BMM 3103 2011 1.

0 PENGENALAN Kerja Kursus Projek bagi subjek BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini menghendaki pelajar untuk menghasilkan tugasan berkaitan dengan pentaksiran, pengujian, dan penilaian. Konsep, prinsip, jenis, kaedah dan penilaian akan dihuraikan dalam tugasan ini. Selain itu, pelajar dikehendaki menganalisis soalan Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengikut Taksonomi Bloom bati tahun 4 hingga 6. Dalam tugasan ini, kertas soalan yang dianalisis ialah kertas solan tahun 4. Di samping itu, pelajar turut menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan membina 25 soalan objektif berdasarkan JSU tersebut dengan mengunakan Taksonomi Bloom.

2.0 PENGERTIAN DAN KONSEP 2.1 Pentaksiran Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Menurut Moktar Ismali, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu. Pentaksiran adalah proses menilai secara kuantitatif. Pentaksiran turut merangkumi skala ordinal dan skala silang. Kesimpulannya, pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan

pencapaian murid. 2.2 Pengujian Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran yang dijalankan secara sistematik. Ia juga merupakan satu cara untuk mengukur tingkah laku seseorang murid dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan. Tujuan pengujian adalah untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran. Antara alat untuk mengukur pencapaian kognitif ialah struktur bahasa dan lisan. Manakala, alat untuk mengukur pencapaian psikomotor adalah perubahan tingkah laku. Mengukur pencapaian efektif pula melalui pencapaian nilai. Penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit. Pengujian dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu persediaan, pelaksanaan dan penyemakan.

1

BMM 3103 2011 2.3 Penilaian Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses

mengenalpasti,memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada individu. Terry D. Ten Brink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Ringkasnya, penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat atas proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian. Penilaian dibuat untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.

2.4 Perkaiatan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

PENILAIAN

PENTAKSIRAN

PENGUJIAN

Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa ketiga-tiga konsep mepunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P & P membabitkan ketiga-tiga berkenaan.

3.0 PRINSIP PENILAIAN Terdapat 6 prinsip penilaian iaitu:

2

Keberkesanan Merujuk kepada kebolehan penilaian yang dapat membezakan tahap pencapaian murid. 3.0 JENIS PENILAIAN BAHASA 4. dan latar belakang sosio-ekonomi. 6. Tidak mengandungi unsure-unsur diskriminasi. keperluan.UJian Pencapaian 3 . kelemahan.Ujian Bakat . minat. Kebolehpercayaan Merujuk kepada ketekalan dan mencerminkan keupayaan sebenar murid.Ujian Sumatif . Kesahan KETERANGAN Merujuk kepada tujuan dab dapat mengukur item-item yang dinilai dan bukan perkara lain.Ujian Kefasihan . kaum.Ujian Kemajuan . baik dari segi jantina. Keobjektifan Merujuk kepada kumpulan sasaran sama bagi sesuatu kertas ujian. Pemerkahan tidak mepengaruhi oleh factorfaktor lain seperti jantina. Item-item dan tujuan penilaian ini pula sejajar dengan Sukatan Pelajaran 2.1 Kerangka konsep Jenis penilaian bahasa . paras. Kebolehtadbiran Merujuk kepada kelancaran pentadbiran sesuatu ujian yang merangkumi faktor kos. bangsa dan lain-lain.Ujian Formatif . sikap dan usaha murid 4. 4. budaya. Positif konstruktif dan Penilaian harus dapat mengenal pasti secara sistematik kekuatan. 5. cara belajar.BMM 3103 2011 PRINSIP 1. dan tenaga. masa.

5 Ujian Bakat dan Ujian Pencapaian Ujian Bakat biasanyamelibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsurunsur bahasa seperti tatabahasa. mengubah bentuk dan sebagainya. Kebiasannya. Ujian kemajuan pula merupakan ujian yang menetukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.4 Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Ujian Kefasihan menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian Formatif dijalankan bertujuan untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru. kosa kata dan fonetik. 4.BMM 3103 2011 4. 4. Ujian ini digunakan untuk menempatkan sesorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Ujian kefasihan bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.2 Ujian Formatif Ujian Formatif merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru yang untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. 4. Muri-murid akan melakukan pelbagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesmua kemahiran serta aspek bahasa.3 Ujian Sumatif Ujian Sumatif adalah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran murid. Ujian ini juga dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan 4 . Ujian ini dijalankan dalam bentuk satu siri ujian yang pendek dan pemerhatian. skop pengajaran atau pembelajaran ujian tersebut agak terhad.

bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Selain portfolio. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan. Tujuan portfolio Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Ujian Pencapaian boleh dijalankan setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Ujian ini disebut ujian pra dan ujian pos. 5. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.1 Penilaian Melalui Portfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.0 KAEDAH PENILAIAN BAHASA 5. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. pelaksanaan dan penilaian yang teliti. 5 . Ujian pencapaian bertujuan unyuk menentukan setakat mana murid menguasai kemahiran.BMM 3103 2011 berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat setelah menganalisis hasil ujian.

5 Penilaian Melalui Projek Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan. 5. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Penggunaan teknik ini dalam P&P. ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif.3 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. 6 . 5.BMM 3103 2011 5.4 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Di samping itu. 5. projek bermaksud secara amali. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian diharapkan tidak terjejas. Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan.2 Penilaian Melalui Pemerhatian. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan.afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Dalam konteks kurikulum sekolah.

0 PENILAIAN 6. 1989).BMM 3103 2011 Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. mentafsir. mengaplikasi. graf atau carta. 6. (Wiggins.1 Penilaian Kemahiran Bahasa a) Penilaian Kemahiran Lisan Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :    Pelajar dengan pendidik Pelajar dengan pelajar Pelajar dengan bahan pembelajaran Aspek yang boleh dinilai ialah :        kefahaman konsep pengetahuan fakta pemikiran peringkat tinggi kecekapan mendengar penggunaan bahasa yang tepat gaya persembahan/ kelancaran berbahasa pertuturan dan sikap b) Penilaian Kemahiran Menulis Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :     karangan laporan projek/kerja kursus/folio latihan dan ujian bertulis huraian atau tafsiran data/jadual. Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :   kemahiran menulis menyusun idea. menilai 7 .

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. ii. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Rasional Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah : i. v. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan 8 . Mengetahui keberkesanan pengajaran guru. Kerja kursus / PEKA Melalui kerja kursus atau PEKA.2 Penilaian Bahasa Berasaskan Sekolah Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah.BMM 3103 2011   perbendaharaan kata menyebar idea / buat rumusan / cadangan 6. calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Ciri – ciri PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu: 1. 2. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Lembaga Pejaran Malaysia membekalkan dokumen pentaksiran dan melantik pemantau atau penyelaras. iii. iv. markah dihantar kepada LPM dan sekolah akan mengeluarkan sijil.

Perlakuan Sikap – dan amalan nilai contoh. contoh. kekerapan pentaksiran. 5. bila pentaksiran dibuat. untuk membantu. siapa yang terlibat dalam pentaksiran. 9 . bersemangat Kesihatan dan kecergasan – contoh. ii. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. melukis. bersukan. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. membuat inferens. belajar. Daya kreatif – contoh. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. v. penskoran. Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. cergas dan vi. Kemahiran proses sains – contoh. Prinsip 1. iii. Pelaporan positif. Penskoran dan pelaporan turut dibuat oleh sekolah dan sekolah mengeluarkan sijil. pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. – mereka cipta. 2. gigih berdikari. Kemahiran kinestetik – contoh. bekerja. aktif.BMM 3103 2011 pembelajaran. sihat. Aspek Dalam penilaian berasaskan sekolah. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. aspek-aspek yang dinilai ialah : i. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: Murid yang akan ditaksir. pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras. iv. bergerak secara kreatif. memerhati. 3. 4.

BMM 3103 2011 vii. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. jelas dan tidak mengandungi kesalahan. Ilustrasi 1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. 3. Bakat dan minat – contoh. kesungguhan membuat sesuatu. 3. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) 2. 6. Cemerlang (9-10) Kreativiti dan keaslian 1. kelebihan dalam sesuatu bidang.Reka bentuk dan paparan yang salah. 3. Tatabahasa 1. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. Sederhana (6-8) 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. Rubrik Penilaian Brosur 1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik. 2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. Lemah (0-5) 2. Fungsi 1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah 2. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar. 10 .3 Penilaian Berasaskan Projek a) Brosur Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Peringkat dan Langkah kemahiran syarahan Persediaan    Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan Penulisan    Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup. dan berkesan. mantap. Sebagai langkah awal syarahan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. syarahan mestilah mempunyai : (a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan (c) Isi (d) Penutup Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur. sediakanlah suatu rangka penulisanuntuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan. menarik dan sesuai. Penyemakan     11 Menyemak ejaan dan tanda baca Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan .4 Penilaian Aktiviti Bahasa a) Syarahan Aktiviti jenis ini berformat khusus. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai. 6.BMM 3103 2011 3. Isiisi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.

kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. usik mengusik. dan rumus-rumus bahasa tersirat. uji menguji di kalangan masyarakat seperti perumpamaan. Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham. Antara ciri-ciri pantun ialah :i) ii) iii) iv) Bentuk yang unik Bahasa bebas dari pantang larang Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan. istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta. dalam bentuk kias ibarat.terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masingmasing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu. Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan. Mulanya 2 baris. pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. bidalan “ibarat”. 12 . Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. c) Sajak Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah.BMM 3103 2011 b) Pantun Pantun adalah satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. d) Debat Debat merupakanpengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar. iaitu: 1. pengertian. seperti minat. sikap dan keperibadian siswa atau peserta didik. 6. tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam hal ini. 7. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. bakat khusus. minat.0 TAKSONOMI BLOOM Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.BMM 3103 2011 masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan. berenang. Domain Afektif – Melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi. berkesinambungan. seperti pengetahuan. sikap. 3. hubungan sosial. Taksonomi pertama kali disusun oleh Benjamin S. Domain Psikomotor . dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.Melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan. 13 . Bloom pada tahun 1956. apresiasi. Domain Kognitif – Melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual. 2. Ringkasnya.5 Penilaian Pengalaman Pembelajaran Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. dan cara penyesuaian diri. penilaian merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan. dan mengoperasi mesin. Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala. Tujuan pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. intelegensi. dan keterampilan berfikir.

rumus. JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. 1. arahan. Pemahaman – dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran. metodologi.1 Definisi JSU Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan. sementara baris carta ini pula menyenaraikankonsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. gagasan. Antaranya ialah konstruk yang ditaksir.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 8. Aplikasi. Teori dan sebagainya dalam persekitaran sebenar. definisi. fakta-fakta. Sintesis – Mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah scenario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang didapati untuk menghasilkan penyelesaian yang diharapkan.seseorang murid memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan. jadual. 6. peraturan dan sebagainya. prinsip dasar dan sebagainya. Menurut Kubiszyn dan Borich (2003). 8. Pemberatan tiap konteks. konteks. gagasan. pola. Pengetahuan – berasaskan ekmampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan. prosuder. urutan. diagram. Penilaian – mampu memberikan penilaian terhadap penyelesaian. 3. 4. laporan. 2. 14 .BMM 3103 2011 Domain kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Analisis – mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil. dan pemberatan taburan asas kesukaran. metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran. pemberatan tiap-tiap konstruk. metodologi. 5.

3 Ciri-ciri JSU Matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran dan menegak . JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.2 Tujuan JSU Tujuan JSU diwujudkan adalah untuk menghasilkan soalan yang berkualiti iaitu soalan yang dibentuk tidak secara spontan atau tidak mengetahui aras setiap soalan. kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran. esei.  Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.4 Kepentingan JSU  Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.  Memberi panduan untuk membentuk soalan  Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.  Memberikan panduan untuk membentuk format ujian. JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Mengandungi aras yang mengikut aras Taksonomi 6. Dari segi pembinaan item ujian pula.kandungan Bilangan item dinyatakan dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif.  Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.BMM 3103 2011 6. amali. 15 . kertas khusus dan lain-lain. 6.  Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Ujian objektif bertujuan untuk menguji kefahaman dan kebolehan menggunakan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan bahasa yang telah diajarkan kepada mereka. 1. Susunan nombor mengikut tajuk 9. Ujian ini juga 16 . jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Langkah 3 X Jumlah soalan Tentukan model aras kesukaran item Menentukan jenis ujian yang hendak diuji Langkah 4  Ujian objektif  Ujian struktur  Ujian esei. item jenis padanan. Tentukan soalan bagi setiap komponen.0 JENIS-JENIS UJIAN a) Ujian Objektif Item ujian jenis objektif memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Langkah 5 2. 1 markah bagi 1 item c. Nyatakan tahun/tingkatan 3. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek. item jenis aneka pilihan dan kloz. dan lain-lain. Kumpulan yang hendak diuji bagi ujian objektif adalah besar dan bahan ujian yang ditubuhkan itu akan diulang kegunaannya pada masa-masa akan datang.BMM 3103 2011 6. Pemarkahan 1.5 Langkah-Langkah Membina JSU LANGKAH Langkah 1 KETERANGAN Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Tentukan soalan yang akan dibina itu Langkah 2 a. soalan objektif (30 soalan) b. Tentukan mata pelajaran Langkah 6 2. Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar) 3.

Kumpulan yang hendak diuji itu kecil.BMM 3103 2011 mementingkan keadilan sepenuh-penuhnya dalam pemarkahan dan tidak ingin timbul masalah “makan sebelah” dari pemarkah. dan bahan ujian itu tidak akan diulang penggunaannya di masa-masa depan. jenis esei dan pembinaan ujian. Ia juga menguji daya kreatif bahasa pelajar dan tidak kebolehannya dalam aspek-aspek formal bahasa tersebut.0 ANALISIS SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Jadual dibawah menunjukkan analisa item JSU kertas soalan tahun 4 NO SOALAN KEMAHIRAN BAHASA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Kata nafi Imbuhan Kata perintah Kata sifat Kata arah Simpulan bahasa Kata hubung Kata ganda Kata seruan Imbuhan Penanda wacana Kata ganti diri Kata hubung TABURAN SOALAN 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 ARAS PILIHAN JAWAPAN B D C A D B B C A B D B B 17 Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi . b) Ujian Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada pecahan iaitu item jenis struktur. 10. Ujian subjektif bertujuan supaya guru sendiri berasa yakin akan kemahirannya.

BMM 3103 2011 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Kata bilangan Kata tanya Penjodoh bilangan Imbuhan Kata nama Sinonim Antonim Perumpamaan Ayat Tanya Ayat Tanya Ayat Sama maksud Ayat Sama maksud Polisemi Polisemi Ayat yang betul Ayat yang betul Ayat yang betul KEMAHIRAN PEMAHAMAN 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Aplikasi Pengetahuan Pengetahuan Analisis Analisis Analisis Analisis A A C D D A B C B C B 25 1 Analisis B 26 27 28 29 30 1 1 1 1 1 Aplikasi Aplikasi Analisis Analisis Analisis D D B C A 31 32 33 34 35 Petikan cerita 1 1 1 1 1 Kefahaman Kefahaman Pengetahuan Analisis Kefahaman C D C A B 18 .

menukar dan menjelaskan fakta. termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip. prinsip. Aras pengetahuan merupakan aras yang menguji kebolehan para pelajar untuk mengingat kembali. istilah. Soalan aras kefahaman ini adalah mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Kesimpulannya. hukum. terdapat 10 soalan berada dalam aras analisis. hukum. teori yang telah dipelajari. saya mendapati terdapat 5 soalan aras pengetahuan. Aras analisis merupakan sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil. Soalan yang beraras tinggi seperti aras sintesis dan penilaian tidak disediakan di dalam kertas soalan tersebut. erti.1 Hasil Analisis Hasil daripada analisis kertas ujian soalan objektif Bahasa Melayu Tahun 4 daripada Sekolah Kebangsaan Mempagar Beaufort. menginterpretasi. Selebihnya pula. fakta asas. kaedah. Aras Aplikasi bermaksud menggunakan maklumat dalam situasi yang baru. Namun.BMM 3103 2011 36 37 38 39 40 JUMLAH 1 1 1 1 1 40 Kefahaman Kefahaman Pengetahuan Analisis Pengetahuan D A C A D Ucapan 10. kertas soalan tersebut kurang memberi cabaran minda kepada murid. Oleh yang demikian. 19 . mengenal idea. bezakan fakta daripada pendapat dan kaitan kebal di antara bahagian. menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. menterjemaah. Selain itu. terdapat 5 soalan yang kefahaman telah disediakan dalam kertas soalan tersebut. teori dan formula. dan definisi daripada pembelajaran yang lepas. Kertas soalan tersebut juga kebanyakannya mempunyai aras aplikasi iaitu sebanyak 20 soalan. kertas soalan tersebut bersesuaian dengan peringkat tahun persekolahan murid. konsep. kertas soalan tersebut mengandungi soalan beraras sederhana iaitu aplikasi.

3 PENJODOH BILANGAN PERIBAHASA  Simpulan bahasa 4 4 SINONIM 2 4 AYAT YANG BETUL KEFAHAMAN PETIKAN KARANGAN JUMLAH 2 6 1 2 1 4 2 1 1 2 2 1.4 1.2 SINTAKSIS    Ayat tanya Ayat seruan Penanda wacana 4 8 1 1 2 2 1 1 2 6 1.1 MORFOLOGI  Kata tugas    Kata ganda Kata nama Imbuhan 2 2 JAM 1 2 3 4 5 6 JUM.ITEM 10 1 2 7 1.6 1.5 1.0 ISI PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4 BENTUK SOALAN OBJEKTIF ARAS KOGNITIF KEMAHIRAN BIDANG/TOPIK/ TOPIK KECIL 1.BMM 3103 2011 11.7 40 25 20 .

4 PERIBAHASA • Simpulan bahasa 4 4 SINONIM 2 4 AYAT YANG 2 21 1 1 2 2 1.5 1.2 SINTAKSIS • • Ayat tanya Ayat seruan Penanda wacana 8 1 1 4 2 2 1 1 6 • 2 1.BMM 3103 2011 ISI BENTUK SOALAN OBJEKTIF ARAS KOGNITIF KEMAHIRAN BIDANG/TOPIK/ TOPIK KECIL JAM 1 2 3 4 5 6 JUM.ITEM 1.6 2 .1 MORFOLOGI • Kata tugas Kata ganda Kata nama Imbuhan 10 1 2 2 2 7 • • • 1.3 PENJODOH BILANGAN 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful