You are on page 1of 4

PERLAKSANAAN BAITULMAL PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA' AL RASYIDIN,BANI UMAYYAH,BANI ABBASIYAH

PENDAHULUAN Baitulmal bermaksud perbendaharaan dan merupakan institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan harta umum. Baitulmal merupakan perbendaharaan negara Islam yang berfungsi untuk pembangunan malah merangkumi segala kegiatan pembangunan negara dari segi ekonomi,infrastruktur,pendidikan,pertahanan,perkhidmatan awam,dan sebagainya KHULAFA' AL RASYIDIN Khalifah Umar Al Khattab telah menyediakan buku kira-kira negara untuk mengetahui wang keluar dan wang masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Sumber utama kewangan negara yang di simpan di dalam Baitulmal diperoleh daripada orang Islam melalui pendapatan seperti zakat harta benda seperti emas dan perak,zakat pertanian dan penternakan manakala daripada orang bukan Islam pula diperoleh melalui jizyah (cukai perlindungan), dan kharaj (cukai tanah).Di samping itu,'usyur (cukai perniagaan) pula di kenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam mengikutt kadar yang ditentukan oleh pihak pemerintah. Baitulmal juga memperoleh hasil daripada ghanimah (harta rampasan perang),al-fay'(harta rampasan daripada pihak musuh tanpa perang),harta peninggalan orang mati yang tiada waris,dan harta karun. Pada zaman Khulafa' al Rasyidin,terdapat beberapa ciri-ciri khas dalam perlaksanaan Baitulmal. Para Khulafa' Al Rasyidin dan para sahabat beranggapan bahawa Baitulmal merupakan amanat Allah s.w.t. Kaum Muslimin tidak mengizinkan kemasukan sesuatu ke dalamnya atau pengeluaran sesuatu daripadanya yang bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh syariat. Mereka mengharamkan tindakan para pengusaha yang menggunakan Baitulmal untuk mencapai tujuantujuan peribadi mereka. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab,beliau melarang para tentera memiliki tanah dan rumahrumah daripada rampasan perang. Khalifah Umar memiliki undang-

undang ekonomi yang sesuai dengan masalah negara pada masa itu. Khalifah Umar membiarkan tanah di negeri-negeri yang ditaklukinya diusahakan oleh pemilik asalnya dan melarang kaum Muslimin memilikinya. Sebagai galang gantinya,mereka akan mandapat elaun atau gaji daripada Baitulmal. BANI UMAYYAH Perlaksanaan Baitulmal yang diusahakan oleh Khulafa' al Rasyidin telah diteruskan oleh khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah,Muawiyah bin Abi Sufyan. Pada zaman Bani Umayyah,Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil pendapatan negara.Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan menggendalikan institusi. Sumber Baitulmal yang diperoleh pada zaman Bani Umayyah adalah sama seperti zaman Khulafa' Al Rasyidin. Sebahagian besarnya diperoleh daripada cukai di wilayah jajahan takhlukan kerajaan Bani Umayyah.Semua perbelanjaan di wilayahwilayah berkenaan diambil daripada hasil wilayah tanah jajahan itu sendiri,sementara baki perbelanjaan itu akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk disimpan di perbendaharaan negara,Baitulmal. Pada zaman Bani Umayyah,Baitulmal amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.Misalnya,semasa pemerintahan Khalifah Khalid al Walid,beliau telah menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Di samping itu,pasukan tentera laut telah ditubuhkan semasa pemerintahannya yang merangkumi 800 buah kapal untuk menentang angkatan laut Byzantine. khalid al Walid telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria,Mesir,Afrika,dan sebagainya. Semua perbelanjaan ini memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal. Sementara itu,pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, langkah berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran telah diambil. langkah berjimat cermat ini telah banyak mempengaruhi sikap para pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat jelata. ketegasannya memecat pegawai yang tidak amanah juga telah membantu menjimatkan wang kerajaan. Beliau turut merancang beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat jelata seperti membuka ladang-ladang baru,memperbaiki dan membina saluran air,membina jalan-jalan raya bagi memudahkan pengangkutan dan aktiviti perdagangan. Bagi mengatasi masalah

kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal,beliau telah menyerahkan sebahagian besar daripada kekayaannya dan barang kemas isterinya kepada Baitulmal. Beberapa bidang tanahnya di Khaibar yang diberikan oleh ayahandanya telah dijadikan harta Baitulmal.Beliau juga tidak mahu mengambil apa-apa bayaran sama ada dalam bentuk gaji atau elaun daripada Baitulmal. BANI ABBASIYAH Khalifah pertama yang mengambil alihkuasa pemerintahan Abbasiyah ialah Khalifah Abu al Abbas al Safiah ( 750-754 M). Pada masa pemerintahan beliau sumbangan yang diberikan terhadap Baiulmal tidak ke arah positif. Beliau lebih cenderung membelanjakan wang kerajaan khususnya bagi tujuan ketenteraan. Bagi menarik minat tentera,beliau telah menaikkan gaji tentera Khurasan kepada 80 dirham sebulan. Hal ini memastikan angkatan tentera yang terlibat dengan revolusi tidak akan meninggalkan medan peperangan. Semua perbelanjaan ini melibatkan wang perbendaharaan negara. Khalifah yang menggantikan Abu al Abbas ialah Khalifah Abu Jaafar. Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada asalnya terletak di Anbar. Pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al Mansur, pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah dipindahkan ke Baghdad. Baghdad merupakan kawasan yang subur dan mudah menjalinkan perhubungan dengan kawasan-kawasan yang lain. Pembinaan kota Baghdad telah menelan belanja sebanyak 10 juta dinar. Seorang pegawai kewangan telah dilantik untuk menguruskan kewangan negara.Sistem ekonominya adalah berdasarkan sistem ekonomi kewangan. Menurut sistem ini,pihak petani dikenakan cukai tanah (kharaj), dan kaum pedagang dikenakan cukai perdagangan (usyur) dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka. Cukai-cukai ini menambahkan hasil kewangan perbendaharaan negara,Baitulmal. Khalifah Abu Jaafar sendiri telah memegang jawatan khatib dan menjadikan segala urusan negara dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat atau khalifah. Ketika Khalifah Al Mahdi menjadi pemerintah,beberapa pembaharuan telah dilakukan dan pembaharuan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada Baitulmal. Antara pembaharuan yang telah dibuat ialah Jabatan Akauntan Negara telah ditubuhkan bagi mengawal akaun setiap jabatan kerajaan. Sistem Muqasamah (perkongsian) telah diperkenalkan ke atas hasil pertanian di Iraq. Cukai dikenakan ke atas petani berdasarkan hasil pendapatan yang sebenar setelah ditolak

perbelanjaan yang diperlukan. Cukai tersebut melibatkan hasil buahbuahan dan sayur-sayuran. Cukai ke atas binatang ternakan seperti lembu,kambing, atau biri-biri yang diniagakan di pasar-pasar dan kedai-kedai di baghdad turut dikenakan. Pembaharuan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada Baitulmal kerajaan Abbasiyah. TERIMA KASIH. SEMOGA KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA, AMIN...

You might also like