You are on page 1of 13

Kursus Pengenalan Kejurulatihan

Tujuan Kursus: Mencungkil minat dan memberi pengetahuan asas untuk menyediakan barisan jurulatih permainan ping pong di sekolah dan seterusnya di Daerah Batu Pahat. Matlamat Kursus: a) Berkongsi beberapa aspek penting mengenai peranan seorang jurulatih b) Menerangkan beberapa aspek kemahiran asas yang diperlukan serta c) Memberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan. Pengenalan: Siapakah seorang jurulatih? Tidak semestinya seorang pemain yang handal tetapi kemahiran dalam permainan dapat menolong seseorang jurulatih. Seorang yang berminat dan rela melaburkan masa serta mempunyai pengetahuan asas tiori dan konsep permainan. Seorang yang dapat menerangkan keperluan permainan serta dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan dan membetulkannya. Konsep Permainan: Mendapatkan mata dengan cara yang paling mudah. Ini bermakna pemain hendaklah menguasai beberapa kemahiran asas. Konsep permainan dengan ini menrangkumi putaran, daya, arah daya dan corak permainan yang berkesan. Corak permainan yang berkesan bergantung kepada pihak lawan: Kidal? Penyerang? Kekuatan? Kelemahan? Tiori Permainan A1: Alat (reket)

Perlu memberi gambaran yang luas iaitu, jenis-jenis reket yang ada dan yang boleh digunakan. Walau bagaimana pun, pilihan untuk peringkat permulaan adalah mengikut kesukaan pelajar. Menerangkan dengan ringkas jenis-jenis getah yang digunakan dan kesannya.

Memberikan penerangan mengenai berbagai-bagai cara memegang reket. Mengajar cara yang paling mudah dan seimbang. Memberikan konsep bahawa reket ialah sambungan tangan yang memegangnya. Memberikan beberapa aktibiti yang dapat mengukuhkan konsep tersebut diatas seperti : Menadah/memukul bola di depan dari bawah dagu ke atas kepala. memukul bola ke dalam bulatan di dinding paras bahu. melakukan gerakerja tabit di mana reket bermula di bahagian pinggang dan berhenti di dahi.
Video #1. Melambung bola.

Tiori Permainan A2:

Daya dan arah daya.

Perlu menerangkan konsep daya dan arah daya - pergerakan reket. Memberikan penerangan mengenai arah bola, masa lantunan, tempat permulaan reket, arah reket, sudut reket serta tempat pertemuan reket dengan bola. Mengkaitkan konsep fizik (pergerakan, lantunan, putaran dll) dengan pukulan. Membezakan menadah (block) di mana bola bertemu reket dan memukul (hit) di mana reket bertemu dengan bola. Tiori Permainan A3: Koordinasi mata dengan tangan. Mengenalpasti arah dan kelajuan bola. Mengenalpasti jenis putaran serta ketinggian bola. Membuat telahan kedudukan bola sebaik sahaja ia melepasi jaring dan mengerakkan badan untuk menemuinya. Melakukan pukulan di mana bola dipukul pada tempat dan kedudukan yang terunggul. Tiori Permainan A4: Pergerakan dan pukulan. Memberi latihan pergerakan imbangan badan dari depan ke belakang dan sebaliknya. Memberi latihan pergerakan imbangan badan dari sisi ke sisi. Memberi konsep pusingan badan dan latihan yang berkait.

Mengajar dan melatih pergerakan tabit. Mengajar dan melatih gergerakan menadah/menolak.
Video #2 Pukulan forehand / gifs

Tiori Permainan A5: Memulakan servis. Melatih melambung bola dan menyambut dengan tangan yang memegang reket. Melatih melambung bola dan memukul dengan reket, daya ke depan / atas. Melatih melambung bola dan memukul dengan reket, daya ke depan / bawah. Menerangkan kesan ketinggian pertemuan reket dengan bola. Menerangkan kesan sudut bola dengan reket, sudut bola dengan meja. Menerangkan kesan sudut reket dan arah pergerakan reket.
Video #3 servis / servis oz

Latihan Kemahiran A6: Melakukan servis menolak putaran atas garisan tegak dan melintang. Pukulan forehand drive. Pukulan block/push (menadah/menolak). Melakukan servis putaran bawah garisan tegak dan melintang. Pukulan tolakan putaran bawah. Pukulan loop-drive.

Video #4 49 hits / acrobatic

http://www.scribd.com/doc/52977303/Kursus-Pengenalan-Kejurulatihin-05

ES 02403 TENIS MEJA Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai teknik-teknik kemahiran dan strategi sukan tenis meja. Kursus ini meliputi penguasaan teknikal termasuk mengenai meja tennis, jarring bola, bat serta semua definisi yang berkaitan misalnya rally, let, pukulan (strike) gangguan, sed-line dan sebagainya. Kursus ini akan menekankan kaedah dan teknik bermain dengan bimbingan jurulatih. RUJUKAN Ahmad Wafi. (1996). Siri Teras Sukan. Goodmark Enterprise. Hodges, Larry. (1993). Table Tennis.: Step to Success, Human Kinetics. Lee Chin Choy. (1994). Ping Pong. Penerbit Fajar Bakti. Lee Chin Choy. (1991). Siri Sukan Popular. Penerbit Fajar Bakti. M. Preiss, Scot. (1991). Table Tennis: The Sport. McGraw Hill.

www.ums.edu.my/webv3/appl/sek_img/pkpp/SINOPSIS%20suk.doc Kejurulatihan dan Kepegawaian Bidang Kokurikulum dan Sukan telah diberi nafas baru dalam arena pendidikan negera, namun demikian aspek kejurulatihan dan kepegawaian kurang diberi perhatian dan pendedahan. Di peringkat sekolah, guru-guru diagih untuk memimpin kelab atau persatuanpersatuan tertentu. Tidak terkecuali memimpin pertubuhan badan beruniform. Justeru guru yang dilantik tadi sepatutnya mempunyai kemahiran-kemahiran asas yang boleh membantu mereka melatih pelajar-pelajar yang menganggotai kelab atau pertubuhan tersebut. Kebanyakan guru tidak dilatih dalam bidang tersebut, mereka dilatih khusus untuk pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjadikan sesebuah pertubuhan di sekolah kian hambar kerana guru yang dilantik tersebut tidak mengisi atau merencana kelab / persatuan kepada keadaan yang boleh menarik minat pelajar sesuai dengan naluri perkembangan remaja. http://farzeli.blogspot.com/2009/02/kejurulatihan-dan-kepegawaian.html

KERTAS KERJA

KURSUS KEPEGAWAIAN PING PONG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

ANJURAN : Gerko Ping Pong PISMP Semester 2 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Dengan kerjasama, Kementerian Belia dan Sukan, Cawangan Negeri Pulau Pinang

KERTAS KERJA KURSUS KEPEGAWAIAN PIN PONG IPGKTB

1.

PENDAHULUAN Program ini adalah anjuran Gerko Ping Pong IPGKTB ialah merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh gerko ini. Kursus ini mempunyai objektif dan matlamat yang tersendiri yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam sukan ping pong. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini ialah untuk memohon kelulusan bagi melaksanakan kursus kepegawaian bagi guru- guru pelatih yang mengambil gerko ping pong di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB)

2.

TAKRIFAN 2.1. Kursus Kepegawaian Ping Pong ialah kursus yang mengajar teknik dan cara permainan ping pong oleh tenaga mahir permainan ini sendiri

3.

OBJEKTIF 3.1 Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan warga yang sihat dan cergas. 3.2 Menggalakkan keterlibatan guru- guru pelatih dalam aktiviti sukan 3.3 Memberikan teknik pengajaran yang sebenarnya mengenai permainan ping pong 3.4 Melahirkan guru yang berpotensi dalam sukan dan permainan

3.5 Memastikan setiap guru mempunyai kemahiran untuk melatih dan bermain ping pong agar dapat diaplikasikan semasa berkhidmat di sekolah

4.

MATLAMAT UTAMA 4.1 Memantapkan skill dalam permainan 4.2 Merapatkan hubungan sesama guru pelatih 4.3 Membelajari teknik- teknik asas dalam permainan ini 4.4 Mendapat kelayakan dalam mengacarakan dan mengadili permainan ping pong

5.

RASIONAL 5.1 Sebagai seorang guru seharusnya mempunyai pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sukan 5.2 Melahirkan seorang guru yang serba boleh dalam mengendalikan kelas dan juga di padang

6.

KUMPULAN SASARAN 6.1 Semua ahli Gerko Ping Pong Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dari setiap semester 6.2 73 orang peserta bersama dengan 3 orang pensyarah penasihat

7.

TARIKH 7.1 Tarikh : 2 Oktober 2010 ( SABTU ) 7.2 Masa : 8 pagi hingga 7 petang

8.

TEMPAT 8.1 Gimnasium Ungku Aziz (teori) 8.2 Gelanggang ping pong (praktikal)

9.

KAEDAH PELAKSANAAN 9.1 Pegawai sukan dari Kementerian Belia dan Sukan akan dijemput untuk mengendalikan program ini 9.2 Program akan dikendalikan selama 3 hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang

9.3 Sepanjang program ini, guru pelatih akan diajar kaedah permainan, latar belakang, mengenal gelanggang dan komponen ping pong 9.4 Perlawanan ping pong di antara guru pelatih antara semester

10.

AHLI

JAWATANKUASA

KURSUS

KEPEGAWAIAN

PING

PONG

IPGKTB

Penaung Pengerusi Naib Pengerusi : :

Pensyarah penasihat Pengerusi Gerko Ping Pong Pengerusi Gerko Ping Pong

Setiausaha Bendahari

: :

Ahli Gerko Ping Pong Ahli Gerko Ping Pong

AJK

Semua Ahli Gerko Ping Pong

11.

IMPAK PROGRAM 11.1 Semua ahli Gerko Ping Pong boleh mengadili dan mengendali pertandingan ping pong 11.2 Guru pelatih lebih cergas dan mahir bermain ping pong

12.

IMPLIKASI KEWANGAN 12.1 Semua ahli dikehendaki membayar yuran kursus sebanyak RM20 seorang bagi tujuan peralatan dan khidmat pegawai sukan serta bekalan minuman sepanjang program

13.

PENUTUP Kursus Kepegawaian merupakan sebuah program yang wajar dijalani oleh semua guru pelatih bagi melahirkan seorang guru yang bukan sahaja menonjol di dalam sesi P&P malah cemerlang di gelanggang.

Disediakan :

Setiausaha, Program Kursus Kepegawaian Gerko Ping Pong IPG Kampus Tuanku Bainun

Lampiran A CARTA ALIRAN PELAKSANAAN KURSUS KEPEGAWAIAN PING PONG

Pengerusi membuat cadangan untuk dimajukan kepada pensyarah penasihat

Mesyuarat membentuk Jawatankuasa Kursus Kepegawaian IPGKTB diadakan

AJK terlibat membuat permohonan kepada kementerian cawangan Pulau Pinang

Pengerusi membentuk jawatankuasa kerja dan membuat persiapan

PELAKSANAAN

Kursus Kepegawaian

Setiausaha membuat laporan

Lampiran B PERUNTUKAN KURSUS KEPEGAWAIAN PING PONG IPGKTB (Peruntukan dianggarkan sebanyak RM sepanjang kursus)

PERKARA

HARGA

UNIT

JUMLAH

Kos

Jurulatih/

Pegawai Sukan Peralatan

http://www.scribd.com/doc/49581632/kursus-kepegawaian

13

You might also like