You are on page 1of 13

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)

1.0

PENDAHULUAN Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat

antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan.

Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan aktiviti seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris, Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.

Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet. Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861).

Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter. Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain. Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan

H a l a m a n |1

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.

Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

2.0 2.1

PERALATAN PERMAINAN HOKI Padang hoki

Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.

Rajah 1 : Padang hoki

H a l a m a n |2

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 2.2 Pintu gol

Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.

Rajah 2 : Pintu Gol

2.3

Jaring Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai mesh

berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi. 2.4 Tiang bendera

Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

H a l a m a n |3

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)

Rajah 3 : Posisi Tiang Bendera 2.5 Bola

Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g 235 g.

Rajah 4 : Bola Hoki 2.6 Kayu hoki

Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk J atau U. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

H a l a m a n |4

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)

Rajah 5 : Ukuran Kayu Hoki

Rajah 6 : Gelung Bagi Diameter Kayu Hoki 2.7 Alatan penjaga gol

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.

Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

H a l a m a n |5

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 2.8 Kasut

Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.

Rajah 7 : Kasut Tetungku Getah

H a l a m a n |6

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 3.0 CARA PERMAINAN

Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting buka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.

Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB).

4.0

PENGADILAN

Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki :

H a l a m a n |7

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)

Rajah 8 : Isyarat Tangan Sewaktu Pengadilan.

H a l a m a n |8

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 5.0 5.1 KEMAHIRAN PERMAINAN HOKI Kemahiran Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Kemahiran menguis juga membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol. Berikut adalah kaedah dalam kemahiran menguis. Terdapat dua kaedah iaitu : Kaedah Pertama Pegangan tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan. Kaedah Kedua Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pengangan kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak. Jarak kaki diebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan. Bola berada dekat kaki kiri. Codongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas. Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak.

Foto 9 : Kemahiran menguis untuk hantaran melepasi kayu pemain lawan. H a l a m a n |9

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 5.2 Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara. Berikut merupakan teknik mencedok dalam permainan hoki : Teknik Mencedok Lurus Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis. Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yang lebih tinggi Teknik Mencedok Shovel Berdiri dalam keadaan bersedia. Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan. Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola. Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola. Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

Foto 10 : Berdiri dan mata sentiasa memandang bola, pegangan seperti pegangan untuk kemahiran menguis.

Foto 11 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke hadapan tinggi.

H a l a m a n |10

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 6.0 PERATURAN PERMAINAN

Berikut merupakan peraturan permainan hoki secara umum.

1. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. 2. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. 3. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya. 4. Dilarang bermain bola menggunakan tagan atau kaki 5. Bola mestilah tidak terkena kaki. 6. Antara faul yang bias dilakukan adalah seperti berikut; a) Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola. b) Memainkan bola melebihi paras bahu. c) Menggunakn tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola. d) Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya. 7. Hukuman terhadap faul; a) Faul dilakukan di luar kawasan D; i. Pasukan penyerang mendapa pukulan percuma. ii. Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25 ela (22.9 cm) b) Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D; i. Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul. ii. Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahan melakukan faul. iii. Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul dengan sengaja.

H a l a m a n |11

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI) 7.0 PENUTUP

Hoki merupakan salah satu sukan yang penting untuk memastikan tubuh badan sihat. Justeru itu, kemahiran untuk bermain hoki seharusnya diajar semenjak dari sekolah rendah lagi bagi memastikan murid akan berminat dengan permainan hoki. Kewujudan hoki di Malaysia menjadi titiktolak penting kepada perkembangan sukan ini dalam negara. Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

Pada 1923, Malaysia berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana. Semenjak dari itu permainan hoki mula berkembang ke dalam negara dan menjadi antara sukan kegemaran di sekolah. Kewujudan permainan hoki telah mewujudkan salah satu lagi inisiatif untuk menyihatkan tubuh badan dan dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan negara.

H a l a m a n |12

KERJA KURSUS GERKO PERMAINAN (HOKI)

BIBLIOGRAFI

Hockey. Diakses pada 1 Oktober 2011 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey Field Hockey. Diakses pada 1 Oktober 2011 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Field_hockey International Hockey Federation. Diakses pada 5 Oktober 2011 di URL

http://www.fih.ch/en/home Malaysian Hockey. Diakses pada 5 Oktober 2011 di URL http://www.malaysiahockey.com.my/ Malaysian Hockey. Diakses pada 7 Oktober 2011 di URL http://malaysianhockey.blogspot.com/ Liga Hoki TNB Malaysia. Diakses pada 3 Oktober 2011 di URL http://www.tnbmhl.com.my/

H a l a m a n |13

You might also like