You are on page 1of 2

Ruj.

kami : SAMBBST 01/05/003/02/ ( ) Tarikh : 7 Oktober 2010

Pn. Zuraidah binti Zubir , Sek. Men. Keb Dengkil Batu 1 Jln Air Hitam, 43800 Dengkil Selangor. Puan, Jemputan Ceramah Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 1 Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak sekolah dengan ini amat berbesar hati untuk menjemput pihak puan memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan satu di sekolah kami. Butiran program tersebut adalah seperti di bawah : Hari : Sabtu Tempat: Surau SAMBBST Tarikh : 9 Oktober 2010 Masa : 8.30-10.30 3. Sehubungan dengan itu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan di atas kesudian memenuhi jemputan untuk memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar kami. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

Ruj kami : SAMBBST 01/05/003 /02( ) Tarikh : 19 April 2010

Encik Khairul Nizam b. Ahmad Husaini Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Nom 42 dan 44, Jalan Mawar Satu B, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, 47900 Sepang. (UP : Unit ICT dan Data ) Tuan, Permohonan Meminjam LCD Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa SAM Bandar Baru Salak Tinggi akan mengadakan seminar cara menjawab soalan bagi pelajar tingkatan 3 di sekolah ini . Butiran program tersebut adalah seperti di bawah : Tarikh : 21 April 2010 Masa : 3.15-5.15 Tempat: Dewan SAMBBST 3. Untuk pengetahuan pihak tuan LCD di sekolah kami telah rosak dan belum diganti dengan yang baru. Memandangkan program tersebut akan dilangsungkan tidak lama lagi, kami amat berharap agar dapat meminjamnya pada tarikh seperti diatas. 4. Segala kerjasama dan pertimbangan tuan di dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

You might also like