P. 1
Ctu 551 Tamadun Islam

Ctu 551 Tamadun Islam

|Views: 1,994|Likes:
Published by Encik Syafiq

More info:

Published by: Encik Syafiq on Oct 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

ISI KANDUNGAN

PERANAN PEMIMPIN DALAM KELAHIRAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Perkara Pendahuluan Faktor kelahiran tamadun Faktor kejatuhan tamadun Peranan Pemimpin Analisis pemimpin dalam kelahiran Kesimpulan/Cadangan Bibliografi/Rujukan Halaman 2 3-6 6-7 7-9 9 - 11 11 - 12 12

1.0

Pendahuluan

Andainya kita rujuk kembali kepada lembaran sejarah umat Islam, kita dapati Imam, Khalifah dan Amir al-Mu’minin adalah tiga gelaran yang paling lumrah kepadatan, di samping beberapa gelaran lain yang diberikan kepada pemimpin umat Islam. Imam adalah gelaran yang pertama sekali digunakan bagi mengenali pemimpin umat Islam sama ada dari segi ibadat khusus (rukun Islam yang lima), politik (pemimpin Negara), sosial, kebudayaan dan segala bidang kehidupan yang lain. Gelaran yang pertama ini, telah disandang oleh Rasulullah s.a.w. Pemimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dikenali dengan gelaran khalifah. Saidina Abu Bakar as-Siddiqlah merupakan orang yang pertama sekali memakai gelaran khalifah yang mempunyai bidang tugas yang sama dengan Rasulullah s.a.w. Gelaran in dpakai seterusnya oleh pemimpin umat Islam buat beberapa abad hingga ia digantikan dengan gelaran sultan. Hanya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali sahaja yang ditambah gelaran Rashidin sebagai khalifah-khalifah yang dapat member petunjuk dan paling menghampiri kepimpinan Rasulullah s.a.w. Amir al-Mu’minin adalah gelaran yang buat pertama kalinya dipakai oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Istilah ini biasanya digunakan apabila umat Islam berhubung dengannya secara lisan, atau tulisan. Di samping itu, terdapat beberapa gelaran yang lain yang pernah diberikan kepada pemimpin umat Islam seperti Uli Amri, Malik, Sayyid dan lain-lain lagi. Kepimpinan Islam yang paling unggul hanya didapati di dalam kepimpinan Rasulullah s.a.w. melalui bimbingan wahyu. Sebab itulah Baginda merupakan contoh dan teladan yang paling baik di atas muka bumi ini, yang sewajibnya dicontohi oleh setiap pemimpin khasnya dan seluruh umat manusia amnya. Uli Amri membawa erti pemimpin umat Islam yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang Allah s.w.t. Malik pula member erti tuan atau pemilik sebagai lambing orang yang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas umat Islam. Sayyid juga bererti ketua atau tuan kepada umat Islam yang merangkap sebagai pemimpin yang mengetuai umat Islam di dalam segala lapangan.
Sehubungan dengan ini, Allah s.w.t. telah berfirman di dalam ayat; terjemahannya: ‘” Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah sumber ikutan yang baik. Bagi yang mengharapkan rahmat Allah dan hari akhirat dan mengingati Allah dengan

3
sebanyak-banyaknya.1

2.0

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemunculan/Perkembangan Tamadun Islam

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun adalah seperti berikut; A. Tamadun Islam Islam menganggap tamadun bertitik tolak dari ajaran agama. Demikian juga kelahiran sesebuah tamadun berpunca daripada Islam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Islam telah memberi sinar kepada masyarakat untuk menyempurnakan tamadun yang dibina. Tidak dinafikan semasa perutusan Rasulullah SAW, masyarakat Arab sudah mencapai beberapa kemajuan. Justeru, kedatangan Islam telah memisahkan masyarakat Arab daripada amalan jahiliah kepada amalan bijaksana berlandaskan Islam. Pengabaian nilai-nilai agama, intelektual dan ketiadaan pimpinan yang berwibawa menjadi tanda awal dan mempercepatkan keruntuhan sesebuah tamadun yang dibina, walaupun bangunan kukuh yang didirikan masih tersergam indah. Hal ini terjadi kerana pembangunan fizikal semata-mata yang bersifat material tidak dapat menjamin keabadian sesebuah tamadun. B. Keagamaan Faktor agama yang bertunjang kepada tauhid merupakan aspek teras dalam pembinaan Tamadun Islam. Dalam usaha membina sebuah masyarakat bertamadun melalui penyampaian dakwah, Rasulullah S.A.W. menekankan aspek iman, Islam dan ihsan serta mempraktikkan unsur ini dalam kehidupan masyarakat Islam. Sebagai pemimpin yang berwawasan dan berjiwa besar baginda telah berjaya membina satu generasi yang memiliki iman yang kental dan sanggup berjuang berhabis-habisan demi

mempertahankan Islam. Generasi ini tidak gentar dengan sebarang kemungkinan, hanya mengharapkan mati syahid apabila berada di medan juang. Walaupun jumlah mereka kecil berbanding pihak lawan. Ketinggian nilai-nilai keimanan telah memberi kesan besar pada kejayaan pembinaan Tamadun Islam yang berpusat di kota Madinah. Kota Makkah juga dapat dikuasai sepenuhnya dan dibersihkan dari unsur-unsur tamadun yang bercanggah dengan Islam. Dalam pembinaan tamadun, Islam memaparkan kisah-kisah sejarah silam sebagai iktibar. Kesemua kisah yang diulang kembali oleh al-Quran memaparkan kesan buruk dan kemusnahan tamadun akibat sesebuah masyarakat cuba menyalahi landasan agama tauhid yang telah disampaikan kepada mereka. Selain ini mereka juga mengingkari ajaran yang disampaikan oleh para nabi. Sebagai contohnya, ketinggian tamadun yang didirikan oleh Firaun, kaum Ad dan kaum Thamud telah mengalami kehancuran kerana keingkaran kepada Allah Yang Maha Esa. C. Nilai-nilai akhlak Ketinggian nilai-nilai akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW merupakan kunci kejayaan dalam pembentukan Tamadun Islam. Prinsip dan nilai murni yang dipaparkan dalam kepimpinan Rasulullah SAW dapat menjadi pedoman kepada generasi berikutnya untuk membina satu tamadun bangsa yang gemilang. Akhlak memainkan peranan yang sama penting dalam pembinaan dan keutuhan sesebuah tamadun. Apabila nilai-nilai akhlak diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas umat Nabi Luth. Dengan penuh gaya mencabar kaum Nabi Luth, memomokkan kenabian Nabi Luth dan memaparkan akhlak buruk yang menyalahi tabie manusia. D. Politik dan Pemerintahan Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam menentukan bangun jatuh sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu bangsa. Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat mengekalkan sesebuah tamadun. Sebaliknya, kepincangan dan kelemahan kepimpinan akan mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina oleh tamadun sesebuah bangsa. Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju, pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan tamadun sesuatu bangsa. Sebaliknya, apabila pemimpin mementingkan diri sendiri, berfoya-foya, melakukan penyelewengan, rasuah berleluasa di kalangan para pegawai kerajaan, keruntuhan akhlak dan moral akan melemahkan pemerintahan dan benteng pertahanan negara mudah dimusnah. Pembentukan Kerajaan Islam Madinah menjadi bukti bahawa Islam dapat dipraktikkan secara menyeluruh dalamkehidupan harian. Tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah S.A.W. di Madinah menjadi titik tolak kepada pembinaan tamadun Islam seterusnya.Para khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah berjaya membina tamadun Islam dengan wujudnya pelbagai bidang kemajuan. Kemajuan yang dapat dicapai dalam pelbagai bidang terutamanya bidang keilmuan adalah hasil daripada

5 usaha pemimpin yang amat berwibawa. Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun adalah antara pemerintah Abbasiyyah yang sangat menekankan aspek keilmuan. Sumbangan mereka yang terpenting ialah pembentukan Baitul Hikmah, yang merupakan sebuah perpustakaan besar. Kegiatan keilmuan yang aktif di Baitul Hikmah telah menghidupkan peranan perpustakaan. Ini merupakan mutiara yang amat bernilai dalam sejarah tamadun Islam. Demikian juga, gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat Tamadun Islam di Asia Tenggara yang terunggul. Sejarah juga memaparkan bahawa keadaan politik yang kacau bilau, kelemahan pentadbiran, pergolakan dalaman menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. Suasana ini dapat dilihat pada kejatuhan Kerajaan Bani Umayah, Kesultanan Melayu Melaka, kerajaankerajaan Islam di Andalus dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Pergolakan dalaman dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina penuh gemilang menemui titik penamat. E. Sosial Kestabilan sosial antara individu dan masyarakat dengan berteraskan ilmu, kemajuan dan minda yang mempunyai gagasan boleh meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina. Hal inilah yang dapat kita saksikan semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya di zaman Rasulullah S.A.W. Walaupun kuantiti umat Islam kecil berbanding dengan orang bukan Islam, namun mereka mampu membina masyarakat yang berkualiti. Gambaran masyarakat sebegini dapat dilihat pada komuniti Muhajirin dan Ansar yang berpusat di Madinah. Pembinaan Tamadun Islam yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara dua kelompok ini mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, malah terus berkembang ke seluruh dunia timur dan barat. Sebaliknya, sistem sosial yang longgar kerana kerapuhan jatidiri sehingga masyarakat dibuai dengan kelekaan kerana kemewahan dan gemar kepada hiburan yang berlebihan dan bebas (budaya hedonistik) mengundang keruntuhan sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun. F. Ekonomi Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu mengembangkan lagi sesebuah tamadun.Sejarah membuktikan masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan, pertanian,penternakan bertaraf antara bangsa, walaupun mereka bermula dari kegiatan ekonomi sara diri.Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya membina satu pusat perdagangan bertaraf antara bangsa di Pelabuhan Melaka. Pelabuhan ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang Arab, India, Cina dan bangsa Eropah. Walaupun kemudiannya, kegiatan perdagangan import eksport yang rancak di Pelabuhan Melaka telah beralih ke Singapura setelah keutuhan Tamadun Melayu Melaka mengalami keretakan.

G. Penguasaan bidang keilmuan Penguasaan pelbagai bidang ilmu-ilmu dan kemunculan sains dan teknologi memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun. Kelahiran para sarjana dan kepelbagaian kegiatan keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusat-pusat intelektual. Lembaran sejarah mencatatkan Baghdad, Andalus, Melaka dan Patani adalah antara pusat intelektual yang terkenal. Apabila penguasaan politik sesebuah kerajaan mula runtuh, pusatpusat intelektual yang diwujud pada sesebuah kerajaan tidak akan runtuh, tetapi sebaliknya ia akan berpindah ke wilayah lain yang aman. Sejajar itu juga terbina pula kerajaan baru ditempat perletakan pusat intelaktual yang dipindahkan. Sejarah di Alam Melayu dapat disaksikan sebagai contoh. Apabila peranan Melaka sebagai pusat intelektual telah berakhir, maka peranan ini telah diambil alih oleh Kerajaan Acheh Darussalam. Demikian juga dengan penguasaan bidang sains dan teknologi. Situasi masa kini menunjukkan bidang ini amat penting dalam penerusan tamadun bangsa. Perkembangan dewasa kini membuktikan penguasaan Barat terhadap tamadun dunia ialah kerana kemajuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.

3.0

Faktor-Faktor Kejatuhan Tamadun

Dalam mengharungi zaman kegemilangan ketamadunan islam yang bermula pada zaman Rasulullah S.A.W. dan disambung oleh empat orang Khulafa ar-Rasyiddin yang cukup berwibawa dalam tampuk pemerintahannya demi Agama Allah S.W.T. serta keadilan sejagat terhadap rakyatnya. Kegemilangan ini dapat dipertahankan sehingga tampuk pemerintahan di jazilah arab disambung oleh Bani Umayyah untuk menyambung kegemilangan ketamadunan islam di dunia. Namun begitu, zaman kegemilangan islam melalui peningkatan tamadun tidaklah berkekalan lama semasa tampuk pemerintahan Bani Umayyah. Kegagalan atau kejatuhan Bani Umayyah berpunca daripada beberapa sebab yang meliputi factor dalaman mahupun factor luaran yang menjadi asas kepada kejatuhan tamadun. Faktor nilai moral yang rendah adalah punca kejatuhan tamadun islam yang dahulunya merupakan sebuah tamadun yang gah dan disegani di seluruh dunia. Namu rebah pada zaman Bani Umayyah. Pemimpin pada zaman Bani Umayyah amat mementingkan nafsu diri daripada tanggungjawab yang diamanahkan, selain itu juga sikap golongan pemimpin yang membelakangi agama kerana pangkat dan kekayaan semata-mata.Malah golongan pada zaman ini,bersifat kaki perenpuan dan kaki arak. Selain itu juga, sikap yang suka menu jukkan kehebatan melalui mata pedang. Ini dapat dilihat daripada sikap Ubaidullah yang memenggal kepala Hussein bin Ali di Karbala. Kekurangan pengalaman juga merupakan factor kejatuhan ketamadunan islam di dunia. Ini dapat dilihat melalui kurangnya kelayakan di kalangan khalifah Umayyah. Selain itu juga,

7 pemilihan seorang khalifah diambil sewenang-wenangnya. Tindakan ini menyebabkan ketamadunan tidak mendapat seorang khalifah yang hebat untuk pertahankan tamadun islam. Sebagai contoh, Muawiyah bin Yazid yang meletakkan jawatannya kerana merasakan yang dirinya tidak berupaya disebabkan oleh pemilihan khalifah tanpa ketelitian yang sewajarnya. Selain itu juga sikap “Al-Asabiyyah Al-Arabiyyah” merupakan punca kegegalan dalam pertahankan tamadun islam. Sikap kesukuan atau berpihak kepada kaum tertentu merupakan dalang perpecahan antara umat islam. Golongan ini terlalu taksub dengan semangat berpuakpuak sehingga meletakkan kepada beberapa susun lapis masyarakat sebagai contoh tuan atau ‘Sayyid” dan “Al-Hamra”. Selain itu juga, golongan ini hanya memberikan suku-suku mereka sahaja yang memerintah sesuatu kerajaan, keadaaan ini membantutkan lagi proses perkembangan tamadun. Namun, Bani Umayyah seolah-olah mewujudkan sikap perkauman dengan menyokong atau berpihak kepada mana-mana suku yang sedang bertelagah. Selain itu juga, sikap mewariskan jawatan kepada anak-anak mereka merupakan satu punca yang kerap berlaku, ini menyebabkan dunia islam berada pada takuk yang lama tanpa peningkatan yang sewajarnya.Ini dapat dilihat Marwan bin Al-Hakam yang mengenepikan Khalid bin Yazid dan Amru bin Said seperti yang ditetapkan dalam muktamar Al-Jabiyah, sebaliknya dia melantik putera-puteranya. Selain itu juga terdapat factor luaran yang menjadi punca sampingan kejatuhan tamadun seperti Syiah iaitu berlakunya perlanggaran perjanjian yang dimeterai dan ini menybabkan berlakunya ketidakpuasan hati dikalangan mereka yang membuat perjanjian. Namun disebabkan Muawiyah telah menolak perjanjian yang dibuat bersama Hassan iaitu rakyat yang memilih khalifah bukannya system warisan. Pengcabulan perjanjian ini memberi kesan kemarahan dihati rakyat. Selain itu juga, wujud golongan At-Tawwabun iaitu golongan yang bertaubat. Golongan ini wujud kerana untuk menebus dosanya yang mana mereka mengundang Hussien ke negeri mereka, namun tidak pula membelanya. Ini mewujudkan perasaan sanggup berbuat apa sahaja demi insan yang dihormatinya. Kita dapat menilai dan memerhatikan bagaimana kesilapan mahupun keegoaan golongan yang hanya mementingkan diri demi memiliki harta,pangkat mahupun kedudukan dan tanpa meikirkan kesan terhadap agama, rakyat mahupun Negara. Hal ini menyebabkan ketamadunan islam terutamanya pada zaman Bani Umayyah mengalami proses kejatuhan yang amat teruk sekali.

4.0

Peranan Pemimpin

Peranan pemimpin merupakan aspek penting dalam pembangunan sesuatu tamadun. Jika pemimpin tidak memainkan peranan, masyarakat akan terumbang-ambing tanpa satu sistem pemerintahan yang dikendalikan oleh pemimpin. Pembangunan insan hendaklah disemarakkan lagi bagi membentuk Insan-insan Rabbani yang progresif, cergas dan tangkas dalam membangunkan diri, masyarakat, negeri dan negara, iaitu: Peranan pemimpin yang baik adalah;

A. Membentuk rakyat yang berilmu, beriman dan berakhlak. Ketinggian ilmu, kemantapan iman dan kecemerlangan akhlak, adalah unsurunsur penting kepada pembinaan kemajuan syakhsiah dan negara yang cemerlang. Jatuh bangunnya tamadun manusia bergantung pada penghayatan ilmu, pemilikan iman dan akhlak oleh setiap lapisan masyarakat. Jika pemimpin tidak berakhlak dan tidak beriman, negara tersebut akan hancur seperti kejatuhan Kerajaan Abbasiah. Cara hidup khalifah-khalifah yang gemar berpoya-poya dan dikawal oleh hawa nafsunya sahaja. Hidup mereka penuh dengan kemewahan dan kesenangan, sedang arak dan wanita ada di mana-mana.

B. Mengekalkan perpaduan, keharmonian dan keamanan negeri dan negara. Adalah menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian dan keamanan. Usaha bersungguh-sungguh hendaklah dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan sesama Islam, meskipun mereka berbeza pendapat, budaya dan adat. Inilah asas kekuatan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian dan keamanan sebuah negara. Pemimpin bertanggungjawab mem laksanakan undang-undang jenayah secara total. Misalnya pembunuhan yang dapat dibuktikan dengan nyata dan memenuhi syarat tertentu, mestilah dibunuh dan begitu juga pencuri yang memenuhi syarat mestilah dipotong tangannya. Contoh bagi pemimpin yang menjaga keamanan negeri ialah Saidina Umar Al-Khattab. Beliau meronda di negaranya untuk mengawasi keadaan dan denyut nadi rakyatnya. Contoh bagi pemimpin yang mengekalkan perpaduan ialah Nabi Muhammad s.a.w yang menyatu padukan kaum Ansar dan Muhajirin pada peristiwa Hijrah. C. Sentiasa memberi contoh terbaik agar sentiasa menjadi ikutan. Rasulullah s.a.w. telah diutuskan oleh Allah S.W.T. sebagai model untuk diikuti dalam setiap perkara. Dalam sirah Islam, Rasulullah s.a.w. dihormati bukan sahaja di kalangan sahabat dan orang Islam, malah dikagumi oleh orang bukan Islam. Ini disebabkan peribadi Baginda yang unggul. Kita perlu menyedari bahawa setiap langkah dalam kehidupan yang baik sudah tentu akan membawa kejayaan yang lebih besar dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. D. Melaksanakan hukum syarak secara mutlak tanpa mengira masa dan tempat. Dalam hal ini, pemimpin juga mesti berhadapan dengan seribu satu permasalahan yang baharu. Oleh itu, ia akan berfungsi sebagai hakim yang akan menyelesaikan permasalahan itu dan mengeluarkan fatwa jika perlu. Juga menegakkan keadilan dan membanteras kemungkaran. E. Bertanggungjawab memelihara kesucian agama Allah s.w.t. Ia juga penentu kepesatan penyebaran dakwah Islamiah dan membanteras segala kesesatan. Tugas ini maha berat dan ia memerlukan ketegasan, keberanian dan

9 ketakwaan yang benar-benar unggul. F. Menubuhkan satu angkatan bersenjata yang kuat. Bagi menjamin keselamatan negara dari serangan luar negeri, maka penubuhan satu angkatan bersenjata yang kuat adalah satu bidang tanggungjawab pemimpin. Sekaligus, ia merangkap sebagai Panglima Perang. Mengetahui segala ekspedisi peperangan dan merancangkan muslihat-muslihat sama ada persiapan kelengkapan perang, meneliti tempat yang stategi atau mengarahkan pergerakan tenteranya. Contoh boleh dilihat terhadap Saidina Umar yang telah membahagikan tentera Islam kepada dua bahagian; mereka yang bertugas sepenuh masa (standing army) dan orang-orang awam yang dapat dikerahkan pada masa-masa tertentu (volunteer).
Peranan ini dapat difahamkan daripada ayat, terjemahannya: “ Dan ketika engkau berangkat dari keluargamu pada hari menentukan tempat-tempat orang yang beriman menghadapi peperangan dan Allah Mendengar dan Mengetahui.” Surah Al ‘Imran 3:121.

Jihad menghapuskan musuh negara yang mengancam keselamatan agama Islam dan negara adalah kewajipan pemimpin untuk melaksanakannya hingga sama ada mereka itu memeluk Islam atau membayar jizyah. G. Menguruskan pembahagian kekayaan negara. Pemimpin juga bertanggungjawab menguruskan pembahagian kekayaan negara seperti membayar gaji kakitangan kerajaan, membahagikan wang zakat kepada mereka yang berhak menerimanya, melaksanakan projek pembangunan dan sebagainya. Selain itu, pemimpin juga bertanggungjawab menjalankan tugas urusan pemungutan zakat, sedekah, fai, jizyah dan lain-lain, iaitu segala sesuatu yang menjadi sumber kewangan negara. Daripada beberapa contoh peranan pemimpin di atas kita boleh menilai seseorang pemimpin sama ada beliau menjalankan tugas ataupun tidak. Kita juga boleh menjadi seorang pemimpin jika kita boleh memainkan peranan seperti di atas. Setelah mengetahui peranan pemimpin, barulah kita tahu betapa besarnya tanggungjawab atau tugas seorang pemimpin.

5.0

Analisis Pemimpin dalam Kelahiran 5.1 Mentaliti

  

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang

wujud dalam organisasi.

5.2 Kemasyarakatan
   

Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Sikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

5.3 Moraliti
  

Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

5.4 Keperluan untuk menjadi pemimpin

 

  

Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman. Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya. Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus. Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya. Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada. Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada. Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja. Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia. Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka. Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.

11

5.5 Kejayaan nabi Muhammad
• Hanya selama 20 tahun, baginda Berjaya menghapuskan semua bentuk kerosakan seperti fanatisme kesukuan dan lain2 jenis jenayah. Baginda telah menyatukan sukusuku yang terpecah belah menjadi Negara islam yang bersatu, dan meletakkan keimanan sebagai pengikat tali persaudaraan antara muslim dengan saudaranya. “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”. Beliau mengalahkan semua agama-agama palsu lainnya melalui bukti-bukti dan argumentasi serta mengangkat keraguan yang ada di hati manusia Pengaruh dan sifat terpujinya menyebabkan ajaran yang dibawa kekal sehingga ke hari ini. Malahan penganut agama islam merupakan penganut yang terbanyak di dunia.

• •

5.6 Tujuan perutusan nabi Muhammad.
• Dia diutus bagi menyampaikan risalah ALLAH yang sesuai dengan kemajuan zaman. Risalah tersebut adalah untuk semua golongan, untuk seluruh alam semesta.

5.7 Penyiksaan terhadap nabi Muhammad
• mereka melaksanakan pula PEMULAUAN ke atas umat Islam. Selama hampir 3 tahun lamanya umat Islam bertahan diboikot oleh kafir Quraisy. Mereka tidak boleh membeli makanan, tidak boleh berhubung dengan orang ramai dan pelbagai lagi seksaan. Semuanya bertujuan menghentikan dakwah Nabi s.a.w.

5.8 Pengorbanan nabi Muhammad
• • Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah. Selama bertahun-tahun beliau menghadapi kesulitan dan kesusahan hidup yang meningkat dari hari ke hari, dan selama menanggung derita demikian tidak ada terlintas dalam pikiran beliau untuk mencari hal-hal yang bersifat duniawi.

5.9 Cabaran daripada agama lain. Nabi Muhammad telah ditentang oleh agama-agama lain atas ketetapan hati baginda menyebarkan agama ALLAH S.W.T. • Bangsa Yahudi – marah kerana ditegur telah terhanyut dalam penyembahan berbagai makhluk dan pengagungan para ulamanya serta kefasikan mereka. Baginda mengingatkan mereka untuk tidak menyangkal dan menghina Nabi Isa a.s. Semua itu menjadikan hati mereka terbakar api kebencian dan mereka menjadi musuh beliau yang paling pahit yang selalu berupaya dengan segala cara untuk menghancurkan beliau. Kristian - karena baginda menyangkal ketuhanan Yesus dan sebutannya sebagai anak Tuhan serta statusnya sebagai penebus yang disalib. Para penyembah api dan bintang-bintang - Sakit hati terhadap baginda karena melarang mereka menyembah dewa-dewa mereka.

• •

6.0

Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulannya, Setiap individu merupakan khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi yang dipertanggungjawabkan melaksanakan titah perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setiap individu muslim juga merupakan pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mempunyai disiplin yang tinggi. Sekurang-kurangnya seseorang itu menjadi pemimpin dirinya sendiri. Disiplin diperlukan bagi membolehkannya memimpin dan menggerakkan dirinya untuk melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t dan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Setelah ia berkeluarga ia berfungsi sebagai pemimpin dalam rumahtangga. Jika berkhidmat kepada masyarakat, ia menjadi pemimpin masyarakat. Demikian juga halnya, jika ia menjadi ahli politik, ia menjadi pemimpin Negara.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w di dalam Hadis; terjemahannya:“ Kamu semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal terhadap kepimpinannya. “ 1

Pemimpin mestilah terlebih dahulu mempunyai disiplin yang tinggi untuk diteladani oleh mereka yang dipimpinnya. Bagaimana kepimpinannya dapat diterima oleh orang lain, jika ia sendiri tidak melaksanakan terlebih dahulu apa-apa yang diarahkan orang lain melakukannya. Contohnya, bagaimana seorang doktor dapat meyakinkan pelanggannya yang sakit batuk, jika doktor itu sendiri sakit batuk? Pemimpin yang berdisiplin sahajalah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t mematuhinya yang menyamai mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Hal ini dijelaskan dalam ayat; terjemahannya: “ Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang berkuasa (pemimpin) di antara kamu.”2

Kelebihan dan keistimewaan yang paling ketara dapat dilihat andainya kita bandingkan keagungan kepimpinan Rasulullah s.a.w dengan kepimpinan negara-negara dunia sejak dahulu hingga hari ini. Sejarah telah membuktikan bahawa sejak terdirinya negara Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah pada tahun 622 M. seterusnya, dalam satu abad kemudian Islam telah berjaya menguasai hampir seluruh benua Asia, sebahagian Eropah dan Afrika telah dapat ditundukkan di bawah kekuasaan umat Islam. Keluasan jajahan Islam tidak pernah ditandingi oleh mana-mana kuasa dari zaman Iskanda Zulkarnain hingga hari ini. Kita mestilah menghargai jasa pemimpin yang telah berjaya menegakkan agama Islam dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Tanpa mereka semua, kita tidak mungkin akan merasa kemudahan seperti sekarang ini. Para pemimpin seharusnya tidak berbalah antara satu sama lain dalam mengendalikan hal yang berkaitan dengan duniawi ataupun agama.

7.0

Bibliografi
1. Mustafa bin Hj. Daud, Tamadun Islam, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Terbitan Pertama 1991. 2. Abd. Rahman Haji Abdullah B.A. Hons (USM), Cert.Ed. (MPSI), Sejarah dan Pemikiran

13 Islam, Penerbitan Pena Sdn. Bhd. 3. Husayn Ahmad Amin, Seratus Tokoh Dalam Sejarah Islam, PT remaja RosdakaryaBandung. 4. Osman Raliby, Ibnu Khaldun Tentang Masyarakat dan Negara, Penerbit Bulan BIntang Jakarta. 5. Prof. Tk. H. Ismail Yakub SH-MA, Muqaddimah Ibnu Khaldun (Suatu Pendahuluan) Bahagian Pertama, Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->