You are on page 1of 11

1

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK PERINGKAT IPG DARULAMAN 2010
AKTIVITI Pengacara majlis membuat pengumuman tatasusila TEKS Di sini ada beberapa pengumuman. Mohon kerjasama hadirin agar tidak membuat bising atau berbual-bual semasa majlis sedang berlangsung. Sila matikan telefon bimbit anda atau diletakkan dalam mod senyap.

majlis kepada hadirin

Pengacara mengumumkan Timbalan Darulaman rombongan dalam dewan Pengacara memulakan acara

majlis ketibaan IPG

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim bin Asman, yang menjalankan tugas-tugas timbalan pengarah IPG Darulaman berserta rombongan masuk ke dalam dewan. Semua hadirin dipohon berdiri.

Pengarah

berserta masuk ke Nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia Semua hadirin dipersilakan duduk.

majlis

Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat

Agar perjalanan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT., majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz . Untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormat dipersilakan.

Amin-amin ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz di atas bacaan doa itu. Majlis mempersilakan Saudara ..

untuk mengetuai lafaz Ikrar Integriti. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Semua hadirin dimohon berdiri. Terima kasih.

Pengacara majlis mengalualukan kedatangan tetamu kehormat.

Bismillahirrahmanirrahim. Asalamualaikum 1Malaysia. 1. Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Asman Yang Menjalankan Tugas-Tugas Timbalan Pengarah IPG Darulaman warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam

2. Yang Mulia Tengku Azuan Tengku Mohamed Mantan pengetua Cemerlang Jusa C

3. Yang Berbahagia Encik Mohd Yusof bin Mohamed Pengurus Sektor Awam Institut Integriti Malaysia

4. Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yusof Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

5. Yang Berusaha En. Mohd Sokkeri bin Ismail Pengerusi Jawatankuasa Integriti IPG Darulaman Merangkap Ketua Jabatan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Darulaman

6. Yang Berusaha Barisan Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit,PensyarahPensyarah Kanan, Rakan-Rakan Pensyarah, Para Peserta Seminar dan seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdulillahi robbil alamin .

Pertama-tama, marilah kita memanjatkan segala rasa puji dan syukur kita ke hadirat Allah SWT, pemilik seluruh alam di atas segala limpahan kurnia dan kerahmatan yang diberikan kepada kita selama ini. Tidak ketinggalan selawat serta salam diberikan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w., keleuarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan seterusnya kepada seluruh umat Islam.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara.

Sebagai mewakili pihak IPG Darulaman, terlebih dulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan barisan penceramah Institut Integriti Malaysia sekali lagi ke kampus IPG Darulaman, Sinar Ilmu di Utara.

Majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan penceramah Institut Integriti Malaysia untuk sudi meluangkan masa dan menaburkan bakti jasa menjayakan Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat IPG Darulaman anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut

Integriti Malaysia. Pengacara menjemput majlis Timbalan Warga dewan yang dihormati, Sebagai pembuka tirai acara kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Hashim bin Asman, Yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Pengarah IPG Darulaman untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. majlis Majlis merakam ucapan terimasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Asman, Yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Pengarah IPG Darulaman atas ucapan itu tadi.

Pengarah IPG Darulaman untuk menyampaikan

ucapan alu-aluan Pengacara

mengucapkan terima kasih.

Pengacara menjemput pertama menyampaikan ceramahnya.

majlis penceramah untuk

Besar langsat di tepi busut Besar tak muat dalam peti Besar hajat kami menjemput Besar niat dalam hati.

Sudah lama langsatnya condong Baru kini di hampaian Sudah lama niat dikandung Baru kini kesampaian

Kini marilah kita sama-sama mendengar serta menghayati ceramah pertama yang

bertajuk Falsafah dan Prinsip Pelan Integriti Nasional yang akan disampaikan oleh, Yang Berbahagia Encik Mohd Yusof bin Mohamed Pengurus Sektor Awam Institut Integriti Malaysia.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pengacara

majlis

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Yusof bin Mohamed Pengurus Sektor Awam Institut Integriti Malaysia

mengucapkan terima kasih

Di atas ceramah yang telah disampaikan.

Sesi soal-jawab

Sekarang kita buka majis ini untuk sesi soal-jawab. Dipersilakan sekiranya ada sebarang pertanyaan, kemusyilan atau tanggapan

Pengacara menjemput kedua

majlis penceramah untuk

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yusof Kaunselor Pentadbir

menyampaikan ceramahnya

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Integriti Dalam Pendidikan. Dipersilakan.

Pengacara

majlis

Terima kasih diucapakan kepada Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yusof Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

mengucapkan terima kasih.

Di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sekarang kita buka majlis ini untuk sebarang pertanyaan. Dipersilakan.

Pengacara menjemput ketiga

majlis penceramah untuk

Kini tibalah giliran Yang Mulia Tengku Azuan binti Tengku Mohamed Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C Untuk menyampaikan sebuah ceramah khas yang bertajuk Bicara Tokoh. Dipersilakan.

menyampaikan ceramahnya

Pengacara

majlis

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ceramah yang telah disampaikan tadi.

mengucapkan terima kasih

Sekali lagi kita dewan ini untuk sebarang pertanyaan. Dipersilakan Pemyampaian cenderamata Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Sokkeri bin Ismail Pengerusi Jawatankuasa Integriti IPG Darulaman Merangkap Ketua Jabatan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Darulaman

Untuk menjemput serta mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Asman Yang Menjalankan Tugas-Tugas Timbalan Pengarah IPG Darulaman

Menyampaikan cenderamata kepada para penceramah jemputan. Dipersilakan.

Dengan ini dipersilakan, 7. Yang Mulia Tengku Azuan Tengku Mohamed Mantan pengetua Cemerlang Jusa C

8. Yang Berbahagia Encik Mohd Yusof bin Mohamed Pengurus Sektor Awam Institut Integriti Malaysia

9. Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yusof Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

Pengacara

majlis

Majlis merakamkan ucapan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Asman Yang Menjalankan Tugas-Tugas Timbalan Pengarah IPG Darulaman

mengucapkan terima kasih

Di atas kesuadian menyampaikan cenderamata kepada barisan penceramah jemputan. Pengacara majlis menutup majlis Umpama berjalan dah sampai ke batas Umpama berkayuh dan tiba ke pulau Umpama unut sudah sampai ke bakal Umpama sungai dah sampai ke guguk Umpama memanjat dah sampai ke pucuk

10

Terlambung ke atas dah tercium hanyir langit Terjunam ke bawah dah Nampak kerak bumi

Demikianlah berakhirnya Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat IPG Darulaman, anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Integriti Malaysia. Semoga apa yang telah disampaikan itu dapat dijadikan pedoman serta dihayati oleh warga pendidik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Majlis sekali ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan penceramah jemputan dan para peserta seminar atas partisipasi anda semua dalam menjayakan seminar ini.

Entah kami salah sapa Entah duduk salah tempat Entah tikar salah bentang Entah nasi salah tanak Entah talam salah letak Entah piring salah atur Entah cawan nan tak berair Entah labu nan tak berisi Entah terlambat dipersilakan

11

Entah terkurang serba satu.

Kami mohon ampun dan maaf Disusun jari nan sepuluh Ditundukkan kepala nan satu.

Sehingga kita berjumpa ladi lain masa, saya akhiri dengan Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih. Pengacara majlis Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Sokkeri bin Ismail Pengerusi Jawatankuasa Integriti IPG Darulaman Merangkap Ketua Jabatan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG Darulaman Untuk mengiringi Yang Haji Hashim bin Asman, barisan penceramah jemputan serta tetamu-tetamu kehormat lainnya keluar dewan dan ke Kaf Sri Lawang untuk menikmati jamuan tengahari. Dipersilakan

menjemput dif-dif kehormat ke Caf Seri Lawang untuk menikmati tengahari. jamuan

You might also like