You are on page 1of 18

Isi Kandungan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Tajuk Pendahuluan Penghargaan Sejarah Alor Gajah Peta Alor Gajah Mukim Alor Gajah Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Potensi Bentuk Muka Bumi Halangan Bentuk Muka Bumi Langkah Langkah Pencegahan Rumusan

Penghargaan
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna dengan bantuan daripada beberapa pihak. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut : a) Ibu bapa yang memberikan dorongan, sokongan dan bantuan kewangan untuk melaksanakan kajian dan laporan ini. b) Cikgu Sabariah , Guru Geografi Tingkatan 1 , Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said yang banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan kepada saya. c) Rakan-rakan sekelas yang banyak membantu semasa menjalankan kajian ini. d) Pengetua Sekolah e) Orang-orang perseorangan yang kami temubual di kawasan kajian.

Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran GeorgafiTingkatan 1 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Halini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi tempatan.Pelajar-pelajar diberi pilihan untuk membuat suatu kajian. Saya telah memilih Bentuk Muka Bumi Kubang Bemban Serta Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia serta Perbandingan dengan Negara Thailand. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini bermula 20 Oktober 2010 sehingga 14 November 2010. Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan itu.Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang mana bentuk muka buminya unik, indah dan terkenal seperti Kampung Kubang Bemban ini. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan kepada seluruh masyarakat di sini amnya.

Sejarah Alor Gajah


Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah. Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahanKesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah. Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942. Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta api hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012 turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Teksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjadikan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan kereta api bas dan teksi. Secara tidak langsung Projek Sebang Sentral yang pernah diuar-uarkan menjadi kenyataan. Potensi Bandar Pulau Sebang akan bertambah maju.Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di Bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka. Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.

Pengangkutan Alor Gajah boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Gajah.Alor Gajah merupakan satusatunya bagi Negeri Melaka yang mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang terletak kira-kira 8 kilometer arah ke Tampin.Satu lagi stesen KTMB daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja naiktaraf juga dilakukan kerana laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.

Peta Alor Gajah

Mukim Alor Gajah


Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Mukim Mukim Lendu Masjid Tanah Ramuan Cina Kecil Sungai Baru Tengah Kuala Sungai Baru Sungai Baru Ilir Berisu Tanjung Rimau Padang Sebang Belimbing Parit Melana Pegoh Kelemak. Taboh Naning Melekek Rembia. Pulau Sebang. Keluasan ( hektar ) 2,7172 1,9563 1,3294 2,1815 1,1096 3,9147 2,0678 5219 83410 36611 63212 1,82913 1,79314 3,18415 1,12216 1,66117 70518

18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 24. 25. 26. 27. 28. 29.

Tebong. Kemmunig Gadek . Machap . Melaka Pindah Durian Tunggal . Sungai Petai . Sungai Baru Ulu Beringin Ayer Paabas Sungai Siput Ramuan China Besar Sungai Buloh Kuala Linggi

3,41419 2,55220 1,48521 7,61222 2,43223. 5,18024 1,78025 3,56926 384 2,961 1,953 1,938 816 2,444

Jumlah

67,440

Objektif Kajian
Setelah kajian ini dijalankan, saya mendapati objektif kajian telah tercapai sebagaimana berikut : Dapat mengetahui jenis bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di kawasan kajian.
a)

b) Dapat mengenal pasti perhubungan bentuk muka bumi dan kegiatan manusia di kawasan kajian. c) Dapat mengkaji halangan bentuk muka bumi terhadap penduduk. d) Dapat mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekeliling.
e) Memupuk semangat patriotisme.

Kawasan Kajian
Latar belakang kawasan kajian yang menjadi pilihan saya ialah Taman Seri Kelemak . Kawasan ini terletak kira-kira 1 kilometer dari Alor Gajah. Selain itu juga, kawasan ini merupakan tempat tinggal keluarga saya sejak 10 tahun yang lalu. Kawasan ini sangat menarik kerana mempunyaipelbagai kemudahan yang setaraf dengan beradadi kawasan Bandar.Ia dilengkapkan dengan kemudahan jalan raya, elektrik , sekolah dan masjid yang selesa serta memudahkan penduduk untuk menggunakannya. Terdapat rumah berbentuk banglo,rumah teres dan rumah flat terletak di Taman Sri Kelemak.

Kaedah Kajian
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini ,saya menggunakan beberapa kaedah berikut : i) KAEDAH PEMERHATIAN : Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan cepat dilakukan. Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperolehi dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan. KAEDAH TEMUBUAL : Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkait dengan berita, pendapat atau nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan berapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.Saya berpendapat kaedah ini banyak membantumaklumat tentang kajian ini. KAEDAH KEPUSTAKAAN : Kaedah rujukan ke pustakaan adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah diterbitkan Contohnya ialah maklumat dengan merujuk pada buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web atau cakera padat. INTERNET : Kaedah ini sangat berguna kerana telah membantu saya memperolehi peta Negeri Kelantan dan Thailand serta maklumat berkaitan Kampung Kajian.

ii)

iii)

iv)

Dapatan Kajian
a) Hasil daripada kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan,kami mendapati kawasan Taman Sri Kelemak adalah sebuah kawasan bertanah pamah. Kawasan ini yang memperlihatkan sebuah kawasan yang luas ,bertanah rata serta amat sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi penduduk. b) Selain daripada itu juga, Taman Seri Kelemak terkenal dengan kawasan perindustrian. Terdapat banyak kilang yang dibina di kawasan tersebut. Contohnya, kilang biskut, kilang plastik, kilang pakaian dan sebagainya. c) Kedudukan kampung kawasan Taman Sri Kelemak yang strategik iaitu terletak berhampiran Bandar Alor Gajah memudahkan penduduk berulang alik ke bandar.

Potensi Bentuk Muka Bumi

Pertanian

Potensi Bentuk Perindustrian Muka Bumi Taman Sri Kelemak Petempatan

Perniagaan

Potensi Bentuk Muka Bumi Taman Sri Kelemak


Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan itu bergantung kepada bentuk muka bumi kawasan berkenaan. Kampung Kubang Bemban yang mempunyai bentuk muka bumi pamah memudahkan penduduk menjalankan kegiatan seperti pertanian, berniaga, mengusahakan industry, pertukangan dan sebagainya. Jika diperhatikan penduduk Taman Sri Kelemak , ramai yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti berniaga runcit, restoran , pertukangan dan sebagainya.Pelbagai juadah makanan dapat dinikmati ketika berada di Taman Sri Kelemak. Gerai-gerai yang dihiasi dengan persekitaran yang menarik minat pembeli untuk berbelanja. Selain harga yang berpatutan, penduduk Kubang Bemban terkenal dengan sifat peramah, tolong-menolong dan rajin bekerja. Kebanyakkan penduduk di Kampung Kubang Bemban memiliki tanah kediaman sendiri. Rumah-rumah penduduk di sini terdiri daripada banglo, rumah teres dan dimiliki oleh orang Melayu. Saya berasa berbangga sekali dapat tinggal di sebuah Negara yang bentuk muka buminya menarik , khususnya di Negeri Melaka ini. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perdagangan berkembang dengan begitu pesat.

Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia


Tabiat penduduk yang suka membuang sampah di merata tempat memudahkan banjir kilat berlaku. Sistem perparitan telah dibaik pulih oleh pihak Kerajaan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran dapat mengelakkan banjir kilat berlaku. Jumlah kenderaan yang banyak menggunakan jalan ini terutama ke Bandar telah mengakibatkan kerosakan teruk.Lori-lori dengan muatan yang berat mengakibatkan cepatnya berlaku kerosakan jalan raya. Kadangkala berlaku kemalangan disebabkan jalan raya yang tidak dibaik pulih. Saya sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada penduduk Kawasan Taman Seri Kelemak, kerana tidak terdapat bencana dan kerosakan.

Langkah langkah pencegahan


Kesan negatif yang wujud akibat daripada kegiatan manusia di kawasan kajian perlu diselesaikan melalui langkah-langkah berikut : Langkah yang pertama ialah mengadakan kempen kempen untuk menanam nilai cinta kepada alam sekitar dalam jiwa penduduk di Taman Seri Kelemak . Contohnya, kempen Cintailah Alam Sekitar untuk mengurangkan masalah pembuangan sampah dan sisa buangan industri. Usaha menanam tumbuhan penutup bumi juga perlu ada di tebing sungai untuk mengurangkan hakisan. Tumbuhan penutup bumi ini dapat megurangkan kesan hakisan dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Akhirnya, saya berasa bangga dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah berusaha memajukan melalui pembangunan mampan.Diharapkan Kawasan Taman Seri Kelemak akan menjadi lokasi yang lebih kondusif lagi pada masa hadapan.

*Graf menunjukkan Kegiatan Penduduk di Kampung Kubang Bemban yang ditemubual berkaitan dengan keadaan muka bumi*

Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini,saya telah mengenali ciri-ciri bentuk muka bumi disekitar kawasan Taman Sri Kelemak, Alor Gajah dengan lebih mendalam. Saya mendapati bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan sedikit lembah . Dengan kajian ini saya dapat mengenali pasti kesan-kesan kegiatan manusia, terutamanya penduduk di Kampung Kubang Bemban. Selain itu,saya juga dapat mengenalipasti langkah-langkah penyelasaian yang sepatutnya dijalankan kesan daripada kegiatan manusia. Sepanjang penghasilan kajian ini, saya telah mempelajari banyak perkara seperti bekerjasama,bersyukur terhadap usaha kerajaan membangunkan kawasan sekitar kawasan ini. Semua cabaran telah saya hadapi dan akhirnya terhasillah sebuah folio mengenai Bentuk Muka Bumi dan ciri-cirinya di Kawasan Taman Seri Kelemak.

You might also like