You are on page 1of 4

Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Bergambar (MMS) merupakan aplikasi teknologi maklumat yang

mempunyai banyak kebaikan. Namun terdapat juga amalan penggunaan yang tidak bermoral yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Bincangkan. Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Pesanan Multimedia Bergambar (MMS) merupakan aplikasi teknologi maklumat yang sangat popular. Penggunaan teknologi ini memberi implikasi kepada kehidupan manusia.

A. Kebaikan. 1. Menjimatkan perbelanjaan - bayaran SMS berpatutan berbanding penggunaan telefon bimbit atau kediaman. Pengguna dapat mengurangkan caj perkhidmatan dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian 2. Penyebaran maklumat yang cepat dan ringkas - melahirkan masyarakat yang bermaklumat - maklumat yang disampaikan dengan pantas - masyarakat mampu membuat keputusan dengan cepat. - boleh melihat pesanan bersama gambar yang dihantar. 3. Mudah menjalin hubungan baik - mudah membina hubungan baik antara manusia - mewujudkan hubungan yang baik dengan kenalan. - ibu bapa mudah menghubungi ahli keluarga 4. Memberi kemudahan perkhidmatan - mempercepatkan dan memudahkan urusan harian menyemak saman, melaporkan sesuatu perkara kepada pihak berkuasa- cth kemalangan, penyalahguaan kuasa 5. Sebagai produk perniagaan - syarikat telekomunikasi menjalankan aktiviti perniagaan. - syarikat akan menganjurkan program dan mengenakan caj kepada pelanggan. - mewujudkan peluang pekerjaan- reka nada bunyi

B. Keburukan 6. Penyebaran maklumat palsu - menggunakan telefon prabayar sebab nombor telefon tidak didaftarkan. - menyebarkan fitnah, propaganda, gambar lucah. - menimbulkan keadaan tidak tenteram. 7. Pembaziran wang. - menghantar SMS dan MMS tanpa suatu matlamat khusus dan penggunaan tanpa dirancangkan membazir wang 8. Pencemaran bahasa. - SMS atau MMS menggunakan jumlah panjang perkataan yang terbatas. - bagi menjimatkan kos, masyarakat akan menggunakan bahasa slanga. 9. Tiada kemesraan antara ahli keluarga - komunikasi tanpa suara tidak wujud keakraban - tiada unsur kemanusiaan / tidak dapat menjiwai ayat dalam pesanan kerana terlalu ringkas - tidak wujud komunikasi berkesan antara anak-anak dengan ibu bapa atau saudara mara Kesimpulan SMS dan MMS merupakan suatu alat perhubungan yang sangat popular dewasa ini. Bagaimanapun pemantauan perlu dilakukan agar kesan negatif dapat dielakkan

Tema: Sistem Maklumat Ringkas (SMS)

Isu: Kebaikan dan keburukan penggunaan SMS kepada pengguna. Menulis karangan: 1.Pendahuluan: Kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi mengubah gaya hidup manusia. -Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka (khidmat pesana ringkas SMS, khidmat pesanan multimedia MMS, teknologi tanpa wayar Bluetooth dan lain-lain). SMS fungsi perkhidmatan semakin meluas program realiti (televisyen) hiburan, mencari menantu dan pelbagai lagi. 2.Isi-isi: Kebaikan dan keburukan: Kebaikan: 1. Sebagai alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk menyampaikan maklumat. - bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi untuk melaporkan sebarang masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah .

- Laporan melalui SMS yang dikenal sebaga DAPAT konsep yang diamalkan menerusi Rakan Cop sebagai bukti, index kadar jenayah mengalami penurunan 24,571 (2003), 21241 (2004) dan 19695(2005). 2. Memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa. - Kesibukan ibu bapa bekerja, tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anak-anak ibu bapa hanya perlu mengakses melalui telefon bimbit. - Menyalurkan maklimat berkaitan kehadiran, disiplin, latihan pelajar, keputusan peperiksaan dan takwim aktiviti.

2.Keburukan:

1. Alat penyebar maklumat yang berbaur fitnah, perkauman, isu agama, perhimpunan haram, berita palsu dan sebagainya- semakin berleluasa dan membimbangkan. -Mesej yang menyentuh sensitiviti agama boleh mencetuskan perbalahan kaum menggugat keamanan negara. 2. Timbulkan kes penipuan- ramai tertipu dengan tawaran hadiah bernilai berpuluhpuluh ribu ringgit mengalami kerugian. -Modus operandi penjenayah ialah menghantar SMS mendakwapenerima memenangi hadiah bernilai ribuan ringgit. -Mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun sebelum menunggu panggilan daripada penjenayah bagi menuntut wang yang dimenangi. Kesimpulan: -Budaya SMS merupakan cara berkomunikasi yang paling mudah, ringkas dan efektif serta lebih menjimatkan untuk berhunung antara satu sama lain. -Harus lebih bertanggungjawab dan memanfaatkan sebaik mungkin segala kemudahan tersebut.

You might also like