P. 1
PJM 3110 Tajuk 2 aleng

PJM 3110 Tajuk 2 aleng

|Views: 196|Likes:
Published by Zia Ali

More info:

Published by: Zia Ali on Oct 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2013

pdf

text

original

KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

Disediakan Oleh:
Azieah Binti Ali Nur Ashwa Binti Johalim Siti Hamizah Binti Mohd Zain Dayang Siti Fairuz Binti Sulaiman

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI
Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani Brownnell dan Hagmen (1951) PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.

Nixon dan Cozens (1952) PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan dengan aktivitiaktiviti cergas melibatkan system otot-rangka dan pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Wayman (1958) PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti fizikal. Jenny (1961) Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.

Barrow (1971) Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The Total Educational Experience). Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley dan Field (1976) Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic, neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih. Jewett and Nixon ( 1980). Physical education is most appropriately defined as that phase of the total process of education that is concerned with the development and utilization of the individual‟s voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly related mental, emotional and social responses.

Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani  Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective) .Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecerdasan.  Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psychoemosional objective) .  Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human relation objective) . .Kewarganegaraan yang berkesan dan kecekapan kemasyarakatan.Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny.1961).  Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective) .Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran dan kawalan motor yang baik.

resulting in desirable responses that contribute to the optimal development of the individual’s potentialities in all phases of life.”  Untuk melatih minda  Untuk membentuk intelek seseorang  “untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge”  Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin  Untuk membentuk sikap yang positif  Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam     ahli persatuan yang dinamik Untuk membentuk kuasa yang rasional Untuk membentuk kebolehan berfikir “to develop the capacity to make wise decisions in order to become an effective citizen in the democratic processes upon which the free country depends” Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan .Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani “The aim of organized physical education programs is to created an environment that stimulates selected movement experiences.

Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang.Objektif Pendidikan Jasmani  Dari segi Jasmani :  Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat melalui kegiatankegiatan jasmani yang cergas khususnya untuk membina kekuatan otot saraf. daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular. .  Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

 Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri . koordinasi dan kawalan motor yang baik. Dari segi Psikomotor :  Membentuk suatu sistem saraf yang cekap.Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan tugas-tugas harian dengan lebih cekap lagi. Kecekapan motor perlu untuk membantu usaha bagi menguasai kemahiran motor asas.

. semangat kesukanan. Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan     Emosi Melalui PJ kita dapat membentuk sikap. Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan. sabar. timbang rasa di samping melatih mengawal emosi diri. sahsiah dan tingkahlaku sosial yang diingini. kepimpinan dan disiplin diri. mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami dalam kalangan masyarakat. Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi. berdikari. Individu dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama.

 Pengetahuan mengenai tubuh badan. Dari segi Perkembangan Mental  Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan yang wajar. . pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ.  Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.

kurikulum adalah rancangan yang terususun. Califonia.  Ini bersesuaian dengan kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang Pendidikan Jasmani di Mill College.  Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal.Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani  Kurikulum = rancangan suatu aktiviti pengajaran. terancang dan besifat berterusan. . Beliau melihat Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan kepada murid.  Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah pendidikan. matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang pendidikan. kandungan struktur suatu bidang yang menjurus kepada satu-satu bidang. Dengan kata lain.

Model ini merupakan model yang terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan pembelajaran di abad ke 20. . Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.  Model yang boleh dikaitkan dalam pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah model pembangunan (development model).

Pendidikan Karektor (Character Education) • Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat. serta mengekalkan nilai estetika pergerakan. masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat . Pendidikan Intelektual (Intelectual Education) • Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan. . 1910) Pendidikan Organik (Organic Education) • Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia. Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education) • Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen.klasifikasi Pendidikan Jasmani (Clark Herington.

Matlamat  Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah dan Menengah 1999 ( pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita. .  Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Objektif Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia:  Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor  Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri  Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian  Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal  Membentuk sahsiah dan disiplin diri  Membuat keputusan bijak dalam kehidupan. .

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN .

PENGENALAN  Kurikulum PJ dihasilkan bagi memenuhi keperluan murid di pelbagai peringkat umur. rohani. emosi dan jasmani  Berupaya membantu murid menjadi cergas. aktif dan berpengetahuan .  Melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.

KURIKULUM  Brubaker (1982) – Kurikulum adalah apa yang dialami oleh individu dalam sesuatu perkara. .  Taba (1962) – Kurikulum sebagai isi kandungan matapelajaran atau bidang tertentu yang dijadikan sebagai satu program pendidikan yang khusus dalam mana-mana institusi pendidikan. Ia juga dianggap sebagai sukatan (syllabus) untuk menyalurkan ilmu pengetahuan sebagaimana yang dirancangkan.

 Laporan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Pelajaran (1976) – Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. .

 Kurikulum Tersirat – kurikulum tidak formal kerana ia dipelajari secara informal namun ia lebih berkesan untuk jangkamasa panjang.JENIS-JENIS KURIKULUM  Kurikulum Tersurat – merupakan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu (Pusat Perkembangan Kurikulum). .

 Memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan setiap individu. rohani dan intelek. inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan. analitis. . emosi.OBJEKTIF KURIKULUM  Menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani.  Membentuk insan yang berupaya untuk berfikir secara logis. kreatif.

 Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan untuk membolehkan pembelajaran maksimum tercapai.  Menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif.  Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murini melalui pelbagai jenis matapelajaran. .

mempunyai kemantapan jiwa dan bersedia untuk berdikari.  Melahirkan individu yang memahami serta menghayati cara hidup demokrasi.  Memenuhi keperluan murid-murid terutamanya untuk mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka. .  Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Melahirkan insan yang beragama.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM  Faktor masyarakat  Faktor politik  Faktor pembangunan negara  Faktor perubahan sosial  Faktor perancangan dan pelaksanaan kurikulum  Faktor keperluan dan kehendak pelajar .

.KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI  Memberi penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak kurang mahir dalam aktiviti sukan.  Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman seumur hidup.

. Barrow (1971) – meletakkan Pendidikan Jasmani sebagai dalam konteks „pengalaman pendidikan keseluruhan‟ dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

 Berdasarkan maksud ini kita lihat hubungkaitnya dengan aktiviti kecergasan dan jasmani.DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI  Perkataan kurikulum berasal dari perkataan latin “currere” yang bermaksud berlari. .

kandungan struktur suatu bidang ataupun kursus yang menjurus kepada satu-satu bidang. Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran. terancang dan bersifat berterusan.  Kurikulum adalah rancangan yang tersusun. .

 Merupakan suatu panduan tentang skop dan kandungan matapelajaran yang dapat membantu guru merancang pengajaran  Sebagai badan utama yang bergerak seiring dengan objektif dan kaedah pengajaran yang akan memnuhi semua tuntutan objektif sesuatu kurikulum . matlamat dan objektif pendidikan. Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari FPK.

 Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.KONSEP  Pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. .  Menurut Rosalind Cassidy (1927) Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan murid.

4. 3. Pendidikan organik Pendidikan Psikomotor Pendidikan Karektor Pendidikan Intelektual . 2. Clark Herington (1910) mengklasifikasikan PJ kepada 4 fasa utama 1.

.Pendidikan Organik  Pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.

.Pendidikan Psikomotor  Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakan fizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen. serta mengekalkan nilai estetika pergerakan.

Pendidikan Intelektual  Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat dan pengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat. .

Pendidikan Karektor  Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan. masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyakat .

sejahtera dan produktif.Pembentukan Kurikulum PJ  Digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas. .

.  Memperkembangkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan memberi kesedaran kepentingan kecergasan.TUJUAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI  Membantu individu mencapai pembangunan perkembangan diri yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

HUBUNGKAIT Falsafah Pendidikan Jasmani Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

 Pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. „Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk menlahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan‟ .

 Usaha FPK adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. berketrampilan. berakhlak mulia. .

.Matlamat Pendidikan Jasmani  Matlamat utama aktiviti Pendidikan Jasmani ialah meningkatkan dan membangunkan keupayaan murid dari aspek psikomotor. kognitif dan afektif.

kefahaman.  Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri. memiliki nilai tentang kemasyarakatan. bertolak ansur. taat setia. sabar.  Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran. pertambahan pengetahuan dan pengalaman. bertanggungjawab. saling hormat-menghormati. .Bagaimana ia berhubungkait?  Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti kerjasama.

Kepentingan PJ Dalam Kurikulum Sekolah  Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal      dan kecergasan murid. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup. alatan dan tempat beraktiviti. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. . Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri.

pengayaan dan penilaian diberi penekanan.Keseluruhannya…  PJ boleh diibaratkan sebagai agen pemangkin ke arah memenuhi hasrat PPK yang bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang di aspek JERI. . aspek-aspek penggabungjalinan.  Selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam FPK.  Keberkesanan P&P bergantung kepada pengolahan teknik pengajaran guru dan penggunaan BBM secara berkesan.

Konsep Penggabungjalinan .

 Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada matapelajaran yang lain. beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. .  Melalui proses ini.

Konsep Pengayaan .

 Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan. keupayaan. permainan. dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latar belakang murid yang ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan. kadkad kerja. dan minat. bakat. .  Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Konsep Penilaian .

.  Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpasti jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid.  Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

 Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah

memilih jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.  Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan, pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul pada aras yang lebih tinggi.

Gaya Hidup Sihat

Definisi Gaya Hidup Sihat
 Amalan tabiat yang meningkatkan tahap

kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan  Boleh juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.

dan sebagainya. mengurangkan tekanan mental. tulang dan sendi. Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. meningkatkan fungsi jantung. gerakan badan dan mencegah kecederaan. menguatkan kelenturan sendi. paruparu dan peredaran darah. menguatkan otot. dapat mengawal berat badan. dan masa yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. . Oleh hal demikian.Senaman Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. membina stamina dan kekuatan. Antara faedah yang kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas.

Pemakanan Sihat
Dalam hal ini, pengamalan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara sihat. Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin, produk bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara sederhana ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga. Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, garam, dan gula, perlu diambil dengan jumlah yang sedikit.

Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, zat-zat galian, dan lemak. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin A, B kompleks, C, protein, dan gentian. Cara pemakanan yang sihat boleh menghindarkan daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi.

Penjagaan Berat Badan
Sekiranya makan berlebihan kemungkinan mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut adalah berpunca daripada masalah permakanan, kegemukan, tekanan darah tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. Kita perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak merupakan sumber kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan menyebabkan kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, kita perlu bijak memilih makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut sematamata tetapi makanlah demi kesihatan tubuh.

Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal. mental ataupun aktiviti ringan.Rehat Rehat atau kesenggangan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menentukan gaya hidup seseorang.2002) .( Shamsudin. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Sharizad & Mohd Sofian.

istirehat jasmani. pembayangan gambaran. . tiada aktiviti regangan otot berlaku Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental.Jenis-jenis rehat Rehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam kedudukan postur tubuh yang selesa.

Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot. Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif .

keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah.  Di dalam fasa ini. (Norlaila Hamima Jamaluddin. badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Semasa tidur. Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. 2006).Tidur  Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. .

Remaja memerlukan 7 jam tidur dan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur . Secara amnya. keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza: Bayi perlu tidur 16 jam sehari . .

bunyi perlahan masih boleh mengejutkan anda dari tidur. Stage 5 REM (rapid eye movement) -Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda. REM ambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu.Walaupun mata bergerak. Di dalam keadaan ini. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan stage REM . Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak. Stage 3 tidur anda lebih nyenyak.Pernafasan anda perlahan dan terkawal. mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini. badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh.Peringkat tidur     Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula.

Meningkatkan daya ingatan. Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan. sel atau otot. Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu. Menghilangkan tekanan. .Kebaikan tidur      Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.

Aspek psikologi dan Sosial  Bersikap lebih terbuka iaitu berkongsi masalah dengan orang lain boleh menguragkan beban perasaan  Sikap berkawan mampu menceriakan hidup. .  Pemikiran positif mengurangkan tekanan.

DASAR SUKAN NEGARA .

DASAR SUKAN NEGARA  satu dasar sukan untuk semua yang merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua (I) dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh Kerajaan terhadap seluruh rakyat. .

 Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang. .

. Massa (Sukan Untuk SemuaJ adatah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalak penyertaan yang tebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingam. di peringkat kebangsaan/ Antarabangsa.

sukan ini menyumbangkan kepada  pembentukan sahsiah. kesedaran diri termasuk semangat pertarungan.KELEBIHAN BERSUKAN  Dari peringkat individunya.  Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.  Penggunaan masa kesenggangan berfaedah dan bermakna.  Pengurangan tekanan hidup moden  Interaksi sosial yang bermakna  Perkembangan kemahiran-kemahiran asas .

sukan ini membantu kepada  Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional.  Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti  yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. .  Pencegahan jenayah remaja dengan peluangpeluang penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.  Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti. Di peringkat masyarakat.

 Peningkatan maruah bangsa  Pemupukan persahabatan . sukan membantu kepada  Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi. Di peringkat Antarabangsa.

OBJEKTIF DSN  membentuk sebuah masyarakat yang sihat.berdisiplin dan bersatupadu  menyediakan peluang-peluang dan kemudahankemudahan  membangun dan meningkat pengetahuan dan amalan sukan  Pencapaian cemerlang dalam bidang sukan peringkat tertinggi .

. sebagai satu struktur yang berterusan (continuum). Pelaksanaan strategi ini melibatkan pihak-pihak awam.STRATEGI & PELAKSANAAN  Sukan massa dan sukan pre stasi tinggi adalah pelengkap diantara satu sama lain. sukarela dan swasta bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi faedah ahli-ahli sukan dan masyarakat keseluruhannya.

pertimbangan yang khusus perlu diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia. jurulatih .Aspek Perancangan  program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan. . pentadbir-pentadbir dan pegawai pegawai sukan  Dalam kes sukan prestasi tinggi.jurulatih.

.Aspek Organisasi  Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan dalam negara  Satu jentera penyelaras yang menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi menentukan perhubungan (rapport) yang lebih rapat di kalangan organisasi – organisasi tersebut.

 Majlis Sukan Negara:  menyediakan jentera ini bagi sukan prestasi tinggi. .  Kementerian Belia dan Sukan:  hendaklah mewujudkan satu jentera yang saran untuk menyelaraskan program sukan massa.  membantu dan menyelaras pembangunan sukan untuk peningkatan prestasi ahli-ahli sukan dalam pertandinganpertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep 'MALAYSIA CERGAS'.

Majlis Sukan Negara.  Melatih guru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasamani. . Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia serta Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan:  Memperuntukkan masa yang cukup untuk pendidikan jasmani bagi semua pelajar  Menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan .

. manakala Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti tersebut di IPT. Menggalakkan sukan secara aktif di IPG dan politeknik. • Majlis Kebangsaan dan Sukan anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.

 Peranan badan-badan pengawal sukan kebangsaan adalah menggalak.• Majlis Olimpik Malaysia (sebagai badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan):  Menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik  Bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. . membangun dan memberikan peluang untuk penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yangberkenaan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Sukan Negara .

dalam organisasi-organisasi sukan. bagi merancang. sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi.PERSONEL  Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik bekerja di semua peringkat. . melaksana dan menilai program-program sukan dalam negara. tempat kerja.

KEWANGAN  Mewujudkan Satu Yayasan Sukan Kebangsaan bagi membiayai kegiatan- kegiatan sukan prestasi tinggi dan sukan massa. di seluruh negara.  sektor swasta dan dermawan-dermawan hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan menaja kegiatan kegiatan sukan  Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari cukai  Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti-aktiviti .

pertandingan insuran.INSENTIF  merangkumi penganugerahan. cuti. perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswa-biasiswa  Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang dipohon oleh mereka . elaun-elaun hidup.

 Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi kepada pegawai- pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah mewakili negara. .

untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat.KEMUDAHAN  Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan.kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa. hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan  Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan .

Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan . Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggung jawab bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah.  Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru.

 Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan kemudahan sukan  Peruntukan mengenai kemudahan-kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan  Semua kemudahan-kemudahan yang hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya  Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan kemudahan sukan .

AM  Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan hendaklah dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan. badan. dan juga untuk faedah ahli ahli sukan serta penggalakan pelancongan.. .  Bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa.badan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi tuan rumah kepada pertandinganpertandingan antarabangsa.

institusi-institusi pengajian tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani yang merangkumi sukan. Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidangsukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan  Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat hendaklah diberikan status yang sarna seperti senilukis. Dengan hal yang demikian. drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik di universiti. muzik. sebagai satu disiplin akademik .

 Institut Sukan Negara yang sekarang sedang dibina patutlah menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara ini. . jurulatih-jurulatih.memberi latihan kepada ahli-ahli sukan. pentadbir-pentadbir sukan dan lainlain personel yang berkaitan serta berfungsi sebagai pusat sumber sukan  Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.

Bhd. Pengenalan Pendidikan Jasmani.  Shaifol Bahri Sulaiman.BIBLIOGRAFI & RUJUKAN  Institut Pendidikan Guru Malaysia.blogspot. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn.html . Modul OUM PJM3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Norazhan Che Lan.com/2009/07/konsepdan-definisi-pendidikan-jasmani. (2007).  http://rujuknota.

4!03//..3 47.30.3!03//.3!0/. # #&& O 3899:9!03//..82.82.:25:7&% $/3 / O 995.3     !0303..7$:.3:7:.2.8.14.3. 4/: &!  :7::2/.3 O $.3.3 :..

.

42.7::349. -48549 .

 .

.

43805 /.3 92 .3 .82.3 /0138 503//.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->