You are on page 1of 34

TAJUK 1 KESELAMATAN BENGKEL 1.

1 Peraturan Keselamatan Kerja-Kerja Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman Peraturan keselamatan diwujudkan bagi mengelakkan apa-apa kemalangan sama ada yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal, kehilangan nyawa atau harta benda yang berpunca daripada sikap cuai, lalai atau tidak mengikut peraturan.Disamping itu, amalan langkah-langkah keselamatan ini juga dapat memupuk pekerja atau pengguna elektrik yang berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan. Terdapat tiga kategori keselamatan yang perlu diambil perhatian iaitu: Keselamatan diri Keselamatan alat dan perkakas Keselamatan bengkel dan persekitaran 1.1.1 Keselamatan Diri Diri sendiri merupakan individu yang melaksanakan tugas atau kerja. Oleh itu keseselamatan amat penting diambil perhatian dan diamalkan.Antara contoh peraturan diri yang perlu diamalkan ialah: Mempunyai peralatan-peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai seperti kasut keselamatan, sarung tangan, topi keselamatan atau lain-lain yang perlu berada di tempat kerja. Memakai pakaian keselamatan yang sesuai mengikut kerja yang dilakukan seperti baju bengkel, kasut yang bertebat dan bertumit rendah, tidak bertali leher dan sebagainya. Tidak memakai barang kemas atau perhiasan seperti cincin, jam tangan, rantai dan sebagainya semasa menjalankan kerja-kerja elektrik. 1.1.2 Keselamatan Alat dan Perkakas Alat dan perkakasan elektrik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan dilengkapkan dengan cirri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim Antara ciri keselamatan yang perlu diambil perhatian iaitu:

Penebatan Pembumian Peranti Perlindungan 1.1.2.1 Penebatan Semua peralatan dan perkakasan elektrik hendaklah ditebatkan dengan penebat. Penebatan digunakan untuk membalut atau mengasingkan pengalir dengan pengguna. Ia dapat menghindarkan pengguna dari terkena renjatan elektrik. Bahan penebatan yang digunakan hendaklah mempunyai kerintangan yang tinggi seperti getah, Polyvinyl chloride (p.v.c or p.v.k) dan lain-lain 1.1.2.2 Pembumian Merupakan satu kaedah penyambungan bahagian logam alat atau perkakasan elektrik ke elektrod bumi melalui bar bumi pada kotak fius agihan.Pembumian bertujuan melindungi pengguna daripada renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus pada manamana bahagisn logam perkakasan elektrik. 1.1.2.3 Peranti Perlindungan Peranti perlindungan berfungsi untuk memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus yang mengalir di dalam litar. Contoh peranti perlindungan ialah fius dan pemutus litar. 1.1.3 Keselamatan Di Tempat Kerja Keadaan di tempat kerja perlulah sentiasa selesa dan selamat digunakan. Ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ialah: Memastikan susun atur semua peralatan dan perabot hendaklah sentiasa kemas dan selamt supaya tidak menghalang apabila berlaku kecemasan. Sistem pengudaraan yang baik dan sistem pencahayaan yang mengcukupi. Mempunyai pengetahuan mengenai bahaya-bahaya kerja-kerja elektrik yang dilakukan dan bagaimana mengawal bahaya bahaya tersebut. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja yang telah ditetapkan

Memastikan bekalan elektrik dilitar-buka (switch off) sebelum kerja-kerja dijalankan (jika berkenaan). Mempunyai pengetahuan serta mengamalkan sikap berhati-hati dan tenang semasa bekerja, kebersihan di tempat dan persekitaran kerja, tidak merokok dan sentiasa mengamalkan koordinasi keselamatan dengan rakan kerja. Semasa bekerja di tempat tinggi, pekerja hendaklah menggunakan kelengkapan sokongan yang bersesuaian seperti tangga kayu atau aluminium, perancah besi atau platform kerja, tali pinggang keselamatan atau lain-lain peralatan yang perlu bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dalam keadaan selamat. Menggunakan kelengkapan elektrik yang dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan dan bekalan elektrik kelengkapan ini hendaklah melalui alat perlindungan pemutus arus baki (RCD) yang berkepekaan 30 mA. Pastikan kabel elektrik bekalan sementara yang terdedah di tempat kerja dilindungi oleh pelindung mekanikal. Sekiranya terdapat bahan-bahan mudah terbakar atau terkakis, langkah-langkah keselamatan perlu diambil berpandukan kepada peraturan keselamatan yang berkaitan. Mengenal pasti kedudukan kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api (APA). 1.2 Kod Keselamatan Kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan, misalnya Jabatan Bekalan Elektrik, SIRIM , OSHA (Occupational Safety and Health Act).

Rajah 1. : Tanda-tanda keselamatan

1.3 Bahaya Renjatan Elektrik 1.3.1 Renjatan Elektrik Renjatan elektrik ialah satu keadaan di mana anggota badan seseorang yang terkena aliran arus elektrik. Ia boleh mengakibatkan kegagalan peredaran darah berfungsi secara normal.Keadaan ini boleh mengakibatkan pernafasan terhenti. Funsi jantung dan peparu akan terjejas disebabkan kekurangan oksigen yang masuk ke paru-paru dan darah. Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh sentuhan langsung atau sentuhan tidak langsung. 1.3.1.1 Sentuhan Langsung Sentuhan langsung bermaksud pekerja atau pengguna mendapat renjatan elektrik dengan menyentuh konduktor atau kabel hidup secara langsung. 1.3.1.2 Sentuhan Tidak Langsung Renjatan elektrik yang berlaku disebabkan sentuhan sesuatu yang bersambung dengan pepasangan elektrik tetapi bukan sentuhan secara langsung dengan kabel atau konduktor hidup, mungkin disebabkan oleh kerosakan peralatan atau penebat yang menyebabkan kebocoran arus. 1.3.2 Punca Berlaku Renjatan Punca berlaku renjatan elektrik boleh dikategorikan kepada beberapa faktor iaitu: Cara kerja atau tindakan tidak selamat Kecacatan pada sistem elektrik 1.3.2.1 Cara Kerja atau Tindakan Tidak Selamat Membuat Kerja-Kerja Elektrik Tanpa Mengasingkan Bekalan Kerja-kerja senggaraan atau pengujian litar tanpa mengasingkan bekalan berkemungkinan besar boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik. Tidak Mematuhi Prosedur Kerja Selamat Setiap pekerja hendaklah sentiasa mematuhi prosedur kerja selamat yang telah ditetapkan oleh peraturan dan standard bagi mengelakkan daripada berlakunya renjatan elektrik.

1.3.2.2 Kecacatan Pada Sistem Elektrik Arus Bocor Arus bocor atau arus bocor ke bumi akan menyebabkan bingkai logam menjadi hidup dan bertenaga. Ini boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik kepada pekerja, pengguna atau orang awam jika terpegang atau bersentuh bingkai logam tersebut.

Konduktor Terdedah atau Kabel Terputus Konduktor yang terdedah atau kabel yang terputus dan hidup (bertenaga) akan menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh. Hendaklah dengan segera mematikan atau mengasingkan dari punca bekalan dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. 1.4 Pertolongan Cemas Dan Asas Pemulihan Pernafasan 1.4.1 Pertolongan Cemas Pertolongan cemas ialah pertolongan awal yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kemalangan, sakit atau cedera bagi menyelamat nyawa, mengelakkan keadaan mangsa menjadi lebih serius dan mengurangkan kesakitan sementara menanti kehadiran para-medik (ambulans) atau sebelum dibawa ke hospital. Mereka yang memberi pertolongan cemas mestilah berkelayakan dan memahami kaedah pertolongan cemas.Untuk melayakkan seseorang memberi pertolongan cemas, ia perlulah terlebih dahulu mendapat latihan daripada pihak berkuasa seperti PBSM, Persatuan St.Johns Ambulance dan Institusi Kesihatan. 1.4.2 Pemulihan Penafasan Pemulihan penafasan hendaklah dilakukan bagi membantu mangsa yang tersekat pernafasan akibat lemas, terkena renjatan elektrik, lemah jantung, tercekik, termakan atau terminum racun dan sebagainya. Cara pemulihan pernafasan dilakukan dengan mengikut kaedah pemulihan pernafasan yang betul mengikut panduan pertolongan cemas yang dikeluarkan oleh badanbadan pertolongan cemas yang bertauliah.

Tindakan awal perlu dilakukan apabila melihat mangsa terkena renjatan eletrik ialah: Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera putuskan bekalan. Gunakan bahan bukan pengalir seperti kayu untuk mengalihkan pengalir yang masih ada arus elektrik.Selamatkan mangsa dengan segera. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya.

Rajah 1. : Menyelamatkan mangsa yang terkena renjatan elektrik 1.4.2.1 Kaedah Pemulihan Pernafasan CPR Kaedah pemulihan pernafasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation ) sering digunakan . Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa memberi pertolongan cemas iaitu: Langkah 1 Pastikan tahap kecederaan mangsa dengan cara memanggil namanya dan tanya keadaannya. Langkah 2 Telefon mohon bantuan kecemasan iaitu 999 untuk polis dan ambulan, 994 untuk bomba dan penyelamat dan 991 untuk JPA 3. Langkah 3 Pastikan kedudukan mangsa dengan cara melentangkan mangsa di atas permukaan rata dan keras, longgarkan bahagian-bahagian

pakaian yang ketat dan keluarkan benda yang terdapat di dalam mulut jika ada. Langkah 4 Buka saluran pernafasan dengan cara memeriksa nadi dan mengangkat dagu mangsa supaya saluran pernafasannya terbuka dengan cara mendongakkan kepala. Langkah 5 Pemeriksaan iaitu dengan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti keadaan dengan mendongakkan kepalanya pada sudut 90 dan lakukan penilaian 3M iaitu: Mendengar hembusan Melihat dada mangsa naik/turun Merasa dengan pipi hembusan nafas Langkah 6 Berikan hembusan udara luar. Sebelum memberikan hembusan dari luar pastikan sama ada mangsa bernafas atau tidak. Jika tidak bernafas berikan 2 hembusan pernafasan perlahan-lahan ( 1.5 2 saat setiap hembusan). Caranya -picit hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Langkah 7 Periksa nadi karotik untuk memastikan sama ada nadi mangsa berdenyut atau tidak. Letakkan 2-3 jari dilekuk antara halkum selama 5-10 saat. Langkah 8 Lakukan tekanan dada luar apabila tiada nadi dikesan. Tekanan dada dan pernafasan hendaklah diselang selikan iaitu selepas 15 tekanan beri 2 pernafasan bantuan (15 tekanan diselang seli 2 pernafasan). Langkah 9 Lakukan pemeriksaan semula nafas dan nadi. Periksan semula nafas dan denyutan nadi serentak, jika tiada nafas tetapi ada nadi berikan hembusan sahaja sebanyak 12 kali dalam 1 minit ( 1 kali setiap 5 saat). Ulang periksa semula nafas dan nadi mangsa. Langkah 10 Baringan pemulihan iaitu baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

1.4.3

Kotak atau Peti Pertolongan Cemas

Kotak atau peti pertolongan cemas hendaklah disediakan oleh pemunya bangunan atau penguasa tapak binaan atau dibawa sendiri oleh pekerja di bawah penyeliaan orang yang bertanggungjawab. 1.4.4 Program Latihan Majikan hendaklah melaksanakan program latihan secara berkala kepada pekerja-pekerja mengenai keselamatan semasa bekerja yang meliputi aspek-aspek berikut: bahaya kerja-kerja elektrik yang akan dilakukan dan bagaimana mengawal bahaya yang berpunca daripada litar pintas, lebihan beban , pemanasan setempat disebabkan sambungan longgar, pemasangan yang salah seperti penggunaan saiz kabel yang tidak sesuai dan sebagainya. Peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja yang telah ditetapkan dan Prosedur pertolongan cemas. 1.4.5 Pencegahan Kebakaran 1.4.5.1 Alat Pemadam Api Alat pemadam api yang sesuai dan berfungsi untuk mengawal kebakaran elektrik hendaklah disediakan pada setiap masa di premis kerja dijalankan. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan kelas api, jenis bahan dan jenis pemadam api.

Rajah 1. : Pelbagai jenis alat pemadam api Jenis Bahan Jenis Pemadam Api Kayu, kertas, kain Air, debu kering dan lain-lain Minyak, cat, varnish, Buih, debu kering, plastic dan lain-lain. CO2 Gas butane, gas Debu kering, CO2 acetylene dan lainlain Kelas D Logam potassium Debu kering (Api Logam) ,logam sodium, logam kalsium, logam magnesium. Api Elektrik Kebakaran kabel Debu kering, CO2 elektrik (litar pintas) Jadual 1.1 Kelas api, jenis bahan dan jenis pemadam api 1.4.5.2 Prosedur jika berlaku kebakaran Apabila berlaku kebakaran semua orang akan berusaha untuk menyelamatkan diri, keluarga dan harta benda. Kita hendaklah mengambil langkah dan tindakan yang betul dalam menyelamatkan nyawa. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil iaitu: Kelas Api Kelas A (Api Pepejal) Kelas B (Api Cecair) Kelas C (Api Gas)

Jangan panik dan laporkan kepada mereka yang sedang bertugas sekiranya ada kelihatan tanda-tanda kebakaran. Alihkan kedudukan peralatan, kerusi meja supaya ada ruang laluan Tinggalkan makmal segera apabila mendengar loceng kecemasan Ikut laluan kecemasan yang disediakan Wakil kelas hendaklah memastikan bilangan rakan-rakan menyamai jumlah kehadiran Laporkan kepada pensyarah yang bertugas sekiranya bilangan rakan-rakan tidak mencukupi Gunakan alat pemadam api sekiranya kebakaran kecil Hubungi Bomba dan Penyelamat, Ambulans dan JPA 3 sekiranya kebakaran serius 1.4.5.3 Tindakan yang patut dilakukan sekiranya terperangkap Buka sedikt tingkap di bahagian atas dan bawah supaya udara bersih akan masuk sedikt melalui bahagian bawah tingkap dan asap akan keluar melalui bahagian atas tingkap Tutup bahagian atau ruang di bawah pintu dengan menggunakan kain atau apa-apa yang boleh menghalang asap masuk ke ruang bilik. Sekiranya ada kemudahan perhubungan seperti telefon, telefon bimbit segeralah menghubungi bomba ,pensyarah atau pun rakan-rakan. Maklumkan kedudukan anda bagi membolehkan proses menyelamat dilakukan dengan segera. Berikan isyarat dengan berdiri menghampiri tingkap dan jika berkemampuan selamatkan diri melalui tingkap Jika tiada pilihan, ikut laluan utama dengan cara merangkak dan pastikan kepala berada di paras selamat iaitu 30cm-60cm dari paras lantai. Sekiranya pakaian anda terbakar, rebahkan diri, tutup muka dengan kedua tangan dan berguling di atas lantai. 1.5 Orang Kompeten Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki semua kerja elektrik dijalankan oleh atau di bawah seliaan langsung orang kompeten yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Disamping itu, kontraktor elektrik yang menjalankan kerja elektrik tersebut juga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Oleh itu pemunya pepasangan hendaklah memastikan kontraktor elektrik yang dilantik adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan pendaftarannya adalah masih sah.

10

TAJUK 2 AKSESORI PENDAWAIAN Dalam kerja pendawaian dan pemasangan elektrik memerlukan banyak aksesori seperti suis, fius, soket keluaran, pemegang lampu, ros siling, palam, pemutus litar, kotak agihan pengguna (DB-distribution board), pemutus litar ke bumi (ELCB earth lackage circuit breaker), pemutus litar kenit (MCB Miniature circuit breaker), suis utama (main switch) dan lain-lain sebagai melengkapkan satu sistem pendawaian. Aksesori digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian yang dipadankan dengan fungsi penggunaannya. Terdapat banyak aksesori dalam untuk pepasangan pendawaian elektrik. 2.1 Suis Suis adalah peranti mekanikal yang boleh menyambung dan memutuskan litar dari punca bekalan secara manual atau secara perantaraan seperti tali.Suis digunakan untuk mengawal lampu. Bekalan talian fasa tunggal lazimnya menggunakan suis jenis kutub tunggal (one- pole) seperti: suis satu hala (One way switch) suis dua hala (Two way switch) suis perantaraan (Intermediate switch)

11

Suis dibuat dalam berbagai bentuk yang kegunaannya disesuaikan mengikut system pendawaian. Bentuk binaan suis mengikut system pendawaian yang dibuat adalah seperti berikut: suis jenis permukaan suis jenis sebahagian tersembunyi suis jenis tarik suis jenis khusus untuk sistem conduit

Rajah 2.1 Suis kutub tunggal kadaran arus 6 Ampere.

2.1.1

Suis Satu Hala ( One Way Switch)

Suis satu hala adalah satu alat yang mengawal atau mengasingkan litar atau sebahagian litar-litar akhir. Ia biasa digunakan di bilik air, bilik tidur,bilik bacaan ruang tamu dan lain-lain.Biasanya ia mempunyai dua terminal dan mempunyai kadaran arus 6 ampere.Saiz kabel yang digunakan adalah 1.5mm PVK/PVK (3/0.707mm atau 7/0.707mm). Kabel hidup (L) yang keluar dari MCB (Kotak Agihan) ke suis dipanggil wayar hidup dan kabel dari suis ke poin mata lampu dipanggil wayar suis. Manakala kabel dari poin mata lampu balik ke punca bekalan (kotak agihan) dipangil wayar neutral. (N).

12

Rajah

: Rajah pendawaian suis satu hala

Rajah

(a) (b) : Suis siling kutub tunggal kadaran arus 6 Amp (a) dan Suis siling dua kutub kadaran arus 45 Amp

2.1.2

Suis dua hala (Two way switch) Sesetengah tempat litar lampu perlu dikawal dari dua kedudukan yang berbeza seperti di dalam bilik yang berkongsi bilik air, di ruang atas dan bawah tangga rumah dua tingkat dan di koridor-koridor atau kaki-kaki lima bangunan. Penggunaan suis jenis ini lebih praktikal. Suis jenis ini mempunyai 3 terminal iaitu yang dikenali sebagai terminal commom , 1 way dan 2 way.

13

Rajah di bawah menunjukkan sambungan-sambungan suis dua hala mengawal satu lampu. Pengalir hidup (L) disambungkan ke terminal common (C) pada suis dua hala yang pertama. Dua kabel dari suis dua hala pertama dijalurkan dan disambungkan dari 1way dan 2 way ke 1 way dan 2 way suis dua hala yang kedua. Kabel ini dikenali sebagai wayar Strapper. Manakala kabel dari commom (c) suis dua hala kedua ke poin mata lampu dikenali sebagai waya r suis.

2.1.3

Rajah : Memahami bagaimana suis dua hala bekerja Suis Empat Hala /Suis Perantaraan (Intermediate switch) Suis perantaraan (Intermediate switch) digunakan untuk mengawal litar lampu (lamp circuit) dari tiga tempat yang berasingan bergantung kepada keadaan atau jauhnya sesuatu tempat itu. Ia biasa digunakan ditempattempat seperti persimpangan, kaki lima, bilik yang mempunyai 3 pintu masuk dan di mana-mana tempat yang memerlukan kawalan lampu dari 3 tempat.Ianya digunakan berpasangan dengan suis dua hala dan kedudukannya adalah di antara dua suis dua hala.Suis ini mempunyai empat terminal dan kaedah operasinya dalam dua cara iaitu: Secara selari Secara pangkah

14

Rajah : Memahami bagaimana suis perantaraan bekerja

2.1.4

Suis Pemalap Lampu (Light dimmer switch) Suis pemalap lampu merupakan satu alat yang digunakan untuk mengawal kecerahan cahaya lampu (malap, separuh terang hingga ke maksima kecerahan lampu atau sebaliknya). Peraturan yang digunakan pakai adalah sama dengan suis. Terdapat dua jenis rekabentuk kendalian iaitu jenis putaran atau slide.Dimmer digunakan untuk mengawal voltan.Peningkatan atau pengurangan voltan akan menyebabkan tahap kecerahan mentol akan berubah.Tidak sesuai untuk lampu pendaflour . Cara sambungannya adalah kabel hidup (Live) perlu disambungkan ke terminal 1 (dalam dimmer), dan kabel suis iaitu kabel yang pergi ke poin mata lampu disambungkan dari terminal L (dalam dimmer).

15

Rajah

: Sambungan pendawaian untuk suis pemalap lampu

Rajah : Suis pemalap lampu jenis tertanam

2.2

Pemegang Lampu (Lamp Holder) Pemegang lampu merupakan satu daripada aksesori yang kegunaannya untuk memegang mentol. Dengan adanya aksesori ini mentol boleh ditukar ganti apabila berlaku kerosakan. Pemegang lampu ini terdiri daripada pelbagai jenis mengikut keperluan dan jenis lampu yang digunakan. Disenaraikan tiga jenis utama pemegang lampu yang biasa digunakan iaitu daripada jenis: Pangkal kilas Jenis skru Pendant Peraturan IEE bagi pemegang lampu

16

2.2.1

Semua pemegang lampu filament hendaklah ditempatkan pada kedudukan tidak mudah dicapai Pemegang lampu filament juga hanya digunakan untuk litar tidak melebihi 250V.

Pemegang lampu jenis pangkal kilas Digunakan untuk mentol sehingga 150 watt

Rajah : Pemegang lampu pangkal kilas batten

2.2.2

Rajah : Pemegang lampu pangkal kilas bersudut Pemegang lampu jenis skru

2.2.2.1 Pemegang lampu skru Edison Medium Digunakan untuk medium mentol sehingga 250 watt 2.2.2.2 Pemegang lampu skru Edison Goliath Digunakan untuk mentol melebihi 200 watt

17

Rajah 2.2.3

: Pemegang lampu skru edison

Pemegang lampu jenis pendant Digunakan untuk mentol sehingga 150 watt

Rajah

: Pemegang lampu pendant

2.2.3.1 Memasang pemegang lampu pendant Pemegang lampu pendant boleh dihubungkan kepada ros siling atau penyuai. Wayar yang digunakan untuk penyambungan ini perlulah disimpul terlebih dahulu pada kedua-dua hujungnya dengan tujuan untuk mengurangkan ketegangan beban.

Rajah

: Cara membuat simpulan

18

Rajah : Mendawai pemegang lampu pendant kepada penyuai 2.2.4 Ros siling (Ceiling rose)

Ros siling adalah aksesori yang mempunyai tamatan untuk digunakan sebagai punca bekalan pendawaian tetap. Penggunaannya adalah untuk tamatan mata lampu, pemasangan kipas siling dan lain-lain. Sambungan yang dibuat pada tamatan biasanya menggunakan wayar atau kord jenis mudah lentur. Binaannya terbahagi kepada dua iaitu badan dan penutup. Pada badannya terdapat tiga plat sebagai punca tamatan dan penyambungan. Ros siling diperbuat daripada bahan penebat yang tahan seperti porcelain, buklite atau urea formaldehyde.

Rajah 2.2.5

: Ros siling tiga plat

Lampu Pendaflour Lampu pendaflour merupakan satu daripada beberapa jenis lampu yang banyak digunakan untuk pencahayaan sama ada untuk penggunaan domestic ataupun industri.Terdapat beberapa komponen asas sebuah lampu pendaflour seperti tiub lampu , penghidup (Starter), Cok (ballast), pemegang mentol (lampu tunggal atau kembar) dan pemantul cahaya (reflector). Manakala tiub lampu pendaflour (Mentol) boleh didapati dalam berbagai bentuk iaitu bentuk lurus,membulat gelang dan padat compact

19

Rajah

: Lampu pendaflour tunggal dan kembar

Rajah

: Lampu pendaflour compact

2.3

Soket Keluaran (Socket Outlet) Soket keluaran adalah aksesori yang menyediakan punca bekalan kuasa dalam satu satu sistem pendawaian tetap.Kegunaannya adalah untuk menyambungkan kepada alat kelengkapan elektrik mudah alih atau tetap seperti computer, radio, televisyen, seterika dan lain-lain.Soket keluaran mengandungi sesentuh pembawa arus yang bilangannya dua atau tiga yang dipadankan dengan palam dua atau tiga pin.Sesentuh adalah punca aliran fasa, neutral dan bumi yang tidak mudah disentuh oleh pengguna.Sesentuh diperbuat daripada bahan fosfor gangsa atau loyang keras. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang disesuaikan mengikut kadar arus dan kegunaan yang berlainan.

20

Rajah

: Pelbagai soket keluaran

2.4

Palam (Plug) Palam mempunyai beberapa pin sesentuh yang pada hujung sebelah dalam badannya terdapat punca tamatan. Pin sesentuh ini diperbuat dari bahan fosfor gangsa atau loyang keras berbentuk empat segi atau bulat. Punca tamatan untuk pin hidup,neutral dan bumi biasanya disambungkan dengan kord mudah lentur. Palam digunakan untuk menyambungkan kelengkapan elektrik dengan soket keluaran melalui kord atau kabel boleh lentur. Bentuk soket keluaran dan palam adalah berbeza bagi sesetengah Negara.

21

Rajah : Pelbagai jenis palam 2.4.1 Teknik mendawai palam

Longgarkan skru untuk memisahkan badan dan penutup palam Buka pengapit dan ukurkan kabel yang hendak diikat pada palam. Buang penebat pvk luar kabel dan masukkan dalam palam Suaikan panjang kabel hidup (cokelat), neutral (biru) dan bumi (hijau berjalur kuning) ke tamatannya, potong dan buang penebat dibahagian hujung kabel. Pintal dawai pengalir setiap kabel dan ikat pada tamatan hidup, neutral dan bumi mengikut kod warna yang betul.Pastikan ikatan kukuh dan letak fius ditempatnya.

22

Terminal Neutral

Terminal Bumi Terminal Hidup Fius

Grip Kabel

Rajah : Terminal Plugs

2.5

Fius Fius digunakan untuk melindungi litar dan perkakas elektrik sekiranya berlaku litar pintas. Fius akan lebur apabila arus elektrik yang terlalu tinggi mengalir melaluinya dan arus elektrik juga akan terputus . Contohnya : fius 13A akan melebur jika aliran arus 15A mengalir melaluinya, menyebabkan perkakas elektrik tersebut tidak berfungsi. Fius disambung secara bersiri dengan tamatan hidup.Fius ditentukan dengan kadaran arus iaitu dalam unit ampere (A) seperti 2A, 5A, 10A, 13A, 15A dan sebagainya. Bagi pemasangan voltan rendah,fius boleh dikategorikan dalam tiga jenis iaitu: Fius dawai Fius Katrij Fius Kapasiti Tinggi 2.5.1 Fius dawai semula (BS3036)

Fius dawai berbentuk wayar dengan kadaran arus yang telah ditetapkan seperti 2A, 5A, 10A dan 13A. Fius jenis ini boleh didawai semula apabila wayarnya telah putus boleh diganti dengan memilih dawai yang baru mengikut kadaran arus dawai yang asal. Manakala pemegang fius dibuat daripada bahan tahan haba seperti seramik dan bakelit.

23

2.5.2

Fius Katrij (BS1361)

Fius jenis ini jika telah terbakar tidak dapat digunakan semula, kecuali diganti dengan katrij yang baru. Mengganti katrij hendaklah mengikut kadaran arus yang betul supaya pendawian selamat.

2.5.2

Fius Kapasiti Pemutus Tinggi (HRC) (BS 88)

Fius jenis berkeupayaan mengatasi had lebur fius pada kadaran arus yang melebihi arus beban biasa. Banyak digunakan dalam industri dan kegunaan

24

am seperti litar motor. Boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu A1,A2,A3 , A4,B2 dan F1. Kadaran arus dari 2 800 A. Fius ini biasanya dilengkapkan dengan petanda yang menunjukkan samada masih dalam keadaan baik atau sudah putus.

2.6

Meter kWj

Meter kWJ adalah satu alat yang digunakan untuk menyukat jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna dalam tempoh masa tertentu samada pengguna domestik atau industri. Bacaan akan direkodkan dan jumlah penggunaan akan dikira untuk bayaran bagi setiap unit. Meter dipasang bersama dengan unit pemotong pada papan utama pemasangan. Binaannya dibuat berasaskan meter-watt jenis kearuhan yang berkeupayaan memutar piring aluminium yang terganding secara mekanikal dengan penunjuk angka. Bacaan angka adalah bacaan bagi meter untuk menunjukkan tenaga yang telah digunakan. Terdapat satu magnet kekal yang dipasang di tepi piring aluminium yang digunakan untuk membrek piring supaya tidak berputar apabila tenaga tidak digunakan. Meter kWj boleh didapati dalam dua jenis iaitu: Jenis satu fasa dua wayar untuk rumah kediaman Jenis tiga fasa empat wayar untuk premis industri dan perniagaan.

Rajah : meter tenaga kWj jenis satu fasa dua wayar

25

Rajah : Meter tenaga kWj jenis tiga fasa empat wayar

Meter kWj juga boleh dikategorikan dalam dua bentuk iaitu: Meter kWj jenis analog Meter kWj jenis digital

Rajah : Meter kWj jenis analog dan digital

26

2.7

Perkakas suis dan kotak agihan Perkakas suis merupakan unit kawalan dan perlindungan kepada pengguna dan pemasangan elektrik. Kotak agihan adalah satu system membahagikan litar utama ke litar-litar kecil seperti litar pencahayaan dan kuasa . Bekalan elektrik yang masuk ke litar tersebut terlebih dahulu melalui perkakas suis sebagai perlindungan kepada pemasangan dan kelengkapan elektrik. Susunan atau urutan alat kawalan kelengkapan utama boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: Hak milik pembekal tenaga Hak milik pengguna Rajah dibawah menunjukkan pembahagian tanggungjawab ke atas komponen alat kawalan kelengkapan utama.

Rajah 2.7.1

: Litar skema menunjukkan pemilik pemasangan dan urutan alat kawalan

Unit Utama Pembekal Unit ini selalunya dipasang di luar bangunan pada permukaan dinding atau dalam tembok pintu masuk utama dengan tujuan memudahkan pembaca meter untuk tujuan bil atau pemotongan bekalan. Pada unit utama pembekal ini terdapat tiga komponen iaitu: Fius Perkhidmatan (Servis Fius) Penyambung Neutral (Neutral link) Meter Kilowatt Jam (Kilowatt Hour Meter)

27

2.7.1.1 Fius Perkhimatan Fius ini disambungkan dengan pengalir hidup atau fasa daripada punca masukan bekalan utama. Fungsinya adalah melindungi litar utama pengguna iaitu untuk memastikan arus yang melaluinya tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Jika terdapat arus yang melangkaui saiz fius di dalamnya maka fius itu akan putus dan bekalan elektrik akan terputus. Terdapat dua saiz fius yang biasa dipasang iaitu: 60 A 100 A

2.7.1.2 Penyambung neutral Penyambung ini berfungsi untuk menyambungkan wayar neutral dari punca masukan bekalan utama. Di dalam kotak penyambung neutral ini terdapat satu terminal berbentuk u yang diperbuat daripada tembaga.

28

2.7.2

Unit Utama Pengguna Terdapat 3 alat kawalan pada unit kawalan papan utama pengguna iaitu: Suis Utama Pemutus litar ELCB Kotak Fius Agihan (DFB- Distribution Fuse Board)

2.7.2.1 Suis Utama Suis ini merupakan sejenis alat kawalan secara mekanikal yang boleh menyambung dan membuka litar secara manual. Penggunaan suis utama penting kerana keselamatan pengguna akan terjamin terutamanya apabila berlaku arus berlebihan (over current) atau litar pintas.

Rajah : Suis Utama Terdapat pelbagai saiz suis utama yang boleh digunakan dalam pemasangan mengikut keperluannya seperti dalam jadual di bawah: SPN (A) TPN (A) (Single Pole and (Triple pole and neutral) neutal) 20 10 30 20 45 30

29

60 60 75 400 100 600 Jadual Saiz Suis Utama

2.7.2.2 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB) Alat ini merupakan satu alat kawalan yang penting di mana ia memberi perlindungan kepada pemasangan pendawaian dan perkakas elektrik apabila berlaku arus bocor ke bumi yang berlebihan. Alat ini boleh membuka atau memutus litar (Trip) secara automatik apabila berlaku kebocoran arus ke bumi melebihi had yang telah disetkan. Untuk menghidupkan atau menyambung litar ELCB , punat suis perlu di ON kan secara manual. Pada ELCB ini juga terdapat satu butang ujian. Gunakan butang tersebut untuk menguji unit ELCB berada dalam keadaan baik atau rosak. Terdapat pelbagai saiz kepekaan (sensitivity) adalah seperti berikut: 10 mA 30 mA 100 mA

Rajah : ELCB

30

2.7.2.3 Kotak Fius Agihan (DB Distribution Board) Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga elektrik utama kepada litar-litar kecil akhir atau pun ke kotak fius agihan sub.Di dalam kotak ini terdapat punca utama untuk bekalan hidup , neutral dan bumi. Daripada punca utama inilah pengagihan dibuat dengan menyambungkan litar-litar kecil akhir mengikut bilangannya. Kotak agihan diperbuat dari bahan pvk/plastic dan juga logam. Komponen yang terdapat dalam kotak ini adalah: Fius utama miniatur Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) Pemutus litar Miniatur (MCB) 2.7.2.3.1 Pemutus litar Miniatur (Miniature Circuit Breaker/MCB)

Fius dalam kotak agihan digantikan oleh fius elektromekanikal yang dipanggil pemutus litar miniature (MCB). Litar akan terputus dengan sendiri jika berlaku kerosakan dan suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak diperbaiki. Jika berlaku litar pintas atau arus lampau/berlebihan pada litar kecil akhir maka MCB ini akan memutus bekalan secara automatic iaitu punat suis akan terpetik ke off. Untuk menyambung kembali litar, punat suis hendaklah ditolak ke on tanpa menukar fius dengan hanya menolak suis kepada on.

Rajah : MCB untuk kotak agihan miniature Pelbagai saiz arus MCB boleh didapati untuk pemasangan litar kecil akhir mengikut kesesuaian kegunaannya iaitu: 6 A - Litar pencahayaan (Lampu dan kipas)

31

16 A Litar kuasa 20 A Litar kuasa

Satu MCB hanya boleh disambung kepada satu litar kecil akhir sahaja. Rajah di bawah menunjukkan pemasangan lazim fius utama, RCCB dan MCB pada kotak agihan miniature.

32

Rajah : Pemasangan kotak agihan miniature Saiz kotak agihan disebut sebagai hala, seperti 10 hala (10 way), 12 hala (12 way), 15 hala (15 way) dan seterusnya. Bilangan hala menentukan saiz kotak, lebih banyak bilangan hala, lebih besar saiz kotak agihan. Berikut adalah saiz atau hala kotak agihan yang boleh didapati dalam pasaran iaitu 2, 4, 6, 8, 10, 12, 15, 18, 21 dan 24. Rajah berikut menunjukkan gambarajah litar pemasangan bagi unit pemotong yang terdiri daripada fius perkhidmatan, penyambung neutral dan meter tenaga dengan kotak agihan pengguna iaitu fius utama, pemutus litar bocor ke bumi dan pemutus litar miniature.

33

34

You might also like