You are on page 1of 6

116 Idea- Idea Perniagaan

Terima kasih kerana melawat http://PakejNiaga.Com Berikut adalah 116 idea perniagaan yang pastinya membuka minda anda untuk memulakan perniagaan sendiri. Terpulang kepada anda untuk memilih dan mengolah jenis perniagaan yang anda minat. Industri Jahitan. Terdapat banyak cabang dalam perniagaan ini. Antaranya, pengusaha pusat latihan jahitan, pengusaha kedai jahitan, pembekal hiasan dan pakaian kepada butik/kedai/gedung. Perkhidmatan Tadika. 2 bentuk pengurusan pendidikan iaitu, pengurusan taska (4 tahun dan kebawah) dan pengurusan tadika ( 5 hingga 6 tahun). Kedai Bakeri. Roti yang berasaskan tepung gandum sangat digemari oleh kebanyakan orang. Industri bakeri dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bakeri runcit dan bakeri borong. Bakeri runcit mengeluar dan menjual terus kepada pelanggan di permis mereka. Bakeri borong pula mengeluar dan mengedar keluaran dalam volum yang besar. Desktop Publishing. Melibatkan penguaan computer dan mesin pencetak. Mempunyai potensi dan prospektif yang cerah. Model serendah RM15,000.00 Perniagaan khidmat pembersihan bangunan. Perniagaan ini merangkumi kerja-kerja yang melibatkan pembersihan pelbagai jenis bangunan seperti kompleks perniagaan, pejabat, hospital dan sekolah. Mempunyai potensi untuk berkembang dangan pesat selaras dengan perkembangan kewujudan bangunanbangunan baru. Perniagaan landskap. Perniagaan yang mengabungkan perkhidmatan merancang, merekabentuk, membina dan menyelengara landskap. Kos permulaan serendah RM10,000

dan mempunyai potensi yang baik dengan kadar keuntungan yang tinggi. Car Wash. Perniagaan ini merangkumi perkhidmatan mencuci bahagian luar kenderaan, mencuci bahagian dalam kenderaan, mencuci bahagian enjin, mengilap kenderaan dan sebagainya. Kos permulaan rendah, tidak memerlukan ramai pekerja, risiko rendah dan potensi untuk berkembang tinggi. Menjual tips dan teknik mengambil gambar. Jika anda seorang juru gambar professional anda boleh mula menjalankan perniagaan anda dengan menjual kepakaran anda. Menjual produk-produk lilin beraroma. Trend kini adalah aomaterapi- menggunakan lilin untuk menghasilkan aroma yang indah. Perkhidmatan membuat hamper (gift basket). Perkhidmatan menulis dan menyunting (freelance writer & editor). Sekiranya anda seorang penulis atau penyunting full time, perniagaan ini mungkin adalah untuk anda. Perkhidmatan melukis karikatur & kartun. Bagi pakar melukis- di Malaysia ramai insan-insan yang hebat dalam bidang kreatif sebegini. Menjual program hipnosis berhenti merokok. Mungkin boleh diimplementasikan dengan program lain seperti diet pemakanan untuk berhenti merokok? Menjual supplement kesihatan (vitamin). Perniagaan kecilkecilan di Malaysia banyak menghala ke arah ini. Perkhidmatan membina kabinet dapur & grill rumah. Menjual produk perisian computer. Programmer yang pernah mencipta perisian computer boleh menjualkan perisian tersebut.

Menjual baju & tali leher batik. Malaysia kaya dengan batik dan sentuhan fesyen kreatif. Internet boleh menjadi landasa memperluaskan hasil-hasil kerja ini. Menjual buku cara membuat persembahan (public speaking). Anda boleh mendapatkan apa jua buku dari penerbit, kemudian menjual buku tersebut. Menjual produk menghapus tikus, nyamuk & lipas. Perkhidmatan juru gambar untuk majlis perkahwinan. Khas untuk mereka yang gemar bidang fotografi. Racun penghalau serangga. Sering kita lihat iklan-iklan ini di surat khabar. Perniagaan ini mampu dikembangkan. Menjual kain mencuci kereta (micro-fiber). Menjual maklumat (info) berbentuk VCD dan DVD. Berbagaibagai kepakaran boleh dijadikan dalam bentuk VCD atau DVD. Menjual produk dan perkhidmatan membaca raut muka. Kebolehan yang boleh dipelajari oleh orang ramai. Perkhidmatan mengecat/rekacipta tembikar. Menjual resepi masakan. Khas bagi mereka yang minat memasakjadikan hobi anda penjana pendapatan. Produk kecantikan. Juga amat diminati di Malaysia yang kaya dengan bahan-bahan semula jadi. Menjual produk untuk haiwan peliharaan. Ejen hartanah. Menjadi broker hartanah boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kalau kena pada caranya. Menjual perkhidmatan reka cipta logo. Sekiranya anda seorang pereka grafik, terdapat berbagai peluang perniagaan

yang melibatkan reka cipta grafik. Perkhidmatan videographer - mengambil video clip untuk majlis perkahwinan, konvo, seminar dan sebagainya Menjual program mengajar teknik tai-chi. Model perniagaan ini boleh diimplementasikan dengan teknik-teknik meditasi yang lain. Penternakan Kambing. Potensi perniagaan dalam bidang ini amatlah tinggi. Ini kerana negara kita masih lagi mengimport daging kambing dari luar disebabkan pengeluaran yang rendah terutamanya dimusim perayaan. Kedai jualan ikan hiasan dalam akuarium. Menjual dan membekal pelbagai jenis ikan hiasan dan peralatan memelihara ikan hiasan seperti akuarium, filters, heaters dan lain-lain aksesori kepada pelangan. Di Malaysia masih terdapat banyak peluang perniagaan dan tidak terhad kepada senarai di atas. Antaranya. Juru runding perniagaan. Perkhidmatan simpan kira Syarikat (akaun) Perkhidmatan kesetiausahaan Perkhidmatan recycle (kitar semula) Collection service Perkhidmatan faks Perkhidnatan membuat promosi Katering Merawat bunga / tanaman Broker maklumat Perunding perisian komputer Pusat mengajar komputer Broker hartanah Broker kenderaan Melukis papan iklan Membaiki paip Kontraktor Binaan Membaiki peralatan elektrik Kedai menjual bunga

Pusat mengajar tusyen Guru tari Guru masakan Menjual sarapan pagi (gerai) Menyewakan bunga-bungaan-untuk majlis-majlis tertentu Menyewakan pita video Guru fotografi Guru jahitan-jika anda pakar dalam bidang jahitan tangan Menjual kraftangan kepada pelancung Guru sulaman/mengait Guru musik Guru nyanyian Rawatan tradisional Mendandan rambut Seminar motivasi Membaiki motokar Membaiki motosikal/basikal Juru runding kewangan Menyewakan bilik Perunding perkahwinan Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga Menyewakan kenderaan Mencari barangan antik Perunding pelancongan Menghantar barang Membuat cop getah Mencetak t-shirt Membuat perabot Membuat kuih muih Membuat biskut dan pastri Menyewakan peralatan musik Melukis Membaiki jeans dan pakaian Membuat dan menjual aksesori wanita Membuat dan menjual butang, lencana Menjual cenderahati Membuat pagar kayu Menjadi ejen import eksport Menjual buah-buahan kampung Menjual sayur-sayuran

Menulis artikel Mengasuh bayi Kurier Gardening services Mengecat dan hias rumah Image konsultant Kedai Dobi Perancang parti /majlis Membuat frame gambar Kedai alat-alat sukan Pool maintenance Seminar organizer Agensi pekerjaan Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan Penterjemah Proofreading Cyber caf Salon kecantikan Penternakan ikan air tawar Penternakan lembu Kedai computer Perusahaan cendawan Kedai koperasi- perniagaan peruncitan, pemborong & perkhidmatan Bengkel kereta/workshop Perkhidmatan sewa kereta
Adakah anda benar- benar ingin memulakan perniagaan sendiri atau sekadar hangat- hangat tahi ayam? Tepuk dada Tanya selera Miliki Pakej Niaga hari ini hanya RM40.00 untuk semua produk di bawah: 1. 2. 3. 4. Rancangan Perniagaan Volume 1, 2 & 3 33 Contoh kertas kerja perniagaan 9 Panduan Perniagaan Perisian Perakaunan (memudahkan rekod transaksi akaun)

Yang Benar, Mardiana Ahmad Usahawan Berjaya http://PakejNiaga.Com

You might also like