You are on page 1of 16

DASAR-DASAR PENJAJAHAN BRITISH

PENDAHULUAN Saya akan mengupas dasar-dasar yang dijalankan oleh pihak British ketika mereka menjajah Tanah Melayu dan kesannya ke atas bangsa saya iaitu bangsa Melayu di bumi sendiri. Menyorot lembaran sejarah kita akan melihat permainan pihak Inggeris di setiap tanah bertuah yang ditakluknya.Dasar-dasar yang dilakukan pastinya akan membawa keuntungan kepada Inggeris dan tidak member banyak manfaat untuk bangsa pribumi.Saya walaubagaimanapun merasa amat berbangga dengan pemimpin kita yang bijaksana dalam mememahami rentak Inggeris.Jika tidak nasib saya hari ini mungkin akan menjadi seperti bangsa Maori di Australia yang merempat dan terpinggir dibumi sendiri yang saya ketahui melalui pembacaan. Inggeris dan orang barat yang datang ke Asia atas prinsip White man burden dan menganggap bangsa lain tidak bijak seperti mereka. Saya melihat ini semua adalah helah mereka untuk menghalalkan cara. Saya berani berkata begitu kerana berpendapat mereka datang ke Tanah Melayu kerana irihati dengan kejayaan bangsa Melayu membina pelabuhan Entreport yang amat berjaya .Saya juga berpendapat kerana bimbangkan kebijaksanaan orang Melayu, maka Inggeris berusaha memastikan orang Melayu tidak terlibat sama dalam aktiviti ekonomi di Tanah Melayu .Sebaliknya Inggeris lebih rela membawa Imigran dari negara-negara miskin agar nantinya imigran ini akan berterima kasih dengan kebaikan Inggeris dan akan sentiasa mengikut kehendak Inggeris. Saya melihat faktor agama Islam juga dikaitkan dengan dasar-dasar Kerajaan Inggeris terhadap orang Melayu. Arak dan perempuan pelacur 1

mungkin cara hidup biasa orang barat tetapi bukan orang Melayu yang beragama Islam Walaupun kita telah mencapai kemerdekaan selama 51 tahun namun kesan-kesan penjajahan masih lagi dirasai terutamanya kepada golongan yang cintakan negara.Saya akan membawa persoalan mengenai kemunduran masyarakat Melayu yang berpunca daripada dasar-dasar kerajaan Inggeris terhadap orang Melayu untuk dibincangkan dalam tugasan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu telah banyak mengubah corak hidup masyarakat Melayu dari segi kemajuan teknologi. Namun begitu pada pandangan saya, dasar-dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan Inggeris telah turut menjadi penyumbang kepada kemunduran masyarakat Melayu

hingga ke hari ini. Dalam perbincangan ini kita akan melihat apakah dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan Inggeris hingga menyebabkan orang Melayu mundur. Kemunduran yang dimaksudkan adalah ketinggalan dari segi ekonomi, pentadbiran dan juga pendidikan. Pengukuran untuk meletakkan tahap kemunduran ini tidak dapat dilihat secara jelas sekiranya tiada perbandingan. Oleh itu bagi kajian yang dibuat ini, diukur melalui perbandingan taraf kehidupan antara masyarakat Melayu dan juga golongan imigran iaitu kaum Cina dan juga kaum India yang telah dibawa masuk oleh pemerintah British. Kemunduran yang dimaksudkan adalah bukannya bermakna tiada kemajuan yang berlaku dalam masyarakat Melayu, cuma kedudukan kaum Melayu agak terkebelakang berbanding dengan masyarakat imigran.

DASAR DASAR KERAJAAN INGGERIS British mula bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1784 iaitu pada penghujung abad kelapan belas hinggalah pertengahan abad kesembilan belas. Kepentingan perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan persaingan politik dengan Perancis dan 2

Belanda mendorong British bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura 1819. Ini merupakan titik permulaan proses penjajahan British di Tanah Melayu. Dalam hal ini, Francis Light dan Stanford merupakan dua orang imperialis yang berjaya memperluaskan tanah jajahan British di sekitar Selat Melaka atas alasan bahawa pertumbuhan kepentingan komersial British banyak bergantung pada pembendungan pengaruh dan monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu. Bagi mereka perlaksanaan dasar memperluaskan empayar British menjadi kunci kegemilangan British. Atas dasar perluasan kuasa dan juga menganggap mereka adalah bangsa yang bertamadun dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengajar orang-orang timur cara-cara mentadbir dengan betul. Bagi mengembangkan tradisi liberal dan juga kesan Revolusi Industri di Eropah telah menyebabkan mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari bahan mentah bagi memenuhi keperluan negara mereka. Negara-negara Eropah dalam abad kesembilan belas sedang menghadapi revolusi industri yang pesat. Ini bermakna mereka memerlukan barang-barang mentah untuk mengisi perkembangan industri itu.1 Sehingga bulan September 1873, Kerajaan British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu. Pertambahan dalam tanah jajahan British adalah dilarang sama sekali. Segala percubaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian politik telah dikecam oleh Kerajaan British di India. British khuatir bahawa perikatan-perikatan akan mengakibatkan penglibatan dalam perang-perang tempatan (terutamanya dengan Siam) yang akan menelan perbelanjaan besar. Siam dalam abad kesembilan belas ingin menegakkan semula kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu. British ingin mengekalkan persahabatan dengan Siam memandangkan Syarikat Hindia Timur mempunyai perdagangan yang semakin maju
1

Mohd Taib Osman (peny.),1989. Masyarakat Melayu : Struktur, Organisasi dan Manifestasi. (Kuala Lumpur, DBP). hlm. 110

dengan Siam. Sebab lagi dasar tidak campur tangan tersebut ialah kepentingankepentingan British di Semenanjung Tanah Melayu adalah bersifat perniagaan. Negerinegeri Selat tidaklah dianggap sebagai batu loncatan bagi penubuhan satu Empayar British di Semenajung Tanah Melayu tetapi hanya sebagai pusat-pusat perdagangan. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa di mana British telah campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu sama ada untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka atau kerana menepati ikatan-ikatan perjanjian. Campurtangan British ke atas Tanah Melayu pada akhir abad kesembilan belas juga dipengaruhi oleh dasar perluasan wilayah oleh Belanda di Indonesia dan Perancis di Indo Cina. Keadaan dalam negeri Melayu yang penuh dengan kekacauan juga dihujahkan sebagai sebab campurtangan Inggeris.2 Setelah termetrinya Perjanjian Pangkor pada 1874, pemerintahan British telah tertubuh secara sahnya di Perak. Menjelang 1919, seluruh semenanjung Tanah Melayu telah menjadi milik kerajaan British. .3 Penguasaan kerajaan Inggeris ke atas Tanah Melayu berlaku sepenuhnya setelah Negeri-Negeri selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu berada di bawah pengaruh British secara langsung. Kesan perjanjian itu telah mengubah secara lansung lanskap kehidupan masyarakat Melayu. Kita akan melihat dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British dan kaitannya dengan kemunduran masyarakat Melayu iaitu dari sudut ekonomi, politik dan pendidikan.

DASAR YANG MENYEBABKAN KEMUNDURAN ORANG MELAYU

Mohd Isa Othman, 1999.Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Abad ke-20,.( Kuala Lumpur, Utusan Publication). hlm. 55. Mohd Isa Othman, 1999.Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Abad ke-20,.( Kuala Lumpur, Utusan Publication). hlm. 55.

a. Dasar Ekonomi Penjajahan ekonomi pada zaman kolonial Inggeris telah meninggalkan beberapa kesan, baik dari aspek negatif mahu pun positif. Kekayaan Tanah Melayu dengan sumber bahan mentah seperti biji timah dan arang batu telah menarik minat Inggeris. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah British ialah perlombongan dan perladangan getah. Apabila pihak British akhirnya berjaya menakluk Tanah Melayu, pembukaan lombong biji timah dan ladang getah semakin meluas, lebih-lebih lagi dengan kemasukan tenaga buruh daripada Cina dan India secara besar-besaran untuk memanfaatkan kekayaan sumber bahan mentah di Tanah Melayu yang secara tidak langsung membawa kepada penemuan beberapa sumber galian yang penting selain daripada biji timah dan arang batu iaitu seperti emas, bauksit dan juga bijih besi. Kemajuan ekonomi yang berkembang dengan pesat juga menyumbang ke arah pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan pada zaman tersebut seperti jalan raya dan kereta api. Pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan ini adalah penting untuk menghubungkan ladang getah dan lombong biji timah dengan kawasankawasan pelabuhan supaya bahan-bahan tersebut mudah diangkut keluar bagi tujuan eksport. Pentadbiran Inggeris telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan contohnya orang Melayu dalam pertanian, Cina sebagai pelombong dan peniaga, orang India sebagai pekerja estet dan ladang. Penjajahan ekonomi pada zaman dulu juga turut memberikan kesan negatif yang ketara sehingga ke hari ini. Misalnya, dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara tiga kaum utama di

Tanah Melayu.4 Orang-orang Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu ditempatkan di kawasan bandar untuk bekerja sebagai pelombong dan peniaga. Sebelum itu, dari tahun 1910, kemasukan imigran yang semakin bertambah dan tidak terhad telah mengejutkan Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang terpaksa menerima imigran-imigran itu. Mereka telah menggesa pentadbiran Inggeris menghalangnya, tetapi kerana pentadbiran Inggeris ditekan oleh syarikat-syarikat perdagangan yang berpengaruh, pelombongpelombong Eropah dan Cina dan kepentingan-kepentingan ladang-ladang getah yang kesemuanya mahukan lebih banyak buruh yang murah, kemasukan imigran diteruskan. Tenaga buruh dari India pula ditempatkan di ladang getah sebagai penoreh getah, manakala orang Melayu ditempatkan di luar bandar sebagai petani dan nelayan. Dasar British yang memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu ini telah melahirkan satu masyarakat majmuk dengan kepelbagaian budaya selaras dengan ideologi. British yang ingin mengekalkan identiti setiap kaum masing-masing. Pihak British lebih menumpukan pembangunan ekonomi di kawasan atau wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah, terutama di pantai barat Tanah Melayu. Wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah menjadi maju manakala wilayah yang tidak mempunyai sumber bahan mentah menjadi mundur. Bagi petani Melayu, taraf ekonomi mereka adalah sama seperti sebelum kedatangan British. Keadaan mereka tetap tidak berubah. Kemajuan pesat dalam semua bidang yang dibawa oleh pemerintah British tidak mewujudkan suatu keadaan yang membolehkan berlakunya proses mobiliti sosial yang dapat mempertingkatkan status sosial majoriti kaum tani.5 Memang menjadi hasrat pihak
4

Cheah Boon Kheng, 1984. Perpecahan dan Perpaduan Dalam Gerakan Kemerdekaan Selepas Perang Dunia ke-2, dlm. S. Husin Ali,(peny.) Kaum, Kelas dan Pembangunan Malaysia, ( Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia, Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM). hlm 81 5 Abdul Rahman Hj Ismail (peny.), 2005. Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik, Cetusan dan Tindakbalas (1896-1946). (Kuala Lumpur, DBP), hlm. 270

British untuk melihat orang Melayu terus kekal dalam sektor tradisional dan tidak diberikan jawatan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan juga ekonomi. Sebagai masyarakat peribumi sekiranya mereka telah bijak untuk mengurus dan mentadbir negara dan mengawal ekonomi sudah pasti hal ini akan menghalang hasrat pihak Inggeris untuk mengumpul harta kekayaan di Tanah Melayu. Jika dilihat dari segi perlaksanaan dasar British, kita dapat melihat bahawa mereka mengiktiraf dan memelihara corak hidup tradisi orang Melayu. Walaupun kegiatan ekonomi kolonial diusahakan secara besar-besaran dan berkembang pesat, kedudukan ekonomi orang Melayu masih tidak berubah. Mereka masih terikat kepada sistem tradisi.6 Bagi golongan imigran iaitu orang Cina dan orang India, mereka

mempunyai peluang yang lebih baik untuk turut serta membangunkan bandar-bandar. Mereka yang tinggal di bandar menikmati berbagai-bagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kolonial. Oleh itu mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk maju dalam pertumbuhan ekonomi moden di negara ini berbanding dengan orang Melayu yang menetap di kampung-kampung.7 Selain daripada itu, sistem pendaftaran tanah yang diperkenalkan oleh kerajaan Inggeris telah mempengaruhi ekonomi orang Melayu. Sebelum pentadbiran Inggeris, orang-orang Melayu yang terdiri daripada golongan petani boleh mengerjakan tanah secara bebas, mereka hanya perlu memohon kebenaran dari pembesar daerah. Sewaktu pentadbiran Inggeris, petani mula mengalami masalah mengusahakan tanah-tanah baru. Apabila tanah tidak boleh dibuka sesuka hati dan pemilikan tanah ditentukan pula, maka para petani mulai menghadapi masalah mengusahakan tanah. Pertambahan penduduk
6 7

Mohd Taib Osman, op. cit., hlm. 112 Ibid., hlm. 114

semakin meningkat sedangkan tanah-tanah pertanian tidak banyak bertambah. Hal ini telah menyebabkan masalah kekurangan tanah dan kesannya harga tanah meningkat naik. Hanya bagi golongan kaya yang dapat membeli tanah manakala bagi golongan petani yang miskin mereka terpaksa menyewa tanah atau mengambil upah daripada golongan yang mempunyai tanah yang luas bagi menjalankan aktiviti pertanian. Selain daripada kepentingan ekonomi, memiliki tanah yang banyak dapat menunjukkan status sosial yang tinggi dalam masyarakat. Keadaan ini mendorong bagi golongan yang berada berusaha untuk mengumpulkan tanah. Bagi mereka yang memiliki tanah yang luas, walaupun tidak mampu mengerjakannya, dapat pula menyewakannya atau mengupah orang lain untuk mengerjakannya. Hal ini menyebabkan pemisahan kedudukan sosial antara golongan berada dengan golongan miskin semakin jelas. Jika dibandingkan dengan ekonomi kolonial ketika itu memang agak jauh berbeza kerana perusahaan pertanian yang dijalankan oleh kolonial adalah secara besar-besaran kerana mereka mempunyai modal yang besar. Masyarakat petani Melayu hanya mampu menjalankan ekonomi secara kecilkecilan dan saradiri. Secara tidak langsung kita dapat melihat bahawa Inggeris seolah-olah tidak mahu melihat orang-orang melayu mahir dan menguasai bidang-bidang lain yang penting dan menguntungkan seperti perlombongan, perniagaan dan perusahaan pertanian secara besar-besaran. Sebaliknya orang-orang Cina diberi kepercayaan untuk menceburi bidang ini. Kesan daripada perkembangan ekonomi seperti ini, orang-orang Cina mendapat keuntungan yang lebih daripada orang Melayu sendiri. Proses perbandaran, pengembangan perusahaan, pemodenan industri getah dan bijih timah yang dilakukan

oleh pihak Inggeris telah memberi kesenangan dan keuntungan kepada golongan imigran terutamanya orang Cina.

b. Dasar Politik Sebelum British tiba ke Tanah Melayu mereka telah pun mengalami perubahan epistemelogi iaitu antara negara dan juga agama. Kesannya agama berada dipihak yang lain dan tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia.8 Bagi mereka ilmu sains menjadi asas segala aspek kehidupan duniawi, termasuklah ilmu pemerintahan dan pentadbiran. Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya termasuklah Tanah Melayu. Pihak British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan.Tentangan terhadap British di Perak ada hubungkait dengan penjajahan British yang mahu menguasai dan mentadbir Tanah Melayu. Campurtangan British menyebabkan kedudukan dan kuasa tradisional baginda dan pembesar-pembesar tergugat dengan teruknya. British mahu mengamalkan satu sistem pentadbiran dan undang-undang yang jauh berbeza dengan amalan masyarakat tempatan.9 British seterusnya secara langsung campur tangan dalam urusan pentadbiran Negeri-negeri Melayu yang mana sebelum ini terletak di bawah tadbir urus sultan Melayu.10 Sejak kedatangan Inggeris dan camputangannya terhadap Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan pemerintah semakin lemah. Pemimpin-pemimpin baru

8 9

Shamsul Amri Baharuddin, 2007. Modul Hubungan Etnik (Shah Alam, Penerbitan UPENA), hlm. 28 Mohd Isa Othman, op. cit., hlm. 71 10 Shamsul Amri Baharuddin, op. cit., hlm. 30

iaitu berdasarkan sistem Residen semakin bertambah. Kedudukan raja-raja Melayu semakin terjejas dan tidak berfungsi lagi kerana segala keputusan dibuat oleh Residen kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat-istiadat Melayu dan agama Islam. Seterusnya pihak Inggeris telah memisahkan Negeri-negeri Melayu di Semenanjung dalam tiga bahagian iaitu negeri-negeri selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang mana mempunyai pertalian politik erat dengan Siam. Sebuah Majlis Mesyuarat Negeri (State Council) telah ditubuhkan dan memberi peluang kepada pembesar-pembesar Melayu yang mengambil bahagian dalam hal-ehwal mengenai adat istiadat dan keagamaan. Kedudukan Inggeris semakin berpengaruh di dalam urusan pentadbiran sehingga menjadikan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu semakin lemah dalam kekuasaan politik. British mementingkan keunggulan politik dan ekonomi dan terdorong oleh ideologi kapatalis penjajah, telah memperkukuhkan kedudukannya dengan berbagai-bagai perjanjian politik dan komersial. Walaupun kita melihat bahawa kerajaan Inggeris telah memberi peluang kepada pembesar Melayu tetapi mungkin niat sebenar pihak Inggeris adalah untuk mengurangkan kuasa raja-raja dan pembesar-pembesar yang berkhidmat di bawah kuasa British sudah pasti perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Inggeris. Dengan ini juga pentadbiran awam dan juga undang-undang berubah kepada cara Inggeris yang bertujuan melicinkan perjalanan ekonomi kolonial. Dilihat dari segi taburan penduduk, kemasukan imigran luar telah membentuk petempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa. Dasar penduduk yang diwujudkan oleh pihak Inggeris telah menimbulkan berbagai-bagai ketidakseimbangan di kalangan penduduk di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-

10

kampung terus digalakkan oleh Inggeris supaya tidak berpindah ke tempat lain khususnya ke bandar-bandar. Pihak Inggeris telah mengatur strategi ini untuk kepentingan pihak mereka sendiri. Inggeris berpandangan orang Melayu adalah sumber pengeluar tanaman makanan utama, kebanyakan orang Melayu adalah penanam-penanam padi dan untuk menjamin bekalan beras yang berterusan terutamanya pada penghujung perang Dunia Pertama, di mana pihak Inggeris telah meluluskan Enakmen Rezab Tanah Melayu untuk menghalang orang-orang melayu daripada berpindah ke tempat lain. Pada tahun-tahun 1920an, jika ada apa-apa persoalan yang timbul dan berkait dengan masyarakat Melayu, tiada apa-apa reaksi yang diberikan oleh orang-orang Melayu. Tetapi menjelang 1937 orang Melayu bagaikan hidup dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan British dan juga populasi asing. Apa sahaja tindakan yang melibatkan hak orang Melayu akan menerima reaksi masyarakat Melayu. Kekurangan masyarakat Melayu hanyalah dari teraju kepimpinan. Masyarakat tidak mempunyai pemimpin yang mampu memimpin mereka dalam menangani keadaan ketika itu. Namun begitu keadaan mula berubah pada 1937, iaitu apabila sekali lagi berlaku perubahan dalam pergerakan politik Melayu. Diantara tahun 1937 hingga 1939, bagaikan cendawan tumbuh, pertubuhan -pertubuhan Melayu muncul di hampir keseluruhan Tanah Melayu. Di melaka, pulau pinang, pahang, selangor , negeri sembilan dan seberang prai. Tertubuh juga pergerakan politik radikal salain dari parti berahaluan kanan ini. Iaitu kesatuan Melayu Muda. Dan yang nyata sekali kesatuan ini telah meninggalkan banyak kesan berbanding kesatuan-kesatuan lain. Ini kerana persatuan ini di pimpin bukan golongan elit. Kebanyakkan pemimpinnya terdiri daripada rakyat biasa yang mendapat pendidikan Melayu , Inggeris dan pendidikan agama. Oleh kerana mereka bukan dari golongan elit maka pemikiran mereka juga tidak terkongkong sebagaimana golongan elit yang tertakluk di bawah kerajaan British ketika itu. Namun 11

begitu walaupun pertubuhan-pertubuhan ini muncul dalam keadaan berselerak dan terpisah-pisah antara satu sama lain, namun mereka masih terikat kerana mereka mempunyai objektif yang sama dan juga telah bersama-sama membuka jalan kepada organisasime yang sebenarnya.

c. Dasar Pendidikan Sejarah awal pendidkan Melayu sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad keempat belas. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad kelapanbelas dan kesembilanbelas di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramai tokohtokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Inggeris dalam bidang pendidikan di Tanah Melayu adalah amat terbatas dari segi kualiti pendidikan dan juga peluang untuk belajar di sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah awal untuk orang Melayu bukanlah didirikan oleh kerajaan Inggeris tetapi merupakan atas daya usaha individu tertentu yang mengambil berat untuk memberi pendidikan kepada orang Melayu. Pelajaran yang diajar di sekolah Melayu hanyalah untuk membolehkan murid menulis, membaca dan mengira 12

di samping ilmu-ilmu yang membabitkan pekerjaan harian seperti perkebunan, bertukang dan geografi. Pihak Inggeris hanya menekankan sukatan yang amat minima iaitu agar mereka (orang Melayu) mempelajari tabiat-tabiat kerajinan, mengikut perintah, mengikut masa tepat, ketertipan, teratur kebersihannya dan mempunyai kelakuan baik.11 Pendidikan Inggeris hanya dikhaskan kepada anak-anak golongan atasan untuk menyediakan segolongan pentadbir Melayu yang perlu di peringkat rendah birokrasi kerajaan British. Matlamat dasar pendidikan British adalah untuk memupuk satu golongan petani dan nelayan yang berkebolehan sebagai tulang belakang bangsa.12 Jelaslah bahawa tujuan pendidikan pada masa itu bukanlah untuk memaju atau memodenkan orang Melayu, sebaliknya hanya untuk mengekalkan sistem sosial tradisional orang Melayu, iaitu

mendidik mereka menjadi petani, nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. British berharap, dengan memberi pelajaran-pelajaran asas kepada orang Melayu, mereka kemudiannya akan menjadi petani-petani atau nelayan-nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.13 Berkenaan dasar pendidikan Melayu ini, seorang sarjana tempatan, Abdul Rahman Haji Ismail, pernah menyatakan bahawa pendidikan untuk orang Melayu semata-mata bagi memudahkan dan melicinkan pemerintahan British ke atas mereka, menanamkan perasaan berpuas hati di kalangan mereka, menggalakkan mereka kekal dalam kehidupan tradisional, dan jika dapat, menjadikan mereka penghasil bahan makanan asasi dengan sebanyak mungkin, serta mengawal Melayu supaya jangan terlalu pandai Jadi pendidikan Melayu pada konteks Zaman British tidak dianggap langsung

11 12

Ibrahim Saad, 1977. Pendidikan Dan Politik Di Malaysia ,(Kuala Lumpur, DBP), hlm. 15 Gilbert Khoo & Dorothy Lo, 1978. Asia dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, (Kuala Lumpur: Heinemann Educational Book (Asia) Ltd.), hlm.200 13 Haris Md Jadi, 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan,( Kuala Lumpur: DBP), hlm. 12

13

sebagi agen perubahan sosial.14 Lepasan terbaik sekolah Melayu yang tempoh pendidikannya hanya sekitar empat tahun sahaja itu, Cuma layak menjadi budak pejabat, kerani rendah, mata-mata, atau guru pelatih..15 Malah pihak British sendiri telah menetapkan satu dasar bahawa pelajaran Melayu sehingga di peringkat sekolah Melayu tidak seharusnya melebihi Darjah Lima. Langkah itu jelas memperlihatkan matlamat British untuk membataskan perkembangan pelajaran Melayu sehingga di peringkat sekolah rendah sahaja. di sekolah-sekolah Melayu luar Bandar. Oleh itu apa yang dapat kita katakan adalah, pihak Inggeris sememangnya mempunyai agenda tersembunyi dalam melaksanakan dasar pentadbirannya dalam bidang ekonomi, politik dan juga pendidikan.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya dapatlah kita katakan bahawa perlaksanaan dasar-dasar Inggeris terhadap masyarakat Melayu telah menjadi faktor penyebab orang Melayu ketinggalan dan seterusnya membawa kepada kemunduran berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Walaupun kedatangan Inggeris telah banyak memodenkan sistem ekonomi Tanah Melayu, tetapi ianya lebih banyak menguntungkan pihak Inggeris sendiri dan juga golongan Imigran. Orang Melayu kekal sebagai petani dan hidup di kampung-kampung berbanding kaum lain yang tinggal dibandar-bandar dan mengecapi kemajuan. Hasilnya masyarakat Melayu ketinggalan dan masih berada ditakuk lama dan tidak berkembang.
14

Abdul Malik Munip, 1979. Perancangan Pentadbiran Kolonial Inggeris, Kesannya Ke atas Ekonomi Melayu, dalam Masyarakat Melayu Antara Tradisi dan Perubahan, (Kuala Lumpur: Utusan Publication), hlm. 273. 15 Abdul Rahman Hj Ismail, op. cit., hlm. 302

14

Dasar Inggeris yang meminggirkan kaum Melayu terutamanya dalam pembangunan ekonomi dan juga pendidikan telah menyebabkan kemunduran orang Melayu berbanding golongan imigran yang lebih beruntung dengan dasar yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris. Adalah wajar untuk dikatakan bahawa masalah ketinggalan yang membawa kemunduran masyarakat Melayu adalah berpunca daripada dasar-dasar kerajaan Inggeris terhadap orang Melayu. Pengaruh British dalam tahun 1824 sehinggalah selepas perang dunia kedua(1945), juga menandakan banyak perubahan di rantau Melayu. Selepas perang dunia kedua jugalah, orang-orang melayu mula sedar akan dasar-dasar inggeris yang lebih mementingkan diri. Oleh itu semangat nasionalisma mula wujud dengan tertubuhnya pelbagai parti-parti politik dan kesatuan sehinggalah membawa kepada kemerdekaan pada 31 ogos 1957.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Hj Ismail (peny.), 2005. Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik, Cetusan dan Tindakbalas (1896-1946). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Had Salleh, 1980. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya: Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gilbert Khoo & Dorothy Lo, 1978. Asia dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, (Kuala Lumpur: Heinemann Educational Book (Asia) Ltd.) Haris Md Jadi,1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

Ibrahim Saad,1981. Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isa Othman,1999.Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Abad ke-20,. Kuala Lumpur: Utusan Publication.. Mohd Taib Osman (ed.),1989. Masyarakat Melayu : Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raden Soenarno.( Malay Nationalism 1896 1946, JSEAH jilid 1 (Mac !960 ). S. Husin Ali,(peny.)1984. Kaum, Kelas dan Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia, Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universit Malaya. Shamsul Amri Baharudin, 2007. Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Shah Alam.

16

You might also like