You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH(KMK)
17 Mac 2005 – 19 Mac 2005

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah (KMK)
untuk memohon pertimbangan bagi kelulusan aktiviti dan kewangan bagi
menjayakan Hari Terbuka KMK.

2.0 LATAR BELAKANG

Program yang penuh gilang gemilang ini dirangka, atas tuntutan sosial yang
seharusnya dipenuhi. Kolej Matrikulasi Kedah yang baru berusia 2 tahun ini
memerlukan lebih banyak pendedahan serta komunikasi dengan penduduk
sekitarnya. Justeru, program ini di rangka dengan harapan agar dapat memberi
sedikit sebanyak manfaat kepada warga kolej dan penduduk setempat. Program
seumpama ini turut memberi peluang kepada para penuntut kolej khususnya untuk
mendapat mendedahan kepada dunia luar, selaras dengan matlamat kolej iaitu
melahirkan generasi yang berkualiti dalam segenap aspek Diharapkan dengan
jayanya program ini, ia menjadi simbol kesungguhan warga kolej dalam
merealisasikan matlamat rersebut.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkenalkan KMK kepada pihak luar khususnya penduduk setempat sekitar
kawasan kolej.
3.2 Mengeratkan tali silaturrahim antara masyarakat dan warga kolej.
3.3 Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar serta pihak pentadbiran.
3.4 Mewujudkan medan integrasi yang lebih kukuh dalam usaha menjana perpaduan
yang lebih utuh di kalangan warga kolej matrikulasi-kolej matrikulasi dan
masyarakat sekitarnya.
3.5 Memberi pendedahan awal kepada pelajar kolej dalam bidang keusahawanan.
3.6 Menjadikan Kolej Matrikulasi Kedah sebagai medan pertemuan dari seluruh
pelusuk Malaysia.

4.0 TARIKH

Program ini akan diadakan pada 17 Mac 2005 hingga 19 Mac 2005

1
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa program adalah terdiri daripada para pensyarah serta pelajar


Kolej Matrikulasi Kedah dengan kerjasama daripada pihak luar. Seramai 500 orang
pelajar berperanan sebagai penggerak setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang
program. Satu jawatankuasa induk dibentuk dan akan disokong oleh jawatankuasa-
jawatankuasa kecil bagi memastikan kesinambungan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.

Sila rujuk Lampiran 1

6.0 KONSEP PROGRAM

Program yang dijalankan adalah berkonsepkan Informasi.

7.0 TENTATIF

Pengisian program disusun dengan rapi, selaras dengan objektif program untuk
memberi manfaat kepada warga kolej mahupun masyarakat setempat. Justeru,
pengisian yang dimuatkan dalam program ini diselaraskan bersesuaian dengan
semua peringkat masyarakat termasuk kanak-kanak, pelajar peringkat sekolah dan
pengajian tinggi serta golongan dewasa.

Rujuk lampiran 2

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Setiap aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan dengan kerjasama seluruh


warga kolej dan pihak luar. Setiap aktiviti akan dikendalikan oleh jawatankuasa
pelajar yang berasingan bagi memastikan kelancaran aktiviti-aktiviti tersebut.
Setiap jawatankuasa tersebut akan dibantu oleh pensyarah yang lebih
berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti seumpamanya.

9.0 PENYERTAAN

Bertepatan dengan konsep dan objektif program, Hari Terbuka KMK melibatkan
penyertaan yang meluas, tidak terbatas pada warga kolej sahaja. Sebaliknya program
ini turut memberi peluang kepada semua pihak termasuk bank-bank tempatan,
kakitangan kerajaan dan swasta serta badan-badan berkanun di sekitar utara
semenanjung Malaysia.

Sila rujuk lampiran 3.

2
10.0SUMBER KEWANGAN

Perbelanjaan program ini diperolehi daripada beberapa sumber termasuk Tabung


Amanah Pelajar, Pengurusan kolej, tajaan dan sumbangan daripada individu dan
syarikat-syarikat perniagaan. Selain itu, setiap penyertaan para pelajar dan
pengunjung dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dikenakan bayaran dengan kadar
tertentu, sebagai sumber alternatif dalam memperoleh sumber kewangan bagi
menjayakan program ini.

Sila rujuk lampiran 4.

11.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan diperlukan bagi mendapatkan peralatan untuk setiap aktiviti yang


dijalankan serta menjaga kebajikan para urusetia dan jawatankuasa yang bersama-
sama menggembling tenaga bagi menjayakan program ini. Selain itu, peralatan
yang lengkap juga diperlukan untuk memastikan kelancaran setiap pengisian yang
dimuatkan dalam program ini, sekaligus dapat menaikkan nama baik Kolej
Matrikulasi kedah.

Sila rujuk lampiran 5.

12.0PENUTUP

Setinggi-tinggi harapan dari pihak Jawatankuasa Pelaksanaan Hari Terbuka


KMK, untuk Tuan Pengarah meluluskan kertas kerja serta lampiran kewangan yang
dibentangkan. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
objektif secara optimum.

3
Disediakan oleh,

………………………………
(MAIMANAH BT. MOHD RASHID)
Setiausaha,
Hari Terbuka,
Kolej Matrikulasi Kedah.

Disemak oleh,

…………………………
(ZAKARIA B ISMAIL)
Pengarah,
Hari Terbuka,
Kolej Matrikulasi Kedah.

Diluluskan oleh,

………………………………………..
(TN HJ ABDUL WAHAB B SUNGIP)
Pengarah,
Kolej Matrikulasi Kedah.

You might also like