You are on page 1of 3

Sori haida tak edit pun.baca la ekkkkkkk..

ni ja yang kami mampu tolongnanti kalu ada lg kami email lenselamat berpantang (ina & shud) Berikut adalah soalan dan jawapan dalam email antara saya dan Eva. 1. Macam saya keguguran..adakah saya perlu berpantang..?? kalau ade berapa pula tempoh masa berpantang..?? Walaupun keguguran, seeloknya Eva berpantang mcm orang bersalin juga sebab bahagian rahim Eva tetap luka sama macam orang bersalin. Tempoh berpantang paling kurang 20 hari mengikut amalan masyarakat Melayu. 2. Jika keguguran adakah perlu menjaga pemakanan..?? jika ade boleh beri 1 contoh pemakanan yg berkhasiat..?? Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun. 3. Selepas keguguran dalam masa 2 ari boleh ke kalo kite berkerja..?? Bagi mereka yang bekerja swasta, biasanya cuti bagi keguguran ialah 2 minggu. Tapi utk kerja-kerja rumah, elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran. 4. Boleh kah akak bagi saya tip2 @ cara2 penjagaan semasa keguguran..?? Tips dan cara penjagaan keguguran sama macam penjagaan bersalin sebenarnya. Seeloknya pakai stokin dan mandi air suam. Juga, eva boleh mengambil ubat / jamu seperti kacip fatimah bagi membantu pengecutan rahim dan agar rahim sembuh dan menjadi kuat 5. Herba mandian aura pula selepas keguguran boleh ke digunakan..?? sebab saya rasa badan saya selalu lenguh2 n rasa kurang segar..adakah ianya berpunca dr keguguran yang saya alami.. Herba mandian aura boleh juga digunakan oleh mereka yangkeguguran. Eva rasa lemah n tak bertenaga kerana badan masih belum kuat sama macam orang bersalin. Mesti Eva juga ada rasa sejuk-sejuk badan kan? Rasa sejuk-sejuk badan tu sama je dengan orang yang baru lepas bersalin. Kalau mandi dengan air suam, memang best jer..

Diharap tips diatas juga berguna untuk mereka yang juga mengalami keguguran seperti Eva. 1. ya, selepas keguguran, sebaik-baiknye berpantang seperti baru bersalin (melahirkan) iaitu dgn menjaga pemakanan (makanan berpantang, tonik etc), aktiviti seharian (jgn angkat berat2 etc) & penjagaan badan (byk berehat etc). 2. ada baiknye berurut saja. untuk memanaskan badan ke, buangkan angin ke atau hanya untuk relekskan otot2 badan tu. kalau bertungku & bengkong tu terpulang pada keadaan/kesihatan badan.\

Kaedah Berpantang Untuk Keguguran Lebih Ketat dari Berpantang selepas Melahirkan??
1) Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali sebagai angin jahat Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada amsalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dnegan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran. Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah bebanding penjagaan ibu yang keguguran. Iu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengatahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya. Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan kegugran dapat mempercepat proses pemulihan penyakit melanuih

keguguran seperti tekanan emosi, maslah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah. Dan ini pula artikel yg berkaitan dengan kes aku yg dijawab oleh Dr.Hamid Arshad: SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan? JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing. Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung. Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan. Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur. Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

You might also like