You are on page 1of 18

Tajuk Oleh Ditulis Pada

: Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak. : Nazri Ghani. : Mei 2011 KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 Pendahuluan

PERKARA

MUKA SURAT 3 4 10

Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak Menyediakan Jadual Latihan Jadual Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak SK Peserian

11 15 18 19

5 6 7

Perincian Sesi Latihan Rumusan Apendix

1.

PENDAHULUAN Guru penasihat sukan dan permainan selaku jurulatih memainkan peranan penting

dalam pembangunan sukan di sekolah khususnya dan negara amnya. Mereka merupakan aset yang menjadi nadi penting dalam membentuk ahli sukan yang mantap dan berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menyerlah dalam kegiatan sukan yang disertai di peringkat antarabangsa. Amat penting, guru-guru tersebut diberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan agar dapat diterapkan dalam sesi latihan yang dirancang. Sebagai jurulatih sukan di sekolah, guru-guru tersebut hendaklah diberi sedikit ruang dan masa untuk merancang program yang bersesuaian dengan murid-murid yang telah dipilih seterusnya melaksanakan program mengikut fasa-fasa latihan dalam jangka masa yang bersesuaian. Selain itu faktor lain juga turut menyumbang kepada kejayaan program antaranya sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, sumber kewangan serta peralatan dan kemudahan yang mencukupi bagi sesi latihan yang dirancang. Pertandingan dalam sukan merupakan satu medan yang baik dan berkesan untuk mengenal pasti bakat, mengaplikasi taktik dan strategi permainan serta menilai prestasi peserta dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Pengetahuan dan kemahiran jurulatih dalam aspek penyediaan program latihan yang lengkap, sesuai dan sistematik amat dititikberatkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai. Di samping itu, kemahiran pengelolaan juga amat penting bagi membentuk serta melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang berpengetahuan, versatile dan berkemahiran dalam permainan spesifik. Perancangan yang baik melalui kertas kerja yang lengkap serta mengandungi butiran berkaitan sukan atau permainan yang dipilih akan memudahkan jurulatih di sekolah mendapatkan sokongan terutama daripada pentadbir, masyarakat dan badanbadan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan latihan yang lebih berkesan terutama berkaitan dengan soal kewangan dan kesediaan ibu-bapa melepaskan anak mereka untuk menyertai latihan yang telah dirancang.

2. Tajuk

KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT BOLA SEPAK : LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SK PESERIAN

Pengenalan Pasukan Bola Sepak SK Peserian mula ditubuhkan pada 15 Januari 1965. Bagi tahun 2011, seramai 20 orang telah dipilih bagi menyertai latihan. Sehubungan itu, pihak pengurusan pasukan telah merancang latihan pusat untuk meningkatkan keupayaan pasukan sekolah dalam pertandingan yang bakal disertai kelak yang dijangkakan akan dilaksanakan pada penghujung Disember 2011. Rasional Latihan Pusat yang dirancang akan menyediakan pasukan yang mantap melalui pemilihan yang lebih sistemetik di samping berupaya memantapkan kemahiran sedia ada pemain bola sepak sekolah. Semangat esprit de corp akan diserapkan dalam diri pemain di mana kejayaan bukan hanya untuk individu tetapi pasukannya di samping dapat menaikkan nama sekolah. Matlamat Matlamat latihan pusat ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain di samping menerapkan teknik dan taktikal yang sesuai dalam permainan bola sepak. Selain itu, peraturan dan undang-undang berkaitan juga dititikberatkan agar para pemain memahami aspek pengadilan bola sepak seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pemain. Aktiviti yang diadakan dalam latihan pusat ini diharapkan dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan pemain. Pemukiman pemain dalam latihan pusat ini diharapkan membantu pemain agar lebih kreatif dalam merencana strategi bagi memburu kemenangan dalam setiap perlawanan yang telah diatur.

Objektif 1. 2. 3. 4. Memberi bimbingan dalam pengambilan makanan dan diet yang sesuai dengan sukan bola sepak. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang undang-undang dan peraturan bola sepak secara khusus. Menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan pemain dan bermain untuk menang. Meningkatkan kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran dalam kalangan pemain mengikut fasa yang ditetapkan serta mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan. 5. 6. Menerapkan strategi dan taktikal yang berkesan dalam permainan berpasukan. Menajamkan kemahiran asas bola sepak secara individu dan berpasukan.

Maklumat Pelaksanaan Tarikh Tempat Masa Kitaran Latihan Kumpulan Sasaran : 1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011 : Padang SMK Semerah, Batu Pahat. : 8.00 pagi hingga 6.00 petang. : 12 minggu. : Murid Tahun 3 Tahun 6 ( berumur 9 12 Tahun ) SK Peserian Murid yang telah dipilih menyertai pasukan bola sepak sekolah. Bilangan Peserta : 20 orang.

Bilangan Hari Latihan 1. Fasa Persediaan - Umum - Khusus 2. Fasa Pertandingan - Pra 3. Fasa Transisi Peralatan BIL 1 BUTIRAN Jersi Pasukan / Seluar Pendek BILANGAN 20 pasang CATATAN Disediakan oleh Jawatankuasa Latihan 2 3 Shin Guards Kasut Bola / Stoking 20 pasang 20 pasang - sda Disediakan oleh pemain sendiri. Disediakan oleh Jawatankuasa Latihan 5 6 7 8 9 Mini Skitel Jam Randik ( Stopwatch ) Video Bola Sepak Sarung Tangan Penjaga Gol Fail Pengurusan 30 buah 5 buah Mengikut Kesesuaian Jurulatih 3 pasang 10 buah - sda - sda - sda - sda - sda - 4 minggu - 4 minggu - 1 minggu

- Pertandingan - 1 minggu - Rehat Pasif - 1 minggu - Rehat aktif - 1 minggu

Bola

30 biji

Jawatankuasa Latihan 5

Penasihat Penyelaras Pengerusi Setiausaha Bendahari Jurulatih Pen. Jurulatih AJK 1.

: Encik Khalidi Senan : Encik Mohd Khalid Zaharin : Encik Abd Ghafar Ahmad : Encik Nazri Ghani : Puan Khalsom Ahmad : Encik Anuar Albar Bakri : Encik Alias Abd Kadir

GB SK Peserian GPK Kokurikulum

Peralatan / Persediaan Tempat a. Tn Hj Masri Buang b. Encik Mohd Amri Siben c. Encik Mesri Seral

3.

Dokumentasi a. Encik faiz Abd Rahman

2.

Makanan / Minuman a. Encik Mohd Hadip b. Pn Azizah Mahfood

4.

Kecemasan / Fisioterapi a. Encik Khalidi Atan b. Encik Nazri Ghani

Anggaran Perbelanjaan BIL 1 2 3 BUTIRAN Makan dan minum pemain Kotak First Aid Pengangkutan Perlawanan PERBELANJAAN RM 500.00 RM 200.00 RM 100.00 RM 200.00 RM 300.00 PERBELANJAAN RM 300.00 RM 100.00 6 CATATAN Tambahan kepada bola sedia ada -sdaCATATAN Fasa Persediaan Fasa Pertandingan 2 unit

persahabatan / pertandingan 4 Saguhati pemain / pegawai BIL BUTIRAN 5 6 Bola Shin Guards

7 8 9 10

Fail Pengurusan / Pelbagai Yuran Pendaftaran pertandingan Jurulatih Jemputan Perbelanjaan Luar Jangka JUMLAH

RM 50.00 RM 30.00 RM 150.00 RM 70.00 RM 2000.00

Sumber Kewangan 1. Peruntukan Kokurikulum. 2. Sumbangan PIBG. 3. Sumbangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Peserian. 4. Sumbangan ibu-bapa / penjaga. 5. Sumbangan individu. Strategi 1. Pemilihan pemain melalui pertandingan antara kelas. 2. Memaklumkan program kepada ibu-bapa / penjaga. 3. Latihan mengikut Fasa. 4. Perlawanan persahabatan dengan sekolah yang berhampiran. a. SK Seri Comel, Batu Pahat. b. SK Seri Maimon, Batu Pahat. c. SK Pekan Baru, Muar. d. SK Orang Kaya Ali, Muar. 5. Menyertai pertandingan peringkat Zon Semerah. 6. Jemputan Jurulatih Luar ( Program JKID )

Senarai Pemain Terpilih Menjalani Latihan Pusat Nama 1. Muhd Nur Hakim Rusdan 2. Muhd Aiman Naqib Mohd Rahim 3. Mohd Hamizan Md Fauzan 4. Mohd Fazlee Saadon 7 Posisi Pemain Tengah Penjaga Gol Pertahanan Sayap

5. Muhd Idham Nordin 6. Mohd Hilmi Aris 7. Nuqman Abd Halim 8. Mohd Syukri Wagiman 9. Mohd Aminuddin Johari 10. Ahmad Anwar Mujahid Jaafar 11. Muhd Fikri Abu Bakar 12. Muhd Haziq Zulkifly 13. Muhd Izwan Azhar 14. Muhd Taqiuddin Masri 15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar 16. Mohdi Khairul Nizam Abd Jalil 17. Muhd Rashidi Sulaiman 18. Muhd Rashidi Suhaimi 19. Muhd Aswad Mohd Samsudin 20. Muhd Syihabudin Muhidir Disediakan Oleh : ....................................... ( NAZRI BIN GHANI ) Setiausaha, Program Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak, SK Peserian, Batu Pahat. 3. MENYEDIAKAN JADUAL LATIHAN

Penyerang Penyerang Penyerang Tengah Sayap Pertahanan Sayap Pertahanan Tengah Pertahanan Penjaga Gol Penyerang Sayap Pertahanan Tengah Tengah Disahkan oleh : .......................................

Jadual Latihan biasanya disediakan berpandukan keperluan tahap kecergasan pemain, teknikal, taktikal dan psikologi peserta latihan. Sebelum sesuatu pertandingan, beberapa fasa latihan disediakan bagi menentukan keperluan latihan yang perlu ditekankan. Dalam fasa persediaan umum misalnya, tumpuan lebih diberikan kepada 8

pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutama dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas. Aktiviti ini meliputi 70% daripada latihan yang dijalankan dan 30% lagi dikhususkan kepada pendedahan dan latihan teknik. Jadual Latihan haruslah fleksibel mengikut tahap penerimaan murid. American Coaching Effectiveness Programme (1996), menyarankan sekiranya jurulatih mendapati pemain tersangkut pada sesuatu kemahiran, mereka seharusnya diberikan masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri walaupun ini bermakna berlaku sedikit penundaan dalam jadual latihan. Pemain yang tidak dapat menangani kemahiran asas akan pasti tidak dapat melaksanakan kemahiran yang lebih sukar. Jadual Latihan juga hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti prinsip-prinsip latihan, jenis latihan yang sesuai dengan fasa, kaedah latihan, tempoh latihan Periodisasi, Jangka masa latihan dan jumlah sesi latihan Pada awal musim, pemain boleh dilatih dengan meningkatkan tahap kecergasan dan kemahiran yang penting serta kurang sukar. Objektif program boleh ditetapkan tetapi jurulatih boleh mempelbagaikan aktiviti bagi mencapai objektif tersebut. Susunan aktiviti yang tidak terlalu padat haruslah dipertimbangkan bagi mengelakkan pemain atau pelatih mengalami kelesuan melampau selepas sesuatu sesi latihan. Selain itu, aspek keselamatan dan pemakanan pemain juga mesti diambil kira dengan memberikan panduan yang berterusan kepada mereka. Aspek kebajikan pemain perlu diambil berat bagi meningkatkan motivasi mereka dalam latihan dan pertandingan yang disertai.

4.

JADUAL LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SK PESERIAN Tarikh latihan pusat Tempoh Masa Bilangan peserta Permainan : : : : : 1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011 3 bulan 8.00 pagi hingga 6.00 petang 20 Bola Sepak 9

Strategi Latihan

5 hari latihan / minggu 2 hari cuti.

4.1 4.1.1

Fasa Persediaan Persediaan Umum AKTIVITI - Pembahagian Jadual Latihan - Mengenal Sukan Bola Sepak. 1 - Teknik Menyepak Bola. - Pemakanan / Diet Pemain Bola Sepak. - Motivasi / team spirit. - Panduan Kecergasan Fizikal - Undang-undang Bola Sepak - Warming up / Cooling Down 2 - Latihan menahan dan menghantar bola. - Latihan Kecergasan - Permainan Kecil. - Kecergasan Fizikal. - Teknik sepakan asas / kawalan bola. 3 - Teknik Menyerkap bola / hantaran leret. - Latihan Menanduk bola. - Latihan kawalan bola ketika berlari. - Permainan Kecil AKTIVITI - Kecergasan Fizikal. - Latihan hantaran tepat. - Latihan variasi sepak bola / hantaran jauh. 4 - Latihan mengelecek / merebut bola. - Latihan variasi menyerkap bola. - Latihan Khusus ikut posisi pemain. - Permainan kecil. CATATAN Teknik Sepak Bola : - Sepak leret. - Sepak kuis depan. - Sepak kuis luar kaki. - Sepakan tumit. - sepakan tinggi dan volli. Rujuk Modul latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah. Teknik Menyerkap Bola : - sebelah dalam kaki. - Bahagian atas kaki / peha. - Bahagian tapak / hujung. - Bahagian perut / dada. - menggunakan kepala. CATATAN Latihan Kecergasan : - Latihan LSD. - Latihan fartlek. - Latihan Litar. - Latihan Jeda. *dijalankan mengikut isipadu dan intensiti yang berbeza 10

MINGGU

MINGGU

4.1.2 Persediaan Khusus MINGGU AKTIVITI - Kecergasan Fizikal. - Strategi 4-2-4 / 4-3-3. - Latihan mengelecek bola. - Latihan menyerkap / Menanduk bola. 5 - Latihan Menghantar / menerima bola. - Latihan Intensif penjaga gol. - Permainan Kecil. CATATAN Latihan Intensif Penjaga Gol : - Tangkapan bola leret. - Bola paras dada. - Menepis bola. - Menumbuk bola. - Lompat junam (diving). - Tendang gol. - Lemparan bola. - Kecergasan Fizikal. - Strategi 4-4-2 / 1-4-3-2. - offside / Lontaran ke dalam. 6 - Latihan menghantar / menerima / mengelecek pemain lawan. - Latihan Variasi Jaringan Gol / Penjaga Gol. - Tendangan sudut. MINGGU AKTIVITI - Latihan Kecergasan. - Strategi / taktikal. - Latihan Variasi Jaringan / tendangan 7 percuma. - Counter Attack. - Motivasi / psikologi pemain. 8 - Permainan simulasi. - Latihan Kecergasan. - Taktikal pasukan. - Kawalan bola dan permainan. 11 CATATAN Psikologi Pemain : - Memberi Penumpuan. - Sikap Positif (perlawanan) - Sikap Positif (latihan) - Sentiasa bersedia / stabil. - Berani mengambil risiko. - keyakinan / kemahuan diri Latihan Variasi Jaringan : - Peluang jaringan. - Peratusan sudut jaringan. Strategi Permainan : Digunakan bagi menguji kesesuaian pemain dengan formasi dan posisi pemain yang akan dipilih.

- Latihan kemahiran mengawal lawan / menutup ruang gol. / Tendangan sudut. - Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.

- minit kekerapan jaringan. - Jaringan melalui sepak percuma, tendangan sudut, tandukan bola, volli dll.

- Latihan Variasi Jaringan / Tendangan penalti terus, penalti, tendangan

4.2 4.2.1

Fasa Pertandingan. Pra Pertandingan. AKTIVITI - Kecergasan Fizikal. - Pemakanan / diet pemain. - Video taktikal bola sepak / perlawanan 9 pilihan. - Motivasi Bermain macam bintang. - Perlawanan Persahabatan. - Penilaian pemain. CATATAN

MINGGU

4.2.1

Pertandingan. AKTIVITI - Kecergasan Fizikal. - Pemakanan / diet pemain. - Persediaan mental / taktikal / bermain secara berpasukan. CATATAN

MINGGU

10

- Video taktikal bola sepak / perlawanan pilihan. - Konsep Fair Play - Perlawanan Peringkat Zon Semerah. - Rawatan / pemulihan. 12

4.3

Fasa Transisi CATATAN Rehat Pasif Rehat Aktif

MINGGU AKTIVITI 11 -Cuti / Latihan individu. - Kecergasan Fizikal. 12 - Rekreasi / Regangan / kelenturan. - Undang-undang Bola sepak. 5. 5.1 PERINCIAN SESI LATIHAN Persediaan Fizikal

Latihan kecergasan fizikal disediakan untuk murid-murid yang terlibat dalam program bola sepak tersebut. Menurut Wee Eng Hoe ( 1994 ), sebelum sesuatu program dirancang, komponen-komponen kecergasan perlu dikenali dan diketahui secara mendalam. Oleh itu, latihan yang disediakan akan merangkumi kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran. Empat kaedah latihan disediakan dalam perancangan iaitu latihan jeda, latihan LSD, latihan Fartlek dan latihan litar. Kaedah latihan tersebut dipilih kerana didapati sesuai dalam meningkatkan tahap kecergasan para pemain bola sepak. Latihan LSD melibatkan aktiviti larian sederhana laju yang menggunakan sistem tenaga aerobik di mana tubuh menggunakan oksigen. Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak. Perubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. Pemain tidak dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan. Kadar denyutan nadi diambil sebelum, sepanjang dan selepas LSD bagi menentukan pemain mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Wee Eng Hoe (1997), menyatakan bahawa untuk memastikan kita menjalani latihan mengikut intensiti yang 13

betul, kita perlu mengetahui kadar nadi sebelum, semasa dan selepas latihan. Kadar nadi boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan mengiranya selama 1 minit. Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada ditahap yang optimum warm up bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute). Latihan Fartlek yang digunakan dalam jadual melibatkan aktiviti joging ringan (5 minit), Lari pecut (20 meter), joging perlahan (100 meter), jalan keliling (200 meter) dan lari undur (20 meter ) bagi set 1 manakala bagi set 2 pula melibatkan aktiviti lari biasa 50 m, lari perlahan 5 minit, lari pecut 50 m dan berjalan 100 m. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Melalui kaedah latihan Litar, pemain disediakan latihan melibatkan aktiviti tekan tubi (stesen 1), lari ulang alik (stesen 2), skipping (stesen 3), mengangkat kaki (stesen 4) dan bangkit tubi. Kaedah latihan ini dapat meningkatkan motivasi kendiri, menambah daya tahan dan kelenturan fizikal pemain. Latihan ini juga dapat membina dan meningkatkan kecergasan aerobik. Kaedah latihan keempat yang digunakan dalam jadual latihan ialah latihan jeda. Latihan jeda mengandungi sesi senaman, kerja atau latihan yang diselang-selikan dengan masa rehat. Menurut Mohd Ramli Nordin (1989), tujuan utama latihan jeda ialah untuk menambahkan kecekapan sistem tenaga aerobik supaya menambahkan kebolehan individu dalam prestasi yang lebih hebat. Antara aktiviti yang dijalankan dalam latihan jeda ialah lari naik dan turun tangga, lari striding 50 m bagi sesi 1 serta lari pecut 50 m dan lari bergalop. Latihan ini juga melibatkan penentuan masa larian, masa rehat serta nisbah kerja kepada jeda rehat. Latihan jeda melibatkan intensiti tinggi dan kemungkinan untuk cedera juga adalah tinggi. Ini kerana ia memberi tekanan ke atas otot-otot. Sebaik-baiknya kuantiti setiap aktiviti dan jumlah ulangan perlu dikawal tanpa menjejaskan kualiti latihan serta dapat mengekalkan masa rehat yang ditetapkan. 5.2 Fasa Utama ( Teknikal )

14

Beberapa latihan berkaitan kemahiran dan teknik bola sepak diajar dan diaplikasikan dalam jadual latihan. Peraturan asas bola sepak diperkenalkan bagi menambahkan dan memperkayakan input sedia ada tentang bola sepak dalam diri pemain. Di akhir setiap sesi fasa utama, jurulatih boleh memberi peluang kepada pemain mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari melalui permainan kecil bola sepak. Antara kemahiran yang dicadangkan dalam jadual latihan ialah kemahiran menyepak bola, menyerkap, menanduk bola dan beberapa jenis kemahiran hantaran bola yang sesuai dijalankan dalam jangka masa latihan. Jenis kemahiran seharusnya tidak terlalu padat hingga mendatangkan masalah kepada para pemain untuk mengingati seterusnya menguasai kemahiran yang diajar dengan baik. Pemain tidak harus ditekan untuk menguasai sesuatu kemahiran bagi mengelakkan mereka mengalami kelesuan dan psikologi mereka terganggu dengan corak latihan yang terlalu keras dan melampau.

5.3

Fasa Taktikal Melalui fasa ini para pemain didedahkan dengan strategi perlawanan sama ada

menggunakan format 4-3-3, 4-4-2 dan sebagainya. Pemain akan dinilai tahap keserasian dalam pasukan dan posisi yang sesuai untuk setiap pemain. Persefahaman dan komunikasi yang baik antara pemain juga ditekankan agar dapat mewujudkan semangat berpasukan dengan lebih kukuh dan berkesan. Latihan-latihan jaringan juga dilakukan bagi memberi pemain memilih cara dan peluang jaringan yang sesuai. Dalam Fasa ini, Perlawanan persahabatan juga diadakan bagi menilai tahap kemahiran individu dan berpasukan serta keberkesanan latihan kecergasan yang telah dilaksanakan. 5.4 Fasa Psikologi. Murid yang menyertai latihan pusat ini diberikan motivasi secara berkala bagi meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa bersikap positif sama ada semasa sesi latihan 15

dan perlawanan yang disertai. Tayangan video perlawanan pilihan yang melibatkan bintang-bintang bola sepak juga membantu meningkatkan keazaman dan semangat pemain agar cuba bermain mengikut pasukan pilihan dan idola mereka. Sikap sentiasa bersedia dan berani mengambil risiko demi kemenangan pasukan juga diterapkan melalui sesi motivasi yang dijalankan. 6. RUMUSAN Perancangan yang sistematik dan memenuhi keperluan pemain dalam sesuatu jenis sukan hendaklah diteliti dan diperhalusi agar segala yang dirancang dapat mencapai objektif iaitu mempertingkatkan tahap kecergasan pemain, mempertingkatkan kemahiran teknikal dan taktikal serta menguatkan lagi tahap psikologi dan fizikal pemain seterusnya mencapai kemenangan berpasukan dalam pertandingan yang disertai. Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan dapat menilai sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di samping itu jurulatih mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola sepak yang masih belum dikuasai oleh pemain. Mengikut Abdullah Ali ( 1989 ), seorang pemain bola sepak perlu belajar selok belok permainan. Seorang pemain perlu cekal menerima tunjuk ajar daripada jurulatihnya. Oleh itu, sebagai seorang jurulatih yang dipertanggungjawabkan, kita hendaklah meningkatkan pencapaian para pemain dalam setiap aspek dan perlu lebih cekap berkomunikasi supaya pemain dapat menerima apa yang diajar dengan mudah dan berkesan.

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Ab. Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

16

Abdullah Ali ( 1989 ). Bola Sepak. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. American Coaching Effectiveness Programme ( 1996 ). Rookie Coaches Soccer Guide / Bola Sepak : Panduan Jurulatih Baru. Shah Alam : Federal Publications Sdn. Bhd. Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Kursus Kejurulatihan Tunas Bola Sepak MSSM 1999 Zon Tengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasbullah Ismail, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Borhan Yusof (2011). HBPE3103 Kegiatan Profesional (Permainan). Seri Kembangan : Open University Malaysia. Mohd Ramli Nordin ( 1989 ). Pendidikan Jasmani Untuk Kecergasan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Taib Harun, Dr Norlena Salamuddin ( 2010 ). HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Stacey Chapman, Edward Derse, Jacqueline Hansen (2008). Soccer Coaching Manual. Los Angeles : LA84 Foundation. Wee Eng Hoe ( 1997 ). Kecergasan Satu Panduan Hidup Sihat. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe ( 1994 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

17

Wee Eng Hoe, Teng Boon Tong ( 1998 ). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia ; Dewan Bahasa dan Pustaka ; Media Network Sdn. Bhd.

18

You might also like