You are on page 1of 1

KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Sumbangsaran Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan.

Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum muridmurid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya murid-murid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan. Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kupulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid. Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahliahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

You might also like