You are on page 1of 13

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH

: NURHAIZAH BINTI YAACOB : PISMP SAINS (AMBILAN 2008) : SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU DUA : CERAMAH DAN PAMERAN ANTI DADAH 2011

NAMA PROJEK/AKTIVITI

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI TARIKH MASA : 9 OGOS 2011 : 8.0O PAGI 12.00 TENGAHARI (PAMERAN) 10.0O PAGI 12.00 TENGAHARI (CERAMAH) TEMPAT : BILIK GERAKAN (PAMERAN) KANTIN SK MERLIMAU 2 (CERAMAH) SASARAN : PAMERAN (SEMUA MURID) CERAMAH (MURID TAHUN 4 DAN 5)

OBJEKTIF

1.

Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga SKM2 tentang bahaya rokok dan dadah.

2.

Mendedahkan kepada warga SKM2 tentang langkah-langkah pencegahan yang perlu mereka lakukan bagi menjamin gaya hidup yang sihat.

3.

Memberi pengetahuan yang tepat mengenai dadah.

4.

Merealiasasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1.

Memandangkan tempoh internship hanya sebulan, kami telah bersetuju untuk menetapkan bilangan program yang ingin kami laksanakan. Kebetulan pula, tempoh internship berlangsung di bulan Ramadhan. Maka pelbagai kekangan timbul dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Justeru, kami telah mengambil langkah untuk menyemak takwim sekolah terlebih dahulu supaya aktiviti yang bakal dirancang sesuai dan pengisiannya bermakna.

2.

Kemudian, kami telah berbincang dengan mentor berkenaan aktiviti yang telah dipilih iaitu Ceramah dan Pameran Antidadah ini. Rasionalnya, pertama aktiviti seperti ini adalah termasuk dalam takwim sekolah. Maka kami mengambil peluang ini untuk menganjur ceramah dan pameran ini. Kedua, aktiviti seperti ini sangat sesuai memandangkan tempoh internship berlangsung pada bulan puasa. Oleh yang demikian, aktiviti ini tidak memerlukan pergerakan guru dan murid terlalu banyak.

3. Seterusnya, kami telah menyediakan kertas kerja untuk mengadakan ceramah dan pameran antidadah ini. Pada masa yang sama, kami telah menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin untuk menjemput mereka memberi ceramah dan mengadakan pameran di SKM 2. Kami telah menerangkan kepada mereka apakah yang objektif ceramah dan pameran ini kepada AADK. Akhirnya mereka telah bersetuju untuk datang ke sekolah seperti yang telah dirancang.

4.

Selepas semuanya selesai, kami telah memaklumkan kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar, GPK HEM, GPK 1 dan GPK Kokurikulum. Kemudian kami telah berbincang dan menerangkan secara ringkas tentang ceramah dan pameran yang bakal dilaksanakan termasuk belanjawan bagi ceramah dan pameran ini.

5. Setelah semuanya selesai, kami terus menyiapkan apa yang sepatutnya dilakukan iaitu menyiapkan surat panggilan mesyuarat dan surat pemberitahuan tentang ceramah dan pameran yang bakal berlangsung.

6.

Mesyuarat telah diadakan supaya semua jawatankuasa kerja jelas dengan tugas-tugas mereka. Pada waktu inilah pembahagian tugas telah dilaksanakan semasa menyuarat berlangsung. Di samping itu, jawatankuasa boleh

menyuarakan pendapat dan pandangan bagi program ini.

7.

Dari masa ke semasa, kami telah menyemak setiap perkembangan tugas-tugas semua jawatankuasa. Tindakan telah diambil serta merta jika berlaku sebarang masalah. Sehari sebelum program berlangsung kami telah menyemak semula segala persiapan telah dilakukan. Hal ini supaya semuanya berjalan lancar.

REFLEKSI: a) Kekuatan:

Kawalan murid adalah pada tahap yang baik sebelum, semasa dan selepas program berlangsung sama ada ceramah mahupun pameran. Kawalan murid telah dibantu oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Encik Suhimi bin Monel.

Penceramah dapat hadir tepat pada masanya, seperti yang dijanjikan. Pameran dapat berjalan dengan baik. Banyak aktiviti yang menarik dijalankan seperti puzzle, teka silang kata, dan cari perkataan tersembunyi. Aktiviti ini disediakan oleh pihak AADK atas permintaan kami.

Walaupun ceramah hanya melibatkan murid-murid Tahun 4 dan 5, namun pameran telah berjaya memberi peluang kepada semua murid SKM 2 melihat pameran. Jadual lawatan mengikut kelas telah disediakan. Bagi menjamin kelancaran pergerakan lawatan dan mengelakan pertembungan kelas waktu lawatan, dua orang pengawas telah dipilih untuk memaklumkan kepada kelas yang berkenaan ke bilik pameran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kemudian, guru yang mengajar pada waktu itu wajib mengiringi murid-murid melawat pameran dan mengawal muridmurid.

b) Kelemahan:

Perancangan yang kurang kemas kerana masa yang terhad iaitu hanya seminggu sebelum program dijalankan. Mengikut perancangan asal, perkhidmatan pameran bas bergerak telah diusulkan kepada pihak AADK. Walau bagaimanapun, hal ini tidak berjaya dan digantikan dengan pameran seperti yang selalu dilaksanakan. Hal ini kerana pameran bas bergerak ini mempunyai jadual tersendiri dan bergerak dari satu negeri ke satu negeri sepanjang tahun. Bagi negeri Melaka, waktu pameran bas bergerak ini adalah pada bulan Julai.

Dari aspek persediaan tempat, kami terpaksa menyediakan tempat untuk sesi ceramah pada pagi yang berkenaan dalam keadaan yang kelam kabut selepas bacaan Yaasin perdana dengan bantuan guru-guru dan murid-murid SKM2. Padahal kami sepatutnya telah menyediakannya sehari awal sebelum ceramah berlangsung. Mujurlah kami mempunyai masa 2 jam untuk berbuat demikian sebelum ceramah bermula.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : a. Membuat perancangan dengan lebih teliti pada masa hadapan, memerlukan lebih masa terutama apabila melibatkan seluruh warga sekolah dan orang luar.

b. Double check setiap tugas yang telah ditetapkan. Periksa setiap AJK yang
bertanggungjawab dengan bidang tugas masing-masing.

KESIMPULAN : Secara keseluruhan, Ceramah dan Pameran Anti dadah 2011 anjuran Unit Bimbingan Kaunseling adalah Berjaya. Hasil temubual daripada beberapa orang guru dan murid adalah seperti yang dharapkan. Kebanyakan guru berpuas hati dengan ceramah dan pameran yang telah dijalankan. Selain itu, apabila ditanya kepada murid-murid tentang dadah, jawapan mereka adalah tak nak, kotor, takut dan bahaya. Program ini telah memberi banyak pendedahan kepada murid-murid tentang dadah dan keburukannya.

Aktiviti Tempat

: Ceramah : Kantin SKM2

Persiapan tempat sebelum ceramah bermula

Menguji suara bagi memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.

Ceramah telah disampaikan oleh En. Ishak, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Murid-murid tekun mendengar ceramah yang telah disampaikan

Guru-guru sibuk mengawal murid supaya duduk dan bersedia di tempat masing-masing

Murid-murid tekun mencatat isi penting ceramah

Aktiviti Tempat

: Pameran : Bilik Gerakan SKM2

Perbincangan antara para pegawai yang hadir.

Pegawai AADK sedang memantau murid-murid bermain puzzle.

Pegawai AADK sedang memberi penerangan kepada murid-murid

Murid-murid tekun bersaing untuk menyiapkan puzzle.

Murid-murid cuba menyiapkan puzzle.

Guru kelas memantau dan mengawal disiplin murid-murid.

Murid-murid cuba menyelesaikan lembaran word search.

Murid-murid tekun membaca bahan bacaan yang dipamekan di bilik pameran.

You might also like