You are on page 1of 8

KONSEP PENYELIDIKAN BAHASA DAN LINGUISTIK

1. Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh


manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru.
2. Semua penyelidikan berorentasikan satu atau dua matlamat:
pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu
masalah.
3. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi, iaitu:
Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan
Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan
Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan
Penyelidikan hendaklah sistematik
Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan kerana
penyelidikan tidak seragam. Misalnya, penyelesaian masalah,
laporan, eksperimen, tinjauan, dan pemerhatian.
Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan dalaman (internal
validity) dan kesahan luaran (external validity).
Keputusan penyelidikan boleh ditafsir dengan tepat (internal validity)
Keputusan penyelidikan dapat mewakili keseluruhan populasi (external
validity)
Contoh:
Skima Am Penyelidikan yang tidak mengandungi kesahan Dalaman
Ujian Pencapaian
Sekolah 1
Guru A 4 kelas
Bahan 1 Pelbagai kebolehan Ujian dibina oleh Guru A

Sekolah 11
Guru B 3 kelas
Bahan 11 Pelbagai kebolehan Ujian dibina oleh Guru B

Sekolah 111
Guru C 4 kelas
Bahan 111 Kebolehan yang tinggi Ujian dibina oleh Guru C

9 minggu
Katakanlah seorang penyelidik berminat untuk menyelidik kesan tiga
jenis bahan pengajaran ke atas pencapaian bahasa Melayu pelajar
tingkatan empat.Mengapa penyelidikan tersebut dikatakan tidak
mengandungi kesahan dalaman?

Fikirkan cara lain yang boleh menunjukkan terdapat kesahan dalaman


untuk penyelidikan tersebut.

Jawapan:
Keputusan penyelidikan dapat mewakili keseluruhan populasi (external
validity)
Skima Am Penyelidikan yang tidak mengandungi kesahan luaran

Jumlah Skor yg terhasil


Sukarelawan 1
Masa pendedahan: 1 saat Sukarelawan 2

Masa pendedahan: 2 saat Sukarelawan 3


Sukarelawan 4
Masa pendedahan: 3 saat Sukarelawan 5
Sukarelawan 6
Masa pendedahan: 4 saat Sukarelawan 7
Sukarelawan 8
Masa pendedahan: 5 saat Sukarelawan 9
Sukarelawan 10
Pendedahan kpd 20 simbol
Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan dalaman (Internal
relibility) dan kebolehpercayaan luaran (external relibility).
Kebolehpercayaan dalaman ialah pengumpulan, analisis, dan tafsiran data
tekal apabila diberi keadaan yang sama. Contohnya penyelidikan
berbentuk eksperimen dalam makmal bahasa.

Kebolehpercayaan luaran ialah penyelidik yang lain boleh mereplika


sesuatu hasil penyelidikan jika diberi latar belakang yang sama.
Contohnya cerita dalam CD.

Penyelidikan hendaklah sistematik, iaitu mempunyai satu tatacara yang


teratur dari satu langkah ke satu langkah sehinggalah ke langkah
akhir, terdiri daripada:
1. Mengenal pasti Masalah 2. Menyemak maklumat
3. Mengumpul data 4. Menganalisis data
5. Membuat kesimpulan
JENIS PENYELIDIKAN
2 jenis penyelidikan ialah penyelidikan asas dan penyelidikan terapan.
Penyelidikan asas bermatlamatkan pengembangan ilmu. Penyelidikan
terapan bermatlamatkan penyelesaian masalah.
Jenis Kaedah Penyelidikan Bahasa
1. Kajian Eksperimen
Penyelidik memanipulasikan sekurang-kurangnya satu pembolehubah.
Misalnya, kesan jangka masa ke atas pembelajaran bahasa 60 pelajar.
2. Kajian Ex Post Facto
Penyelidik cuba menentukan hubungan dan kesan yang berlaku antara
satu pembolehubah dengan satu pembolehubah yang lain.Misalnya,
hubungan antara sikap terhadap sekolah dengan pencapaian mata
pelajaran bahasa Melayu pelajar tingkatan enam.
3. Kajian Tinjauan
Kajian tinjauan lebih mempersoalkan what is?Bukan why it is
so?Misalnya, amalan profesional guru-guru bahasa di peringkat
universiti.
Selain itu, kajian tinjauan lazimnya menggunakan soal selidik yang
diedarkan sewaktu membuat kerja lapangan.
4. Kajian Sejarah
Pengumpulan maklumat dari masa lampau yang berperanan sebagai
data untuk ditafsir.
Menjelaskan what was bukan what is. Misalnya, sejarah
perkembangan bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia sepanjang
tempoh tahun 1940an.
5. Kajian Etnografi
Proses memberikan huraian secara analitik dan mendalam tentang
sesuatu bahasa dan fenomena bahasa di dalam konteks yang
khusus.Misalnya, analisis semantik bahasa Melayu atau Bahasa
Melayu slanga.
SEMESTER KUEDUA 2006/2007
PROGRAM BACELOR PJJ
TUGASAN BBM3413
KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU
Arahan: Jawab semua soalan. Markah Penuh 20 termasuk 2 markah untuk sifar
kesalahan ejaan.
A. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi.
1. Beri 2 contoh bentuk penyelidikan yang berlainan. (2 markah)
2. Beri 1 contoh kesahan luaran dan 1 contoh kesahan dalaman. (2 markah)
3. Beri 1 contoh kebolehpercayaan luaran dan 1 contoh kebolehpercayaan
dalaman. (2 markah)
4. Lukiskan langkah-langkah penyelidikan yang sistematik. (2 markah)

B. Terdapat 5 jenis penyelidikan yang lazim digunakan oleh penyelidik bahasa. Beri
satu tajuk penyelidikan bagi setiap jenis penyelidikan. (10 markah)

You might also like