You are on page 1of 11

Eksperimen 1 Tajuk Pengenalan

: Matahari Ialah Keperluan Asas Tumbuhan : Hidupan dan Proses Kehidupan : Semua benda hidup mempunyai keperluan asas yang tersendiri. Salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup ialah cahaya matahari.

Objektif

: Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari ialah keperluan asas tumbuhan.

Bahan dan alat radas

1. Tumbuhan sihat dengan daun yang besar : 2. Kertas hitam yang tebal 3. Klip kertas

Prosedur

: 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih. 2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari. 3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.

Analisis data

: Pemerhatian Warna daun bertukar kepada coklat dan kekuning-kuningan Kertas Inferens hitam yang cahaya
Laporan eksperimen SCE3101

dilekatkan pada daun telah menghalang

matahari untuk sampai ke daun.

Daun layu dan gugur

Perbincangan

: 1. Daun yang diklipkan dengan kertas yang digunting setelah beberapa hari, terus gugur. 2. Tumbuhan telah diletakkan di kawasan yang cukup cahaya dimana ia dapat dilihat tanpa perlu dikawal. 3. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup kerana cahaya matahari diperlukan untuk membuat makanan semasa proses fotosintesis.

Soalan 1. Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun


Laporan eksperimen SCE3101

ditutup? Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian tidak dilapisi masih boleh melakukan proses fotosistesis. Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan layu.

2. Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan? Buat pemerhatian selama beberapa hari. Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam ditanggalkan, daun akan kembali segar dengan syarat segala keperluan asasnya seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Kesimpulan

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapatnya cahaya matahari.

Laporan eksperimen SCE3101

Eksperimen 2 Tajuk Pengenalan

: Air ialah keperluan asas tumbuhan. : Hidupan dan Proses Kehidupan : Semua benda hidup mempunyai keperluan asas masing- masing. Salah satu daripada keperluan asas bagi tumbuhan ialah air.

Objektif/ Hipotesis : Untuk menunjukkan bahawa air adalah keperluan asas tumbuhan. Bahan dan alat radas 1. Kacang hijau : 2. Air 3. Pot bunga kecil 4. Tanah humus Prosedur :

1. Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi

dengan tanah humus.

Laporan eksperimen SCE3101

2. Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari.


3. Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga

satu lagi tidak disiramkan dengan air. 4. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Analisis data Pot A

: Pemerhatian Biji benih kacang hijau bercambah. Biji benih kacang hijau tidak Inferens Biji benih kacang hijau mendapat air yang cukup untuk bercambah. Biji benih kacang hijau tidak mendapat air yang cukup untuk bercambah. Hal ini menyebabkan pemecahan selaput biji benih tidak terjadi.

bercambah dan menjadi kering.

Pot A (disiram air secukupnya) Perbincangan :

Pot B (tidak disiram air)

1. Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air yang cukup banyak untuk proses percambahan. Kebanyakan biji benih akan
Laporan eksperimen SCE3101

bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih tersebut di dalam air.

2. Penyerapan air oleh biji benih akan menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Kesemua tumbuhan menyimpan makanan di dalam biji benih. Apabila biji benih menyerap air, makanan yang tersimpan akan dipecahkan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna, dan seterusnya membenarkannya untuk bercambah dan membahagi.

3. Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya akan habis. Disebabkan itu, biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan, nutrisi dan cahaya untuk fotosintesis, yang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesaran yang berterusan.

4. Kacang hijau yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang terbaik bagi memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.

Soalan 1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih berbeza digunakan? Ya, kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama.

2. Bagaimanakah petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang

Laporan eksperimen SCE3101

mencukupi, tidak cukup atau terlebih air? Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya, kita boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada ciri-ciri berikut:
i. ii. iii.

Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering. Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

Kesimpulan

: Biji benih memerlukan air untuk proses percambahan.

Eksperimen 3 Tajuk Pengenalan

: Udara ialah Keperluan Asas Tumbuhan : Hidupan dan Proses Kehidupan : Semua benda hidup mempunyai keperluan asas masing-masing. Salah satu daripada keperluan asas bagi tumbuhan ialah udara.

Objektif/Hipotesis : Untuk menunjukkan bahawa udara adalah keperluan asas tumbuhan.

Laporan eksperimen SCE3101

Bahan dan alat radas

: 1. Kacang hijau 2. Air 3. Cawan plastik 4. Kapas

Prosedur

1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik (Cawan A)

yang telah dimasukkan kapas basah.


2. Manakala sebuah cawan plastik yang lain (Cawan B)

dipenuhkan dengan

separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan kedalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan tehalang daripada mendapat udara. 3. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari. Analisis data Cawan A : Pemerhatian Biji kacang hijau tumbuh dengan sihat Biji kacang hijau tidak tumbuh Inferens Terdapat udara dalam cawan A. Tiada udara terdapat dalam cawan B

Laporan eksperimen SCE3101

Cawan A (tiada air)

Cawan B (terdapat air)

Perbincangan

1. Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada kadar yang bersesuaian. 2. Tumbuhan juga bernafas untuk mendapatkan tenaga. 3. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup. 4. Semasa proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan melepaskan karbon dioksida. 5. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana ketiadaan cahaya matahari, namun proses respirasi masih berlaku kerana tumbuhan memerlukan tenaga untuk hidup.

Soalan: 1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan? Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di cawan plastik. Ini kerana api memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan

Laporan eksperimen SCE3101

terpadam sekiranya tiada lagi oksigen kerana pembakaran tidak dapat lagi dilakukan.

2. Adakah timbul masalah kepada petani jika terlalu banyak udara? Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada petani. Bahkan ia mendatangkan manfaat kepada para petani. Contohnya, tiupan angin akan mempercepatkan lagi kadar transpirasi kerana udara yang tepu dengan wap air ditiup ke tempat lain. Dengan ini kehilangan air melalui stoma tidak terganggu.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang memerlukan angin untuk pendebungaan. Angin membantu memindahkan debunga ke permukaan stigma bunga yang lain.

Walaubagaimanapun, tiupan angin yang kencang seperti angin puting beliung akan menumbangkan pokok seterusnya mendatangkan kerugian kepada petani.

3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih yang berbeza digunakan? Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua tumbuhan memerlukan keperluan asas yang sama untuk kekal hidup.

Laporan eksperimen SCE3101

Kesimpulan

: Tumbuhan memerlukan udara untuk terus hidup dengan subur.

Laporan eksperimen SCE3101

You might also like