You are on page 1of 14

Tajuk Oleh Ditulis Pada

: Pengajaran Rekoder di Sekolah rendah : Nazri Ghani : Mei 2011 KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Pendahuluan

PERKARA

MUKA SURAT 3 4 5 6 6 7 8 13 14 15

Pemilihan Lagu Maklumat Pasukan Ensembel Senarai Semak Peralatan / Keperluan Jadual Latihan Proses Kerja Gubahan Ensembel Rekoder Refleksi Kesimpulan Rujukan Skor Gubahan Rekoder Lagu Wau Bulan

1.

Pendahuluan Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah

bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Menurut PPK Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ), selain memberi pengalaman muzikal, pembelajaran rekoder juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Sejak KBSR diperkenalkan, penggunaan rekoder dalam subjek Pendidikan Muzik terus diberi keutamaan dan diperkasakan melalui aktiviti bercorak pertandingan sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Namun, tidak semua sekolah dapat mengetengahkan kumpulan rekoder sekolah masing-masing akibat kekurangan kemahiran dalam kalangan guru muzik dan kemampuan membuat gubahan skor bagi persembahan ensembel rekoder. Ini ditambah lagi dengan promosi berkaitan pertandingan yang dianggap lemah dan gagal diwarwarkan ke seluruh sekolah terutama di peringkat daerah. Seringkali juga, pihak pemilihan di peringkat daerah memilih sekolah tertentu untuk mewakili daerah kerana ingin menjimatkan kos bagi menganjurkan pertandingan peringkat daerah. Jika membuat carian di youtube misalnya, tidak banyak memaparkan kumpulan ensembel rekoder dari negara ini dan ini menyukarkan guru-guru muzik khususnya membuat perbandingan dan mengambil contoh terbaik daripada video yang dimuat turun. Namun begitu video bertajuk Gosnells Primary School Recorder Ensemble, Pasiber 4 altos sonata --- Canon Recorder Ensemble, Carol of the Birds dan The Sylph Air boleh dimuat turun dari laman youtube untuk dijadikan panduan dalam gubahan lagu untuk persembahan ensembel rekoder. Penggunaan rentak tradisional seperti zapin, joget, inang, masri dan asli seharusnya terus dimurnikan dalam gubahan skor rekoder agar generasi akan terus didedahkan dengan budaya bangsa yang menarik dan mempunyai tarikan tersendiri. Dengan ini, kita akan mewujudkan kelainan dalam genre persembahan yang selama ini lebih menjurus kepada lagu-lagu yang dicedok dari budaya barat contohnya hot cross bun , Marionnete, London Bridge dan sebagainya.

2.

Pemilihan Lagu Lagu Wau Bulan dipilih kerana corak irama yang berulang digunakan bersama

melodi. Penjarian rekoder bagi lagu ini adalah mudah di mana hanya melibatkan 4 not sahaja iaitu penjarian not G, A, B dan D. Pemilihan lagu ini dibuat kerana murid yang terlibat mempunyai pengalaman sedia ada mengenai melodi dan telah memainkan lagu tersebut melalui sesi pelajaran di dalam kelas. Lagu ini dalam tanda masa 4an dan dalam nada G major. Lagu dalam tanda masa 4an lebih mudah dimainkan dimana murid dapat mengecam detik dengan lebih baik berbanding lagu dalam tanda masa 3an. Nilai not yang terdapat dalam irama lagu adalah not perempat dan perlapan. Corak iramanya mudah dan digredkan secara terancang. Lagu dalam meter 4an seperti lagu Wau Bulan amat sesuai diiringi dengan rentak inang. Lagu ini juga adalah dalam tempo sederhana ( 80 100 detik seminit ). Pengulangan corak irama dan melodi memudahkan murid mengingati dan menggunakan pendengaran dalaman mereka dengan lebih baik. Helen Ten Hong Beng, Kwok Kim Teck (1992), menyatakan pemilihan lagu untuk kanak-kanak harus mempunyai ciri-ciri pendek, mudah diingati, bermakna, jelas tepat serta dapat mendorong reaksi. Julat suara hendaklah boleh dilakukan mengikut kemampuan murid selain ia perlu sesuai dengan kumpulan umur di samping dapat mencerminkan persekitaran kanak-kanak. Lagu yang dipilih juga hendaklah berkualiti dan indah dari segi estetiknya.

3.

Maklumat Pasukan Ensembel. Nama Kumpulan Bilangan Ahli Penasihat Jurulatih Pembantu Senarai Peserta 1. Ahmad Hassan Suhaimi 2. Ahmad Hussin Suhaimi 3. Muhd Nur Adli Azrenkefly 4. Muhd Nur Azri Azrenkefly 5. Muhd Safwan Sahak 6. Khairul Nazmi Zakaria 7. Muhd Adib Aris 8. Muhd Amalhakimi Abu Bakar 9. Muhd Syamim Nor Azman 10. Muhd Hilman Aris 11. Muhd Ammar Khairuddin Effendee 12. Muhd Syahmi Arif Ismail 13. Muhd Taqiuddin Masri 14. Iskandar Asyraf Md Khairi 15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar 27. Siti Anis Afiqah Mohd Bukhari 28. Siti Nor Syuhadah Suradi. 29. Nur Amirah Hashim 30. Noraini Hamly 16. Ammarah Amran 17. Farah Nur Sahira Hamdi 18. Nor Azlina Othman 19. Nur Ain Farhannie Mohd Sabari. 20. Nur Fasehah Baharuddin 21. Nurul Adlina Ashikin Sohari 22. Siti Aisyah Ahmad Zairi 23. Mohd Izwan Azhar 24. Nor Ain Abd Kahhar 25. Nuraini Sofea Azami 26. Intan Syafina Nor : Kumpulan Ensembel Rekoder SK Peserian. : 30 Orang. : Encik Khalidi bin Senan ( Guru Besar SK Peserian ). : Encik Nazri bin Ghani. : Puan khalsom bt Ahmad.

4.

Senarai Semak Peralatan / Keperluan. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Alatan Rekoder Dram Bes Dram Getar Wood Block Tamborin Melodian Skor Stand Dram Stand Bongo Jumlah 25 1 1 1 1 2 2 1 1

5.

Jadual Latihan Tarikh 01.06.2011 04.06.2011 08.06.2011 11.06.2011 14.06.2011 15.06.2011 21.06.2011 22.06.2011 28.06.2011 29.06.2011 05.07.2011 06.07.2011 07.07.2011 08.07.2011 Hari Rabu Sabtu Rabu Sabtu Selasa Rabu Selasa Rabu Selasa Rabu Selasa Rabu Khamis Jumaat Masa 8.30 10.30 pg 8.30 10.30 pg 8.30 10.30 pg 8.30 10.30 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 9.15 10.15 pg 10.35 11.05 pg rekoder. Surat Kebenaran ibu-bapa / Jadual latihan. Latihan penjarian / tiupan rekoder. Latihan penjarian / tiupan rekoder. Latihan penjarian / tiupan rekoder. Latihan penjarian / tiupan rekoder. Latihan penjarian / tiupan rekoder. Latihan penjarian / tiupan rekoder. Latihan penjarian / tiupan rekoder Latihan ensembel rekoder / iringan. Latihan ensembel rekoder / iringan. Latihan ensembel rekoder / iringan. Latihan ensembel rekoder / iringan. Rakaman video persembahan. Aktiviti Pemilihan ahli kumpulan ensembel

6.

Proses Kerja. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya berbincang dengan rakan-rakan sekuliah

melalui perbualan telefon. Seterusnya, saya telah merujuk buku-buku berkaitan gubahan lagu dan rekoder yang terdapat dalam pasaran dan simpanan peribadi. Modul digunakan sebagai bahan rujukan utama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Saya telah memilih sebuah lagu rakyat iaitu lagu Wau Bulan. Analisa skor telah dilakukan sama ada lagu yang dipilih bersesuaian dengan rekoder ensembel yang akan digubah. Carian internet dilakukan bagi mencari gubahan lagu tradisional dalam format midi. Lagu yang telah dimuat turun kemudiannya dianalisa menggunakan perisian Encore yang dapat memaparkan gubahan lagu tersebut secara keseluruhan dalam skor yang lengkap serta alat muzik yang digunakan. Contoh-contoh gubahan tersebut dijadikan asas dalam gubahan rekoder ensembel agar bersesuaian dengan tahap murid yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Walaupun tiada lawatan dilakukan di sekolah lain bagi menyempurnakan tugasan, saya telah memuat turun video ensembel rekoder yang terdapat di internet untuk dijadikan asas dan benchmark kepada persembahan yang bakal dilakukan oleh kumpulan ensembel rekoder sekolah saya. Video tersebut termasuklah dari pertandingan rekoder peringkat negeri, Gosnells Primary School Recorder Ensemble, The Simpson recorder Ensemble dan sebagainya. Video tersebut diperolehi melalui laman web youtube telah dijadikan rujukan dalam mendapatkan gambaran rakaman yang hendak dilakukan. Jadual latihan dan senarai semak telah disediakan bagi melicinkan tugasan ini agar menepati masa yang telah ditetapkan. Pemilihan murid telah dibuat berpandukan aktiviti yang dijalankan dalam kelas formal dimana hanya murid yang mempunyai kemahiran penjarian dan tiupan yang mantap sahaja dipilih bagi projek ini. Murid yang dipilih telah dimaklumkan tentang jadual latihan dan diberikan skor lagu Wau Bulan yang belum dibuat gubahan alat muzik yang lain. Tempoh dua minggu diberikan agar murid memahirkan penjarian dan tiupan berpandukan skor yang diberikan.

Latihan bersama skor gubahan ensembel rekoder kemudiannya dilakukan dalam jangka masa tiga minggu sebelum persembahan sebenar dilakukan.

Murid-murid telah dikumpulkan kepada enam kumpulan iaitu : a. Kumpulan Soprano 1 (Melodi Asas). b. Kumpulan Soprano 2 c. Kumpulan Soprano 3 d. Kumpulan Perkusi e. Kumpulan Melodian f. Glokenspiel (rentak / detik) (Kod iringan) (intro, solo, ending)

Teknik latih tubi digunakan bagi memantapkan penjarian dan tiupan rekoder serta muzik iringan yang lain. Penekanan diberi dalam aspek tempo, dinamik dan keseimbangan bunyi yang dihasilkan. Semangat kerjasama berkumpulan diterapkan agar persembahan yang bakal dibuat benar-benar menepati objektif yang disasarkan. Murid yang dipilih sentiasa diingatkan agar mematuhi jadual latihan, disiplin serta etika sebelum, semasa dan selepas persembahan. Rakaman akhir telah dijadualkan pada 08 Julai 2011 di Dewan Maju Jaya, SK Peserian, Semerah, Batu Pahat. Rakaman tersebut seterusnya disimpan dalam bentuk CD dan dihantar sebagai bahan lampiran tugasan.

7.

Gubahan Ensembel Rekoder. Menurut Mastor Jarkaseh (1994), gubahan lagu boleh dilakukan mengikut tahap-

tahap bergantung kepada golongan pendengar, penyanyi atau tujuan sesuatu lagu tersebut digubah. Lima aspek asas dalam menggubah sebuah skor persembahan rekoder ialah : a. Pemilihan rentak. b. Pemilihan Kod-kod iringan. c. Gubahan nada lagu. d. Mencipta permulaan ( intro ) dan penamat ( ending ). e. Menyusun bentuk atau ulangan rangkap-rangkap lagu. 7

7.1

Soprano 1 (Melodi Asas) Seramai 10 orang murid telah dipilih bagi memainkan melodi asas lagu

Wau Bulan. Melodi asas ini dimainkan oleh kumpulan soprano 1 sebanyak 2 kali iaitu selepas intro dan solo sebelum ulangan kedua. 7.2 Soprano 2 (Ostinato Melodi) Seramai 5 Orang murid meniup rekoder berpandukan ostinato melodi yang telah dipilih. Kumpulan ini mengiringi soprano 1 berpandukan skor yang diberikan. 7.3 Melodian (Kod Lagu) Kumpulan ini telah dihadkan kepada 2 orang murid sahaja di mana setiap murid diberikan tugas meniup membunyikan kod lagu mengikut corak irama berikut :

Keratan kod iringan lagu Wau Bulan 7.4 Kumpulan Iringan perkusi. 7.4.1 7.4.2 7.4.3 7.4.4 Glokenspiel - Ditugaskan untuk memainkan intro, solo dan ending. - 2 pemain melodian. Bongo - memainkan rentak inang. - seorang pemain bongo. Dram Samping / Bes - memainkan rentak inang. - seorang pemain sahaja untuk 2 alat. Tamborin - membunyikan not kuaver ( 8 bagi setiap bar ). 8

7.4.5

Wood Block - membunyikan detik.

7.

Kaedah Pengajaran dan Pelaksanaan. Keratan skor perkusi lagu Wau Bulan Sebelum latihan tiupan rekoder dilakukan, murid terlebih dahulu didedahkan

dengan lagu Wau Bulan. Murid diajar menyanyikan lagu tersebut dengan dan tanpa iringan. Ini selaras dengan prinsip pengajaran muzik Kodaly. Pada asasnya pendekatan Kodaly merupakan kaedah yang sistematik untuk mengajar konsep dan kemahiran muzik. Kaedah vokal sejajar dengan falsafah Kodaly iaitu A musical culture that has real dept must always be founded singing. Nyanyian dapat menyediakan asas dan seterusnya meningkatkan pembelajaran instrumental. Setelah murid boleh menyanyi dengan baik, paparan skor lagu ditunjukkan kepada murid yang terlibat. Mereka kemudiannya diminta menepuk corak irama berpandukan skor seterusnya menyebut tu mengikut melodi dan irama lagu tersebut. Setelah yakin, murid dilatih untuk mengecam not dan nilainya dan pic yang perlu dimainkan. Tempat yang dibenarkan mengambil nafas juga ditandakan di skor bagi memudahkan murid semasa meniup keseluruhan lagu tersebut. Seterusnya, murid melakukan penjarian not secara latih tubi hingga mereka benarbenar dapat meniup lagu dengan yakin, tepat dan mengikut tempo. Penguasaan melodi 9

asas akan membantu murid dalam aktiviti berikutnya dengan lebih baik. Ahli kumpulan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan soprano 1, soprano 2, soprano 3, melodian dan perkusi iringan. Latihan berkumpulan dijalankan bagi memudahkan murid menguasai skor gubahan mengikut yang dirancang. Latihan ini juga dapat membantu perkembangan rasa organisasi muzikal seperti yang dinyatakan dalam matlamat pendekatan Carl Orff. Keadaan ini juga mewujudkan budaya musical independence dalam kalangan ahli kumpulan yang terlibat. Langkah selanjutnya ialah menggabungkan kumpulan-kumpulan tersebut membentuk satu organisasi ensembel rekoder yang lengkap. Skor gubahan telah diperdengarkan kepada semua ahli kumpulan menggunakan perisian Encore. Perisian ini memudahkan guru untuk menunjukkan gubahan yang disediakan untuk setiap kumpulan dan keseluruhan persembahan. Gabungan permainan dalam ensembel tersebut dirakamkan untuk dibuat penelitian oleh ahli kumpulan dan membuat pembetulan dalam sebarang kesilapan yang telah dilakukan. Unsur-unsur dinamik tidak dimasukkan dalam gubahan kerana memerlukan latihan yang lebih teliti dan berkesan. Namun begitu, keperluan untuk memainkan alat muzik dalam tempo yang betul dititikberatkan di samping penjarian not serta tiupan rekoder yang kemas agar terhasilnya ton yang baik melalui persembahan tersebut. Bagi mengawal keseimbangan bunyi susunan peserta ensembel dilakukan dengan teliti dan dibuat beberapa penyesuaian. Ini dapat membantu ke arah sebuah persembahan yang bermutu di mana campuran ton alat muzik mewujudkan harmoni yang menarik dan memuaskan hati pendengar. Berikut adalah susunan ahli kumpulan ensembel rekoder yang dilaksanakan.

9 7 7 8 7

10 1 0

Keterangan : 1. Melodian. 2. Glokenspiel. 3. Soprano 1. 4. Soprano 2. 5. Soprano 3.

6. Dram samping / bes. 7. Woodblock. 8. Tamborin. 9. Bongo. 10. konduktor.

Etika persembahan diterapkan dalam diri murid kerana disiplin dan etika persembahan merupakan antara faktor kejayaan sesebuah persembahan. Setiap ahli diingatkan agar mematuhi disiplin persembahan iaitu sebelum, semasa dan selepas persembahan. Pemilihan ahli dalam kalangan murid tahun 4 dan 5 membantu memudahkan pengurusan di mana murid tersebut tidak terlibat dengan kelas peperiksaan UPSR. Ini memberi ruang untuk latihan secara intensif sebelum persembahan dan rakaman yang dibuat. Seorang ketua dalam kalangan murid telah dilantik sebagai penghubung maklumat antara jurulatih dan ahli kumpulan. Murid dipastikan memahami apa yang dikehendaki dan matlamat akhir latihan seterusnya menunjukkan persembahan yang mantap. Latihan secara individu digalakkan bagi memahirkan murid dalam aktiviti penjarian dan pembacaan notasi.

8.

Refleksi. Bagi menyiapkan tugasan ini, sebuah skor ensembel telah digubah. Kemahiran

berkaitan teori muzik amat diperlukan bagi membuat gubahan skor yang baik. Kreativiti guru yang terlibat boleh menentukan sama ada gubahan tersebut dipersembahkan dengan menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Walaupun saya kurang berpuashati dengan gubahan yang dibuat, usaha tetap diteruskan bagi memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran khusus muzik agar lebih memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran termasuk memberi pengalaman muzikal melalui persembahan pentas. 11

Rakaman yang dibuat menggunakan kamera digital Sony L4000 kurang memuaskan dari segi kualiti gambar dan suara. Oleh itu penggunaan kamera video sebenar perlu digunakan untuk rakaman akan datang. Kawalan murid juga perlu dipertingkatkan agar mereka benar-benar mengamalkan disiplin yang tinggi semasa latihan hingga ke peringkat persembahan. Kegagalan murid mematuhi disiplin latihan dan arahan guru menyebabkan persembahan yang dilakukan tidak memenuhi matlamat yang disasarkan. Susun atur peserta persembahan perlu diperkemaskan supaya imbangan bunyi alatan muzik akan lebih jelas, jitu dan menarik minat audien yang menyaksikan persembahan. Murid harus terus diberikan motivasi dimana kata pujian dan penghargaan secara langsung dapat meningkatkan semangat murid untuk berlatih dengan lebih tekun dan memberi tumpuan dalam sesi latihan yang diadakan. Sebarang kesilapan hendaklah diperbetulkan dengan segera agar ia tidak mencacatkan keseluruhan persembahan.

9.

Kesimpulan Rekoder merupakan alat muzik yang diajar dalam aktiviti dan pembelajaran di bilik darjah untuk memberi

pengajaran

pengalaman muzikal. Rekoder menjadi pilihan kebanyakkan negara untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana rekoder senang dipelajari dan harganya murah. Rekoder telah diperkenalkan ke sekolah- sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan menggunakan rekoder kepada murid Tahap 2 telah bermula pada tahun 1986. Pertandingan disyorkan sebagai satu aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat mencungkil bakat pelajar dalam permainan alat. lanya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada.

12

Oleh itu guru muzik perlu meningkatkan kemahiran berkaitan gubahan, alat muzik, dan sebagainya. Rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam bidang muzik boleh dirujuk jika kita menghadapi masalah. Perkongsian maklumat membolehkan guruguru meningkatkan nilai sahsiah mereka ke arah pengajaran yang lebih positif dan berkesan. Guru muzik perlu mempertahankan kesinambungan mereka dalam aliran pendidikan negara. Aktiviti yang menonjolkan kesan pengajaran dan pembelajaran muzik dalam kalangan murid hendaklah digalakkan melalui penyertaan dalam aktiviti sekolah yang lain. Kegiatan muzik di sekolah haruslah dipastikan sentiasa hidup agar ia dapat menarik penyertaan khalayak dan sokongan masyarakat serta pembuat dasar seterusnya memberi kesedaran tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah. Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika juga sebagai pengerak minda untuk berfikir dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri. Penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.

13

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI

Chesire Goh, C.F. Wong, H.M Phang. Pendidikan Muzik KBSR Tahun 3. Kajang : Unik Didik Sdn Bhd. Haji Abu Hassan bin Haji Ali (2000). Latihan Permainan Rekoder, Melodian dan Kibod Kecil Untuk Sekolah Rendah. Petaling Jaya : Pustaka Akademik. Janet Yong Yoke Fah, Barnitus Loo (1994). Mari Bergembira Dengan rekoder Berasaskan Pendekatan Zoltan Kodaly. Bayan Lepas : Penerbit Muzikal. Mastor Jarkaseh (1994). Bermain Gitar Aspek Melodi Iringan dan Gubahan. Pulau Pinang : Rhythm MP Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

14

You might also like