You are on page 1of 2

REFLEKSI PERKHEMAHAN 25-27 JULAI 2011 KEM ETNO-BOTANI, GUA MUSANG, KELANTAN Kami telah menjalani satu perkhemahan

selama 4 hari 3 malam di kem etno botani gua musang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Kami telah membahagikan ahli-ahli PPIM kepada beberapa kumpulan dan membuat gajet yang berlainan. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Disana saya belajar tentang erti semangat berpasuka. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali. Aktiviti yang amat mencabar saya sekali ialah aktivti memanjat gunung untuk masuk ke gua. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa mendaki bukit yang begitu curang sekali dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki gua ialah satu pengalam yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki gua. Sungguh indah ciptaan Allah dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam gua adalah amat terkesan sekali di hati saya. Ini kerana dengan keadaan gua yang amat gelap kami diarahkan untuk bertafakur dan mengingati kesalahan kami, menginsafi diri. Sungguh kecil rasanya diri ini berbanding tuhan pencipta sekalian alam ini. Ianya amat menginsafkan saya. Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan dengan gemilangnya oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru kami iaitu Tuan Haji Hashim bin Deraman. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan

menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Semasa perarakan masuk Pengarah kedalam dewan, pengarah diberi peluang untuk mencuba pelbagai tarian, simbolik kepada malam kebudayaan. Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 5 kumpulan yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada unit beruniform Puteri Islam. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Apa yang ingin mereka sampaikan disini ialah tidak semestinya apabila seseorang menjadi jahat mereka akan menjadi jahat untuk selamanya. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral. Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian yang sungguh indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah gemalai dan tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih. Kadet Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan oleh unit-unit beruniform. Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti

perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini. Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. InsyaAllah saya akan gunakan ia untuk menjadi insane yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.

You might also like