Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6 – 10, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya

Panduan Pengguna Borang SPA8i

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Dikemaskini : 15 Ogos 2011

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

DAFTAR AKAUN BARU...........................................................………...…….2 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL……7 DAFTAR MASUK BORANG SPA8I……………………………………………8 LUPA KATA LALUAN…………………………………………………………..13 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8I)…………………………………………………………………….16 A. B. C. D. E. F. G. Maklumat Peribadi Pemohon………………………….………………18 Maklumat Akademik Pemohon……….……………………………....24

Maklumat Ko-Kurikulum……………....………………………….34 Maklumat Tambahan………….…………………………………...36 Semakan Maklumat Peribadi Pemohon…………………………..39 Pengakuan Pemohon………………………………………………..40
Pemberitahuan……………………………………………….………….41

6.0 7.0

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN…………………………….………….42 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I………….45

Muka 1/45

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

1.0

DAFTAR AKAUN BARU Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini.

Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar akaun baru. 2. Klik pautan yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam Portal Rasmi SPA seperti berikut :

Rajah 1.0-1 Skrin Portal Rasmi SPA

Muka 2/45

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

3. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-2 Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

4. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan Pengguna Borang SPA8i sebagai rujukan untuk mendaftar masuk Borang SPA8i. 5. Kemudian klik pada pautan Daftar akaun baru untuk mendapatkan MyID dan Kata Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPA8i. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-3 Skrin Daftar Akaun Baru Muka 3/45

Setelah semua maklumat dimasukkan. Ini adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan menggunakan e-mel.0-4 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru 11. 7. Untuk makluman. tekan butang Daftar. Pemohon boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan semua maklumat tersebut. 10. Mesej ini akan dipaparkan: Rajah 1. 9. Oleh itu. Klik pada pautan Daftar Masuk jika ingin kembali ke skrin utama.0-5 Skrin Pasti MyKad dan E-mel Daftar Akaun Baru Muka 4/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6. Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang sah dan aktif. Klik butang OK dan mesej berikut akan dipaparkan: Rajah 1. 8. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan) yang akan digunakan sebagai MyID. pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut.

ymail atau mana-mana perkhidmatan e-mel popular yang lain. Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke folder Inbox tuan/puan. Pemohon diminta untuk menghubungi SPA semula sekiranya tidak menerima e-mel selepas tempoh 48 jam dari tarikh pendaftaran. 16.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 12.0-6 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru 13.0-7 Skrin E-mel Pengaktifan Akaun Baru Muka 5/45 . Sila pastikan konfigurasi ‘auto delete’ bagi folder ‘junk/spam/bulk mail’ tidak diaktifkan. gmail. 14. hotmail. Klik butang Cancel untuk batal dan klik OK untuk teruskan dan mesej berikut akan dipaparkan: Rajah 1. 15. Ini kerana tempoh penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di server e-mel berkenaan. sila tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penerimaan e-mel berkenaan. Berikut merupakan contoh e-mel yang diterima daripada pihak SPA selepas daftar akaun baru : Rajah 1. Pemohon perlu menyemak e-mel yang digunakan bagi membolehkan pemohon mengaktifkan akaun tersebut. Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan e-mel adalah betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui emel. sila semak di folder ‘junk/spam/bulk mail’ dan set semula e-mel dari SPA sebagai ‘not junk/spam/bulk mail’. Sekiranya e-mel yang digunakan adalah e-mel dari yahoo. 17.

Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut: Rajah 1.0-8 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Berjaya 20. pautan ini tidak lagi boleh digunakan. Muka 6/45 . Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam. 19.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 18. Jika tidak. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk menggunakan MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut.

Jika e-mel pemohon tersilap semasa mendaftar atau tidak menerima emel pengaktifan dari pihak SPA selepas tempoh 48 jam. E-mel yang sepatutnya dimasukkan. dan e. Alamat. d. No. rekod pendaftaran tersebut secara automatik akan dibatalkan dan pemohon dikehendaki mengisi semula daftar akaun baru. No.gov. Nama calon. sistem tidak membenarkan pendaftaran dibuat kerana MyID telah wujud. Muka 7/45 . b. pemohon boleh menghubungi SPA.0 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL PENGAKTIFAN Pemohon hanya dibenarkan sekali sahaja untuk daftar akaun baru dan sekiranya pemohon mengisi semula maklumat daftar akaun baru.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 2. Hantarkan semua maklumat di atas ke e-mel HantarPengaktifan@spa. c. telefon. kad pengenalan. maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah diperlukan seperti : a.my Sekiranya pemohon tidak membuat pengaktifan daftar akaun baru selepas tempoh sebulan. Bagi tujuan verifikasi. Bagi pemohon yang telah berjaya membuat pengaktifan rekod pendaftaran tidak akan dibatalkan.

ralat seperti berikut akan dipaparkan: Muka 8/45 . pemohon boleh mencapai skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran. Jika tersalah taip kata laluan.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8i Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. 4. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: No Kad Pengenalan Kata laluan baru pemohon Rajah 3. 5.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3. Langkah-langkah: 1. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk e-mel yang diterima daripada SPA. 2. Kemudian tekan butang Log Masuk. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3.

0-3 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk Muka 9/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 3. Jika tersalah memasukkan MyID ataupun MyID tidak wujud.0-2 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk 6. ralat berikut akan dipaparkan: Rajah 3.

Sekiranya pemohon keluar dari borang SPA8i. 11.0-4 Skrin Tukar Kata Laluan 8. 9. Kata laluan dalam e-mel SPA Kata laluan baru pemohon Kata laluan baru pemohon Rajah 3. Jika tiada sebarang ralat. kata laluan baru pemohon dan semula kata laluan baru pemohon sebelum boleh mengisi borang pendaftaran. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Hantar. Semua pemohon baru diwajibkan mengisi kata laluan semasa (kata laluan yang diberikan oleh SPA). Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Muka 10/45 . 10.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 7. Perlu diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Semula Kata Laluan Baru. pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang SPA8i. pemohon perlu masukkan MyID dan kata laluan baru yang telah disi oleh pemohon. Pengguna juga boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan maklumat yang telah diisi. skrin untuk menukar kata laluan akan dipaparkan untuk yang pertama kali mendaftar.

13. Muka 11/45 . Sekiranya anda tersilap memilih kelayakan semasa mengisi Maklumat Akademik Pemohon dan medan wajib diisi. Sekiranya anda menerima mesej ralat. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut.0-6 Skrin Penyemakan Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i 15.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) untuk maklumat terperinci mengenai borang. sila klik butang Seterusnya.0-5 Skrin Borang SPA8i 12. anda isi maklumat tersebut terlebih dahulu dan kembali semula ke Maklumat Peribadi Pemohon dan klik kelayakan tertinggi untuk menukar semula kelayakan anda. Rajah 3. Untuk kembali ke muka surat borang. 14. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang seperti skrin berikut. Kategori borang dan jawatan adalah mengikut kelayakan tertinggi pemohon dan pemohon perlu membuat pilihan yang betul dan semua medan wajib diisi seperti mana yang dikehendaki. Sila rujuk para 5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 3. Setelah selesai. ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

Pemohon akan dapat melihat maklumat yang telah diisi jika daftar masuk semula ke dalam borang SPA8i dan boleh kemaskini semula.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 16. jika pemohon masih ingin keluar daripada skrin ini. 18. Klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada borang ini dan satu tetingkap akan dipaparkan: Rajah 3. Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses jika tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu Pengakuan Pemohon. 19. semua maklumat yang telah diisi sebelum ini akan disimpan sebagai draf. Walau bagaimanapun.0-7 Skrin Keluar Daripada Borang 17. Muka 12/45 .

0 LUPA KATA LALUAN Merupakan fungsi bagi mendapatkan semula e-mel pengaktifan akaun yang mengandungi MyId. 4.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. Langkah-langkah: 1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: Rajah 4. 2. Kata lalaun serta pautan pengaktifan.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 4. Pemohon perlu mengaktifkan akaun dengan klik pada pautan pengaktifan sebelum log masuk dengan menggunakan MyID dan Kata laluan yang disertakan. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. Klik pada pautan Lupa kata laluan untuk memaklumkan kepada pihak SPA. Skrin ini akan dipaparkan: Muka 13/45 .

Sila rujuk para 2. 9.0-3: Skrin Ralat Lupa Kata Laluan 8. Kemudian tekan butang Hantar.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i No Kad Pengenalan E-mel yang dimasukkan dalam borang SPA8i Rajah 4.0-2: Skrin Lupa Kata Laluan 5. Jika tiada sebarang masalah.0 Kesilapan Mendaftar E-mel Atau Tidak Menerima Emel Pengaktifan untuk bantuan dan e-melkan maklumat verifikasi tersebut. ralat seperti berikut akan dipaparkan: Rajah 4. 7.0-4: Skrin Pengaktifan Lupa Kata Laluan Muka 14/45 . 6. Jika e-mel yang dimasukkan tidak sama seperti mana yang digunakan semasa Daftar Akaun Baru. mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin berikut: Rajah 4. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID dan E-mel yang telah digunakan semasa pengaktifan atau e-mel yang telah dikemaskini dalam Borang SPA8i.

15. Pemohon perlulah menyemak atau menunggu sehingga mendapat notifikasi menerusi e-mel pemohon seperti yang dinyatakan. pautan ini tidak lagi boleh digunakan. 13. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut.0-5: Skrin E-mel Pengaktifan Kata Laluan 12. Jika tidak. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel bagi tempoh 48 jam. 11.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 10. Pemohon boleh mengemaskini borang SPA8i atau melihat semakan status permohonan pada bila-bila masa. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut: Rajah 4.0-6: Skrin E-mel Pengaktifan Kata Laluan 14. Muka 15/45 . Contoh e-mel yang dihantar oleh SPA adalah seperti berikut: Rajah 4.

0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i Muka 16/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. Langkah-langkah: 1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i di Portal Rasmi SPA dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: No Kad Pengenalan Kata laluan pemohon Rajah 5. Rujuk :Maklumat Jawatan (Diskripsi Tugas/Gaji Permulaan) sebelum membuat pilihan.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) Pemohon yang telah membuat pengaktifan dan berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. 2. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.

Walau bagaimanapun maklumat yang telah dimasukkan akan disimpan sebagai draf dan tidak akan diproses. Sila rujuk para 6. Pemohon boleh klik Keluar pada bila-bila masa. Muka 17/45 . Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Semakan Status Permohonan Tarikh Permohonan / Kemas kini / Proses Keluar Rajah 5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3.0 Semakan Status Permohonan sebagai panduan untuk menyemak status permohonan jawatan yang dipohon. Tarikh Permohonan merupakan tarikh permohonan pertama melalui MyID. Tarikh Kemas kini adalah tarikh semasa pemohon Log Masuk dan Tarikh Proses bermaksud tarikh pemohon klik Hantar.0-2: Skrin Borang pendaftaran (SPA8i) – Berkhidmat/KPSL 5. 6. 7. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan. mesej Belum Diproses akan dipaparkan. Jika tiada sebarang ralat. 8. 4. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya. Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. Sebarang maklumat yang telah dikemas kini mestilah dengan klik butang Hantar di bahagian Pengakuan Pemohon untuk diproses dan pemohon akan mendapat tarikh pendaftaran baru. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan dengan betul dan klik pada pautan Log Masuk. pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang pendaftaran SPA8i. 9.

RF 1234 isikan: isikan: isikan: 4824163 H0432516 RF1234 3. Kelayakan Tertinggi adalah penting pemohon pilih kerana ianya akan menentukan jawatan yang boleh dipohon berserta dengan maklumat yang diperlukan. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis) a. Maklumat Peribadi Pemohon Rajah 5. Nombor Kad Pengenalan (Baru) 540603-03-5550 : 540603035550 2.5-2 atau contoh seperti berikut: 1.0-3(1): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon Ruang Nombor Kad Pengenalan tidak perlu dimasukkan oleh pemohon kerana telah dipaparkan secara automatik pada skrin. Muka 18/45 . 4824163 b.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i A. Rujuk Rajah 1. H 0432516 c.

Pilihan kategori Ijazah/Sarjana/PHD. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM. Pilihan kategori STPM/HSC/STAM. sekiranya anda mempunyai Ijazah atau Sarjana atau PHD. Sila pilih mengikut kelayakan tertinggi/kategori borang terlebih dahulu kerana senarai jawatan dan maklumat akademik akan bergantung kepada jenis pilihan tersebut. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan Ijazah atau Sarjana atau PHD serta maklumat tambahan yang berkaitan. sekiranya anda mempunyai Ijazah dan Diploma sahaja atau Ijazah dan STPM/STAM sahaja. Diploma dan Ijazah atau Sijil SPM. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan STPM atau HSC atau STAM serta maklumat tambahan yang berkaitan.. c. Pilihan kategori Diploma/Sijil. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan Diploma atau Sijil serta maklumat tambahan yang berkaitan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i a. sekiranya anda mempunyai STPM atau HSC atau STAM. Peringatan : Matrikulasi tidak diambil kira sebagai Sijil/Diploma d. STPM/STAM dan Ijazah serta maklumat tambahan yang berkaitan. Pilihan kategori Ijazah dan Diploma atau Ijazah dan STPM/STAM. Muka 19/45 . Rajah 5. sekiranya anda mempunyai Diploma atau Sijil. Peringatan : Matrikulasi tidak diambil kira sebagai Sijil/Diploma e.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon – Kelayakan Tertinggi b.

Dploma/Sijil. SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM. Sila kemas kini Alamat e-mel anda yang aktif. Sekiranya anda tersilap memilih Kelayakan Tertinggi dan ketika itu anda berada dalam Maklumat Akademik Pemohon. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM atau SRP atau PMR serta maklumat tambahan yang berkaitan. Negeri. 5. Anda juga dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang (Jawatan-jawatan yang dipaparkan adalah mengikut pilihan Kelayakan Tertinggi pemohon). i. Ijazah dan pengalaman dalam perkhidmatan awam serta maklumat tambahan yang berkaitan. sekiranya anda mempunyai SPM atau SRP atau PMR.com Muka 20/45 . Contoh : rosniyati@yahoo. Badan Berkanun dan Perkhidmatan Polis walaupun anda mempunyai Sijil Ijazah atau Diploma. anda isi maklumat tersebut dan klik Maklumat Peribadi pemohon dan pilih semula Kelayakan Tertinggi tersebut. 4.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i f. STPM/HSC/STAM. h. g. Pilihan kategori Berkhidmat/KPSL. Maklumat akademik yang boleh diisi pemohon adalah Sijil SRP/PMR/LCE. sistem tidak membenarkan anda untuk kembali semula ke Maklumat Peribadi Pemohon kerana medan wajib diisi. Kerajaan Tempatan. sekiranya anda adalah pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pilihan kategori SPM/SRP/PMR. Untuk mengatasi masalah tersebut. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian.

Sila kemas kini Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas. Muka 21/45 . Sila kemas kini Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad). nama jalan. Sila kemas kini Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor rumah. nama taman/kampung. Sila kemas kini Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul. Sila kemas kini Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas. 9. Rajah 5. Contoh : Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL MANSOR 7.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon 8. 10. sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami. Sekiranya ruangan tidak mencukupi.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6.

c. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut : a. Contoh : Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980 13. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No. Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila pilih Keturunan anda. 15. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon. Contoh : Nombor Telefon : 03-89451010 Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010 12. Sekiranya anda mengisi no. Sekiranya anda mengisi no. 14. sila abaikan langkah ini.1). 16. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon.1). Muka 22/45 . Sila pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong. sila abaikan langkah ini. b.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 11. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No.

18. Sila pilih Pemegang Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pemegang biasiswa tersebut di Peringkat Diploma dan ke atas sahaja. anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan yang berkaitan.0-3(3): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon 17. Pendaftaran/Rujukan. Sekiranya anda menerima mesej ralat.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 5. a. Setelah selesai. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR). Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. 19. Klik pada kelas yang berkaitan dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Oleh itu. 20. Muka 23/45 . sila klik butang Seterusnya. 21. sila isikan No. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Sila pilih Warganegara anda. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti Juruaudio Visual. Sekiranya berkaitan.

Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.Peperiksaan kali pertama Peringatan : Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 2000 ke atas) lebih dari sekali untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000. Rujuk contoh seperti Rajah 1. anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di ruangan Peperiksaan kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang diambil. 1. 2001. Muka 24/45 . a. 2002).Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i B.5-4(1). Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -Peperiksaan kali pertama.0-4(1): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -. Maklumat Akademik Pemohon Rajah 5.

Rujuk contoh seperti Rajah 1. Rajah 5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i b.5-4(2). f. Muka 25/45 .0-4(2): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -. c. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. d.Peperiksaan kali pertama e. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. Sila pilih Jenis Sijil menduduki peperiksaan. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka.

Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja.0-6: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM / STPM / Universiti atau Setaraf Muka 26/45 .0-5: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -.(Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja) 2.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 5. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. b. Sila pilih Matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih Gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja). Rajah 5.5-5.Peperiksaan kali kedua -. a. Rujuk contoh seperti Rajah 1.

Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. a. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh Muka 27/45 . Rajah 5. a. b.5-7. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai /SAP/SPM/STPM/Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Rajah 5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai sekiranya berkaitan.5-6.0-8: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas 5. d. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki. b. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi.0-7: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Matematik Kertas Julai 4. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. c.

Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1. Muka 28/45 . Rujuk contoh seperti Rajah 1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan Sijil berkaitan dan klik butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan yang dikehendaki. a.5-9 di bawah akan dipaparkan. Rajah 5.5-8. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah satu daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan.0-9: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain b.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i c. Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Tarikh anda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. d.5-8 akan dipaparkan semula. Muka 29/45 . a. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir).5-10. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy. Contoh : Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010 Isikan : 19/01/2010 Rajah 5.0-10: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) 6.

0-11: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Institusi Pengajian Tinggi i. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. 3.5-11 di bawah akan dipaparkan. Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi. Rajah 5. c. Muka 30/45 .75: Sila pilih 3 dan isikan 75 pada ruang kosong di sebelah.50: Sila pilih 3 dan isikan 50 pada ruang kosong di sebelah. Contoh : 3.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i b. Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi. Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi.5-10 akan dipaparkan semula. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Institusi atau sila pilih Institusi Luar / Dalam Negara dan Negara (sekiranya institusi luar negara) klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Institusi. d. Institusi tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 1. ii.

Klik butang Cari untuk memaparkan semua Pengkhususan atau sila pilih Bidang Pengkhususan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Pengkhususan. Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais Luar Negara. Sila isikan nama Institusi sekiranya Institusi tersebut tiada dalam senarai.5-10 akan dipaparkan semula.5-12 di bawah akan dipaparkan. g. Pengkhususan tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 1. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Sila pilih Pengkhususan (Bidang) Pengajian anda. Rajah 5. ii.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i e.0-12: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Pengkhususan i. f. Muka 31/45 .

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Seterusnya sila isikan Pengkhususan sekiranya Pengkhususan tersebut tiada dalam senarai.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i h. Rajah 5. Langkah 6 perlu diulang bagi no. Untuk kembali ke muka surat borang.0-13: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) 7. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut.5-13) sekiranya berkaitan. Rujuk Rajah 1. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.2 dan no.5-14 seperti di bawah. Sekiranya anda menerima mesej ralat.3 (rujuk Rajah 1. Muka 32/45 . ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

0-14: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) Muka 33/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Pautan kembali ke borang Rajah 5.

2. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat.5-15.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i C. Muka 34/45 . Maklumat Ko-Kurikulum Rajah 5. Rujuk contoh seperti Rajah 1.0-15: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Sukan/Persatuan/Kepimpinan 1. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat.

Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. 5. pilih Sumbangan yang anda berikan dan Peringkat penyertaan. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang.5-16 seperti di atas. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Rujuk contoh yang diberi. Muka 35/45 . sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Rujuk Rajah 1. Untuk kembali ke muka surat borang. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang.0-16: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian Khas/Pekerjaan Sekarang 3.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Pautan kembali ke Rajah 5. 4.

Maklumat Tambahan Rajah 5.5-17 di bawah akan dipaparkan. Rajah 5. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan.0-17: Skrin Maklumat Tambahan – Kurang Upaya 1. Kategori ketidakupayaan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1. Pendaftaran. Sekiranya berkaitan. sila masukkan No.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i D.0-18: Skrin Maklumat Tambahan – Kategori Ketidakupayaan Muka 36/45 .

Contoh: Kategori : Bekas Polis Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang disediakan Muka 37/45 . Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1.0-19: Skrin Maklumat Tambahan – Bakat/Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu/Bekas Tentera/Bekas Polis 2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. pangkat dalam kategori akan dipaparkan. 4.5. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut. sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Pautan kembali ke Rajah 5.19 di bawah akan dipaparkan.5-19. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Selepas pilih kategori. 3. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i a.

Sekiranya anda menerima mesej ralat. Muka 38/45 . sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang menerima Pencen / Ganjaran sahaja. Untuk kembali ke muka surat borang. ulangi proses penyemakan dan penghantaran.5-19 seperti di atas. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. Rujuk Rajah 1.

Pada peringkat ini. Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat. 3. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat. Kad Pengenalan Baru.0-20: Skrin Semakan Maklumat Peribadi Pemohon 1. Untuk kembali ke muka surat borang. Maklumat Ko-Kurikulum ataupun Maklumat Tambahan. sila klik pautan di bahagian atas borang. Sila pastikan No. Maklumat Akademik Pemohon.5-20 seperti di atas. Sila buat pembetulan sekiranya perlu. Muka 39/45 . anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon. 2. Rujuk Rajah 1.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i E. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon Pautan kembali ke borang Rajah 5.

Muka 40/45 . Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Pengakuan Pemohon Rajah 5. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.21. 2.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i F. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu.5.0-21: Skrin Pengakuan Pemohon 1.000.

sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Pemberitahuan Rajah 5. 2.5-22 dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan. Selamat mengisi borang! Muka 41/45 . Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan dan Cetak Pemberitahuan ini. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 1. 3.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i G.0-22: Skrin Pemberitahuan 1.

2.0 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN Borang SPA8i juga menyediakan Semakan Status Permohonan dimana pemohon boleh terus melihat status urusan pengambilan yang dibuat oleh SPA bagi tempoh setahun dari tahun semasa.0-1. di sebelah atas penjuru kiri borang SPA8i terdapat Semakan Status Permohonan iaitu ciri terbaru untuk pemohon menyemak status permohonan. pemohon boleh menyemak status permohonan di pautan :: Semakan Status Permohonan :: yang berada dipenjuru atas kiri borang seperti Rajah 6. Masukkan MyID dan Kata Laluan dan klik butang Log Masuk. 3. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. Setelah selesai mengisi dan menghantar borang. Semakan Status Permohonan Rajah 6.0-1. klik Semakan Status Permohonan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: Muka 42/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6.0-1: Skrin Borang SPA8i Langkah-langkah: 1. Urusan tersebut akan dijana secara automatik oleh sistem SPA. Selepas berjaya masuk skrin borang SPA8i seperti Rajah 6.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i.

Urusan adalah nombor urusan yang digunakan untuk menjalankan proses tersebut.0-2: Skrin Semakan Status Permohonan 4. Status Urusan bermakna urusan jawatan tersebut berada di peringkat mana dan sekiranya status memaparkan ‘Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya’.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 6. 9. 8. Status Permohonan Jawatan Semasa adalah mengikut jawatan semasa yang dipohon calon serta status urusan yang diproses dalam tempoh setahun. Muka 43/45 . Pemohon boleh menyemak status permohonan jawatan seperti tarikh daftar dan tarikh luput setiap jawatan. Jika urusan pengambilan telah diproses dan pemohon tidak memohon jawatan semasa maka ianya akan dipaparkan dalam Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dipohon. pemohon tidak berjaya ke peringkat seterusnya dan paparan tersebut akan kekal. 6. 5. 7. No. Pemohon juga boleh menyemak status urusan pengambilan yang diproses oleh SPA dimana Tarikh Tutup Urusan bermakna urusan tersebut dibuat dalam tempoh setahun ke belakang dari tarikh urusan.

10. Sekiranya pemohon ingin memilih jawatan selain daripada yang dipaparkan pemohon perlu mengemaskini di dalam borang permohonan dan menghantar semula perakuan pemohon untuk diproses. Klik pada pautan Borang jika ingin kembali semula ke borang pendaftaran pekerjaan SPA8i. 11.0-3 Skrin Melanjutkan Tempoh Permohonan 13. Rajah 6. Klik pada pautan Keluar sekiranya hendak keluar dari borang pendaftaran pekerjaan SPA8i. Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan setahun dari tarikh semasa dengan klik [Y] pada pelanjutan tempoh permohonan tanpa perlu menghantar perakuan seperti Rajah 6. Syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya adalah berubah-berubah mengikut kekosongan daripada Kementerian/ Jabatan dan Suruhanjaya. 14.0-3. Muka 44/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Walaubagaimanapun sekiranya urusan jawatan tersebut dibuat lagi pemohon akan diproses sekali lagi jika pendaftaran masih belum luput. 12.

Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. e. b. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan. Muka 45/45 . Pemohon juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS sekiranya dipanggil peperiksaan atau temu duga. Setiap urusan pengambilan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon akan dapat dilihat oleh pemohon. kata laluan dan pengaktifan akan dihantar melalui e-mel. Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini mahupun pemohon baru. pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. Terdapat Semakan Status Pemohonan di dalam borang SPA8i di mana pemohon boleh membuat semakan mengenai status permohonan mereka. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya. Semua pemohon mesti mempunyai akaun e-mel yang masih aktif kerana MyID. mesej Belum Diproses akan dipaparkan. Nombor MyKad ini akan digunakan sebagai MyID semasa hendak masuk ke borang SPA8i. Pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan).Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 7. Oleh itu.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8i Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah: a. d. i. Di samping itu pemohon boleh mengemaskini maklumat borang SPA8i pada bila-bila masa dengan sekali sahaja pendaftaran MyID. Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi membolehkan mereka mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). g. Pemohon perlu memilih kategori borang mengikut Kelayakan Tertinggi pemohon terlebih dahulu kerana senarai jawatan dan maklumat akademik bergantung kepada jenis pilihan tersebut. h. c. f. Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan sekiranya tempoh sah laku permohonan telah luput. j.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful