You are on page 1of 14

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER: MEI 2011

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

NO. METRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: 640625715328002 : 640625715328 : 0135497646 : hamidahismail@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN GAYA

Page 1

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Isi Kandungan
***************************************************************************

1.

Muka depan

2.

Isi Kandungan

3.

Pendahuluan

4.

Analisis Karya Sastera 4.1 Latar belakang Teks - Genre, Judul, Penulis - Latar belakang penulis - Sinopsis karya sastera

4-6

4.2 Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera - Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera - Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan

7 - 12

5.

Rumusan

13

6.

Rujukan

14

Page 2

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

PENDAHULUAN

...Karya yang berkesan adalah karya yang di dalamnya mengungkapkan pelbagai mesej dan pandangan kepada khalayaknya. (Dharmawijaya: 2003).

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak dan berguna kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis. Semua kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap melengkapi.

Ditinjau dari sudut peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan menghibur. Demikianlah pentingnya pendidikan untuk menengani pelbagai masalah sosial. Di samping mengajar dan mendidik, karya sastera juga berfungsi menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan serta kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.

Ditinjau dari susut usaha para pengarang berkarya adalah untuk mendapatkan kepuasan serta keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya.

Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat pengarang yang memilih untuk berterus terang, menggunakan cara halus dan kasar, menumpukan perhatian kepada keindahan dan mementingkan isi semata-mata.

Dalam tugasan ini saya telah memilih sebuah karya sastera moden untuk dianalisis pemikiran yang digarap oleh penulis dalam karya tersebut. Setiap analisis yang dinyatakan ada diberikan contoh dan disokong dengan pandangan oleh sarjana yang berkaitan.

Page 3

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

ANALISIS KARYA SASTERA

Latar Belakang Teks *Genre, Judul Penulis Bagi menganalisis karya sastera, saya telah memilih sebuah genre novel yang berjudul Ranjau Sepanjang Jalan. Pengarangnya ialah Shahnon Ahmad.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh Shahnon Ahmad dan kini novel itu telah pun berusia 45 tahun. Ranjau Sepanjang Jalan dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan adalah sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai konfik yang berlaku dan juga peristiwa tersebut sangat menyayat hati para pembaca. Ranjau Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Sebuah karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan. Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan maka novel ini telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Malahan novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain.

Page 4

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Selain itu novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahan novel ini diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an.

Sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar maka novel ini pernah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Selain daripada itu novel Ranjau Sepanjang Jalan ini juga telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983 dengan arahan Dato Jamil Sulung.

*Latar belakang penulis Shahnon Ahmad merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober 1982. Shahnon Ahmad telah dilabelkan sebagai Anak Kreatif Malaysia Merdeka semasa menerima anugerah tersebut. Beliau lebih mesra dengan panggila Cikgu Shahnon, tetapi bergelar Professor Emiritus dan merangkul gelaran Dato.

Di zaman kanak-kanaknya, Shahnon Ahmad hidup sepenuhnya di kampung Banggul Derdap. Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, pemalu dan tidak suka bercampurgaul dengan orang lain. Selepas tamat sekolah menengahnya, Shahnon memperlihatkan bakatnya sebagai penulis. Kemunculannya mungkin daripada sebab-sebab peribadi dan alam sekitar yang pernah dilaluinya. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Keadaan keluarganya dan latar belakang hidupnya juga menjadi pendorong yang besar untuk dia menulis terutamanya yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Shahnon Ahmad menerima pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Inggeris di Alor Setar, dan lulus Senior Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pernah menjadi askar, guru, pegawai penyelidik kamus di Universiti Kebangsaan Australia dan pensyarah.

Page 5

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Dan inilah salah satu sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya. Oleh sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran Victor Hugo Melayu kepadanya.

*Sinopsis karya sastera Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T. Sebagai anak tani, itulah pegangan Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka tetap menerima dengan penuh kesyukuran. Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada. Bagi Lahuma, sawah bendang itulah satu-satunya sumber mata pencarian bagi menyara dirinya, isterinya Jeha dan tujuh orang anak perempuannya. Falsafah hidup ialah menyerah nasib kepada takdir. Dia berjaya membunuh ular yang mengancam nyawa Jeha.

Suatu hari kaki Lahuma terkena duri nibung tetapi Lahuma enggan ke hospital dan akhirnya mati akibat tusukan duri itu.Lahuma dijemput menghadap ILAHI. Hidup mesti diteruskan! Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya. Jeha terus mengharungi hidup bersama anak-anaknya menentang ranjau hidup. Mereka tidak harus mati kelaparan. sawah padi perlu menguning.Hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang menjahanamkan padi perlu ditentang. Berbekalkan doa dan usaha, mereka nekad... tiada apa yang dapat menghalang perjalanan hidup ini.

Page 6

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera

*Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang terlintas di dalam fikirannya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran.

Shahnon Ahmad bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon dilihat mengetengahkan isu-isu kemiskinan penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut.

Mengapa persoalan kemiskian yang dipilih oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya. Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon, kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin, tambahan juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan.

Page 7

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni.

Shahnon Ahmad bukan sekadar menghasilkan karya-karya yang menghibur dan ilmu untuk santapan masyarakat. Beliau sebenarnya ingin memberitahu golongan atasan bahawa kemiskian dan kesusahan hidup masyarakat desa yang tidak pernah diambil peduli oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Shahnon Ahmad adalah seorang yang bersikap revolusioner dalam mengangkat martabat masyarakat miskin di negara ini. Beliau lebih suka menyatakan haluan pemikiran atau hala tuju karyanya dengan berterus terang. Banyak ahli politik mengatakan beliau mengucar-kacirkan masyarakat, namun tanggapan tersebut adalah silap kerana Shahnon Ahmad memperjuangkan sesuatu yang murni dan tulus dalam dunia sasteranya. Shahnon Ahmad telah memilih untuk menyempaikan aliran atau pemikirannya dengan menggunakan cara halus dan kasar. Revoluisoner menurut pandangan Shahnon Ahmad ialah perlunya bersuara keras dan bertindak keras untuk meruntuh dan menghancurkan sesuatu itu dan disertakan pula dengan daya cipta untuk membina sesuatu yang baru sebagai ganti yang lapuk, yang diruntuh dan dirubah. Pemikiran seorang intelek seperti Shahnon Ahmad kurang disukai oleh barisan kepimpinan negara kerana boleh mengugat kedudukan mereka melalui karya-karya kreatif Shahnon yang tajam serta memberitahu segala sesuatu yang pincang dalam masyarakat terutamanya golongan miskin. Melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad menceritakan tentang keadaan kampung Banggul Derdap seperti juga kampung-kampung tradisional yang lain pada masa itu, hidup dengan flora dan fauna yang mengambarkan keindahan namun hidup masyarakatnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu terpaksa bergelumang dengan selut di bendang dan bermandikan keringat di bawah terik matahari. Dengan tulang empat kerat, mereka bergelut melawan serangan burung tiak dan bencana alam seperti banjir dan kemarau. Contoh kesusahan tersebut dapat dilihat melalui petikan dibawah;

Page 8

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Demikian apa yang saya teringat tentang Banggul Derdap...Tapi kalau hujan turun dengan lebatnya di sebelah hulu Sungai Ceper, air sungai deras melimpah membawa kotoran yang terlalu banyak sampah sarapnya. Air itu kerabat tebing, menjalar masuk bendang. Kalau musim padi sedang menguning, banyak pokok padi yang rebah, banyak buahnya yang rosak dan banyak tengelam begitu saja. Orang kampung cuba melawan banjir tetapi banjir lebih kuat. (Shahnon Ahmad. 1991 : 5)

Selain daripada masalah kemiskinan, dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon juga telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Begitu kasihannya penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi penduduk Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat tani pada ketika itu.

Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padipadi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ; Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. ...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu

Page 9

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

sehingga (Shahnon Ahmad. 1995:185)

sekarang.

Menurut Shahnon Ahmad sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini.

*Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990 : 1) Sasterawan Negara yang ke-2 ini, dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Pengaruh daripada latar kehidupan beliau yang berasal dari kampung, sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat desa khususnya. Bahagian Teori dan Kritikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Seminar Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Bagi mengungkapkan pemikiran dan idealisme pengarang tersebut. Skop seminar meliputi perbincangan karya Shahnon dalam pelbagai genre yang dikupas melalui pelbagai teori dan pendekatan. Antaranya teori feminisme, pascakolonial dan teori kritikan tempatan, konseptual kata kunci oleh Mohd. Mokhtar Hasan.

Page 10

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam seminar Pemikiran Shahnon Ahmad tersebut, Mohd Riduan Khairi mengulas bahawa pengarang besar adalah pengarang yang mampu mengangkat nilai sejagat (universal) dalam karyanya. Dari kanvas Banggul Derdap melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon Ahmad mengambil latar kampung kelahirannya ini dalam menggambarkan nilai kemanusiaan, isu kemiskian, keadilan dan kepimpinan dilorek dengan bagitu baik sekali. Daya visualisasi Shahnon Ahmad sangat cemerlang dalam memberi gambaran dan perasaan. Contohnya ,kegilaan Jeha dan deritanya Lahuma yang busung kakinya ditulis kemas tanpa meninggalkan walau setitis nanah pun yang mengalir, melainkan itu semua dicatat oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya. Seminar anjuran DBP ini turut dihadiri dua orang Sasterawn Negara yang lain iaitu Arena Wati dan S Othman Kelantan. Dalam komennya S. Othman Kelantan memuji daya

kepengarangan Shahnon Ahmad yang mampu mengembangkan satu titik menjadi titik-titik yang lain. Seminar sehari ini diusahakan atas asas untuk membaca dan menilai semula kefahaman para sarjana dan khalayak terhadap pengisian novel Ranjau Sepanjang Jalan di era baru. Kegemilangan novel itu adalah selari dengan kegemilangan dan kecemerlangan yang dicapai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan USM. Hakikatnya, novel itu bukan saja telah menempatkan nama Shahnon Ahmad sendiri sebagai sasterawaan terbilang tetapi juga novel itu telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan dunia sastera tanah air di persada antarabangsa. Selaras dengan usia itu, Bahagian Kesusasteraan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Utara mengambil inisiatif untuk mengimbau, menilai, menikmati dan membaca semula karya dari pelbagai aspek kehidupan. Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13 Mei 1969. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan manusia- manusia riak.

Page 11

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Sasterawaan Negara Datuk Shahnon Ahmad merupakan antara ikon dalam perkembangan kreatif dan perkembangan bidang pendidikan serta kritikan sastera mutakhir tanah air. Karyakaryanya dalam genre novel dan cerpennya mewakili aspirasi, pemikiran dan idealisme masyarakat atau dengan kata lain sebagai lidah untuk menyuarakan pelbagai polemik sosial di negara ini. W.S. Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek di dalam menghadapi sesebuah karya seni. Pertama, melihat secara luas sosiologi sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya. Riwayat hidup pengarang dapat memperjelas kenapa sesebuah karya itu dihasilkan, status sosial serta nilai-nilai kehidupan pengarang dapat memberi keterangan tentang sikap dan erti karyanya. Oleh demikian, meninjau diri seseorang pengarang memang merupakan kaedah yang amat membantu pendekatan ini kerana terhasilnya sesebuah karya kesusasteraan adalah kerana penulisnya. Lantas penjelasan tentang personaliti dan kehidupan penulis menjadi kaedah tertua di dalam pengkajian kesusasteraan. Sebagai contoh, pengakuan Shahnon Ahmad di bawah ini memberi kesan mendalam kepada pembaca bahawa gambaran Shahnon dalam Ranjau Sepanjang Jalan bukan semata-mata imaginasi pengarang, tetapi bukti bahawa pengarangnya pernah hidup di Banggol Derdap. Oleh sebab itu, beliau dapat menggambarkan sejelas mungkin kehidupan petani di Banggul Derdap secara lahiriah dan batiniah. Aku dilahirkan serta dibesarkan di sebuah kampung kecil bernama Banggol Derdap. Selama tiga puluh enam tahun kebelakangan ini aku tidur dan makan minum bersama-sama dengan orang Melayuku yang buta huruf dan mundur itu mereka terbiar di tengah-tengah penyakit yang bermaharajalela

Page 12

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Rumusan Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas serta berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan yang tegas dan adakalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (univeral). Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis. Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt" Itulah prinsip hidup Lahuma iaitu watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Watak-watak di dalam novelnya selain dari diselubungi kemiskinan juga sering ditimpa bencana seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit. Menurut penulis, beliau banyak mendapat ilham daripada kehidupannya dan juga ibunya yang sentiasa berkerja keras untuk keluarga sebagai bahan bagi karyanya itu.

Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah, kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi.

Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bangkit dan merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangkan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Kelemahan golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan kampung. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Itulah pemikiran dan hala tuju yang hendak disampaikan oleh Shahnon Ahmad.

Page 13

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

Rujukan

DBP anjur Seminar Pemikiran Shahnon . utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1108&pub=Utusan... - Cached [20.6.2011] ranjau sepanjang jalan budaksedih.multiply.com/journal - Cached [20.6.2011] PUsat Rujukan Persuratan Melayu @DBP http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lumpur&d=5 [21.6.2011]

ESEI : SUMBANGAN SHAHNON AHMAD DALAM MENGANGKAT ISU KEMISKINAN DALAM NOVEL PILIHAN http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-alam.html [21.66.2011]

Shahnon Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=719 [22.6.2011]

Page 14

You might also like