You are on page 1of 4

WAJ3105 : Literasi Nombor

2.9

Penggunaan Kalkulator dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik Perkembangan teknologi maklumat yang pesat kini telah mengubah cara guru mengajar dan pelajar belajar matematik. Sejak dahulu lagi, pembelajaran matematik sentiasa berubah seiring dengan pekembangan teknologi contohnya abakus (500 1000 s.m), pembaris gelongsor (slide ruler, 1600 m) dan pensil (1800 m). Dengan terciptanya kalkulator dan komputer, pengalaman pembelajaran matematik di sekolah sepatutnya lebih pantas perubahannya untuk membantu pelajar menghadapi cabaran teknologi abad ke - 21 . Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga menekankan pengunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di negara kita. Ini sejajar dngan prinsip teknologi yang disarankan dalam National Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000). Technology is essential in teaching and learning mathematics; it influences the mathematics that is taught and enhances students learning. (p.24) Oleh itu, semua guru harus bersikap terbuka dalam mempelajari teknologi terkini dan melaksanakannya dengan koheren dan seimbang. (NCTM, 2008)

2.9.1

Penggunaan Kalkulator Dalam Bilik Darjah Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah menimbulkan kontroversi di kalangan warga pendidikan. Antara isu yang ditimbulkan ialah, pelajar: 1. menjadi tidak cekap atau mahir mengira 2. tidak dapat mengamalkan pengiraan mental ataupun anggaran 3. tidak menghafal fakta asas matematik Walaubagaimanapun pengunaan kalkulator bahan sokongan pembelajaran pada situasi yang sesuai boleh membantu pelajar untuk lebih memahami nombor dan operasi pengiraan. Kalkulator tidak boleh digunakan untuk menggantikan sesuatu algoritma dalam matematik maupun menguasai fakta asas matematik. Sekiranya seorang pelajar menggunakan kalkulator untuk mencari jawapan bagi 8

7 atau

menentukan samada RM10 cukup untuk membeli dua barang yang berharga RM6.99 dan RM3.99 maka ianya tidak sesuai digunakan. Sebaliknya jika pelajar ingin mencari purata suhu dalam suatu jangka masa tertentu maka

kalkulator boleh membantu mencari jawapan dengan pantas. Guru harus membimbing pelajar untuk menerokai

WAJ3105 : Literasi Nombor

matematik

dengan

menggunakan pengiraan mental, menganggar, mengira dengan pensil dan kertas dan dengan akhir sekali dengan menggunakan kalkulator. Cara mencari jawapan bagi sesuatu masalah matematik adalah bergantung kepada objekif masalah tersebut. Jika masalah itu berorentasikan proses, pelajar harus dibimbing untuk mengira secara pensil dan kertas iaitu menggunakan algoritma yang telah dipelajari. Soalan seperti ini membantu pelajar mengenalpasti algoritma yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, pelajar menggunakan kemahiran mendarab untuk mencari luas kelas mereka. Sekiranya soalan yang dikemukan kepada pelajar lebih berorentasikan produk maka kalkulator boleh digunakan untuk membantu pelajar dengan pengiraan yang panjang. Ini membantu mereka memberi fokus kepada masalah tersebut dan bukan pengiraan yang mengambil masa. Sebagai contoh, jika pelajar diminta untuk mengira purata umur semua rakan dalam kelasnya dalam tahun dan hari maka mereka boleh menggunakan komputer untuk mencari jawapannya. Banyak kajian telah dijalankan mengenai pengunaan kalkulator dalam kelas matematik. Antara kelebihan penggunaan kalkulator yang telah dikenalpasti ialah: 1. meningkatkan minat pelajar dan pencapaian matematik. 2. menunjukkan kesan positif terhadap kemahiran mengira dan perkembangan konsep matematik. 3. Meningkatkan kemahiran pengiraan mental pelajar

Dengan menggunakan kalkulator, cari jawapan bagi yang berikut: 11 11, 111 111 dan 1,111 1,111. Seterusnya teka jawapan bagi 11,111 11,111. Terangkan pola yang anda lihat. Adakah pengunaan kalkulator membantu anda?

Dengan merujuk kepada kajian dalam dan luar negara, senaraikan kebaikan dan keburukan menggunakan kalkulator dalam kelas matematik bagi pelajar sekolah rendah. (rujuk kajian 5 tahun kebelakang)

WAJ3105 : Literasi Nombor

2.9.2

Penggunaan Komputer Dalam Bilik Darjah

Peranan komputer dalam pendidikan di Malaysia memberikan impak yang besar kepada pendidikan matematik khasnya. Walaubagaimanapun, teknologi komputer hanya akan memberikan kesan terhadap pembelajaran murid sekiranya guru yang mengajar diberikan ilmu dan kemahiran untuk menggunakannya dalam pengajaran. Seperti yang telah dibincangkan dalam tajuk 2.6, penggunaan komputer dalam bilik darjah selalunya dikaitkan dengan pakej perisian dan internet. Pelajar boleh meneroka, menyelidik dan membuat simulasi dan latihan secara interaktif dengan menggunakan komputer sebagai media pembelajaran. Terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa kajian mendapati perisian seperti Geometric Sketch Pad (GSP), Cabri dan Geogebra membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan menganalisis masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang. Kebanyakan penerbit buku, samada buku teks atau buku rujukan juga menyisipkan cakera padat (CD) dalam buku yang dibekalkan ke sekolah maupun yang dijual secara komersil. CD yang dibekalkan selalunya mengandungi permainan, rancangan pengajaran, masalah matematik dan pakej pembelajaran interaktif. Walaubagaimanapun guru harus mengambilkira aspek pengajaran dan teknikal yang telah dibincangkan dalam topik 2.6 untuk menentukan kesesuaian penggunaan perisian tersebut. Dalam membincangkan penggunaan komputer dalam pendidikan matematik,

penggunaan internet harus diambilkira memandangkan kelebihannya dalam mencapai dan menyebarkan maklumat dengan pantas di zaman teknolgi kini. Pelbagai laman web boleh diakses untuk membantu guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik. Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam pengajarannya. Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan mengumpul data. Selain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh digunakan secara interaktif oleh pelajar-pelajar. Perisian yang terdapat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program microsoft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan persembahan data.

WAJ3105 : Literasi Nombor

Secara berkumpulan, teroka kelebihan Excel dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Dengan merujuk kepada internet, pilih 3 laman web yang menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bincangkan kesesuaian penggunaannya dalam konteks negara kita.

Selain daripada kalkulator dan komputer, bahan pengajaran berasaskan teknologi lain tidak sesuai digunakan sebagai media pengajaran bagi pelajar sekolah rendah. Apakah contoh bahan pengajaran lain? Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.

You might also like