Professional Documents
Culture Documents
Kurikulum
Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu
pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat
dengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk
kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli
progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang
kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan
strategi-strategi pengajaran.
o John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya 'The Child and The Curriculum'
merujuk istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil
kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini'. Pembentukan kurikulum
menekankan kepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya
menghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' (1916,
halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil
kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus
membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa
depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen
rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluan
masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan
individu.
• urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan
bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001)
• isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu
dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan
mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996)
• pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang
diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan
pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara
berterusan dan bersungguh-sungguh
• kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk
memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah
• kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan,
proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap
tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana
dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)
• Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum
boleh didefinisikan sebagai :
Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan
adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek :
Konsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaimana sekolah
menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini :
3. Jenis-Jenis Kurikulum
Apakah jenis kurikulum yang anda tahu ? Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama
iaitu kurikulum formal dan tersembunyi.
Jadi apakah peranan anda sebagai guru dalam kurikulum tersembunyi? Anda harus berupaya
untuk mengenalpasti aspek-aspek kurikulum tersembunyi, terutamanya kemungkinan
ketidakfungsiaan potensi atau pengalaman pembelajaran negatif dan di mana-mana
kemungkinanan untuk mengawal dan memperbaiki situasi.
Huraian ringkas yang berikut membolehkan anda membezakan antara pelbagai jenis kurikulum.
-kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan
-bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan
disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum
• Kurikulum Sokongan
o kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk
menyokong atau menyampaikan
• Kurikulum Tersembunyi
- mengandungi peraturan tak bertulis. Konvensi, adat resam, nilai budaya yang
dikenali sebagai sekolah, sperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur
- set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru , ujian
dibina di peringka daerah dan ujian piawaian
- semua perubahan pada nilai, persepsi dan tingkah laku yang berlaku adalah
hasil daripada pengalaman persekolahan
Hubungan kurikulum boleh dijelaskan melalui rajah yang berkaitan dengan lapisan
kurikulum
4. Model Kurikulum
Terdapat pelbagai model kurikulum yang dibincangkan oleh Raplh Tyler (1949), Hilda Taba
(1966) , Stenhouse (1975) dan Stake (1976).
iv) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau
sebaliknya?
Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar pendidikan
bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan signifikan
dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sebarang
pernyataan objektif sekolah adalah merupakan pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan
murid
Adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah
laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah
penyampaian dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai.
i) mendiagnosis keperluan
vii) penilaian
Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu.
Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh
seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan
dengan set penaakulan praktikal Aristotle
Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka
untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital
Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan
mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan :
a) Perancangan
Hubungan manajemen pendidikan dengan kurikulum sangat berkaitan erat satu dengan yang
lainnya. Dimana Kurikulum merupakan inti dari bidang pendidikan dan memiliki pengaruh
terhadap seluruh kegiatan pendidikan. Mengingat pentingnya kurikulum dalam pendidikan dan
kehidupan manusia, maka penyusunan kurikulum tidak dapat dilakukan secara sembarangan.
Penyusunan kurikulum membutuhkan landasan-landasan yang kuat, yang didasarkan pada
hasil-hasil pemikiran dan penelitian yang mendalam. Penyusunan kurikulum yang tidak
didasarkan pada landasan yang kuat dapat berakibat fatal terhadap kegagalan pendidikan itu
sendiri. Dengan sendirinya, akan berkibat pula terhadap kegagalan proses pengembangan
manusia. Sedangkan Menajemen Pendidikan merupakan serangkaian proses pengelolaan
komponen pendidikan disekolah. Sedangkan kuikulum pendidikan merupakan bagian dari
Manajemen Pendidikan dimana kurikulum berfungsi sebagai rancangan Pembelajaran. Dengan
demikian hubungtan antara manajemen pendidikan dengan kuurikulum sangat berkaitan satu
sama lain
a. Rumusan
Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses , merupakan putaran asas yan mengandungi :
menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua
peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan
kualiti program persekolahan.
Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah
sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.