You are on page 1of 8

USAHA-USAHA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi amat bermakna dalam dunia pendidikan pada masa kini. Selain itu, pendidik dari kaca mata Islam merupakan seorang murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak didik mereka.seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Sesungguhnya para pendidik pada hari ini memainkan peranan yang cukup penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dan dalam mewujudkan perpaduan kaum yang berbilang bangsa di negara ini. Pendidik pada hari ini juga telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan negara.

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah jugalah yang telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Jika duhulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional serta kreatif dan kritis. Para guru perlulah sentiasa bersabar dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti putus asa. Mereka juga harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Kerjaya seorang guru juga bukanlah semudah yang disangka kerana pada era globalisasi ini para guru perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar yang sememangnya menguji kesabaran mereka.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. Kualiti profesion keguruan yang mantap sememangnya adalah penting bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan berdaya saing bagi mencapai Wawasan 2020. Dan dalam usaha ke arah itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan dasar untuk memartabatkan profesion perguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang, maka pakatan yang bijak daripada semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusiinstitusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta. Justeru, pelbagai usaha- usaha perlu dijalankan bagi memartabatkan profesion perguruan ke peringkat global dan glokal. Antara usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah menambahbaik
sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya

guru, menambahbaik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Antara salah satu usaha untuk memartabatkan profesion perguruan ialah menambahbaik sistem pemilihan calon guru. Ini adalah untuk memastikan bahawa calon- calon yang ingin menjadi guru cukup bersedia dengan amanah yang akan mereka pikul apabila menjadi seorang guru kelak. Program latihan perguruan telah diberi penambahbaikan dalam pelbagai aspek seperti mengetatkan syarat dan kriteria pengambilan guru. Calon-calon guru akan melalui proses saringan seperti Malaysian Teachers Selection Test) M-Test, pencapaian Inventori Sahsiah, Keguruan ( INSAK), temuduga, ujian kesihatan, tapisan keselamatan dan mendapat kecemerlangan

pencapaian akademik. Semua proses ini dijalankan secara adil dan telus tanpa sebarang kompromi daripada pihak atasan. Hanya calon yang benar- benar layak sahaja diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan.Selain usaha mengetatkan syarat kemasukan calon guru, kementerian juga sedang dalam peringkat akhir menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai rujukan piwaian kualiti guru di seluruh negara. SGM mengandungi dua komponen standard ( nilai dan amalan profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman berkaitan bidang keguruan serta kemahiran P&P dan komponen keperluan ( latihan meliputi kelayakan memasuki program dan latihan, penaksiran dan penilaian, kolaborasi, infrastruktur dan infostruktur. Jika pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menjalankan semua proses ini maka proses pemilihan guru akan berlaku sewenang-wenangnya. Calon- calon perlulah mengetahui bahawa pada masa sekarang bukanlah mudah bagi mereka untuk menempatkan diri di IPGM kerana proses pemilihannya yang agak ketat dan adil. Individu yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di IPGM haruslah menggunakan segala peluang yang ada dengan sebaik- baiknya kerana di IPGM merupakan tempat terbaik untuk mereka menimba ilmu dan apabila tamat belajar nanti mereka akan menjadi antara salah seorang guru- guru yang cemerlang.

Usaha yang seterusnya ialah memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM) yang sedia ada di seluruh Malaysia. Usaha ini secara tidak langsung dapat memartabatkan profesion perguruan ke peringkat yang lebih tinggi. Bermula 6 Mei 2006, Maktab dinaikkan taraf menjadi IPGM dan ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi seorang pendidik. Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPGM telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. Penaiktarafan maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah memartabatkan profesion keguruan. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk

melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. Peningkatan dari segi dana dan penstrukturan latihan keguruan masih dilihat perubahan di atas kertas. Bersesuaian dengan agenda tersebut, kpm telah menambah jumlah biasiswa bagi para guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan merangkumi peringkat sarjana dan kedoktoran di bawah hadiah Latihan Persekutuan.( HLP). IPGM memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini terdapat 27 IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah 3,129 orang dan enrolmen 28,755. ini sejajar dengan sasaran kerajaan untuk menyediakan 100% guru berijazah bagi sekolah menengah dan 50% bagi sekolah rendah menjelang 2010.

Selain itu, pemantapan kerjaya seorang guru juga adalah salah satu usaha yang dapat memartabatkan profesion perguruan. Ini termasuklah latihan dari aspek pedagogi, kokurikulum, ICT dan pastoral care. Dalam bidang ICT, KPM telah melaksanakan program pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program ini mengambil kira semua inisiatif ICT utama yang sedia ada di KPM. BPG dengan kerjsama KPM sentiasa berusaha memajukan bidang ICT da;lam latihan perguruan. Sehingga tahun 2006, seramai 38 760 guru telah diberi latihan ICT oleh BPG. Kementerian Pelajaran juga bekerjasama dengan pihak swasta untuk memastikan guru diberi bimbingan dalam bidang ICT. Antara syarikat besar yang membantu melatih guru diberi latihan ICT. Antara syarikat besar yang membantu melatih guru ialah Prestariang Teknology iaitu seramai 85, 894 orang guru, Time Engineering Berhad seramai 69 686 orang guru, Intel Technology seramai 19,494 orang guru dan Microsoft (M) Bhd seramai 34,000 orang guru.

Di samping itu, antara usaha lain yang dapat memartabatkan profesin perguruan ialah dengan memantapkan pengurusan dan pengurusan sumber manusia.

Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesional keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Hal ini selaras dengan harapan yang tinggi agar profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. Untuk itu, KPM telah memantapkan proses penempatan dan pusingan kerja pegawai BPG dan pensyarah IPG. Ini termasuklah memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan pegawai BPG dan pensyarah IPG. Bagi pusingan kerja pegawai pula telah ditetapkan penstrukturan semula mengikut fungsi dan keperluan semasa. Bagi laluan kerjaya pegawai BPG dan pensyarah IPG, pemantapan mekanisme laluan kerjaya telah ditetapkan. Ini termasuklah memperluas pengarah gred JUSA C, menambah kuota Pensyarah Cemerlang di IPG dan memperluas Pegawai Cemerlang Gred 44 hingga JUSA. Bagi memantapkan latihan pembangunan staff BPG dan IPG, telah disediakan peruntukan tahunan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk latihan dalam perkhidmatan. Pada tahun 2010 pula diharapkan seramai 80% pensyarah memiliki ijazah sarjana dan 10% ijazah kedoktoran. Bagi meningkatkan insentif pensyarah di IPG dan negara sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja. BPG, telah diperbanyakkan peluang untuk menyertai seminar dan konferens dalam dan luar

Salah satu usaha yang jitu dan mantap untuk memartabatkan profesion perguruan ialah dengan mewujudkan `Functional Intellectual Community`. Sepertimana yang kita telah sedia maklum, setiap tahun kerajaan memperluaskan peluang pendidikan pasca ijazah kepada para guru dan warga pendidik di Kementerian Pendidikan supaya mereka menambahkan ilmu pengetahuan serta melibatkan diri di dalam wacana keilmuan di peringkat yang lebih tinggi. Adalah diharapkan dengan penglibatan tersebut para guru dan warga pendidik di Kementerian Pendidikan akan menjadi insan yang berhemah tinggi, berfikiran waras, dapat mengemukakan idea yang bernas dan menyumbang ke arah menjadi warga dunia yang berketrampilan di abad ke-21 ini. `Functioning Intellectual Community` menjadi lemah apabila negara kita dilanda pelbagai ancaman luaran hasil daripada neo-kolonialisme Barat dan pengaruh

dunia tanpa sempadan yang sedang diusahakan. Semua warga pendidik terdiri daripada kalangan intelektual yang peka dan prihatin dan seterusnya dapat mengasuh dan menyemai kualiti- kualiti yang boleh memberi keupayaan kepada rakyat mempertimbangkan di antara yang baik dengan yang buruk. Ini amat penting kerana selain daripada pengaruh dalaman, hari ini terdapat kekeliruan yang disebabkan peralihan nilai-nilai yang diterimapakai oleh manusia sejagat. Umpamanya jika dahulu kesetiaan kepada bangsa dan negara, iaitu patriotisme tidak dipersoalkan, hari ini pendapat bahawa bekerjasama dengan orang asing untuk memburukkan negara adalah satu usaha yang baik dan kononnya mencerminkan kesetiaan kepada negara. Jika pendapat seperti ini diterima maka penderhakaan akan menjadi mulia. Dan ini akan mendedahkan negara kepada penguasaan atau dominasi oleh bangsa asing.

Bakal- bakal guru mahupun individu yang telah bergelar guru haruslah mempunyai sahsiah yang terpuji dalam mendidik generasi pada hari ini dan juga pada masa yang akan datang. Sifat ini merupakan salah satu usaha yang dapat memartabatkan profesin perguruan.

Kesimpulan. Satu anjakan paradigma dalam perancangan dan pembangunan makro diperlukan dalam usaha memantapan system pendidikan negara.Kemampuan system pendidikan negara bergerak maju seiring dengan perubahan untuk menangani ledakan maklumat dan teknologi tinggi,perlu berasaskan ciri-ciri kecekapan dan kepantasan,selari dengan keadaan negara maju yang lain.Di samping itu ,mampu melangkah secara bijaksana tanpa menjejaskan unsur-unsur nilai keperibadian bangsa yang bersatu padu mampan keutuhannya.

Dalam kontek ini ,PPIP pastinya akan menjanjikan beberapa perubahan yang radikal dan futuristik.Langkah-langkah yang strategis serta pendekatan baru diperlukan dalam usaha meningkatkan sumbangan pendidikan secara optima bagi menggerakan pembangunan sosio-ekonomi negara selaras dengan kehendak Dasar Ekonomi Negara(DPN) dan sterusnya mmerealisasi wawasan 2020.Usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beracuan sendiri memerlukan penyediaan dan pendekatan yang dinamis untuk memastikan masyarakat yang bersatu padu, berilmu,dan berkeyakinan tinggi.

Justeru , PPIP sewajarnyalah merupakan usaha positif yang akan menumpu kepada meningkatkan penyertaan,memperbaiki kualiti dan memperkukuhkan lagi keberkesanan pendidikan selari dengan Dasar Pembangunan Negara dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kerajaan yang ke 9 yang menjuruskan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Kini dunia luar telah mengenalpasti serta mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai keupayaan untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.Isu,Cabaran dan Harapan yang akan harungi dalam pelaksanaan PPIP akan menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan antarabangsa di peringkat Asia mahupun Dunia.Dan dalam hal ini perlu disambut oleh semua pihak khususnya warga pendidikan.Guru adalah pelaksana pembangunan pendidikan.

Usaha memartabat profesion keguruan dalam PPIP adalah untuk melahirkan warga pendidik iaitu guru yang mampu membangunkan diri secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu dalam aspek keilmuan,keterampilan,displin dan etika kerja,moral atau akhlak,dorongan dan motivasi, kemahiran pengurusan, inisiatif, kreatif dalam pengurusan,sikap gigih untuk sentiasa berusha ke arah kecemerlangan, kecekapan pelbagai bahasa serta sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu dalam pembangunan pendidikan.

Kejayaan PIPP bergantung kepada kefahaman dan komitmen semua warga pendidikan terhadap dasar dan strategi perlaksanaannya dan seterusnya menterjemahkan kedalam bentuk tindakan di peringkat masing-masing bagi melonjakan system pendidikan Negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikan bertaraf dunia.

You might also like