAN PENGELIHATAN DUNIA PENUTUR
bermaksud kemampuan manusia melakukan persepsi terhadap alam nyata dan di samping itu menimbulkan apa yang dipersepsikan dalam konsep-konsep yang diwujudkan oleh bahasa. Unsur-unsur bahasa yang menjadi teropong pengelihatan dunia penutur tidak terbatas kepada perbendaharaan kata tetapi juga meliputi unsur-unsur nahu.

Pengelihatan

dunia

• Kategori genus. • Tindak balas terhadap penggunaan kata, ungkapan atau ayat. • Sifat interaksi dalam permintaan.

SIFAT KESEJAGATAN BAHASA
Benjamin L. Whorf mengatakan bahawa ada sesuatu kesejagatan dalam bahasabahasa asli manusia. Sifat kesejagatan dilihat melalui ciri persamaan antara bahasa. Dari segi binaan perkataan, semua bahasa mempunyai unsur asas perkataan, iaitu morfem.

• Semua bahasa juga mempunyai golongan kata asas, kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya. • Semua bahasa manusia mempunyai tiga bunyi yang umum,iaitu vokal, konsonan, dan diftong. • Semua bahasa mempunyai unsur perkataan dalam ayat dan dikategorikan kepada subjek, predikat, dan objek ayat.

SIFAT KHUSUS (PARTIKULAR) BAHASA
Ciri-ciri perbezaan mewujudkan sifat khusus atau partikular antara bahasa. Dalam sistem bunyi, julat atau range bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong berbeza. Urutan bunyi-bunyi dan ciriciri koartikulasinya juga berbeza.

Dari segi pembentukan kata, ada bahasa yang bersifat isolatif (kata akar sahaja), aglutinatif (menggunakan penambahan) dan infleksi (menggunakan penambahan dan perubahan dalaman). Dari segi sintaksis ada bahasa dalam tipologi SVO (subject-verb-object), SOV, dan VSO.

SIFAT TRANSENDENTAL BAHASA
Sifat transendental adalah sifat bahasa untuk tujuan perhubungan dengan alam ghaib atau “tinggi” yang merentasi alam nyata. Terdapat perhubungan antara Allah yang ghaib dengan manusia yang zahir. Yang ghaib tidak diliputi oleh ruang dan masa sedangkan bahasa manusia ada ruang (gelombang bunyi dan tulisan) dan masa (waktu pengujarannya).

• Allah mengajar Adam a.s realiti kewujudannya (Surah al-Baqarah,31). • Allah berkata-kata dengan Nabi Musa (AlA’raf,143). • Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab (Surah Yusuf,2). • Allah mengutuskan rasul dalam kaumnya (Surah Ibrahim,4). bahasa

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->