You are on page 1of 9

PROGRAM MENANGANI MASALAH PONTENG DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH NEGERI PERAK TAHUN 2011 1. Pendahuluan 1.

1 Masalah disiplin dalam kalangan murid di Negeri Perak secara keseluruhannya adalah terkawal. Berpandukan kepada data Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), jumlah murid yang terlibat dalam salahlaku adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah murid di negeri Perak yang hampir setengah juta orang. Data SSDM fasa 1 tahun 2010 (Januari hingga Mei) menunjukkan bahawa bilangan kes murid yang terlibat dalam salahlaku adalah 27,137 atau 5.6 % daripada jumlah murid keseluruhannya. Walau bagaimanapun jika data ini dibandingkan dengan data pada tahun sebelumnya, ia agak membimbangkan kerana terdapat peningkatan dari segi bilangan kes murid yang terlibat dalam salahlaku. Purata bilangan murid yang terlibat dalam kes salah laku pada tahun 2007 adalah 2.6% dan ia telah meningkat kepada 2.8% pada tahun 2008 dan meningkat lagi kepada 3.09% pada tahun 2009. (Rujuk Lampiran 1) Tahun 2007 2008 2009 Tahun 2010 Purata bilangan kes murid dalam 3 fasa 12,960 13,646 15,118 Bil. kes murid fasa 1 tahun 2010 27,137 Peratus % 2.62% 2.81% 3.09% 5.60%

1.2

Dari segi jenis salahlaku pula, data 3 tahun sebelum ini juga menunjukkan terdapat trent peningkatan dalam jenis salahlaku ponteng dan ia juga merupakan salahlaku paling dominan yang dilakukan oleh murid. Data salahlaku ponteng (bilangan kes dalam purata 3 fasa) untuk tahun 2007 adalah 0.74%, pada tahun 2008 adalah 0.79%, dan pada tahun 2009 adalah 0.95%. Data SSDM Fasa 1 tahun 2010 menunjukkan bahawa bilangan kes murid yang terlibat dalam salahlaku ponteng adalah 1.2 %

Jenis salahlaku Tahun 2007 10,7293 3,576 Ponteng

Purata bilangan kes murid dalam 3 fasa Tahun % Tahun 2008 2009 2.223 11,6113 2.393 13,9613 0.74% 3,870 0.79% 4,653 Bilangan kes murid fasa 1 tahun 2010 5,805 atau 1.2% % % 2.853 0.95%

1.3

Berdasarkan kepada data dan maklumat di atas, sudah tiba masanya sesuatu tindakan yang drastik perlu diambil bagi memastikan masalah ponteng ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

2. Rasional 2.1 Jabatan Pelajaran Perak (JPN Perak) telah diberi peruntukkan yang besar di bawah Belanjawan Tahunan dan Rancangan Malaysia bagi tempoh lima tahun untuk meningkatkan kualiti sumber manusia. Walaupun JPN Perak telah membelanjakan dana yang besar dalam bidang pendidikan, namun pencapaian kualiti manusia yang dihasilkan belum boleh menandingi pencapaian murid dari negeri negeri lain khususnya dalam bidang akademik. Keadaan ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes ponteng sekolah yang dilakukan oleh murid yang memberi kesan kepada prestasi pencapaian murid dalam peperiksaan awam. Dengan pelaburan besar yang telah diberi oleh JPN Perak terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini, maka adalah wajar untuk JPN Perak melakukan sesuatu usaha bagi menangani masalah ponteng sekolah yang berlaku dalam kalangan murid agar hasrat kita untuk meningkatkan pencapaian murid kita dalam peperiksaan awam akan tercapai.

2.2

2.3

3.

Objektif

3.1 Mengurangkan bilangan kes poteng dalam kalangan murid sekolah 3.2 Meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam

4.0 Konsep Ponteng 4.1 Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan:979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan diluar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan murid yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. 4.2 Kegiatan ponteng dilakukan sama ada secara individu atau secara berkelompok. Kebanyakan murid yang ponteng sekolah secara berkelompok cenderung untuk memilih sebuah kawasan untuk dijadikan tempat melepak. Masa atau hari untuk ponteng biasanya telah dirancang dan dapat dikenalpasti traitnya. 4.3 Ponteng boleh dibahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ponteng yang akan ditumpukan dalam kes ini adalah ponteng sekolah kerana ponteng sekolah sangat memberi kesan terhadap penglibatan murid dengan aktiviti yang tidak berfaedah 5.0 Faktor yang menyebabkan ponteng sekolah 5.1 Faktor Suasana Persekitaran Sekolah Suasana persekitaran sekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu suasana persekitaran dalam sekolah dan suasana persekitaran luar sekolah. Suasana persekitaran luar sekolah adalah suasana yang berlaku di luar kawasan sekolah yang sentiasa mengalami perubahan secara mendadak akibat daripada proses pembandaran seperti pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan dan cyber cafe yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru, dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif akan menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan murid. 5.2 Faktor Pengaruh Media Elektronik Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran di kalangan murid yang menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Keadaan ini akan bertambah rumit lagi sekiranya murid ini kurang mendapat didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa.

Pengaruh media elektronik akan meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan murid dan di tambah pula dengan desakan dan pengaruh daripada rakan sebaya akan menyebabkan masalah ponteng kian berleluasa dan sukar dibendung lagi. 5.3 Faktor Sekolah Faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan murid. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan murid dan pelaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salahlaku murid. 5.4 Faktor sikap murid yang terikut dengan gaya hidup artis dan rakan sebaya Sikap murid yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru akan menyebabkan mereka sanggup ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapatkan wang. Pengaruh rakan sebaya yang suka menunjuk-nunjuk gaya hidup serba mewah juga boleh mempengaruhi mereka untuk ponteng sekolah dan bekerja sambilan untuk mendapat wang bagi meningkatkan penampilan mereka di kalangan rakan sebaya. 5.5 Faktor ibu bapa Ibu bapa telah diberi amanah dan tanggung jawab untuk mendidik dan membesarkan anak mereka. Dalam kehidupan dunia moden hari ini peranan tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak lain termasuklah dikalangan guru di sekolah untuk membolehkan mereka menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya masing-masing. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka terbiar dan terasing dan akhirnya akan menyebabkan mereka menceburkan diri dalam kegiatan negatif seperti ponteng sekolah sebagai jalan keluar kepada masalah yang dihadapi dirumah.

6.0 Cadangan Mengatasi 6.1 Berdasarkan maklumat tentang situasi murid ponteng yang berlaku di negeri Perak dan sebab-sebab murid ponteng seperti yang dinyatakan tadi, maka Jabatab Pelajaran Perak perlu bertindak segera dengan mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta sasaran bagi pengurangan kes ponteng di kalangan murid Bilangan pengurangan kes ponteng yang disasarkan untuk tahun hadapan adalah berdasarkan kepada kes ponteng yang berlaku dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Bagi tahun 2011 sasaran peratus pengurangan kes ponteng adalah 0.70% seperti berikut Jenis salahlaku Ponteng Peratus purata bilangan kes Sasaran ponteng mengikut tahun Tahun 2007 2008 2009 2010 2011 0.74% 0.79% 0.95% 1.20% 0.70%

6.2

6.3

Oleh kerana faktor murid ponteng adalah berbeza-beza dan ianya bergantung kepada lokasi sekolah, latar belakang murid, ibu bapa dan sebagainya, maka dicadangkan usaha yang akan dibuat hendaklah bersifat bersepadu dan difokuskan kepada tindakan yang sesuai dilakukan di peringkat sekolah dan daerah berkenaan. Hanya pihak sekolah dan daerah berkenaan yang mengetahui murid yang kerap ponteng dan punca mengapa murid tersebut selalu ponteng. Antara strategi dan program serta aktiviti anti ponteng yang dicadangkan untuk dilaksana adalah seperti berikut : Bil. 1. Strategi / Program dan Aktiviti Tindakan

Strategi 1 : Strategi memantapkan pengurusan Sekolah sahsiah dan disiplin murid di sekolah. i) Meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan program dan aktiviti berikut : Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Kaunseling individu dan kaunseling kelompok ke atas murid yang ponteng ii) Meningkatkan kualiti disiplin sekolah melalui pengurusan

Membincangkan masalah murid ponteng dalam mesyuarat guru dengan membentang data SSDM

- Menguatkuasa peraturan sekolah dengan mengeluarkan surat amaran, gantung dan buang sekolah terhadap kesalahan murid ponteng setelah usaha-usaha bimbingan dan kaunseling gagal.

2.

Strategi 2 : Meningkatkan permuafakatan Sekolah / PPD dengan agensi luar / JPN i) Permuafakatan PIBG Melaksana Program Keibubapaan dengan memberi penekanan kepada peranan ibu bapa dalam menangani masalah ponteng di kalangan murid Membentangkan kes murid ponteng dalam mesyuarat PIBG ii) Mengerakkan pasukan petugas anti ponteng yang terdiri daripada agensi seperti PDRM, pihak berkuasa tempatan, pejabat agama, PIBG, JKKK, pemimpin masyarakat setempat dan sebagainya. iii) Mengadakan hebahan anti ponteng melalui radio supaya seluruh masyarakat melibatkan diri dalam gerakan anti ponteng

3.

Strategi 3. Melaksana Program Pemulihan Sekolah / PPD Murid dan JPN Murid yang dikenalpasti hard core dan terlalu kerap ponteng akan diminta untuk menjalani Program Jati Diri yang akan dilaksana di Pusat Kokurikulum. Cadangan program adalah 3 kumpulan murid lelaki dan 1 kumpulan murid perempuan. (Setiap kumpulan terdiri daripada 40 orang murid)

4.

Strategi 4 : Melaksana Program Pemutihan Sekolah / PPD sekolah Sekolah yang dikenalpasti mempunyai bilangan kes murid ponteng yang tinggi akan dipantau secara berkala oleh pihak PPD. Lawatan oleh pegawai PPD ke sekolah berkenaan adalah bertujuan bagi membantu sekolah berkenaan meningkatkan usaha membenteras kegiatan ponteng di kalangan murid.

5.

Strategi 5 : Melaksana Pelancaran Program JPN dan PPD Anti Ponteng Program Anti Ponteng peringkat negeri akan dijalankan bagi menggerakkan semua pihak supaya memandang serius gejala ponteng di kalangan murid. Program ini akan dikendalikan secara bersama antara JPN dan PPD

7.0 Jawatankuasa Pelaksanaan Progran Anti Ponteng 7.1 Jawatankuasa Anti Ponteng Peringkat Negeri Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha I Pen. Setiausaha II Ahli : : : : : : : Pengarah Pelajaran Perak Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Penolong Pengarah Disiplin Penyelia Disiplin Semua Ketua Sektor Semua Pegawai Pelajaran Daerah

7.2 Jawatankuasa Anti Ponteng Peringkat Daerah Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Ahli : : : : : Pegawai Pelajaran Daerah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Penolong PPD Hal Ehwal Murid Penyelia HEM Semua Pengetua Semua Guru Besar

7.3 Jawatankuasa Anti Ponteng Peringkat Sekolah Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Ahli 8.0 Jadual Pelaksanaan Rujuk Lampiran 2 : : : : : Pengetua / Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ketua Guru Disiplin Semua Guru

9.0 Pemantauan dan Impak Program 9.1 Bilangan murid ponteng yang diperolehi daripada data SSDM tahun 2010 ini boleh dijadikan sebagai take off value untuk pelaksanaan program anti ponteng tahun 2011. 9.2 Kutipan data secara berjadual akan dilakukan melalui PPD dan diselaraskan dengan data SSDM. 9.3 Perbandingan bilangan murid ponteng yang dikutip melalui pengutan data berjadual boleh dinilai dari segi keberkesanan dan impak program yang telah dilaksanakan. 9.4 Laporan keberkesanan program akan disediakan pada akhir tahun 2011.

10.0

Penutup

Adalah diharapkan melalui program dan aktiviti yang dicadangkan ini akan dapat membantu pihak sekolah mengatasi gejala ponteng di kalangan murid. Ianya juga akan dapat mempertingkatkan usaha sekolah untuk memberi tumpuan yang lebih kepada aspek pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam.

You might also like