You are on page 1of 20

1 1.0 Pengenalan Istilah pembelajaran begitu sinonim dengan para pelajar dan guru-guru.

Seperti mana yang kita ketahui, kecemerlangan dalam pembelajaran merupakan salah satu objektif penting bagi seseorang pelajar. Isu pembelajaran sering kali menjadi topik hangat yang diperbahaskan dalam kalangan para ibu bapa dan guru. Namun apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran? Menurut teori pembelajaran behavioris, pembelajaran merujuk kepada sebarang perubahan tingkah laku seseorang pelajar (Shahabudin et al. 2007). Perubahan tingkah laku tersebut adalah hasil daripada pengalaman baru yang dipelajarinya. Dalam erti kata yang lain, pembelajaran adalah keadaan manusia mengalami proses belajar dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses belajar. Kesan daripada pembelajaran tersebut, seseorang individu akan menghadapi sesuatu situasi dengan cara yang berlainan daripada sebelum sesuatu pembelajaran itu berlaku. Pembelajaran sangat penting bagi mengekalkan kemandirian spesies manusia. Disebabkan itu, Tuhan memberikan manusia akal supaya manusia boleh belajar dan memanfaatkan minda yang dikurniakan Tuhan kepada mereka. Pembelajaran pada amnya ialah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Menurut pendapat Crow dan Crow (1980), pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Hal ini berlaku dalam percubaan individu mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru dan proses pembelajaran ini akan berlaku sepanjang hayat seseorang, tidak kira sama ada di sekolah, di rumah atau di persekitaran. Woolfolk (1998) berpandangan bahawa pembelajaran berlaku apabila sesuatu pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan dan tingkah laku. Woolfolk menegaskan kepentingan pengalaman dalam proses pembelajaran. Ini kerana pembelajaran secara amnya bermula daripada peringkat bayi di peringkat mula-mula mereka akan mengetahui beberapa kemahiran mudah dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka seperti memegang botol susu, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya. Proses pembelajaran ini akan sentiasa berterusan sehingga kanak-kanak membesar dan berupaya mempelajari lebih banyak perkara dan kemahiran.

2 Pandangan yang diutarakan oleh Woolfolk mengenai pembelajaran sangat berkait rapat dengan pembelajaran secara reflektif iaitu suatu pendekatan dalam proses pembelajaran yang didasarkan pada pengalaman yang merupakan tunjang utama dalam proses menimba pengetahuan. Ini kerana, pada kebiasaannya manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa atau pengalaman yang mereka alami sebelum ini. Tanpa pengalaman yang dialaminya sendiri, sesuatu pengetahuan tidak akan menjadi satu proses pembelajaran yang bermakna.

2.0

Definisi Pembelajaran Secara Reflektif Pembelajaran secara reflektif merupakan satu proses transformasi dan integrasi antara

pengalaman dan pemahaman terdahulu atau yang sedia ada dan memerlukan seseorang memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum melakukan refleksi. Pembelajaran ini juga lebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan membina pengetahuan yang bermakna secara aktif melalui diri sendiri daripada pengalaman yang sedia ada. Pembelajaran secara reflektif membantu pelajar mengaitkan apa yang terjadi di sekeliling dengan apa yang dipelajarinya dan menekankan pada penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Persoalan yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran secara relektif ialah apa yang saya perolehi daripada pembelajaran ini? Proses pembelajaran ini sentiasa dikaitkan dengan perbuatan iaitu melalui teori kepada praktikal atau aplikasi. Pembelajaran secara reflektif (reflective learning) memberikan kesempatan kepada pelajar untuk melakukan analisis terhadap pengalaman yang dialami dan memfasilitasi pembelajaran dari pengalaman tersebut. Pembelajaran reflektif juga mendorong dan mendidik pelajar untuk berfikir secara kreatif, mempersoalkankan sikap dan mendorong kemandirian pembelajaran. Menurut Allen & Enz (1986-1987) dan McCrindle & Christensen (1995) pembelajaran secara reflektif dapat menggalakkkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Pembelajaran reflektif juga melihat bahawa proses ialah produk daripada cara berfikir dan berfikir adalah produk daripada sebuah proses. Jadi melalui pembelajaran ini, pelajar dapat mencipta sesuatu daripada pelbagai konsep, peristiwa atau interaksi dalam satu tempoh masa.

3 Pembelajaran secara reflektif menghuraikan keadaan seseorang pelajar yang menyedari akan kemajuan proses pembelajarannya. Hal ini merangkumi kesedaran apa yang dia tahu dan apa yang dia tidak tahu. Seseorang pelajar yang mengamalkan pembelajaran secara reflektif akan berusaha untuk mengekalkan kemajuan pembelajarannya dengan tepat bagi pencapaian matlamatnya dan berkebolehan untuk membuat penyesuaian terhadap prestasi dan tabiat belajarnya bagi merangsang proses pembelajaran. Para pelajar yang reflektif didapati menunjukkan pemilikan kebolehan metakognisi iaitu kemampuan untuk menyedari dan mengetahui proses kognitif yang terjadi pada diri sendiri. Pembelajaran reflektif (reflective learning) memberikan kesempatan kepada peserta untuk melakukan analisis atau pengalaman individu yang dialami dan memfasilitasi pembelajaran dari pengalaman tersebut. Pembelajaran secara reflektif dapat membantu seseorang pelajar untuk mengetahui dengan lebih baik tentang kekuatan dan kelemahan mereka dalam pembelajaran. Selain daripada itu, pembelajaran ini juga dapat membantu pelajar mengenal pasti dan membuat perbandingan terhadap nilai dan kepercayaan antara satu sama lain. Selain daripada dapat membantu seseorang mengenalpasti potensi kecenderungan bias atau diskriminasi pembelajaran secara reflektif ini juga seterusnya dapat membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Hal ini disebabkan oleh peranan refleksi itu sendiri yang dapat menjadi panduan ke arah kesedaran kendiri yang tinggi dan seterusnya menjadi langkah pertama untuk melakukan perubahan yang positif. 3.0 Teori pembelajaran reflektif Teori konstruktivisme merupakan tunjang utama dalam pembelajaran secara reflektif. Pembelajaran reflektif menggunakan pendekatan teori konstruktivisme yang pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan diaplikasikan apabila diperlukan. Kebiasaannya, manusia membentuk dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka pernah alami sebelum ini. Hal ini dapat dilihat melalui teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997), konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Dalam erti kata yang lain, setelah pelajar mempelajari sesuatu maklumat, pelajar akan cuba untuk mencantumkan maklumat baru dan lama bagi membentuk pengetahuan yang baru.

4 3.1 Prinsip-prinsip konstruktivisme

Terdapat beberapa prinsip asas dalam teori konstruktivisme yang dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran iaitu pengetahuan perlu dibina secara aktif oleh pelajar iaitu pelajar perlu bergerak secara aktif dan berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Pelajar perlu menggunakan daya pemikiran mereka sendiri dan bukannya bergantung semata-mata kepada guru. Pelajar juga perlu mengambil inisiatif mengemukakan soalan atau isu dan seterusnya membuat analisis dan menjawab soalan itu dengan sendiri. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan mampu menyelesaikan masalah agar mereka dapat mempelajari sesuatu pelajaran dengan lebih bermakna. Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan sendiri yang memerlukan pelajar

membangunkan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Lazimnya, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan yang tersendiri terhadap sesuatu konsep atau subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, akan tetapi perlu diperkukuhkan lagi agar kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep atau idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Apabila pelajar dapat memahami apa yang dipelajari dengan jelas, mereka mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran berlaku melalui interaksi sosial dengan orang lain. Ini kerana interaksi dan pengaruh sosial membawa kepada aras pemikiran yang lebih tinggi. Para pelajar perlu sentiasa berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesama mereka dan guru tentang subjek yang dipelajari. Hal ini bertepatan dengan Jean Piaget yang berpandangan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang dinamik dan sosial. Pelajar perlu saling berbincang dengan guru dan rakan-rakan mereka dengan bertanyakan soalan yang berbentuk mencabar minda yang dapat merangsang pemikiran mereka. Melalui perbincangan, pelajar dapat mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Idea-idea yang berbeza yang dikemukakan oleh individu-individu yang berlainan perlu dibandingkan supaya dapat melahirkan ilmu pengetahuan yang mempunyai dasar yang kukuh dan kuat.

5 Guru juga memainkan peranan dalam teori konstruktivisme kerana guru merupakan fasilitator atau pembimbing dalam proses membina pengetahuan. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk menerangkan idea mereka dan menghargai pandangan atau pendapat pelajar. Guru juga bertanggungjawab untuk memberi bimbingan kepada para pelajar dan garis panduan yang sesuai kepada mereka. Guru tidak perlu memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pelajar akan tetapi guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalan yang membina agar dapat merangsang dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam pemikiran mereka. Secara tidak langsung, ini dapat membantu pelajar untuk menyedari kerelevanan kurikulum terhadap kehidupan mereka. Pembelajaran secara reflektif membantu pelajar membentuk pengetahuan dan pemahaman secara autonomi. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. Ini dapat mencabar pemikiran seseorang pelajar. Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka terhadap sesuatu pengetahuan. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Secara tidak langsung, ini menjadikan pelajar lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi serta menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Kesimpulannya, konstruktivisme ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat yang baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilnya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri terhadap sesuatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan. Melalui konstruktivisme ini pelajar akan sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran dan seterusnya menjadikan pelajar lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman yang baru dan seterusnya menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

4.0

Model pembelajaran reflektif

6 Terdapat dua model yang boleh digunapakai dalam pembelajaran secara reflektif ini iaitu Reflection Integration Model (Model Integrasi Refleksi) yang dibina oleh Hutchinson & Allan (1997) dan Theoretical Models of Reflection oleh Scanlon & Chernomas (1997). Kedua-dua model ini telah dibina bagi meningkatkan pembelajaran secara reflektif dalam kalangan pelajar. Reflection Integration Model dibina berpandukan kepada teori pembelajaran melalui pengalaman dan hasil daripada penyelidikan mereka terhadap pelajar pendidikan. Model ini dapat dijadikan sebagai elemen yang penting dalam menjadikan pengalaman kepada pembelajaran yang lebih bermakna. Secara umumnya, model ini mengandungi empat elemen utama seperti berikut: Pra-pengalaman

Pengalaman

Refleksi

Integrasi

Pra-pengalaman (pre-experience) Sebagai contohnya jurulatih bola jaring memberi taklimat dan demonstrasi kepada pelajar bagaimana untuk menjaringkan bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dari atas kepala. Para pelajar melihat teknik dan cara berkesan yang telah ditunjukkan oleh jurulatih yang mana kebiasaannya bola dijaringkan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja dan pada peringkat ini mereka hanya diberikan pendedahan terlebih dahulu iatu cara menjaringkan bola.

Pengalaman (experience)

7 Pemain diberi peluang untuk membuat jaringan dan pada peringkat ini pemain mempunyai pengalaman sendiri dalam mengaplikasikan teknik yang telah diajar. Refleksi (reflection) Pada peringkat ini, pemain mungkin telah mempunyai pengetahuan atau idea tentang cara dan kaedah yang lain untuk menjaringkan bola iaitu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Setelah mencuba teknik yang terbaru, pemain mendapati teknik yang baru ini lebih sesuai dan mudah untuk menjaringkan bola. Integrasi (integration) Pada peringkat ini, pemain akan membuat perbandingan antara teknik lama dan baru dan memilih teknik yang lebih baik dan mempraktikkannya pada masa akan datang.

Secara umumnya, Reflection Integration Model ini menggalakkan student-centered approach iaitu lebih berpusatkan pelajar itu sendiri dan memerlukan penglibatan yang aktif daripada pelajar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir mengenai apa yang difikirkan sesuai dengan mereka. Sebagai pelajar yang mengamalkan pembelajaran secara reflektif, mereka akan sentiasa berfikir cara untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru pada masa hadapan agar mereka dapat menghadapi dan menangani segala kemungkinan dengan jayanya. Dalam Theoretical Models of Reflection yang dibina oleh Scanlon & Chernomas (1997) menyatakan bahawa terdapat tiga tahap pembelajaran secara reflektif iaitu dimulai dengan awareness (kesedaran), critical analysis ( kritikal analisis) dan new perspective (perspektif baru). Model ini menyatakan bahawa kesedaran merupakan tunjang utama dalam proses refleksi. Tanpa kesedaran, proses refleksi tidak akan berlaku. Seseorang yang sudah mempunyai pengalaman sedia ada akan sentiasa mengaitkan pengalaman tersebut dengan situasi semasa dan seterusnya belajar untuk membuat pembaharuan berdasarkan refleksi yang telah dibuat. Dalam melakukan pembaharuan tersebut, seseorang perlu melakukan analisis dan penilaian terlebih dahulu terhadap pengalaman lepas dengan pengalaman yang baru diperolehi. Setelah mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pembaharuan tersebut, mereka akan beralih untuk melakukan

8 sesuatu dalam bentuk perspektif yang baru. Hal ini disebabkan oleh proses reflektif yang menggalakkan pemikiran yang berkesan dan perubahan kepada tingkah laku. 5.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pembelajaran secara reflektif merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara reflektif menuntut pelajar untuk meneroka, mencari, membuat perkaitan dan mengingat kembali apa yang telah dipelajari dengan apa yang dialami. Ini bermakna secara tidak langsung pembelajaran secara reflektif menjadikan pelajar mampu membina pemahaman dan pengetahuan secara aktif, kritis dan efisyen (Sadiah, 2008). Pendekatan pembelajaran secara reflektif dapat digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (McMahon 1999), mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dan secara tidak langsung membangunkan keprofesionalan guru (Hasniza et al). Bagi guru yang ingin menggunakan pendekatan pembelajaran secara reflektif ini, mereka perlu tahu proses yang terlibat dalam pembelajaran ini. Menurut Brockbank dan McGill (2007), pengumpulan informasi yang berkaitan merupakan perkara utama dalam pembelajaran ini. Guru perlu memberi informasi sebagai panduan kepada pelajar seperti menerangkan konsep dan memberi contoh berkaitan sebagai gambaran kepada pelajar. Bagi pelajar pula, mereka perlu memahami maklumat yang telah disampaikan dan perlu mencari serta menambah lagi maklumat. Setelah pelajar mendapatkan pemahaman yang jelas tentang apa yang dikehendaki, pelajar akan melakukan proses seterusnya iaitu refleksi. Untuk memastikan proses ini berjalan dengan lancar, pelajar perlu mengenal pasti hanya maklumat, pengalaman, atau informasi yang dikehendaki dimasukkan (Seng, 2005). Jika pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk membuat perkaitan, ada kemungkinan pelajar akan mencampur adukkan perkara yang tidak sepatutnya ketika melakukan refleksi. Di sinilah guru dapat melihat kemampuan pelajar untuk melakukan pembelajaran secara deduktif (BroakBank et al, 2002) & (BroakBank & McGill, 2007); mencari maklumat yang berkaitan dari maklumat yang banyak. Setelah melakukan proses deduktif, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk membuat perkaitan informasi yang telah ditapis dengan apa yang telah diajar atau yang dikehendaki oleh guru. Proses yang terakhir dalam pembelajaran reflektif ialah proses

9 pembelajaran. Proses pembelajaran ini merujuk kepada perbezaan yang pelajar alami sebelum dan selepas pelajar melakukan proses refleksi. Pada tahap ini, pelajar menganalisis pemahaman sendiri sebelum dan selepas melakukan integrasi maklumat dengan pengalaman atau maklumat yang ada. Apabila ketiga-tiga proses ini telah dilakukan pelajar perlu menilai kembali bersama rakan atau guru untuk mendapatkan maklum balas (Walker, 2010). Selain itu, dalam proses pembelajaran secara reflektif ini guru perlu memberi masa dan waktu yang secukupnya untuk pelajar membuat refleksi. Honey dan Mumfard (1992) menyatakan bahawa, pelajar yang memiliki gaya pembelajaran reflektif memerlukan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan dan melaksanakan kerja tersebut. Bagi guru yang ingin menjadikan pembelajaran secara reflektif ini sebagai satu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mereka perlu menyediakan maklum balas (Walker,2010) yang cepat, membina soalan yang jelas supaya para pelajar boleh mengetahui kelemahan dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Menurut Boud et al (1985) dalam Henderson menyatakan bahawa, penyediaan maklum balas yang lengkap akan dijadikan sebagai panduan untuk pelajar membaiki segala kesalahan yang dilakukan pada peringkat awal. Pendekatan lain yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan membawa pelajar mengalami sendiri (Boud et al 1985) apa yang cuba disampaikan. Contohnya, apabila guru meminta pelajar membuat refleksi mengenai impak latar belakang terhadap gaya hidup, guru boleh membawa pelajar ke penjara untuk melihat sendiri bagaimana hal tersebut terjadi. Dengan itu, pelajar akan mampu untuk membuat perkaitan dengan lebih baik. Guru juga perlu mewujudkan suasana persekitaran metakognisi yang kondusif bagi memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar sepanjang hayat (Naranaysamy 2000). Persekitaran metakognitif menggalakkan kesedaran untuk berfikir dan memikirkan strategistrategi yang dibincangkan. Dalam membentuk suasana persekitaraan metakognisi, guru seharusnya menampilkan diri sebagai satu model perlakuan metakognisi untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran tentang apa yang difikirkan. Guru terlebih dahulu perlu menguasai caracara untuk melakukan proses metakognisi. Selepas itu, barulah guru mudah mengajarkannya kepada pelajar. Selain itu, guru yang tahu bagaimana proses metakognisi boleh berlaku akan menggalakkan pelajar untuk menggunakannya sewaktu proses pembelajaran. Metakognisi juga boleh memudahkan pelajar untuk melakukan refleksi kerana metakognisi itu sendiri merupakan

10 refleksi terhadap pemikiran mereka (Seng 2005); bagaimana mereka mendapatkan sesuatu keputusan atau jawapan dalam pembelajaran mereka. 6.0 Kelebihan dan kekurangan Terdapat beberapa kelebihan bagi guru dan pelajar apabila mempraktikkanpembelajaran secara reflektif. Pembelajaran secara reflektif menuntut guru memberi maklum balas yang segera terhadap kerja atau tugasan para pelajar (Boud et al 1985).Jadi, situasi ini dapat menjadikan hubungan guru dan pelajar lebih bermakna dan hubungan antara guru dan pelajar akan lebih utuh dan rapat kerana guru perlu peka dengan apa yang telah pelajar lakukan. Selain itu, apabila guru menggunakan pembelajaran secara reflektif, pelajar akan lebih jelas dan faham konsep yang telah diajar (Mohd Nor dan Hazwani, 2007). Ini kerana pelajar perlu mendapatkan penjelasan secara terus di dalam kelas bagi memudahkan mereka untuk melakukan refleksi. Secara tidak langsung ini akan membantu pelajar untuk lebih ingat tentang apa yang telah dipelajari kerana mereka perlu melakukan hubungan antara apa yang mereka telah pelajari dengan apa yang mereka telah alami. Pembelajaran secara reflektif menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna kepada setiap individu kerana pembelajaran secara reflektif berkait rapat dengan pengalaman peribadi (Rubina Khan). Pembelajaran secara reflektif juga membantu pelajar untuk lebih peka (Mohd Nor & Hazwani, 2007) dengan apa yang berlaku di sekeliling bagi memudahkan mereka untuk membuat refleksi. Dengan menggunakan pembelajaran secara reflektif, pelajar tahu apa yang dipelajari kerana pada setiap akhir waktu kelas mereka perlu membuat refleksi terhadap apa yang telah mereka pelajari di kelas. Di samping itu, pelajar boleh meningkatkan tahap pemahaman dan kualiti pembelajaran mereka kerana mereka boleh mengenal pasti dan membaiki kesilapan yang telah dilakukan. Walaupun pembelajaran secara reflektif merupakan salah satu pendekatan yang baik untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, akan tetapi memang tidak dapat dinafikan pembelajaran ini tetap mempunyai kekurangan tersendiri. Bagi pelajar yang tidak pernah mengalami pengalaman akan menghadapi masalah untuk membuat hubung kait dan integrasi antara apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan pengalaman sendiri.Ini menjadikan proses pembelajaran terhalang dan secara perlahan mengurangkan minat pelajar

11 untuk belajar (BroakBank & McGill 2007). Disebabkan pendekatan ini berpusatkan pelajar, guru mungkin tidak membuat persediaan yang rapi kerana guru hanya menerangkan secara ringkas apa yang perlu dilakukan dan selebihnya mengharapkan kepada pelajar. Apabila guru tidak memainkan peranan dalam proses pembelajaran, pelajar mungkin akan menghadapi masalah dalam memahami arahan yang telah dikeluarkan. Untuk menangani masalah dalam pembelajaran secara reflektif, guru perlu tahu peranan yang perlu dimainkan.

7.0

Peranan guru Bagi menghasilkan pembelajaran reflektif yang lebih bermakna dan berkesan, sewajarnya

para guru perlu tahu dan peka peranan yang perlu ditonjolkan. Ini kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu (Salhah Abdullah, 2002). Apabila guru mengaplikasikan pembelajaran secara reflektif, guru secara tidak langsung menggalakkan inovasi dan integrasi pengetahuan dalam kalangan pelajar (Toh Wah Seng, 2005). Walau bagaimanapun, sebelum mengaplikasikan pembelajaran secara reflektif dalam kalangan pelajar, guru perlu tahu cara untuk menjalankan gaya pembelajaran tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Melalui pembelajaran secara reflektif, guru berperanan sebagai fasilitator iaitu orang tengah atau pemudah cara yang berperanan untuk membantu pelajar apabila mereka menghadapi kesukaran dengan bahan pembelajaran (Jeniffer, 2010). Sebagai fasilitator, guru perlu merancang pengajaran, menjalankan perancangan yang telah dilakukan dan menilai kembali perancangan tersebut selepas pelaksanaannya. Menjadi fasilitator bukan bermakna guru perlu melakukan segalanya tetapi lebih kepada membantu dan membimbing pelajar. Guru menyediakan perancangan dan melaksanakannya hanya sekadar panduan untuk memastikan pelajar berada dalam konteks yang sepatutnya (Salhah Abdullah, 2002). Selain itu, guru juga boleh memainkan peranan sebagai seorang motivator (Hasniza et al) & (Henderson) kepada pelajar. Apabila pelajar dapat melakukan proses refleksi dengan baik dan cemerlang, guru boleh memberikan penghargaan kepada pelajar tersebut bagi membuat pelajar itu rasa gembira dengan hasil kerjanya. Guru juga boleh memberi nasihat (Salhah & Ainon 2005) dan memberi gambaran ( Salhah 2002) yang mudah kepada pelajar supaya pelajar tidak berasa tertekan dan terbeban untuk melakukan proses refleksi dalam pembelajaran mereka. Ini kerana,

12 bagi sesetengah pelajar yang kurang kreatif dan kritis, mereka mungkin mendapati proses refleksi merupakan suatu perkara yang sukar untuk dilakukan. Di samping itu, guru juga perlu berperanan sebagai pencetus idea atau pemberi rangsangan. Untuk melakukan peranan ini, guru perlu mempunyai kemahiran untuk memberikan penjelasan yang jelas supaya dapat mencetus idea dalam kalangan para pelajar (Zainuddin dan Md. Saharuddin). Idea yang tercetus dalam kalangan pelajar akan membantu mereka untuk terus membuat perkaitan dan integrasi antara maklumat yang terdahulu dengan apa yang dijelaskan. Guru juga perlu tahu kaedah untuk menyelitkan kata-kata perangsang kepada para pelajar (Salhah 2002). Motivasi dan semangat pelajar bukanlah sentiasa berada pada tahap yang tinggi, jadi mereka memerlukan seseorang untuk menaikkan semangat dan motivasi mereka. Jika guru sedar akan situasi ini, maka mereka akan mengambil kesempatan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku untuk memberi perangsang kepada pelajar. Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai pemudah cara (Mohammad Fadzil 2005) kepada pelajar, di mana guru mestilah mewujudkan sesi perbincangan atau sesi soal jawab bagi mengetahui pandangan dan pemikiran para pelajar. Guru yang mempunyai kemahiran sebagai pemudah cara ialah guru yang cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta bakat memimpin. Peranan ini sememangnya memerlukan guru untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mealalui sesi perbincangan atau soal jawab yang dijalankan, guru boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar (BroakBank & McGill 2007). Selepas mengenal pasti masalah tersebut, guru boleh membantu pelajar ataupun menyuruh rakan-rakan lain memberi pendapat untuk mendapatkan pemahaman dengan mengadakan diskusi bersama rakan-rakan, menerangkan apa yang tidak difahami menyelesaikan masalah tersebut. Salhah dan Ainon (2005) serta Mohd Fadzil (2005) menyatakan bahawa guru juga boleh memainkan peranan sebagai mentor kepada para pelajar. Guru perlu sentiasa meluangkan masa untuk pelajar datang secara personal dan membincangkan permasalahan yang mereka hadapi dalam pembelajaran. Guru perlu sentiasa bersedia untuk membantu dan memberi pendapat kepada para pelajar dalam mengatasi masalah pembelajaran mereka. Ini kerana pelajar memerlukan seseorang untuk mendapatkan nasihat atau berkongsi idea apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran. Ketika ini, guru perlu bersedia untuk berkongsi pendapat dan

13 mendengar permasalahan daripada pelajar agar pelajar mendapat sokongan yang padu daripada guru. 7.1 Contoh aktiviti pembelajaran reflektif

Pembelajaran secara reflektif boleh dilakukan dalam apa jua bidang sama ada bidang akademik ataupun kokurikulum. Contohnya, jika guru sukan ingin mengaplikasikan pembelajaran secara reflektif untuk meningkatkan kualiti pelajar dalam bidang sukan, guru boleh membawa pelajar melihat atlet terkemuka bermain.Kemudian guru membuat perbandingan antara kemahiran sedia ada pelajar dengan kemahiran atlet tersebut.Selepas itu guru akan membantu pelajar untuk mengintegrasikan antara kemahiran-kemahiran tersebut dengan menambah kemahiran yang kurang dan membuang kemahiran yang tidak berkaitan. Selain itu, jika guru ingin menggunakan strategi pembelajaran reflektif di dalam kelas contohnya di dalam mata pelajaran sains, selalunya dalam pelajaran sains, pelajar akan melakukan eksperimen. Jadi, ada antara pelajar yang dapat menjalankan eksperimen dengan jayanya dan ada yang tidak. Guru boleh memanggil pelajar yang dapat melakukan eksperimen dengan jayanya untuk menunjukkan cara di hadapan kelas bagaimana dia berjaya melakukan ekperimen tersebut. Pelajar lain yang melihat akan tahu apakah kekurangan yang dilakukan dalam eksperimen tersebut. Selepas mengenal pasti kekurangan tersebut dan melihat cara yang betul hasil dari melihat eksperimen yang ditunjukkan, maka pelajar boleh membaiki eksperimen dengan membuat integrasi maklumat; apa yang diketahui dan dipelajari dengan apa yang telah dilihat. Pada masa akan datang, pelajar boleh membaiki eksperimen tersebut dengan lebih baik.

8.0

Kesimpulan Sebagai rumusannya, pembelajaran adalah sesuatu perkara yang penting dalam

kehidupan seseorang manusia bagi mengekalkan kemandirian spesies manusia. Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu. Terdapat pelbagai strategi pembelajaran dan salah satu daripadanya adalah pembelajaran secara reflektif. Daripada perbincangan yang telah dikemukakan,dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pembelajaran secara

14 reflektif merupakan salah satu gaya pmbelajaran yang boleh membantu pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pembelajaran secara reflektif dapat memberi manfaat kepada pelajar secara khusus dan juga guru. Secara umumnya, pembelajaran secara reflektif ini dapat membantu pelajar dewasa untuk mengenal pasti pendekatan yang tepat dan berkesan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran mereka. Hal ini disebabkan oleh pembelajaran secara reflektif boleh membantu ke arah peningkatan diri seseorang individu dari segi moral, psikologi, emosi dan kognitif. Selain daripada itu, pembelajaran secara reflektif ini juga dapat membantu seseorang pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang baru dalam aktiviti masa hadapan. Walaupun mempunyai sedikit kelemahan tetapi terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripadanya. Jadi, guru perlu tahu dan kreatif membuat integrasi untuk menjadikan pendekatan ini lebih efisyen dan berkesan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PEMBELAJARAN SECARA REFLEKTIF) MATA PELAJARAN BIDANG AKTIVITI TAJUK : : : : Pendidikan Seni Visual Membentuk dan Membuat Binaan Membentuk gasing Gasing daripada buluh dan bahan buangan

15 MASA KEMAHIRAN FOKUS OBJEKTIF MODUL : : : 9.00 hingga 10.10 pagi Mereka cipta gasing pelbagai corak dari pelbagai bahan Guru dapat menunjukkan cara menghasilkan gasing

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran murid dapat: 1) Membentuk gasing dengan menggunakan buluh 2) Menghasilkan gasing secara kreatif dan inovatif (pelbagai rupa dan bentuk)

KEPERLUAN : Alat gunting, peraut, pisau, gergaji kecil Bahan- bahan buangan kertas berwarna, surat khabar bekas pembungkusan, lebihan cat / warna poster, tali, paku.

RUJUKAN : Objek maujud : contoh-contoh gasing Sumber bergambar : Internet dan k ad bergambar

PROSEDUR : Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis jenis gasing masa dahulu serta bahan yang sering digunakan seperti kayu dan plastik hinggalah penghasilan gasing sekarang. Guru menunjukkan cara dan membimbing murid dalam proses membuat gasing daripada buluh.

16

KBKK PENERAPAN NILAI

: :

Mereka cipta, mensintesis, menjana idea, menghubungkait Ketekunan dan Ketelitian

BUTIRAN KEGIATAN Aktiviti 1 (5 minit) Guru mengedarkan gambar dan contoh gasing Guru mengendalikan sesi soal jawab

HASIL PEMBELAJARAN Aras 1 Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar serta bahan maujud

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teori menghasil produk dan fungsi produk

Teori Kecerdasan Pelbagai Murid memberikan pandangan Verbal Linguistik Apakah gambar yang mereka tentang gambar berkenaan terdapat pada kad yang kamu KBKK (Kreatif) pegang Mereka cipta Aras 2 Mensintesis Apakah pandangan anda Murid memilih bahan yang sesuai tentang gambar tersebut untuk digunakan dalam menghasilkan gasing Membanding beza Aktiviti 2 (25 minit) Murid mengetahui bahawa prinsip Menilai kesempurnaan Memilih pelbagai bahan yang keseimbangan ,bentuk dan warna gasing boleh digunakan. penting dalam penghasilan gasing yang kreatif dan menarik KBKK (Kreatif) Guru menunjukkan cara Menjana idea membuat gasing Mereka cipta Menghubung kait Aktiviti 3 (30 minit) Guru membimbing murid semasa menghasilkan gasing Memotong bentuk yang diinginkan Mencantum bahan Menampal kertas warna/ mengikat tali /mewarna KBKK (Kreatif) Mereka cipta inovatif Nilai ketekunan

Murid membuat gasing dengan: Memotong Menebuk Mencantum Menampal/melukis/mewarna

17

Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit) Sesi Apresiasi Mempamerkan hasil kerja Pertandingan gasing Membuat refleksi bagaimana penghasilkan gasing dilakukan

Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat Murid dapat menilai keupayaan diri sendiri dan melihat hasil kerja orang lain dan dapat mempelajari teknik pembuatan dan penghasilan gasing yang pelbagai.

KBKK Kritis Membanding beza Menganalisis Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik

Refleksi Guru: Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menghasilkan pelbagai jenis gasing daripada buluh dan bahan buangan. . Pelajar telah berjaya membuat penerokaan bahan dan membuat refleksi cara penghasilan gasing yang pelbagai.

Rujukan Allen,B. & Enz, D.A. (1986-1987). Journal writing: Exercises in creative thought and expression, The Organizational Behavior Teaching Review, XI (4), 1-13. Crow, L. D. dan Crow M. A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hutchinson, D.J. & Allen, K.W. (1997). The reflection integration model: A process for facilitating reflective learning, The Teacher Educator, 32(4), 226-234. Boud, D., Keogh, R. & Walker, D. (1985). What is reflection in Learning. Reflection: Turning the experience into learning. London: Kogan Page, in Henderson.

18

BrockBank,A., McGill, I., dan Beech, N.,(2002). Reflective learning in Practice. MG Grew Hill:Great Britain. BrockBank, A., & McGill, I.,( 2007). Facilitating Reflective Learning in Higher Education (2nd ed.), Mc Grew Hill:London. Crow, L. D. dan Crow M. A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Henderson, K., Ksenija Napan, Monteiro, S.,Encouraging reflective learning: An online challenge. Jeniffer ,T., Teacher as Facilitator: One of the Face to Face Teachers Roles. Di ambil dari file:///H:/jurnal%20yg%20guna%20andra/reflektif %20learning/teacher_as_facilitator.html, pada 10 Oktober 2010. K. Narayanasamy (2000). Melayan Pelbagai Gaya Pembelajaran: Pengajaran Kemahiran Berfikir Sebagai Satu Alternatif Berkesan. Jurnal Pendidikan Tigaenf, Jilid 2: Bil 3 (64). McMahon, T., (1999). Is reflective practice synonymous with action research? Educational Action Research, 7(1), 163-169. Mohamad Fadzil B. Che Amat (2005).Kesan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke atas Pencapaian Sains di Sekolah-sekolah Kebangsaan di Malaysia: Satu Analisis Prestasi UPSR Separa Dekad. Prosiding Seminar Penyelidikan dan Penilaian MPTAR. Mohd. Nor bin Ihkasan dan Hazwani bte Sapar (2007). Gaya Pembelajaran di Kalangan PelajarPelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.

19 Nor Hasniza Ibrahim,Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. Kepentinagn Pemikiran dan Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains di Kawasan Luar Bandar. Penulisan Ilmiah. Sadiah Baharom (2008). Kesan Paduan Kitar Pembelajaran dan Pemetaan Konsep Terhadap Konsepsi Pelajar Tentang Pembahagian Sel. Salhah Abdullah. Guru sebagai fasilitator (2002),di ambil dari http://books.google.com.my/books? id=Ca4noKpe95AC&printsec=frontcover&dq=guru+sebagai+fasilitator&source=bl&ots =dr37TPZHlD&sig=mLGJPkykhRdDDRZ3HKg8FUggYiM&hl=en&ei=qJa6TNC1B8O XcYvUicUM&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CBwQ6AEwAQ#v= onepage&q&f=false, pada 10 Oktober 2010. PTS : Kuala Lumpur. Salhah Abdullah dan Ainon Mohd. (2005). Guru sebagai Mentor. PTS:Kuala Lumpur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional. Toh Wah Seng (2005). Penyelidikan Tindakan : Pekembangan Profesionalisme ke Arah Pengamalan Reflektif dan Penambahbaikan Sekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan. Walker D.H.T. Reflective Learning and The Role of Professional Development of Project Manager Upon Learning Organisations, di ambil dari, http://www.zulanas.lt/images/adm_source/docs/2DerekWalker_paper.pdf, pada 10 Oktober 2010. Woolfolk, A. E. (1998). Educational Psychology. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Jones, D. 1997. Designing instruction: Enter the constructivism. Diperoleh: http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (2010, Oktober 3)

20 McCrindle, A.R. & Christensen, C.A. (1995). The impact of learning journals on metacognitive and cognitive processes and learning performance, Learning & Instruction, 5, 167-185. Shahabudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Woolfolk, A. E. (1998). Educational Psychology. New Jersey: Prentice Hall Inc.

You might also like