You are on page 1of 5

PENGENALAN KIBOD

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan elektrik untuk memainkannya. Kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Kibod mempunyai susunan papan nada dan key yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model penciptaannya sama seperti piano dan organ. Susunan kiri kanan untuk bass dan treble ini berlaku untuk segala jenis kibod umumnya piano, organ, harpsiscord. Kibod memerlukan sumber tenaga elektrik secara terus atau boleh juga menggunakan bateri untuk memainkannya. Kibod tidak boleh berfungsi tanpa tenaga elektrik yang mencukupi. Kibod terdapat dalam pelbagai jenis. Ia bergantung kepada ciptaannya, model kibod juga adalah mengikut jenama pengeluarnya. Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk hasilkan sebuah kibod yang terbaik yang ada dari sederhana ke peringkat yang agak canggih ciptaannya. Setiap model mengeluarkan pelbagai model mengikut kemampuan serta keupayaan pengguna. Kualiti kibod bergantung kepada tahap keupayaannya serta beroperasi dengan mudah. Selain itu juga kemampuan kibod terhad untuk diprogramkan. Cara kibod beroperasi adalah berbeza mengikut jenis penciptaannya. Terdapat beberapa jenis kibod yang terkenal seperti YAMAHA, CASIO, KORG dan TECHNICS. Keseronokkan bermain kibod ialah seseorang itu dapat memainkan melodi serta iringan iramanya serentak secara berterusan. Cara ini tidak terdapat dalam permainan piano atau alat-alat lain yang bermelodi. Ada kibod yang memerlukan pembesar suara dan ada juga yang sudah dibina pada kibod tersebut. Terdapat kibod Arranger dan Synthesizer. Papan kekunci membezakan kedua kibod ini. Sekiranya terdapat papan kekunci Fill in, Variasi, Main, Intro, Ending, itu adalah kibod Arranger. Begitulah sebaliknya bagi kibod Synthesizer.

KELEBIHAN KIBOD

Dengan adanya kemajuan, kibod dibuat inovasi dan diubahsuai lagi keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All In One dan menjadi begitu canggih. Kibod mempunyai renj pic yang baik. Melodi boleh dimainkan serentak secara iringan. Dengan menekan satu papan kibod ia dapat membaca atau memainkan kord. Terdapat beberapa kelebihan kibod. Kibod boleh dimainkan melodi dan irama serentang bersama-sama denganiringan rentakyang terdapat pada sesebuah kibod. Ia boleh dipilih mengikut kehendak rentak yang diinginkan. Kibod terdapat banyak ragam bunyi alat muzik samada moden atau bunyi alat tradisonal. Pada masa kini penciptaanya makin bertambah maju di mana muzik boleh dirakam serta dimainkan semula. Terdapat slot USB untuk pendrive, disket dan juga memori stick. Ia boleh diprogramkan kerja muzik studio yang hendak dihasilkan.Namu ia terdapat pada sesetengah kibod yang canggih pembuatannya. Kibod juga berkemampuan mengubah nada key tinggi rendah mengikut kehendak pemain. Juga boleh menggunakan pembesar suara dengan disambunggkan ke Amplifier atau Speaker ynag bersesuaian. Nada pada kibod juga tetap dan tidak perlu di selaraskan (tuning) seperti piano atau alat bermelodi yang lain. Ia juga boleh dipasangan dengan (Head Phone) penyerap bunyi untuk tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Kekuatan bunyi juga boleh diselaraskan. Semua system boleh ditetapkan dengan mudah seperti perubahan tempo dalam sesebuah lagu boleh digunakan. Kibod kini sudah mempunyai general MIDI yang boleh dimanafaatkan pada kerja-kerja dalam computer. Secara tidak langsung semua rakaman atau bank simpanan lagu boleh didimpan dalam bentuk disket atau masa kini dalam bentuk cakera padat. Piano juga merupakan alat yang direka untuk mudah dibawa ke mana-mana dengan berat sesebuah kibod masih boleh ditampung oleh individu. Kibod mampu dimiliki secara umumnya mengikut harga serta jenama yang disukai berbanding dengan piano yang terlalu mahal harganya.

KELEMAHAN KIBOD

Kibod telah direka atau dicipta untuk segala kelebihan. Namun terdapat beberapa kelemahan pada kibod antaranya kibod perlukan penggunaan sepenuhnya tenaga elektrik. Sekiranya bekalan tenaga elektrik terputus maka permain kibod akan terganggu terutamya jika sedang merakam lagu. Kerosakan cip-cip elektronik pada kibod adalah lebih mudah sekiranya berlaku litar pintas. Kelemahan kibod seterusnya adalah dari segi perkembangan yang semakin hari semakin canggih dan cepat dalam mengeluarkan sesuatu yang baru. Style, nada bunyi pada kibod juga berubah. Maka kibod perlu mengikut peredaran zaman. Seseorang individu perlu adakecekapan atau mahir untuk mengurus setting sebelum memainkan sesebuah lagu. Perlu mahir dan hafal hampir kesemua jenis sound yang terdapat dalam kibod. Penjarian untuk menekan sesuatu kord perlu tepat kerana setiap satu papan nada pada kibod di bahagian bass mampu membaca kord. Secara tidak langsung perubahan kord mudah terjadi sekiranya tidak tepat dengan penjarian pada kord.

Kesimpulannya kibod mempunyai kelebihan dan kelemahan pencitaannya. Namu ia banyak member kebaikan berabanding kelemahan.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN IPGM

PENDIDIKAN MUZIK

MZU3103 KECEKAPAN KIBOD

NAMA UNIT

: FATIMAHAINI BINTI AZMI : MUZIK 2

You might also like