P. 1
Sec3101 Nota Lengkap

Sec3101 Nota Lengkap

1.0

|Views: 12,842|Likes:
Published by kfaidzal

More info:

Published by: kfaidzal on Oct 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/01/2015

pdf

text

original

Sebilangan haiwan boleh terbang di udara seperti burung dan serangga. Haiwan

yang boleh terbang di udara memiliki beberapa ciri yang istimewa. Burung

mempunyai rangka dalam dan terbang di udara untuk mendapat makanan,

pembiakan dan mengelakkan diri daripada pemangsa.

Perhatikan Rajah 14.19 yang menunjukkan seekor burung yang terbang.

Rajah 14.19: Burung mempunyai ciri-ciri penyesuaian untuk penerbangan

Apakah ciri-ciri penyesuaian burung yang membolehkan penerbangan?

(i)

Badan burung berbentuk larus mengurangkan geseran dalam

penerbangan

(ii) Bulu pada badannya licin dan memudahkan udara mengalir pada

permukaan badannya.

(iii) Burung mempunyai otot dada yang besar dan kuat untuk menggerakkan

sayapnya ke atas dan ke bawah. Pergerakan kedua-dua jenis otot

pektoralis major dan minor membolehkan burung terbang di udara.

Rajah 14.20 menunjukkan tindakan otot semasa sayap diturunkan.

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

183

Rajah 14.20: Pengecutan dan pengenduran otot pektoral major dan minor

menggerakkan sayap ke atas dan ke bawah.

(iv) Burung mempunyai sayap yang lebar dan berbentuk aerofoil. Ini

menghasilkan daya angkat yang kuat untuk membolehkannya terapung di

udara semasa terbang. Lihat Rajah 14.21

Rajah 14.21: Sayap berbentuk aerofoil

5. Badan di naikkan

1. Otot pektoral major mengecut

2. Sayap diturunkan

3. Rintangan udara
memberi
daya tujahan
kepada sayap

Tulang
coracoid

Otot pektoral minor
(menaikkan sayap)

Otot pektoral major
(menurunkan sayap)

4. Upthrust disebarkan
dari sayap ke
coracoid

Daya Angkat

Udara laju, tekanan
rendah

Udara perlahan,
tekanan tinggi

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

184

(v). Burung menyimpan kaki di belakang badannya semasa penerbangan.

(vi) Bulu pelepah juga bertindak sebagai penebat yang memelihara badannya

tetap panas, supaya burung dapat menghasilkan tenaga yang cukup

untuk terbang.

(vii) Bulu pelepah pada ekor dan kepak menambahkan luas permukaan

sayap untuk mengekalkan burung berada di udara.

(viii) Bulu sayapnya berlilin dan kalis air dan tidak meresap air semasa hujan.

(ix) Burung mempunyai badan yang kecil dan ringan. Tulang-tulang burung

mempunyai banyak rongga yang menjadikannya ringan tetapi tidak

menjejaskan kekuatan tulang.

Rehat

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

185

.

Latihan 14.5

1. Dengan merujuk kepada contoh yang sesuai, bandingkan jenis-jenis

rangka haiwan

2. Nyatakan kepentingan sistem rangka seekor harimau dari segi

kemandirian spesies.

3. Terangkan dengan contoh apa yang anda fahami dengan kenyataan

ini:

“Pengecutan dan pengenduran otot rangka secara berpasangan
menghasilkan pergerakan”

4. Yang manakah menunjukkan padanan betul:

(i)

sendi engsel – sendi punggong

(ii) sendi berserabut- sendi tenggorak

(iii) sendi bola lesung- sendi bahu

(iv) sendi rawan - vertebra

(v) sendi sinovia- sendi siku

5. Terangkan ciri-ciri bagi badan haiwan-haiwan berikut yang membantu

pergerakan mereka:

(i) ikan tilapia

(ii) katak

(iii) burung merpati

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

186

6. Labelkan gambarajah berikut:

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

187

Buku Rujukan

Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and
Applications.Hodder Murray. London

Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson
Education Asia Pte Ltd.

Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill

Raven, P. H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th
eds.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://www.getbodysmart.com/ap/skeletalsystem/skeleton/introduction/tutorial.ht

ml

http://www.wisc-online.com/objects/ViewObject.aspx?ID=AP13404

http://woostermiddle.stratfordk12.org/Content/The_Human_Body.asp

http://hrsbstaff.ednet.ns.ca/sdosman/Higher%20level%20BIO/Topic%20B.1notes

.htm

http://www.jeffsims.net/flash/skeleton.html

http://classroom.sdmesa.net/eschmid/Chapter7-Zoo145.htm

http://www.biology-resources.com/

http://www.moundstreet.k12.oh.us/6060701019103839/lib/6060701019103839/_f
iles/14_-_Birds.pdf

Tamat Topik 14

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

188

TOPIK 15

GERAKBALAS

TUMBUHAN

KEPADA

RANGSANGAN

Sinopsis

Tumbuhan bergerakbalas dengan pelbagai cara kepada rangsangan daripada

persekitaran seperti cahaya, graviti, air and sentuhan. Dalam topik ini anda akan

mempelajari tentang tiga jenis gerakbalas tumbuhan iaitu tropisme, nasti dan

taksis.

Hasil Pembelajaran

1. Jelaskan pelbagai cara tumbuhan bergerak terhadap rangsangan

daripada persekitaran iaitu tropisme, nasti dan taksis

2. Huraikan cara bagaimana tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya, air,

graviti dan sentuhan

Ringkasan Keseluruhan

Rajah 15.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan

Gerakbalas Tumbuhan

Kepada Rangsangan

Tropisme

Nasti

Taksis

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

189

Pengenalan

Haiwan dan tumbuhan hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Ada

perubahan yang mendatangkan manfaat dan ada juga perubahan yang

membahayakan. Kebolehan haiwan dan tumbuhan untuk mengesan perubahan

dan membuat gerakbalas yang sesuai adalah penting untuk kemandiriannya.

Tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan daripada persekitaran seperti

cahaya, graviti, air dan sentuhan. Ada tiga jenis gerakbalas tumbuhan iaitu

tropisme, nasti dan taksis. Lihat Rajah 15.2.

Rajah 15.2: Gerak Balas Tumbuhan

GERAK BALAS
TUMBUHAN

NASTI

TROPISME

Gerak balas sebahagian
puchok atau akar terhadap
rangsangan
Arah pertumbuhan
bergantung kepada arah
rangsangan
Contoh: fototropisme,
geotropisme, dan
tigmotropisme

TAKSIS

Gerak balas sebahagian
tumbuhan terhadap
rangsangan
Arah gerakan tidak
bergantung kepada arah
rangsangan
Contoh: fotonasti,
seismonasti, termonasti,
dan niktinasti

Gerak balas

keseluruhan
organisma
mendekati
atau menjauhi sesuatu
rangsangan
Contoh: fototaksis,
kemotaksis, hidrotaksis,
dan termotaksis

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

190

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->