You are on page 1of 1

Sejarah Penubuhan AADK

Dalam usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undangundang dengan menguatkuasakan Akta dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyalaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Narkotik bertanggungjawab mengawal dan mengawasi masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan dan penyelarasan serta penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan digantikan denganUrusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 digantikan oleh Pasukan Petugas Anti Dadah. Tugas Penguatkuasaan Biro diambil oleh cawangan Antidadah, Polis Diraja Malaysia. Pasukan Petugas Anti dadah akhirnya dimasukan ke Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 1995. Agensi Dadah Kebangsaan di wujudkan pada tahun 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah. Misi Agensi Dadah Kebangsaan ialah untuk memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Pada Disember 2004 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 ditubuhkan, Agensi Dadah Kebangsaan ditukar nama kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan diletakan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, walaupun nama bertukar dari Agensi Dadah Kebangsaan ke Agensi Antidadah Kebangsaan, namun peranan dan fungsi tetap sama hanya bernaung di bawah kementerian yang berlainan sahaja.

You might also like