Tajuk Tutorial 1: PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P

Definisi teknologi
Mengikut Galbraith (1967) „technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu „total system‟ pengajaranpembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali.

Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:  Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.  Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
1

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

‘Instructional technology is the theory and practice of design.6 .      Domain Reka Bentuk Domain Pengembangan Domaian Penggunaan Domain Pengurusan Domain Penilaian 2 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. 1994.Definisi teknologi pengajaran Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002). management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan Richey. utilization. pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.-Izyan | G4. development. penggunaan.1) Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk.Sheila Nurul. pengembangan. p.

ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional. kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran. Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. Domain pengembangan Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain pengembangan atau pembinaan. sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran. Bahan instruksional terdiri dari bahan cetak.-Izyan | G4. kandungan.Sheila Nurul. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu:  Reka bentuk sistem instruksional  Reka bentuk mesej  Strategi instruksional dan  Ciri-ciri pelajar Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik untuk menganalisis. satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar.6 3 . bahan pandang dengar.Domain Reka Bentuk Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka bentuk. satu unit pelajaran. mereka bentuk. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran. domain pembelajaran. melaksana dan menilai bahan instruksional. pengetahuan. membina. bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia. Bidang ketiga iaitu strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan.

penyusunan.Domain penggunaan Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Domain Penilaian Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Domain Pengurusan Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan. bahan dan perkakasan media dan persekitaran untuk meningkatkan suasana pembelajaran. penilaian penggunaan media.-Izyan | G4. penilaian kriteria. Penggunaan adalah tindakan menggunakan kaedah dan model instruksional. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran. penyelarasan dan penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan tersusun dan berkesan. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar.6 . 4 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. penilaian formatif dan penilaian sumatif.Sheila Nurul. penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan.

particularly.6 . 12) Definisi 2002 telah menampilkan beberapa konsep baru yang tidak terdapat dalam definisi lama teknologi instruksional. educational institutions and work place’ (p. 5 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. television. Ini bererti untuk meningkatkan prestasi kerja bukan hanya bergantung kepada intervensi reka bentuk instruksional tetapi faktor bukan instruksional seperti suasana tempat kerja dan lain-lain faktor manusia juga dipertimbangkan. implementation. Konsep baru seperti teknologi prestasi dan penyelesaian masalah seperti suasana tempat kerja dan sebagainya untuk meningkatkan prestasi kerja telah mempengaruhi proses reka bentuk instruksional konvensional.-Izyan | G4. definisi baru menggunakan istilah reka bentuk instruksional dan teknologi untuk menggantikan istilah teknologi instruksional yang dikaitkan dengan alat atau media seperti komputer. and the design development. video. projektor overhed. evaluation and management of instructional and non-instructional processes and resources intended to improve learning and performance in a variety of settings. CD-ROM dan lain-lain jenis peralatan dan perisian yang dikaitkan dengan media instruksional. Reiser dan Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi berikut: ‘Instructional design and technology encompasses the analysis of learning and performance problems.Teknologi pengajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau penggunaan alat pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran dan bukan pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi dalam tempat kerja.Sheila Nurul. Tetapi apa yang lebih penting mengikut Reiser (2002).

Sheila Nurul. Dewasa ini. aktiviti manusia. menyebar dan memapar maklumat. kualiti hidup manusia. paparan visual. pergerakan atau dalam bit. pergerakan manusia. aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi. cara hidup manusia. Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. rangkaian „internet‟ juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara „digital‟ dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang. teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. telekomunikasi dan sebagainya. ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun (Arun. ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku. rangkaian lalulintas dan pengangkutan. Di samping itu. pemberitahuan. 6 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo.-Izyan | G4. Pada asalnya. 1999). Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar. Contohnya penggunaan rangkaian „internet‟ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal.Pengenalan Peranan Dan Kepentingan Teknologi Dalam P & P Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah. taraf kesihatan manusia dan lain-lain. ruang „virtual‟ dan sebagainya. Selain itu. Contohnya bagi pengiklanan.6 . bentuk suara.

Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. 7 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Dalam arahan program ini. mereka akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut.-Izyan | G4. tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.Pengaruh Teknologi Maklumat dan Peranannya dalam Pendidikan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajaran mereka. Selain itu. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.Sheila Nurul. arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program. pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka.6 . Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional.

Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan pelajar memberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi.Justeru itu. Walaupun terdapatnya usaha pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar namun penyertaan yang diharapkan adalah amat kurang. Menurut teori pergerakan ruang. ruang aliran akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian tersebut. pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan pensyarah akan dihapuskan sama sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian maklumat tidak sama dengan masa sebenar. Dengan itu.6 8 .Sheila Nurul. Hal ini mampu memperkayakan pengalaman pelajar kerana media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid di samping kejadian atau keadaan yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Ini merupakan senario yang kerap di dalam mana-mana institusi pengajian sendiri terutamanya dalam kuliah sarjana muda. Aktiviti menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial yang dibawa dalam ruang aliran. segala maklumat dan maklum balas akan Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. Segala maklumat yang disalurkan merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut. Reformasi Sistem Persekolahan Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan.-Izyan | G4.

6 9 . kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. tersesak atas jalanraya. dapatlah dilihat bahawa teknologi mempunyai peranan dan kepentingan tertentu dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran menerusi Pendidikan. Ini adalah kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke sesebuah destinasi. mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep (melihat. Selain itu.Sheila Nurul. Hal ini kerana ia melibatkan pelbagai deria pelajar dengan memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar dan secara tidak langsung dapat menghiburkan pelajar. Contohnya. Dengan adanya teknologi sebegini. Kesannya masa rekreasi Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. makan di luar dan sebagainya – mereka hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diigini dengan hanya “klik”. penggunaan bahan rangsangan yang melibatkan teknologi seperti penggunaan visual diikuti oleh audio yang mana melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin juga deria sentuh. tenaga dan wang. penggunaan masa minimum dapat diwujudkan. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek dapat diwujudkan. Hal ini penting bagi penglibatan deria seseorang yang mampu meningkatkan daya ingatan dan tahap kognitif pelajar itu tersendiri. Kepentingan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Secara keseluruhanya. teknologi dalam pendidikan juga penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana ia lebih menjimatkan masa. Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat dengan cepat dan tepat. ianya mampu untuk membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.-Izyan | G4. mendengar/ menyentuh) selain mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar untuk lebih memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang akan disampaikan. Antaranya ialah dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.dapat disampaikan mahupun diterima secara tidak langsung konsep pembelajaran maksimum.

6 10 . Ketiga ialah selepas kegunaan iaitu merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan. ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran. Prinsip menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Penggunaan tekonologi dalam P&P merupakan sebagai bahan bantu mengajar akan tetapi ianya tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Tamat sesi pengajaran. kesimpulan dan penilaian. Seterusnya. saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.penduduk akan bertambah dan ini akan mempengaruhi penawaran jenis perkhidmatan pada masa depan.Sheila Nurul. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. teknologi juga digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran sebagai rujukan bukan untuk dipamer begitu sahaja. Sehubungan itu. pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas. Ia berfungsi untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. latar belakang pelajar.-Izyan | G4. Akhir sekali. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu Sebelum kegunaan iaitu merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. mesti juga digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: -pengenalan topik -perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep -penutup dan kesimpulan topik pelajaran -penilaian kefahaman terhadap topik Selain itu. Kedua semasa kegunaan iaitu merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.

jenis teknologi yang dipilih mestilah merupakan alat yang dapat menjelaskan idea . Sebagai contoh penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Seterusnya ialah alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Akhir sekali ialah bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan tuntas bahan menunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.-Izyan | G4. Ciri lain ialah tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya seperti menggunakan pelbagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.6 . Contohnya seperti tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.Ciri-ciri dan jenis teknologi yang baik Pemilihan teknologi dalam p&p perlu dititikberatkan sebelum ianya digunakan.idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. 11 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo. Sebaiknya.Sheila Nurul.

-Izyan | G4.hbp.html 12 Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo.Sheila Nurul.RUJUKAN http://www.my/methods/RPK534/Information%20Technology.usm.6 .

9./507-08.  207:5.3-08..8 7 .3 203:3:. /.305...38 850.3 -40 9.297.73.. .3 9:39.303890344...3 . 8050799:8./.7 507: /50-.9.8..8 -..302.3 2037..2-.7 ..3 -40 /825.7.940802:. 805079 203:3.9.7.3/.3 . .3.3.3-.3.3 .3.9 .-:7 /.3.503:39202-075030.-08.3./...2945 .3 /5 2089..3/. /0.3..3/0.50.4394 503:3.7.390.9 2030. -.7/. 9:8.3 90344 /.  038 90344 .3 507.5.3  $0-.3.3.3 . .0907-:.8:39:/.2.3 .7/.7 43943.3 /.3/9:8/.507.3 /.9.3 $0907:83. /:3.3..385070382089.30.73....3 80-0:2 ..8/.9803/7                 f° ff° @   f-  f°$   ...7/... !02.3 50-.39079:9:5.30.9/-:.3..333/..3 ..3  $0-..7   7 80..807.3 .3-..2 5 5 507: /99-07..

#&& ½ $$  ½ ¾¯ ¯$¯  ¾$9$°€¯f° @ n°– ¯             f° ff° @   f-  f°$   .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful