You are on page 1of 4

FORMULA SABUN MANDI - Cara Buat Sabun

Bahan-bahan: Minyak Kelapa Sawit Minyak Zaitun Natrium Hidroksid Air suling Minyak wangi pilihan Pewarna pilihan Cara-cara Membuatnya: 1. Penyediaan larutan Lye dibuat dengan menyukat air suling dalam sebuah jag plastik bermuncung. Kemudian; 2. Timbang Natrium Hidroksid dan masukkan ke dalam air suling. (Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air bukan sebaliknya). 3. Gunakan sudip plastik dan kacau sehingga larut. 4. Tindakbalas kimia akan menyebabkan suhu larutan meningkat, biarkan campuran itu menyejuk dalam masa 15 minit. Larutan ini dikenali sebagai larutan Lye. 5. Dalam masa yang sama, campurkan minyak Kelapa Sawit dan minyak Zaitun dalam bekas stainless steel, campurkan pewarna dan kacau hingga rata. 6. Kemudian, campurkan larutan Lye dengan campuran minyak itu. 7. Gunakan sudip plastik, kacau hingga campuran melikat dan bubur sabun terbentuk. 8. Masukkan minyak wangi dan kacau sekali. 9. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan bubur sabun membeku dalam tempoh 24 jam. 10. Keluarkan blok sabun dari acuan dan potong mengikut saiz yang anda inginkan. 11. Susun di atas rak untuk proses sejatpulih dalam tempoh 4 minggu sebelum ianya boleh mula digunakan. 12. Pastikan tempoh masa yang cukup untuk sejatpulih, selepas 4 minggu proses sejatpulih bungkus sabun dalam kertas yang cantik. Langkah Keselamatan 1. Penimbangan bahan hendaklah dibuat dengan mengikut sukatan.

2. Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air suling dan bukan sebaliknya. 3. Elakkan Natrium Hidroksid dan larutan Lye terkena bahagian badan ianya boleh menyebabkan melecur. 4. Gunakan cermin mata keselamatan, sarung tangan getah dan memakai apron tebal semasa mengendalikan Natrium Hidroksid. 5. Jangan gunakan bekas aluminium untuk menyimpan natrium hidroksid, menyediakan larutan Lye atau merumus sabun. 6. Jauhkan daripada kanak-kanak atau haiwan perliharaan. 7. Pastikan udara beredar dan jangan menghidu gas yang dikeluarkan, merbahaya. 8. Apabila kulit terkena percikan Natrium Hidroksid basuh dengan air yang banyak. Untuk mendapatkan sukatan. Dapatkan e-Book Cara Membuat Sabun, dan mulakan hobi menambahkan pendapatan anda.

Faedah Menggunakan Sabun Mandi Buatan Sendiri

Sabun buatan sendiri tidak sahaja membersihkan, ia juga mengandungi lebihkurang 25% gliserin. Gliserin bisa melembab, melembut, menyejuk dan meminyaki sel-sel kulit anda. Sabun buatan sendiri lebih lembut berbanding sabun industri, kerana ianya mengandungi gliserin yang tersedia. Memandangkan gliserin mahal, ianya telah diasingkan oleh pihak industri untuk dijual. Kualiti sabun mandi buatan sendiri dapat melebihi sabun yang di beli di pasar raya, selain harganya lebih murah. Dengan membuat sabun sendiri anda boleh merumuskan mengikut apa yang anda inginkan, sama ada dari segi warna, keharuman atau kandungan tersedia. Membuat sabun sendiri sangat mudah dan penuh kreativiti. Sabun mandi buku ini boleh dijadikan hadiah untuk teman serta saudara-mara. Anda boleh memulakan projek kraftangan sendiri dan menambahkan pendapatan.

Sejarah Sabun Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah. Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab. Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur.

Pada tahun 981AD, sabun yang dijual pada harga 3 dirham. Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal. Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun: Contohnya:- sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, bubur sabun tadi dituang dalam acuan dan dibiarkannya menyejuk dan mengeras.

Kos pembuatan sabun


Palma Oil Industry (PALM) merupakan sebuah syarikat yang terletak di Ulu Perak yang membekal dan memproses minyak kelapa sawit yang diperolehi daripada ladangnya di kawasan sekitar Kuala Kangsar dan Taiping. Pemerosesan kelapa sawit di kilangnya itu menghasilkan minyak sawit mentah yang diproses terlebih dahulu dari kilangnya yang berhampiran. Pemerosesan minyak sawit mentah kemudian menghasilkan tiga jenis produk berasingan iaitu minyak tepu untuk susu, minyak kelapa sawit, dan sabun. Ketiga-tiga produk berkenaan diasingkan secara serentak pada satu titik splitoff. Minyak kelapa sawit dan sabun boleh dijualkan serta merta selepas berpecah splitoff tanpa pemprosesan dan tambahan kos selanjutnya. Minyak tepu untuk susu, walau bagaimanapun diproseskan selanjutnya sebelum ianya dijual. Tidak terdapat harga pasaran untuk minyak tepu pada titik berpecah (splitoff) Harga jualan berikutnya tidak berubah sejak empat tahun dan tiada tanda-tanda perubahan untuk tahun-tahun akan datang. Sepanjang tahun 2001, harga jualan produk berkenaan dan jumlah amaun yang dijual adalah seperti berikut:Sabun - 12,000 kg. dijual pada harga RM1,600 setiap 100 kg Minyak kelapa sawit 34,000 liter dijual pada harga RM1,000 setiap 100 liter Minyak tepu untuk susu 47,500 kg. dijual pada harga RM700 setiap 100 kg. Jumlah kos pembuatan bercantum untuk tahun berkenaan ialah RM450,000. Tambahan RM150,000 dibelanjakan bagi menyudahkan proses pembuatan minyak tepu. Tidak terdapat sebarang inventori awal untuk ketiga-tiga produk berkenaan. Pada akhir tahun, inventori barang siap adalaha seperti berikut:

Sabun

5,000 kilogram

Minyak kelapa sawit 6,000 liter Minyak tepu 5,000 kilogram

You might also like