You are on page 1of 10

Kertas Kerja Gotong-Royong Perdana 2011 Peringkat Sekolah Februari 2011

Anjuran: SEKOLAH KEBANGSAAN RELONG (SKR), KUALA LIPIS dengan Kerjasama PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKR, KUALA LIPIS

1.0

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah lipis yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging atau menyembur asap disekitar kawasan sekolah. Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKR akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 2.1

OBJEKTIF Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,

indah, selamat dan ceria. 2.2 2.3 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,

pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. 2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. 2.5 Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan

aktiviti.

3.0

KUMPULAN SASARAN

Murid, Guru, kakitangan sekolah dan Ahli PIBG

4.0

NAMA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA TEMA: JOM CERIAKAN SEKOLAH

5.0

TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh Cadangan : 26 Februari 2011 ( Sabtu) Tempat : Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Relong Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang Pakaian : Pakaian sukan.

6.0

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

6.1

Pembersihan Longkang Tugasan membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang

melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada murid khususnya semasa berada di sekolah. 6.2 Kolam

Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok kelas dan pejabat merupakan kawasan tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah. Melalui kerja gotong-royong dikawasan kolam ini, Ibu bapa, guru-guru dan para murid akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya. 6.3 Bendera dan koridor bangunan.

Bagi yang membersihkan kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor bangunandi tingkat dua, seterusnya di kawasan bendera. Bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk mengukuhkan kedudukan tiang bendera tersebut. 6.4 Mengecat dan memasang papan tanda.

Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu papan tanda yang telah ditempah akan dipasang dikawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

6.5

Surau

Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang. Kawasan perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung(sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan) 6.6 Kelas

Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersihkan dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

7.0

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. 1 2 3 4 5 6

KAWASAN Longkang 1. Bahagian sekitar kantin dan bangunan sekolah. Kolam & Lanskap Bendera dan Kawasan Koridor Mengecat dan Memasang papan Tanda Surau Jalan masuk kawasan sekolah

KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT 1. Ust. Fairuz Amir b. Said 2. Wakil PIBG 3. Murid tahun 5 1. Cikgu Wan Bahri b. Taip 2. Wakil PIBG 3. Murid Tahun 6 (perempuan) 1. Cikgu Zaid b. Karim 2. Wakil PIBG 3. Murid tahun 4 1. Cikgu Kamil b. Mohd 2. En. Karim (wakil PIBG) 3. Murid tahun 6 (lelaki) 1. Ustz. Halimatun bt. Rosli 2. Pn. Saodah bt. Ahmad (wakil PIBG) 3. Murid tahun 3 1. Cikgu Zairol b. Amri 2. En. Kamal b. Ali (wakil PIBG) 3. Kumpulan PIBG

AGIHAN TUGAS MENGIKUT KELAS

BIL 1. 2. 3

KAWASAN/ KELAS Blok A ( Bahagian Dewan) Blok B (Perpustakaan & Makmal Sains) Blok C ( Makmal Komputer)

KETUA DAN KUMPULAN TERLIBAT 1. Pn. Zaiton bte. Khairul 2. Murid tahun 3 1. Pn. Rozehan Zaiha 2. Murid tahun 2 1. Cikgu Azrol b. Nordin 2. Murid tahun 4

8.0 TENTATIF PROGRAM Masa 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 11.00 pagi 11.30 pagi 12.00 petang 1.30 petang Aktiviti Ketibaan ibu bapa/ penjaga ke sekolah Taklimat agihan tugas Gotong royong bermula Ketibaan YB Tuan Abd Rahman b. Bakri Jemput YB ke tapak tanaman pokok dan sekitar sekolah. Hadirin Berkumpul di dewan & majlis ucapan YDP PIBG & YB Abd Rahman b. Bakri Makan tengah hari dan majlis bersurai

9.0

SUMBER KEWANGAN/ ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:


a) PIBG b) Kantin Sekolah

= RM 700.00 = RM 50.00

c) Sumbangan Guru = RM 200.00 d) Sumbangan SKR = RM 30.00

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN = 150 orang = 45 orang = 16 orang = 211 orang

a) Murid b) Ibubapa c) Guru Jumlah

10.1 Makan dan minum untuk makan tengah hari. a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM 2.50) b) Minum = Sirap (1 x RM 0.50) Jumlah = RM 3.00 Keseluruhan : 211 x RM 3.00 = RM 633.00 JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 633.00

10.2 Anggaran Perbelanjaan bagi peralatan BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. PERALATAN Cat tin ( Batu perhiasan) Cat tin ( tiang garaj kereta) Berus cat Plastik beg sampah Berus sabut Sabun pencuci Berus Longkang Pencedok Longkang HARGA Bilangan cat yang diperlukan = 2 unit 2 unit x RM25.00 = RM 50.00 Bil tin cat yang diperlukan = 1 unit 1 unit x RM25.00 = RM 25.00 Bil berus yang diperlukan = 5 unit 5 unit x RM 5.00 = RM 25.00 Bil beg yang diperlukan= 4 unit 5 unit x RM 2.00 = RM 10.00 Bilangan yang diperlukan = 5 unit 5 unit x RM 1.50 = RM7.50 Bilangan yang diperlukan = 2 unit 2 unit x RM8.00 = RM16.00 Bil berus yang diperlukan = 3 unit 3 unit x RM 6.00 =RM 18.00 Bilangan yang diperlukan = 3 unit

3 unit x RM8.00 = RM 24.00 Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 175.50 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN ( Makanan + Peralatan ) RM 633.00 + RM175.50 = RM 808.50

11.0

JAWATANKUASA AKTIVITI : Pn. Devi bte. Masran : Pn Anita bt Ismail : Ust. Amir b. Khairil : En. Mohd Firdaus b. Mokhtar : Pn. Asyikin bt. Sani

Penaung Penasihat Pengerusi Penyelaras Bendahari

Juruacara Majlis : En. Mat b. Saad Protokol : Pn. Zainah bt. Hj Nor Buku Program : En Badarudin b. Khir Makanan : Ustz Salmiah bt. Mohamad Cik Halimatun bt. Badar Pn. Zainab bt. Saari. Peralatan PA System : En. Rokman b. Said : En. Azrol b. Nordin

Kebersihan Dewan : Pn. Rozehan Zaiha & Kawasan Sekolah Ustz. Halimatun bt. Badar

Disiplin Keselamatan Guru = 16 orang PENUTUP

: En. Burhan b. Musa Pn. Asyikin bt. Sani

Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian.

Disediakan oleh . ( Tuan Mohd Zaidi b. Tuan Long Hussin ) Setiausaha 3K. SK Relong, Kuala Lipis Pahang.

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebab berikut: ..

( Pn. Devi bte. Masran ) Guru Besar, SK Relong, Kuala Lipis, Pahang. RUJUKAN
1. Perrin, R. (2004). Pocket guide to APA style. Boston: Hughton Miffin Company.

2. Cornell University Library. (2007). APA Citation Style, from

http://www.library.cornell.edu.my

3. American Psychological Association. (2003). APA style: Electronic references.

Retrieved October 7, 2004, from http://www.apastyle.org/elecref.html 4. Luvmour, B. (n.d.). Being with children during times of crisis: developmental appropriateness.Pathsofl earni ng. Retrieved May 29, 2009, from http://www.pathsoflearning.net/library.cfm

You might also like