P. 1
Model Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat

|Views: 33|Likes:
Published by Faez Nurazman

More info:

Published by: Faez Nurazman on Oct 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/08/2012

pdf

text

original

Model Pemprosesan Maklumat Pengenalan Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem

komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat 1) Andaian kapasiti terhad dan sekata kepada pengaliran maklumat 2) Pengaliran maklumat dua hala 3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat 1) Pengenkodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 2) Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. 4) Lupaan ('forgetting') Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Di dalam fasa ini. seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan. Gagne Robert M. fasa penyimpanan. seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain. fasa prestasi dan fasa maklum balas. a) Fasa Motivasi.Jangkaan Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran. b) Fasa Tanggapan – Perhatian Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Lazimnya. Oleh itu. fasa generalisasi. pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.1) Teori Pemprosesan Maklumat R. fasa ingatan kembali. Contohnya.Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan . Mengikut Gagne. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. fasa kefahaman. iaitu fasa motivasi. fasa penahanan. Mengikut teorinya. kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. semasa belajar di bilik darjah. Tanpa motivasi. ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar. M. motivasi memainkan peranan yang penting dalam manamana proses pembelajaran. manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. c) Fasa Penyimpanan. proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan.

Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru. g) Fasa Prestasi. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan. Di situ. rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi. f) Fasa Generalisasi. Misalnya. e) Fasa Mengingat Kembali. d) Fasa Penahanan. maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.mempersepsikannya denga tepat.Stor Ingatan Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek. Mengikut Gagne. fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran.Pindaan Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa. segiempat sama sisi. seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat. Fasa ini dinamakan fasa penahanan. . rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isiisi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. iaitu menyimpan maklumat. peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik. Misalnya.Gerak Balas Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan.

Mengikut beliau. . seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru. beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Selain itu. b) Bahan-bahan pembelajaran harus distukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategorisasi iaitu proses pengamatan. Bruner menyarankan bahawa : a) Teori Pengajaran harus menetukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar. dengan mengkategorikan perkara-perkara dan benda yang mempunyai ciri yang sama dalam beberapa kelompok. pengamatan. ingatan dan lupaan serta pemindahan. teratur dan mudah. dalam mengelaskan haiwan-haiwan yang pelbagai jenis kepada kelompok-kelompok mengikut habitat mereka akan memudahkan murid-murid mengamati ciri-ciri haiwan dalam pelajaran di sekolah. Di antaranya ialah kesediaan. c) Teori Pengajaran harus menentukan cara yang palin berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari. di dalam teori pengajarannya.h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu. Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne. Contohnya. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. motivasi. maka kita akan dapat menjadikan pelajaran dengan lebih sistematik. d) Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajaranya. 2) Teori Pengajaran Burner Bruner ( 1973 ).

3) Model Taba : Pembentukan Konsep Mengikut Taba. merancang aktiviti kajian. Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal . Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah. c) Peringkat Membentuk Hukum Membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya. Dalam hal ini. konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bananbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak. fenomena dan ciri-ciri unsur sains. menjalankan siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. b) Peringkat Pembentukan Konsep Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu. Mengikut Taba. perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data. Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut : a) Model Inkuiri Sains Digunakan untuk mengkaji prinsip. membentuk hipotesis. Semasa proses perancangan pelajaran. d) Peringkat Aplikasi Penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru. teknik meningkatkan daya pemikiran pelajar adalah penting untuk memperoleh dan menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak. 4) Model Inkuiri Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan. Di dalam proses pembelajaran. Model Pengajaran Taba mengaitkan stuktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran. pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama iaitu : a) Peringkat Penyusunan Data Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaanya.

Peringkat menguji hipotesis merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian. Model ini merangkumi enam langkah iaitu . Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Peringkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah.selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey . b) Model Inkuiri Sosial Digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah. mencari maklumat rumusan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian . Dalam inkuiri terbuka. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. temubual atau soal selidik. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan segala proses kajian. Model inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial. mengenal pasti masalah. terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. menguji hipotesis dan menilai serta membuat rumusan. d) Model Inkuiri Suchman Model ini diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskam andaian . menemtukan definisi untuk hipotesis. pembentukan masalah oleh pengajar. perbincangan kesahan hipotesis. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atasa dan peringkat lebih tinggi. pembentukan hipotesis oleh pelajar. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. manakala peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian dan membuat rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah. membentuk hipotesis. mencari sokongan untuk hipotesis dan membuat rumusan atau kesimpulan. c) Model Inkuiri Juris Prudential Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar Sains lebih berguna daripada belajar Sastera. murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan.

bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam matapelajaran khususnya sains. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->