You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KURSUS PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH

SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2010) KERJA KURSUS PROJEK PENDIDIKAN JASMANI 2 (PJ1312P4) SESI JUN- NOVEMBER 2010

MALARIA

Ahli kumpulan: i. Kavithrra A/P Wasudaven ii. Sia Leh Ching

a. Penyakit malaria telah diperkenalkan oleh Dr. Francisco Torti pada abad ke-17. b. Dalam perkataan Itali, malaria bermaksud udara kotor.
Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit yang dipanggil sporozoites.

Kitar Hidup Parasit Malaria Dalam Tubuh Manusia

Banyak sel darah merah akan dijangkiti

Parasit masuk ke dalam tubuh manusia

Bergerak melalui saluran darah dan akan terus ke hati

Banyak parasit (merozoites) akan dilepaskan ke dalam aliran darah

Parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam system darah

Sel darah merah yang dijangkiti akan pecah

Mencernakan sitoplasma sel serta membiak

Plasmodium vivax

Plasmodium ovale

Parasit Malaria

Plasmodium malariae

Plasmodium falciparum

Malaria telah menjangkiti manusia selama lebih 50,000 tahun. Rujukan bagi deman berkala yang teruk terdapat dalam rekod sejarah, bermula pada 2,700 SM di China. Istilah malaria berasal semenjak Medieval dalam bahasa Itali iaitu mala aria yang bermaksud udara busuk. Sebelum itu, malaria juga dikenali sebagai ague atau demam

paya kerana kaitannya dengan paya.

Kajian saintifik berkenaan malaria mencapai kemajuan pertama pada 1880, Apabila Charles Louis Alphonse Laveran seorang doktor Perancis yang berkhidmat di Algeria telah memerhati parasit dalam sel darah merah pesakit malaria dan mencadangkan bahawa malaria adalah disebabkan oleh protozoa dikenal pasti sebagai punca penyakit.

Protozoa ini pula telah dinamakan sebagai Plasmodium oleh pakar sains Itali, Ettore Marchiafava dan Angelo Celli.

Carlos Finlay, doktor Cuba yang merawat pesakit dengan demam kuning di Havana merupakan orang yang pertama mencadangkan bahawa nyamuk menyebarkan penyakit ini dalam kalangan manusia.

Pada 1898, Sir Ronald Ross, seorang rakyat British yang berkhidmat di India membuktikan bahawa malaria disebarkan oleh

nyamuk kepada burung dan mengasingkan parasit malaria daripada


kelenjar liur nyamuk yang menghisap darah burung yang berpenyakit.

Pada sekitar tahun 1847, langkah pertama dalam mengenal pasti punca penyakit malaria adalah hasil usaha Meckel, seorang ahli patologi German yang menyedari granul hitam yang ditemuinya dalam darah, hati, dan limpa adalah berkaitan dengan infeksi malaria. Penemuan oleh Alphonse Laveran (1989) seorang pakar bedah Perancis yang mendapati mikroskopik parasit yang terdapat dalam sel darah merah yang dikajinya ketika itu adalah merupakan organisma satu sel yang dikenali sebagai protozoa daripada genus Plasmodium.

Pada tahun 1902, seorang doktor Britain bernama Ronald Ross telah menemui satu lagi peringkat di dalam kitar hidup parasit ini, iaitu dalam nyamuk (Anopheles sp. ).

Semasa Zaman Greek, perubatan terhadap penyakit malaria dilakukan dengan mengeluarkan darah yang mengandungi cacing untuk membuat kajian.

Pesakit itu akan dibiarkan berehat dan diselubungkan dengan kain lembap.

Kaedah ini tidak sesuai kerana akibat pengeluaran darah menyebabkan penyakit ini semakin kronik.

Pada awal kurun ke-17, kaum Ameridian di Peru telah menggunakan kulit pokok kuinin atau Chincona (Cinchona Officinalls L.) untuk mencegah penyakit malaria.

Bagi mengatasi penyakit ini, antimalaria sintetik telah dihasilkan.

Pada pertengahan tahun 1940, antimalaria sintetik seperti pemakuin dan klorokuin.yang berkesan berjaya dihasilkan. Terdapat juga tumbuhan lain yang dipercayai dapat mengubat malaria. Contohnya ialah Brucea Javanica L , Simba cedron dan Ailanthus altissima.

Hanya nyamuk Anopheles betina yang dapat menularkan malaria kepada manusia. Kitar Hidup Parasit Malaria

Seksual (Tubuh Nyamuk)

Aseksual (Tubuh Manusia)

Kitar hayat parasit malaria dalam badan manusia

fasa exoerythrokytik (hepatik)

fasa erythrokytik

Penyakit Malaria ini dapat diketahui melalui beberapa simptom

iaitu : a) b) c) d) e) f) g) Demam Menggeletar Arthralgia (sakit sendi) Muntah Anemia Hemoglobinuria Kekejangan (convulsion)

Simptom klasik malaria adalah pengulangan berkala rasa sejuk diikuti dengan kekejangan dan demam dan berpeluh selama empat hingga enam jam, berlaku setiap dua hari bagi jangkitan P. vivax dan P. ovale, sementara setiap tiga hari bagi P. malariae.

Malaria juga didapati menyebabkan kecacatan kognitif, terutama bagi kanak-kanak. Ia menyebabkan kekurangan darah anemia secara meluas semasa tempoh perkembangan pantas otak dan turut menyebabkan kerosakkan otak secara langsung.

Akibat malaria teruk termasuk koma dan kematian sekiranya tidak dirawat.Kanak-kanak muda dan wanita mengandung lebih terdedah. Splenomegaly (limpa bengkak), sakit kepala teruk, ischemia serebral, hepatomegaly (hati bengkak), hypoglycemia, dan hemoglobinuria dengan kegagalan ginjal (renal failure) mungkin berlaku. Kegagalan ginjal mungkin menyebabkan demam blackwater, di mana hemoglobin dari sel darah merah lysed memasuki air kencing. Malaria teruk boleh berkembang dengan amat pantas dan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa jam atau hari.

Diagnosis

Sisa semburan dalam rumah

Kelambu dan alas katil

Rawatan

Ubat-ubatan Anti-Malria

Ubat-ubatan tiruan

DIAGNOSIS
Diagnosis adalah pemeriksaan mikroskopik selaput filem nipis darah. Dua jenis lumuran nipis darah disediakan secara tradisi. Filem nipis adalah sama seperti filem darah biasa dan membenarkan mengenal pasti spesies kerana gambaran parasit paling jelas. Filem tebal membenarkan pengguna mikroskop untuk memaparkan sejumlah besar isipadu darah. Kedua-dua filem adalah penting bagi menggunakan kedua lumuran ketika cuba membuat diagnosis tepat. Kaedah lain adalah, ujjan mengesan antigen yang hanya memerlukan setitik darah. Teknik ini lebih tepat berbanding pemeriksaan mikroskop.

SISA SEMBURAN DALAM RUMAH


DDT digunakan bagi melawan malaria, kegunaannya kemudian tersebar keperladangan di mana ia digunakan bagi menghapuskan serangga perosak.
World Health Organization (WHO) kini menasihatkan penggunaan DDT bagi memerangi malaria di kawasan endemik. DDT pada dinding dalam rumah, di mana nyamuk hinggap, merupakan pengawalan berkesan. Penggunaan sejumlah kecil DDT bagi kesihatan awam adalah dibenarkan di bawah Persidangan Stockholm bagi Pencemaran Organik Persistent Organic Pollutants (POPs), yang melarang penggunaan DDT bagi penyemburan lading berskala besar pertanian.

KELAMBU DAN ALAS KATIL


Kelambu

membantu menjauhkan nyamuk dari manusia.

Kelambu dirawat dengan racun serangga (Insecticide-treated nets -ITN) dianggarkan dua kali ganda lebih berkesan berbanding kelambu yang tidak dirawat. Penyebaran kelambu dengan racun serangga terbukti bahawa kaedah ini amat berkesan bagi menghalang malaria, dan ia juga merupakan salah satu kaedah menghalang malaria paling murah.

Bagi keberkesanan maksima, kelambu perlu dirawat dengan racun serangga setiap enam bulan.
ITN mempunyai kelebihan melindungi mereka yang tidur dalamnya dan pada masa yang sama membunuh nyamuk yang hinggap pada kelambu tersebut.

RAWATAN

Rawatan malaria membabitkan langkah sokongan dan juga dadah antimalaria yang khusus.
Apabila dirawat dengan baik, seseorang dengan malaria boleh dijangka akan sembuh sepenuhnya.

UBAT-UBATAN ANTI-MALARIA
Terdapat beberapa keluarga dadah yang digunakan bagi merawat malaria.

Contohnya : Chloroquine merupakan dadah anti-malaria pilihan selama beberapa tahun di kebanyakkan bahagian dunia.
Sejenis ubat yang kini (2007) sedang disiasat bagi kemungkinan digunakan sebagai antimalaria, terutama bagi merawat jenis tahan ubat, beta blocker propranolol. Propranolol - menghalang kedua-dua keupayaan Plasmodium' untuk memasuki sel darah merah dan memulakan jangkitan, selain juga penggandaan parasit. - mengurangkan dos yang diperlukan bagi dadah sedia ada bagi memberi kesan kepada P. falciparum.

Pembangunan dadah dimudahkan apabila Plasmodium falciparum berjaya dikultur.


Kesihatan Sedunia (World Health Organization) telah mencadangkan penggunaan rawatan gabungan berasaskanartemisinin. (Artemisinin-based combination therapy / ACT) - rawatan hadapan bagi malaria tanpa kerumitan di kawasan yang mengalami ketahanan kepada perubatan lebih lama. Parasit malaria mampu menjadi kebal kepada artemisinin dan kekebalan boleh dihasilkan oleh mutasi SERCA.

UBAT-UBAT TIRUAN

Tidak terdapat cara yang baik bagi doktor atau orang awam bagi mengesan ubat-ubatan tiruan tanpa bantuan makmal. Syarikat ubat-ubatan sedang cuba melawan ketekalan ubat-ubatan tiruan dengan menggunakan teknologi baru bagi memberikan keselamatan dari sumber sehingga pengedaran.

You might also like