You are on page 1of 7

Kesan Negatif Globalisasi Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah

kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa. Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima. Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa. Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar. Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal. Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa

di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara. Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancangperancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat. Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian. Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global. Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat. Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa

besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi. (Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut: a) Pakaian jenama barat. b) Makanan segera keluaran barat. c) Minuman global yang ditaja oleh barat. d) Hiburan yang menonjolkan budaya barat. e) Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda. f) Rekreasi yang meniru ala barat. g) Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat h) Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat. i) Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.) (Utusan Pengguna, November 1997, M/S 23) Selain memberi perhatian kepada isu global, kita juga perlu beri perhatian kepada isu yang berlaku di Malaysia sebagai kesan daripada globalisasi yang negatif. Sebagai contoh: a)Pemikiran pluralisme, liberalisme dan feminisme sebagai kesan negatif daripada globalisasi pemikiran. b)Keengganan untuk solat, maksiat yang berleluasa, moral yang rendah, fesyen lelaki bersubang dan wanita yang menayangkan pusat sebagai kesan negatif daripada globalisasi kebudayaan. c)Sikap rakus untuk memperbanyakkan harta sehingga segala tujuan hidup adalah kerana imbalan harta di sebaliknya. Ini adalah kesan negatif daripada globalisasi ekonomi kapitalis. d)Banyaknya umat Islam yang berpaling ke agama Kristian atau tidak beragama (atheis) sebagai kesan negatif daripada globalisasi agama. e)Demikian beberapa isu, sama ada yang bersifat global secara umum atau sebagai kesan negatif daripada globalisasi, yang pada pengamatan saya amat kurang diberi perhatian oleh umat Islam Malaysia.

Kesan Positif Globalisasi Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi: Promosi perdagangan bebas a)Barangan: I.Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai II.Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan pengkontenaan untuk perjalanan laut. III.Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal IV.Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaan-perniagaan tempatan b)Lindungan harta hak cipta I.Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan lebih ketat II.Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat. Jika dilihat dari perspektif dunia dalam era globilisasi banyak kesan yang baik dan buruk yang bakal diterima oleh negara. Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian tentang kebaikan globalisasi terhadap kaum: a)Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya membina satu pertandingan yang sihat. b)Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar terhadap program pengajaran dan pembelajaran. c)Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia

untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah perdagangan atau pemiagaan antarabangsa. d)Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara global. e)Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman. f)Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta yang memanfaatnya. g)Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya. h)Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa global. Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan. Anjakan dari segi ekonomi a)Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia. b)Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing c)Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian. d)Pembangunan sistem kewangan global. e)Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting f)Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan multinasional. Anjakan dari segi budaya

a)Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap, b)Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku. c)Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah. d)Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat. e)Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan) f)Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain. g)Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya. h)pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon. i)Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-undang hak cipta dan paten j)Pembentukan nilai-nilai universal k)Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa). l)Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri.

You might also like