P. 1
Sec3101 Nota Lengkap

Sec3101 Nota Lengkap

1.0

|Views: 12,893|Likes:
Published by kfaidzal

More info:

Published by: kfaidzal on Oct 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/01/2015

pdf

text

original

Seperti respirasi aerobik, respirasi anaerobik juga mempunyai banyak kepentingan

dalam kehidupan seharian.

1. Proses penapaian.

Penapaian mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perindustrian. Etanol

yang dihasilkan digunakan untuk menyediakan minuman beralkohol seperti wain

dan bir. Yis pula digunakan untuk membuat roti kerana karbon dioksida yang

dibebaskan akan menghasilkan rongga di dalam roti dan menjadikannya lembut.

Penapaian oleh bakteria pula berguna dalam penghasilan cuka, tairu, keju dan

mentega.

2. Aktiviti yang aktif.

Semasa aktiviti otot yang giat, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung

akan bertambah cepat untuk membekalkan lebih oksigen kepada otot. Namun

begitu kuantiti oksigen yang diperlukan oleh otot jauh melebihi kuantiti oksigen

yang dibekalkan kepadanya. Dalam keadaan ini sel otot terpaksa berespirasi

secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan.

3. Tumbuhan yang terendam ketika banjir.

Semasa banjir tumbuhan yang ditenggelami air dapat hidup selama beberapa

hari dengan berespirasi secara anaerob. Namun jangka masa pernafasan secara

anaeron ini hanya dapat bertahan dalam satu tempoh yang terhad.

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

78

Latihan 6.2

Ali adalah peserta Rumah Kuning bagi acara sukan di sekolahnya. Dia mengambil

bahagian dalam acara larian 100m. Selepas tamat berlari dalam acara tersebut Ali

tercungap-cungap selama beberapa ketika. Huraikan tentang mekanisma pernafasan

Ali dan mengapakah perlunya dia bernafas secara yang demikian.

Sediakan jawapan anda untuk dibincangkan dalam tutorial yang akan datang.

Buku Rujukan

Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application.
Second Edition. Hodder Education, London.

Voet. D dan Voet.J.G (1990). Biochemistry.John Wiley & Sons, Inc.

Layari Internet

http://avonapbio.pbworks.com/w/page/9429473/Mitochondria:-The-Powerhouse-of-a-Cell

http://ict4us.com/r.kuijt/en_krebs.htm

Tamat Topik 6

79

TOPIK 7

PERTUMBUHAN

Sinopsis

Pertumbuhan merupakan satu proses sesuatu organisma berkembang dari bentuk

ringkas kepada bentuk yang lebih kompleks. Pertumbuhan memberikan perubahan

kuantiti samada fizikal atau abstrak kepada sesuatu organisma. Pertumbuhan berlaku

pada tumbuhan dan haiwan mengikut corak pertumbuhan tertentu. Pelbagai lengkungan

pertumbuhan yang berbeza boleh diperolehi daripada pertumbuhan tumbuhan dan

haiwan. Pelbagai parameter untuk mengukur pertumbuhan seperti tinggi, berat, dan luas

permukaan boleh digunakan untuk membina lengkungan pertumbuhan organisma.

Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang takrif pertumbuhan, jenis lengkungan

pertumbuhan dan corak pertumbuhan pada tumbuhan dan haiwan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan definisi pertumbuhan.

2. Menjelaskan pola pertumbuhan dan jenis lengkungan pertumbuhan organisma.

3. Menghuraikan pertumbuhan biji benih dari segi pertambahan tinggi, bilangan

daun dan saiz batang.

4. Mengenalpasti keadaan yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan yang

sihat.

5. Mengenalpasti keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih.

80

Ringkasan Topik

Rajah 7.1: Ringkasan Isi Kandungan

7.1 Definisi Pertumbuhan

Pertumbuhan merupakan salah satu ciri bagi benda hidup yang mana berlaku satu perubahan

tetap ke atas sesuatu organisma yang melibatkan pertambahan bilangan sel, saiz, dan

fungsi secara tidak berbalik. Pertumbuhan organisma samada tumbuhan atau haiwan adalah

berbeza untuk organisma unisel dan mulltisel.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->