You are on page 1of 18

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

TAJUK 2 2.1

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS ULUM SYARIAH

Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Topik ini adalah lanjutan dari bab dua yang membincangkan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Topik ini pula akan menerangkan kaedahUlum Syariah. Di antaranya kaedah kaedah pengajaran dan pembelajaran bidang

pengajaran akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Matlamat topik ini ialah untuk menerangkan strategi dan kaedah pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Ulum Syariah. Hasil pembelajaran i. ii. iii.

iv. menjelaskan kaedah dan langkah-langkah pengajaran akidah;


ii. menerangkan kaedah dan langkah-langkah pengajaran ibadah;

iii.

menghuraikan kaedah dan langkah-langkah pengajaran sirah;

Kerangka Tajuk KAEDAH PENGAJARAN ULUM SYARIAH

PENGAJARAN AKIDAH

PENGAJARAN IBADAT

PENGAJARAN SIRAH

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

2.1.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif utama pengajaran akidah ialah:

1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar


2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam 3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar 4. 5. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya: Kaedah soal jawab Kaedah soal jawab merupkan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

Latihan 2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah soal jawab? 2. Nyatakan elemen-elemen penting kaedah soal jawab yang anda fahami berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Jibril a.s.

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Rajah : Struktur Pendidikan Islam di Madinah

Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan penyelesaian. Tujuan Perbincangan Menggalakkan perkembangan mental. Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif. Menggalakkan perkongsian pendapat. Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain. Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna. Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional. Menajamkan kemahiran untuk kumpulan. Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan. mengemukakan satu-satu pandangan dalam mencari

Perlaksanaan Sesi Perbincangan Sebelum Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan Agih tugas kepada ahli kumpulan Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Semasa Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk Bantu murid beri idea Betulkan kesilapan Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang mencukupi Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak kepada semua murid Beri ulasan dan rumusan untuk diedarkan

Prinsip Perbincangan Tajuk yang sesuai Maklumkan tujuan perbincangan Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor Pastikan pelajar tahu cara perbincangan Guru sebagai fasilitator Penglibatan pelajar perlu aktif Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan Adakan rumusan akhir Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan sesi buzz, sumbangsaran

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

seminar forum Perbahasan

i) Sesi Buzz Perbincangan kumpulan kecil, terdiri daripada empat hingga enam orang. Kumpulan ini akan memilih seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha. Selepas guru membuat sesuatu penyampaian, Ahli-ahli kumpulan buzz akan membuat perbincangan. Ketua akan meminta setiap ahli memberi pendapat / kemuka idea, manakala pelapor akan mencatat idea-ieda dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan kumpulan kecilnya. Pada peringkat akhir kempulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula untuk perbincangan am . Selepas itu idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting di papan kapor. ii) Kaedah Sumbangsaran (Brainstoming) Kaedah ini lebih berbentuk perbincangan yang menggalakkan murid-murid memberikan idea atau pemikiran di dalam bentuk kumpulan. Setiap ahli digalakkan memberi idea dan setiap idea itu diterima . Idea akan dikaji dan diteliti dan idea yang diterima akan dirumuskan menjadi sebahagian daripada hasil pembelajaran menerusi kaedah sumbangsaran. a) Tujuan

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

1. Melatih murid-murid mengemukakan pendapat yang logic dan rasional 2. Memupuk semangat berkongsi idea dan sedia menerima pendapat orang lain. 3. Melatih murid-murid menyelesaikan masalah secara bersama 4. Mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan secara tidak formal 5. Membina keyakinan murid-murid untuk mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai. 6. Memupuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bertimbang rasa, tolong menolong, serta rasa hormat. b) Prinsip yang digunakan dalam sumbangsaran Kuantiti idea. Semakin banyak idea yang dikemukakan, semakin tinggi kemungkinan penyelesaian. Kebebasan memberikan idea. Perbezaan idea idea adalah dianggap semakin baik. Mengkritik adalah dilarang. Penilaian idea akan dibuat pada peringkat akhir. Semua pendapat hendaklah dicatat. Murid-murid digalakkan menggunakan prinsip 5W. ( What, Why, When, Who, Where dan How). b) Langkah-langkah yang digunakan dalam sumbangsaran Pastikan tajuk adalah tepat dan jelas. Penyertaan ditetapkan mengikut giliran. Ketua kumpulan dilantik sebagai ketua kumpulan dan bertanggungjawab. memastikan sebarang kritikan tidak wujud. Semua idea yang diberikan akan dibincang dan diberikan pendapat. Keputusan tentang idea-idea yang boleh diterima harus lahir dari persetujuan semua ahli kumpulan. d) Antara kebaikan kaedah sumbangsaran Murid diberikan peluang untuk menyatakan pendapat

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Banyak idea baru yang diperolehi Murid belajar berkongsi idea, pandangan dan pengalaman Murid dilatih untuk berfikir secara analitis dan kritis Murid belajar menghormati pendapat dan pandangan orang lain Interaksi antara murid bertambah rapat dan mesra

e) Kelemahan kaedah sumbangsaran


Murid yang lemah mungkin tidak dapat memberikan idea yang baik Masalah yang mungkin timbul ialah kritikan terhadap idea yang diberikan Murid-murid yang kurang matang pembacaannya tidak berupaya membuat rumusan yang baik. Kaedah Syarahan Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran juga merupakan satu bentuk di mana guru lebih banyak

melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia penyampaian atau penerangan mengenai statu isi merupakan pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru. Tujuan kaedah syarahan untuk : a) merangsang relajar meneruskan pembelajaran b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran c) membuat penelitian dan ulangkaji d) mengembangkan isi pelajaran e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang. Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta

kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah: a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran baru. b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar

e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti


soaljawab, perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan. Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa sesuai

mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda termasuklah kaedah syarahan. Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil baginda di sana. Langkah-langkah kaedah kuliah dalam pengajaran akidah: orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Permulaan Pengajaran

Set induksi yang menarik

Memperkenalkan topik atau tajuk baru

Menyampaikan maklumat tanpa membuang masa

Penghuraian mudah dan jelas Kawalan kelas dengan memastikan pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran Perkembangan pengajaran Suara guru seharusnya dapat didengar oleh semua pelajar Mengemukan solan kepada pelajar untuk menarik perhatian Penggunaan alat Bantu mengajar perlu menarik

Penutup

Membuat rumusan Aktiviti susulan

2.1.2

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH

Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji, sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara objektif utama pengajaran ibadah ialah: 1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam 2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum 3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt 4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam 5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan antaranya ialah: Kaedah Tunjuk Cara Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkahlangkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan, amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari murid terhadap sesuatu proses. Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah: 1. Cara menyucikan najis 2. Jenis solat 3. Tayammum 4. Haji 5. Mandi Wajib 6. Wudhu Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda diajar berwudhu dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah: Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara Sebelum Sesi Pengajaran Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara Berikan penerangan tentang tunjuk cara Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa sesi Pengajaran Perhatikan tindak balas pelajar Galakkan penyertaan murid Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia

Selepas sesi Tunjuk cara Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman Berikan mereka aktiviti susulan

Kaedah simulasi Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar Tujuan Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam menjalankan latihan menyelesaikan maslah.

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Menilai pendapat atau pandangan orang lain Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan masalah

Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai untuk kaedah ini ialah: Ibadah Haji Sembelihan dan aqiqah Peranan Hakim menjatuhkan hukuman Perkahwinan Jenis-jenis solat

Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulasi Sebelum sesi pengajaran Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara Berikan penerangan tentang tunjuk cara Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa Sesi Pengajaran Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam simulasi tersebut Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian

Selepas sesi Pengajaran

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan Berikan mereka aktiviti susulan Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak

Latihan: Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ibadah Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalam P&P Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untuk pengajaran berkesan.

Kaedah Soal Jawab Kaedah ini adalah satu kaedah aktiviiti yangdilakukan guru dengan cara mengemukakan soalan dan murid memberikan jawapan secara lisan dan bertulis. Kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan pelajar serta merangsang mereka berfikir di samping mengekalkan tumpuan pelajar tehadap topic yang diajar oleh guru. Teknik ini sesuai dilakukan dalam pengajaran ibadah kerana ia member peluang kepada pelajar untuk memahami lebih mendalam tentang sesuatu perkara. Pelajar berpeluang menanya guru bagi mendapatkan penjelasan berkaitan dengan isi pelajaran Semasa P&p dijalankan guru disarankan supaya melalkukan banyak interaksi dua hala kerana boleh member kesan positif dan memudahkan konsep kefahamana terhadap bahan atau isi pembelajaran. 2.1.3 KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN SIRAH

Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran mengajar supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisahkisah yang dipelajari. Antara objektif utama pengajaran sirah ialah:

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan agama Islam 2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu 3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik 4. Menanam semangat cintakan agama Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pelajaran sirah. Antaranya ialah kaedah bercerita, perbincangan dan lakonan. Kaedah Bercerita Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut. Antara prinsip bercerita ialah:

1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang


dan pengalaman murid 2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas 3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya 4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai 5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat. Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-langkah bercerita iaitu:

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

1. Sebelum sesi bercerita Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2. Permulaan Pengajaran Gunakan set induksi yang enai Kemukakan beberapa soalan Tunjukkan gambar, rajah dan peta. Membuat kuiz dan teka teki 3. Semasa sesi bercerita Gaya dan anada suara yang sesuai Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan Libatkan murid dalam aktiviti bercerita Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

4. Selepas sesi bercerita Beri peluang murid bertanya soalan Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan

Latihan: 1. Apakah criteria yang diperlukan seorang guru untuk mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran? 2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah bercerita 3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?

Kaedah Lakonan

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Ialah kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya. Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikupulkan semasa sesi lakonan tersebut dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan. Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah: 1. Peristiwa yang sesuai 2. Pelakon hendaklah memahami situasi 3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti 4. Pelakon yang sesuai 5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip Cuma guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar. 6. Perbincangan selepas lakonan, membolehkan pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari. Langkah-langkah Kaedah lakonan dalam pelajaran Sirah Guru mewujudkan satu situasi bermasalah sebagai contoh murid didedahkan dengan situasinpenyeksaan orang kafir quraish terhadap kaum muslimin Mekah

Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan 37

Berdasarkan watak-watak yang ditentutkan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

. Latihan:

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran sirah Untuk melakukan kaedah lakonan yang berkesan, nyatakan perkara-penting yang perlu diberi perhatian oleh guru. Dengan mengambil satu peristiwa dari sirah Rasulullah saw, jelaskan langkah-langkah kaedah lakonan dalam pengajaran sirah.

RUMUSAN Matlamat pengajaran akidah adalah untuk melahirkan murid yang dapat membentuk akidah Islam yang betul di kalngan pelajar, membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam, menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar, membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dan tepat. Apabaila murid dapat menguasai dan memahami asas-asas akidah pada peringkat permulaan maka sudah tentu mereka akan mencintai akidah Islamiah serta menghayati dan mengamalkannya. Secara tidak klangsung akan lahirlah generasi yang mantap akidahnya untuk mewarisi seterusnya.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

37

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

TUGASAN PEMBELAJARAN

Tugasan: 1. Pilih satu teknik yang anda rasakan paling sesuai untuk pembelajaran akidah, berikan beberapa alasan yang anda rasakan teknik tersebut tepat digunakan kepada murid. 2. Anda ditugaskan untuk memberikan ceramah akidah dalam bentuk syarahan, apakah kriteria yang perlu ada dalam kaedah tersebut supaya ia dapat difahami oleh khalayak/murid.

37

You might also like