You are on page 1of 3

Cara Sholat Istiqarah :Solat dua rakaat.

Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-


Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua
dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud
diakhir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.

Cara lain yang afdhal atau terbaik untuk saudara/i lakukan solat istikaharah dan
mendapat petunjuk dari Allah ialah dengan melakukan perkara berikut sebelum
tidur:-

1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)

2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-
Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua
dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan


maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.

4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah.


Bacaan adalah sama dengan solat taubat.

5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin

6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang


terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang
menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.

Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:


Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon
takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat
besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui
segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini
adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta
kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta
permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui
baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di
dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya
serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Doa Solat hajat:

Mafhumnya:- Tiada tuhan yan disembah melainkan Allah yang bersifat maha
mengetahui dan mulia. Maha suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar.
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu serta
keampunan Mu, perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam
melakukan kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta aku
memohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa terhadapku
kecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali Engkau
permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan urusan
pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali Engkau
perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.

Kemudian baca doa yang sepatutnya.

Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terbetik dihati kita selepas
kita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu
adalah dikira petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa petunjuk
adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan
tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadi
syarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalam
membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasa
mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segala
amalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi yuntuk mengelakkan
gangguan dari syaitan.

Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas sembahyang istikharah tidak akan


tiimbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila
kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah.
Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was.
Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. Bercintalah Dengan
Allah kerana Allah samasekali tidak akan menolak cinta hambanya apatah lagi
mengecewakan hambanya...berlainan dengan cinta manusia yang bersifat sementara
dan hipokrit dan sebagainya.. Semoga saudara/i berjaya. Amiin.

You might also like