P. 1
jenis-jenis makna

jenis-jenis makna

|Views: 123|Likes:
Published by Salinah Jaafar

More info:

Published by: Salinah Jaafar on Oct 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2013

pdf

text

original

Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna

jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata „makna‟ memberi erti „maksud‟ atau „erti‟. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacammacam pengertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam bukuThe Meaning of Meaning (1956) pernah memberikanpengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.

Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud „kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang membawa maknasignificant iaitu „penting‟ atau „beerti‟ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, „sema‟ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenisjenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat.

ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi.a) Makna Konsepsual Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. iaitu „ segitiga semiotik‟. Selain itu. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923). Makna „konsep‟ adalah mencakup komponen seperti benda. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et. Sebab itulah dalam formulasi „segitiga semiotik‟ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Bagi penutur tindakan pertama ialah . Kita tidak mungkin dapat menentukan makna. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan „kata‟ dan „benda‟ melalui perantaraan konsep pemikiran. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Contohnya. wanita dewasa. memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. keadaan. proses. wanita bekerjaya. Contohnya „wanita‟ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. Contohnya perkataan wanita dan perempu a n mempunyai makna yang sama iaitu „manusia dewasa yang bukan laki. 1990). atau konsep lainnya (Abdul Chaer. 2005). wanita sopan. Sintaksis. konotasi antara „wanita‟ dan „perempuan adalah berbeza. Leech (1974). prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. tindakan. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. mengaitkan „konsep‟ dengan dua prinsip iaitu.laki‟ (Kamus Dewan. 2001).al. dan Semantik. Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual. prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik seseorang. konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik.. Tetapi sekiranya digunakan perkataan „perempuan‟.

gambaran. maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana.al. 2005) b) Makna Konotatif Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa.mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang2hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. atau pernyataan. peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi. 2004). kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. perlambangan.. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono. (Kamus Dewan.al..dalamberjalan. maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. 2004). dan pemajmukan. memahami. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya. baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim. Dalam menganalisis ayat.ber. Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. memutus buah fikiran. Misalnya. Contohnya seperti. atau menyatakan sesuatu yang lain. (Kushartanti et. Perkataan perempuan . Tanpa konsep. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya.rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi. pengimbuhan. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. representasi sintaksis. kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. 2005). Bagi seorang pendengar pula. proses ini beralih. iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. menggambarkan. dan representasi semantik. penggandaan.

Perkataan ini pada asalnya membawa maksud „mendekati Allah. (Kamus Dewan. duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran. maksud perkataan ini telah berubah. perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit. dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. jijik. makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Makna konotatif tidak stabil. bertafakur (Kamus dewan. iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). 2004). Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Bagi umat Islam. Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. sedap di dengar. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu. tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. bervariasi menurut budaya. kotor. najis atau sesuatu yang negatif. Ketiga. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Bagi masyarakat yang beragama Islam. Contohnya perkataan „khalwat‟. Kedua ialah. nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. tempoh masa dan pengalaman individu. Contohnya. Contohnya. oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu. 2004). Tetapi pada hari ini. 2004).mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. makna konotatif bersifat periferal. Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. babi itu haram. Penggunaan kata-kata halus. iaitu „pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi. .

Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif. kedua-dua perkataanperempuan danwanita mempunyai makna denotatif yang sama. Apabila perkataan mempunyai referen. Samalah juga bagi perkataan „melantak‟. walaupun . Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung. „sarapan‟. tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. „makna asal‟ . Nilai rasa ini sudah menurun. kasut dan pakaian. ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain. pendengaran. menurut penglihatan. Contohnya. maka ia juga disebut „makna sebenar‟ . Tetapi sekarang. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan. Tetapi perkataanmelantak itu lebih kasar. perasaan atau pengalaman lainnya.c) Makna Denotatif Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa. tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. 2004). cerdik. kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. 2004). Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. „makan‟. Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang . (Nik Safiah Karim. cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. Contohnya beg. Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim. Contohnya. suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis didengar. iaitu „manusia dewasa bukan laki-laki‟. tidur. namun. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Dengan kata lain makna denotatif ialah „makna sebenarnya‟. Perkataan yang tidak mempunyai referen. atau „soru‟. Merujuk kepada Makna Referensial pula. Begitu juga dengan perkataangadis danperawan yang bermaksud „wanita yang belum bersuami‟ dan pasangan perkataanisteri dan bini yang bermaksud „wanita yang mempunyai suami‟. maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. seperti kerana. „makna mutlak‟ atau „makna dasar‟.

Contohnya. status ( bahasa diraja. fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada. tidak penyabar. 1994). kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat. Dialek.al.Dalam konteks ini.diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja. Hoi. perungus. Benci sunggung aku melihat muka kau!. ceramah dan sebagainya). hubungan sosial antara penutur dan pendengar. Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar.al. dialek atau bahasa baku. slanga. maka perkataan „kambing hitam‟ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et. dan modalitas (bahasa syarahan. jargona). slanga. tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu „orang yang dipersalahkan‟. atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. laras (bahasa undang-undang. kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan.. Daripada makna stilistik ini. kambing hitam. makna yang sesuai dengan referennya. makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam. (Robert Sibarani et. Pertama. tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. jargona. sains. dan tempoh masa ia dituturkan. Namun penilaian kita berbeza apabila . berjenakan. dialek yang digunakan. 2003). Kedua. fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu. d) Makna stilistik Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad. media (samada yang dituturkan. ditulis dan sebagainya). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon. perubatan). mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu. dan penglibatan (dialog atau monolog). atau status seseorang6 dapat menentukan siapa orang itu. Contohnya ayat ini. kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah. 2005). 1992). atau orang ini. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya.. Ketiga.

aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata). Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. dan pemurah. „rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya ”. baik hati. mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. status. Contohnya. kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif. kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. sedangkan korupsi. bahawa penutur seorang yang baik hati. intonasi. Perasaan seseorang penutur. dialek. termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. Maka faktor intonasi. ‟Teh nikmat berkhasiat‟. Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada. Contohnya. kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif ( Kushartanti et. keluarga yang baik-baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. Benci sungguh aku melihat muka kau!. 2005). pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat.al. Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif. Contoh. e) Makna Afektif‟ Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi. ikhlas.al. loghat. dan latar belakang penutur. Hoi.. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi. 1997). 2005). berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi.. . bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et. Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur.terhadap ujaran yang positif. dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Kata jujur. tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan samada kita „suka‟ atau „tidak suka‟ kita pada seseorang.

(Ayat pasif) Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh ayat. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain). Contohnya bahasa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk. ayat aktif dan ayat pasif. baayar kurang! Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu. Tekanan boleh menukar makna. 2005).f) Makna Tematik Tematik bermaksud „apa yang dikomunikasikan‟ dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. 2005). sikap.pengetahuan dan pengalaman seseorang. makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif. Tetapi bagi ayat pasif pula. Selain tekanan. Menurut Setiawati Dermojuwono. Contohnya. Contohnya.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo. soalannya ialah. panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik. i) ii) Ibu membeli kuih. g) Makna Asosiatif Menurut Leech (1976). makna stilistik. soalannya ialah. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi.. makna refleksi dan makna kolokatif. tekanan emosi dan sebagainya. makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti. 1997). Caaaakap banyak. susunan kata. 2003). et. . Keadaan ini berlaku apabila penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan. fokus dan tekanan.Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat.Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis. Bagi ayat aktif.al. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat. siapa yang membeli kuih?.(Ayat aktif) Kuih dibeli oleh ibu. latar belakang. ibu membeli apa?. makna afektif.

makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan kata tertentu... perkataan „buaya‟ dikaitkan dengan „jahat‟ atau „ganas‟ atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. norma. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif. Tetapi perkataan .Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan. reflektif dan kolokatif. Interpretasi bagi sebuah puisitidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. nada dan intonansi. dan ekonomi masyarakat.keadaan. 2005). ( Kushartanti et. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran. afektif. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu.al. stilistik.al. Perubahan makna kata boleh menyempit atau meluas (Kushartanti et.makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Melalui perubahan makna kata. kita dapat menyelusuri perubahan nilai. Begitu juga dengan kata „mawar‟ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan „bersih‟ dan „suci‟. Contohnya. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna. lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. 2005) h) Makna Etimologis Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari aspek sejarah kata. keadaan sosiopolitik. Contohnya perkataan „berkhalwat‟.

“Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam”. Contohnya. . Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna.ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi. nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->