You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat 2011 Hari: Selasa Tarikh: 13 September 2011 Masa: 1.

45 petang Tempat: Bilik Mesyuarat Seri Anggun Agenda: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perutusan pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Perkara Berbangkit Analisa Peperiksaan Percubaan PMR Tahun 2011 Program Akademik Persediaan PMR 2011 Program Selepas PMR Hal-hal lain

Kehadiran: Semua ahli majlis hadir: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. kecuali: 1. Pn S. Philomina[Bersebab] 2. Pn Bamah a/p Subramaniam [Bersebab] 3. Pn Izatuldiana Idris[Bersebab] Pn Faizah Yusoff Pn Norlila Omar Pn Nor Riha Zakaria Pn Roslina Abd Ghani Pn Noor Aishah Kassim Pn Nor Fatimah Muhd Nor Pn Rohani Sulaiman Pn Zaharah Mahmood Pn Intan Zurainee Mokhtar Pn Zulaini Ismail Pn Nazlah Saraah En Mohd Taslim Kostor Pn Suria Aida abd Malek En Ghalib Yunus Pn Azriwati Shahdzul Bakri Pn Wong Seow Yen Cik Munirah Shahidah Pn Siti Murni Masnon Pn Suriani Mohammad Pn NorHazleyna hamzah Pn Naimon Mohammad Pn Salasiah Nuruddin Pn Noraini Mohd Amin 24. Pn Mazli Mansoh 25. Pn Kok Lee Chan 26. Pn Nik Mariam Annis 27. En Kurusamy a/l Marimuthu 28. Pn Suraiya Mohammad Ali 29. Pn Suriani Banyamin 30. Pn Norazmalinda Abdullah 31. Pn Chi Wai fen 32. Pn Zunaidah abdullah 33. Pn NorHasniza kassim 34. Pn Azlida Ahmad 35. Pn Sharifah Nurulhuda 36. Pn Mahanom Abd Jalil 37. Pn Tan Wat Jin 38. Pn Noorazeen Harun 39. Pn Zakiah Razak 40. Cik Hoo See Moon 41. Pn Wan safla 42. Pn Faridah Musa 43. Pn Hasanah Buang 44. Pn Tan Yean Sun 45. Pn Norizan Yunus 46. Pn Sharni Che Noh

Agenda. 1.0 Perutusan Pengerusi. Puan Pengetua mengucapkan terimakasih di atas kehadiran semua ahli majlis kurikulum SMK Seri Serdang. Beliau juga mengingatkan fokus utama ialah ke arah kecemerlangan dalam pelbagai aspek. Beliau juga memohon kepada semua warga sekolah semasa bacaan doa pada setiap pagi agar memberi fokus. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat. Minit Mesyuarat Kali ke 3 telah disahkan tanpa pindaan. 3.0 Perkara Berbangkit. 3.1 Latihan dalam perkhidmatan En Ghalib Yunus [Guru cemerlang DG 48] akan memberi taklimat berkaitan dengan kajian Tindakan. Semua guru wajib hadir.Taklimat ini akan diadakan pada 1 Oktober 2011[Sabtu] Terimakasih kepada En Ghalib. 3.2 Pencerapan. Data pencerapan guru pertengahan tahun telah dihantar. Data kedua akan dihantar pada bulan oktober. Minta kerjasama semua pencerap agar dapat membuat pencerapan dengan segera terutama guru yang belum dicerap. 4.0 Pelantikan Baru. Pengetua mengumumkan pelantikan Pn Nor Fatimah Muhd Nor memangku sebagai Ketua Bidang Bahasa. Ketua Panitia Bahasa Inggeris yang baru ialah Pn Azriwati Shahdzul Bakri. Tahniah atas pelantikan dan harapan dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang. 5.0 Kebitaraan Panitia. Panitia Bahasa Melayu dipilih sebagai Panitia Bitara SMK Seri Serdang. Pemilihan ini berdasarkan kepada pencapaian yang meningkat dalam peperiksaan awam PMR dan SPM. Panitia lain boleh menjadikan panitia ini sebagai contoh . 6.0 Laporan Mesyuarat Pengurusan Sekolah. 6.1 Pencerapan Guru. Guru yang mendapat markah yang agak rendah dalam pencerapan hendaklah dibantu oleh guru yang lebih cemerlang. SMK mempunyai 7 orang guru cemerlang yang berjaya menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar lebih 85%. 6.2 Mesyuarat Panitia. Mesyuarat Panitia hendaklah merujuk kepada mesyuarat kurikulum. Sebarang makluman hendaklah disampaikan kepada ahli panitia. Program peningkatan akademik hendaklah memberi lebih tumpuan kepada pelajar lemah dan pelajar berpotensi. Dapatkan data dan maklumat pelajar lulus dan pelajar gagal. Perbincangan dalam mesyuarat hendaklah terperinci seperti tindakan susulan yang perlu dibuat oleh panitia.

6.3 Buku Rekod Pengajaran. Buku Rekod Pengajaran adalah Sasaran Kerja Tahunan[SKT] guru. Refleksi guru hendaklah ditulis dengan jelas dan terperinci. 7.0 Pembelian Melalui Koperasi. Terdapat pekeliling daripada perbendaharaan yang membolehkan panitia membuat pembelian melalui koperasi.Ketua panitia yang hendak menjalankan program boleh membuat pembelian daripada koperasi.Sebarang maklumat berkaitan dengan pembelian boleh merujuk kepada Pn Saemah di pejabat. 8.0 Analisa Peperiksaan Percubaan PMR 2011. Rujuk lampiran. Secara keseluruhan peperiksaan percubaan PMR 2011 menunjukkan peningkatan berbanding peperiksaan pertengahan tahun 2011. Gred Purata Sekolah ialah 3.21. Terdapat dua subjek yang mencatat keputusan 100% iaitu Bahasa Arab dan Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga. Matapelajaran yang menunjukkan peratus kelulusan yang agak rendah ialah Sejarah[57.92%],Sains [66.1%] dan Matematik iaitu 48.23%. Kelulusan bagi subjek lain pula ialah Bahasa Inggeris 73.75%, Geografi 72.29%,Bahasa Cina 90.5%, Pendidikan Islam 83.27%, Kemahiran Hidup Teknikal 91.21%, Kemahiran Hidup Pertanian 96.55%, Bahasa Melayu 80.35% dan Bahasa Tamil 84.3%. Maklumbalas Ketua panitia. a. Panitia Sejarah memaklumkan pelajar tidak dapat menjawab soalan Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Tindakan susulan selepas ini ialah memperbanyakkan latih tubi untuk tingkatan 1 dan tingkatan 2. b. Panitia Matematik memaklumkan soalan objektif agak susah. Masalah yang paling ketara ialah ramai pelajar yang langsung tidak mencuba untuk menjawab terutama kertas 2.

c. Panitia Sains memaklumkan latihan 2Q telah diberikan kepada pelajar.Pelajar tidak membuat latihan yang diberi. Semasa perbincangan dalam kelas pelajar dapat membuat latihan yang diberi tetapi sebaliknya masa peperiksaan walaupun soalan hampir sama. Cadangan kepada panitia. a. Kelas yang baik akan mengadakan ujian blok. b. Kelas yang lemah dan sederhana tidak ada ujian blok hanya latih tubi dengan guru subjek.

9.0 Taklimat Penolong Kanan Akademik Pn Nor Riha Zakaria. 9.1 Perancangan Strategik. Berdasarkan Perancangan Strategik,program yang telah dibuat hendaklah dibuat penilaian. Ini penting supaya kita dapat menentukan keberkesanan program yang dijalankan. Sekiranya sesuai program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan sekiranya tidak sesuai akan digugurkan. Borang maklumbalas telah disediakan. 9.2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah [SAPs]. SAPs adalah keperluan National Keys Result Area [NKRA] Kementerian Pendidikan. Kementerian memerlukan data pelajar . Program yang dibangunkan ini sesuai dengan perkembangan ICT. Untuk makluman semua markah tingkatan 5 perlu dilengkapkan pada 7 Oktober 2011. Data akan dihantar pada 8 Oktober 2011. 9.3 Ujian Blok. Berdasarkan perbincangan bersama penolong kanan daripada sekolah lain didapati ujian blok adalah amat sesuai dijalankan sebelum peperiksaan sebenar. Ujian ini juga boleh dijadikan latih tubi kepada pelajar. 9.4 Perancangan Strategik. Ketua panitia hendaklah menyediakan perancangan strategik 2012. 9.5 Pencerapan Guru. Pencerapan kali ke 2 hendaklah diteruskan. Semua Guru kanan, Guru cemerlang dan ketua panitia yang belum menjalankan pencerapan hendaklah melengkapkan pencerapan kali ke 2. 9.6 Papan kenyataan. Papan kenyataan dihadapan bilik guru akan dibaikpulih.Mohon agar Pn Nor rafidah Daud melengkapkan papan tersebut dengan bahan yang sesuai contohnya keratan akhbar yang berkaitan dengan isu pendidikan. 9.7 Peperiksaan Akhir tahun . Peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dan tingkatan 2 adalah soalan setara negeri. Tingkatan 4 adalah TOV SPM 2012 manakala tingkatan 2 adalah TOV PMR 2012. Soalan tingkatan 1 dan peralihan adalah disediakan oleh sekolah. Semua panitia hendaklah memastikan sukatan dapat dihabiskan sebelum peperiksaan bermula. Untuk memudahkan semua guru rujuk Pelan Tindakan Guru Matapelajaran 2011. 9.8 Guru Cemerlang. Semua guru cemerlang hendaklah menyerahkan laporan Kajian Tindakan yang telah dibuat. Guru Cemerlang yang memegang jawatan Ketua panitia dan telah melebihi 5 tahun boleh menyerahkan tugas ketua panitia kepada guru lain. Mohon agar dapat mencadangkan nama guru kepada Guru Kanan Matapelajaran. Pengalaman sebagai ketua panitia akan membantu guru yang ingin memohon guru cemerlang. 9.9 Fail Meja. Semua ketua panitia hendaklah memastikan mempunyai fail meja.

9.10

Matapelajaran Vokasional. Bermula tahun 2013 matapelajaran vokasional akan digantikan dengan Amalan Pengajaran Vokasional untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Matapelajaran Vokasional yang tidak komersial akan dimansuhkan secara berperingkat. Pengawas PMR. Guru yang telah dilantik sebagai pengawas PMR dan mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan boleh membuat pertukaran atau mencari pengganti dengan kadar segera. Program Motivasi dan Majlis Restu PMR 2011. Program ini akan dijalankan pada hari khamis 29 September 2011 bermula jam 7.45pagi hingga 1.00petang. Pelajar akan berkumpul di Dewan Seri untuk mendengar taklimat daripada pengetua. Satu ceramah motivasi akan disampaikan oleh Encik Ghalib Yunus. Program selepas PMR. Program selepas PMR akan diadakan untuk memberi pendedahan tentang peluang pendidikan selepas PMR. Program ini akan dijalankan bersama dengan Unit Kaunseling.Setiap panitia akan diberi peruntukkan sebanyak RM200. Hadiah bagi setiap program yang dijalankan hendaklah disampaikan selepas sahaja tamat pertandingan. Semua panitia diminta merujuk jadual yang telah disediakan. Lihat Lampiran.

9.11

9.12

9.13

10.0

Taklimat ringkas Penolong kanan HEM Pn NorLila Omar. 10.1 Pelajar Bermasalah Tindakan segera membuat perjanjian dengan ibu bapa menimbulkan rasa gentar pelajar agar tidak mengulangi kesalahan. Masalah yang kita hadapi ialah pelajar ponteng ini berpotensi untuk gagal. Masalah ini perlu diatasi dengan segera dan kerjasama semua guru amat diperlukan. 10.2 Kerja Kursus. Terdapat masalah pelajar tidak menyiapkan kerja kursus. Untuk itu perlu ada satu kaedah untuk mengatasi masalah ini dari awal. Tindakan adalah perlu agar ibubapa mengetahui kerja kursus yang dibuat oleh pelajar dan memastikan kerja kursus tersebut dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.15 petang.

Disediakan oleh: ....................................................... Nor Rafidah Daud [Setiausaha Kurikulum]

Disemak oleh..................................................... Pn Nor Riha Zakaria [Penolong Kanan Akademik]

Disahkan oleh:.........................................................

You might also like