You are on page 1of 13

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Soalan A Bagaimanakah pernyataan tersebut membolehkan guru memainkan peranan di sekolah bagi mencapai hasrat pembinaan negara bangsa seperti diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Pengenalan. Menurut Kamus Dewan, negara bangsa merupakan negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Dalam konteks di Malaysia, negara bangsa dapat difahami sebuah negara yang mempunyai kedaulatan, bangsa, budaya dan integriti masyarakat yang tinggi dalam sesebuah komuniti negara tersebut. Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. ...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad - Melangkah Ke Hadapan, 1991) Pendidikan, menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. Sistem pendidikan di negara ini, terutamanya selepas merdeka telah dirangka bagi pembinaan negara bangsa yang mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep Malayanization melalui pendidikan untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai dan taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa. Pendidikan menjadikan medium utama sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

merupakan cabaran paling penting untuk menjayakan matlamatnya dalam pembentukan Negara Bangsa. Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa Dalam menempuh cabaran zaman, guru adalah antara pekerjaan yang penting dalam proses pembentukan dan pembangunan nilai manusia, masyarakat dan negara. Profesion ini bertindak sebagai agen perubahan tingkah laku manusia melalui penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru semakin mencabar dan kompleks. Sejajar itu, guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi supaya terus dihormati dan seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Menurut Kamus Dewan, profesion adalah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas. Manakala keguruan membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya ) sebagai guru. Dari kedua-kedua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, berjaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi seseorang guru dalam membentuk dan membangunkan muridnya dalam merealisasikan pembinaan negara bangsa itu sendiri. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, masyarakat guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid. Kementerian akan terus menyokong pembinaan negara bangsa bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam membina negara bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama, penyayang, demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu. Terdapat empat strategi perlaksanaannya iaitu: (i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. (ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan. (iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari. (iv) Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Kita perlu bersikap adil dengan tidak menafikan bahawa agenda ini telahpun terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan. Malah Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan. Kewujudan Negara Bangsa sebenarnya tidak dapat dipenuhi tanpa pendidikan. Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Cabaran para guru sekarang amat besar iaitu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, serta berfikiran dan berbudaya saintifik.

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Pendidikan di negara kita sebenarnya mewujudkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Harapan KPM untuk memupuk pembinaan jati diri melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. Hal ini disebabkan, jati diri yang terhasil daripada sistem pendidikan negara akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. Peranan guru-guru amat penting untuk memastikan sumber manusia yang dihasilkan mampu berfikir secara global dan bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. Dalam sebuah Negara Bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat Negara Bangsa tersebut. Melalui dasar ini kita sebagai pendidik perlu komited menyokong hasrat negara untuk membina Negara Bangsa Malaysia bagi memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara. Matlamat negara untuk membina negara bangsa melalui pendidikan adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Maka guru-guru bertanggungjawab untuk menyemai nilai-nilai ini sejak pelajar di bangku sekolah lagi. KPM telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Antaranya melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu sistem penilaian dan peperiksaan yang seragam. Melalui dasar PIPP untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari telah membawa reformasi kurikulum pendidikan dalam KBSR dan KBSM. Mengikut rancangan Sekolah Bestari di peringkat peringkat permulaan, sebanyak empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diperkenalkan dalam 90 sekolah rendah dan menengah yang telah dikenal pasti sebagai sekolah bestari, dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran. Pembinaan negara bangsa ini perlu dimulakan sekarang kerana keadaan kita yang mendepani cabaran globalisasi yang memerlukan murid-murid yang dihasilkan adalah mereka yang menguasai ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi menjamin pembangunan negara yang berkualiti pada masa depan. Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara, memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Pemangkin dalam pembentukkan Negara Bangsa ialah Bahasa Melayu atau lingua franca yang menjadi penghubung utama dalam masyarakat Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini.

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan antara kaum, pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah. Contohnya guru menganjurkan Minggu Bahasa, pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Oleh yang demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. Melalui penekanan pelajaran agama Islam guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Kerohanian yang sihat,mantap dan suci akan membina minda,intelek yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. kehidupan. Kecemerlangan akedemik belum bermakna kecemerlangan Semata-mata berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran EQ, kemahiran

teknologi yang canggih belum dapat melindungi manusia daripada sifat-sifat buruk yang boleh meruntuhkan sesuatu negara. Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 di sekolah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum juga usaha kerajaan bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Maka melalui pendekatan ini guru-guru di sekolah boleh menerapkan semangat perpaduan dan kebertanggungjawaban kepada murid berbilang kaum. Secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak. Guru perlu memberikan penerangan yang tepat dan jitu mengenai pentingnya semangat hidup bersama ini. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

penting untuk pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara, memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara, serta menyedari tentang kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Semangat untuk memelihara kemerdekaan ditanam dalam diri setelah perit jerih mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah dihayati. Masyarakat Malaysia sentiasa menjadi bersatu padu dalam mempertahankan negara daripada serangan secara nyata dan maya daripada pihak asing. Sikap ingin mempertahankan dan mencintai negara sendiri ini penting untuk melindungi negara tanpa rasa takut dan taat setia yang tiada berbelahbahagi dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM ini boleh dilaksankan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana muridmurid telah dilatih mengamalkan sikap seperti kerjasama, bertoleransi, hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM, ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan ini, pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakanrakan yang lain. Penerapan nilainilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional dan seterusnya telah mewujud negara Malaysia yang bersatu-padu. Sistem pendidikan sekarang telah meletakkan demokrasi secara terpimpin melalui pengajaran dan pembelajaran. Pendemokrasian dalam sistem pendidikan di sekolah telah memberi peluang kepada pelajar berbagai kaum berinteraksi dan memberi pandangan serta persoalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat menyuarakan

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

pandangan yang melibatkan pengajaran di dalam bilik darjah dan masalah pembelajaran mereka. Pemilihan pemimpin pelajar di peringkat sekolah juga menekankan proses demokrasi iaitu menekankan kebolehan dan kelayakan pelajar itu untuk menjadi seorang pemimpin. Hal ini dapat dilihat melalui pemilihan ketua kelas, jawatankuasa persatuan, jawatankuasa kelab dan pemilihan ketua pelajar. Guru juga tidak pilih kasih semasa proses pemilihan dengan memberikan perhatian yang sama rata pada pelajar yang berbilang kaum. Perkara-perkara ini sebenarnya melatih masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dalam pembentukan Negara Bangsa yang unggul. Selain itu, melalui pendemokrasian dalam sistem pendidikan ini juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar di peringkat sekolah dan universiti. Pemimpinpemimpin negara pada masa sekarang juga kebanyakannya pernah menjadi pemimpin pelajar pada masa dahulu. Pendidikan menjadikan mereka insan yang berketerampilan, wibawa, kental dan sebagainya untuk bekerja dan memimpin serta bertoleransi. Contohnya, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi merupakan pemimpin pelajar semasa zaman persekolahannya. Kegiatan kokurikulum yang diwajibkan ke atas setiap pelajar juga dapat membina disiplin dalam membina jati diri pelajar tersebut. Penglibatan dalam bidang kokurikulum ini dapat mengembangkan potensi pelajar itu dalam sukan dan juga kepimpinan. Aktiviti ini sebenarnya telah membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat, berkhemah, gotong-royong, latihan kecemasan dan banyak perkara lagi. Guru mesti menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan serta mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam sebuah pasukan. Oleh yang demikian, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu menghargai

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum guru hendaklah dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum. Jaguh-jaguh sukan negara yang dapat dilahirkan dari sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan lain-lain lagi. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh atlet negara sehingga kini membolehkan negara Malaysia dikenali serata dunia. Sebagai contoh, Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita Nombor 1 di dunia, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu. Selain itu, Datuk M. Jegathesan merupakan ahli sukan pertama negara ini dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan Majlis Sukan Negara kepada pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut. Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sukan antarabangsa ketika itu. Tugas guru mencari bakat-bakat yang terpendam dalam sukan, seni dan potensi lain ini dapat dicungkil. Lantaran itu sebagai seorang guru perlu mengenalpasti kebolehan murid untuk memastikan mereka tidak tercicir dan memberikan masa depan yang cemerlang kepada mereka. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifatsifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar. Subjek-subjek yang diajar oleh guru juga perlu diterap elemen nilai. Pengajaran tidak hanya bermaksud menjadikan pelajar tahu tentang sesuatu atau memiliki

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

ketrampilan yang tertentu tetapi bagaimana pengetahuan menjadikannya bijaksana. Oleh itu, ilmu yang diajar oleh guru harus dikaitkan dengan pembentukan watak agar ianya relevan dengan kepentingan hidup pelajar.

Soalan B Bagaimanakah pembinaan Negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep 1 Malaysia seperti yang di war-warkan oleh Perdana Menteri? Pembinaan Satu Malaysia Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak melaungkan konsep Satu Malaysia. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup di negara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian negara secara berterusan. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama , menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan . Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan untuk menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

10

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Mesej Satu Malaysia perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara. Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku di sesetengah negara. Seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri, Sarawak dan Sabah adalah contoh satu Malaysia. Walaupun masing-masing mempunyai lebih daripada 30 etnik, tetapi semangat kesatuan mereka amat mantap berbanding Semenanjung yang hanya mempunyai tiga etnik iaitu Melayu (60 peratus), Cina (25 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain (5 peratus), tetapi sukar untuk mencontohi Sabah dan Sarawak. Persoalannya, kenapa? Jawapannya, di Sabah dan Sarawak, konsep satu Malaysia telah terpakai sekian lama, sejak mereka menyertai Malaysia.

11

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Penggunaan satu bahasa, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu meluas. Justeru, tidak hairan penduduk sabah dan Sarawak begitu fasih berbahasa Melayu. Bahasa telah menyatukan mereka. Bila pergi ke sana, kita sukar untuk membezakan mereka Iban, Dayak, murut atau Kadazan kerana semua boleh berbahasa Melayu dengan baik. Ini adalah perkara yang perlu dicontohi oleh kita semula. Kejayaan yang terhasil daripada sistem pendidikan ini adalah Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan perpaduan bagi semua kaum. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah membolehkan masyarakat Malaysia mempelajari Bahasa Melayu dan memahami dalam satu bahasa sebagai bahasa penghubung semua kaum. Komunikasi dalam Bahasa Melayu tanpa mengira kaum menunjukkan Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan. Oleh disebabkan itu, kita sebagai warga pendidik perlu membuat penilaian semula tentang peranan bahasa kebangsaan ini. Pengukuhan bahasa ini dalam kalangan semua kaum terutamanya Melayu, Cina dan India perlu bagi melahirkan perasaan yang muhibah dan perpaduan yang kuat dan mantap. Golongan pendidik perlu memulakan usaha ini sedari mereka masih peringkat pra-sekolah lagi. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

12

KAMAL BIN ABDUL SALAM 0134365033

H/P

NO MATRIK : 661222-04-5457

Bibliografi

Mok Soon Sang. (2005). Peperiksaaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala lumpur. Mok Soon Sang. (2007). Nota Ulangkaji dan Latihan Penilaian Tahap kecekapan. Multimedis-ES Resources Sdn. Bhd. Kuala lumpur. Hajah Noresah bt Baharom. 2007. (et.al.). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala lumpur. Paimah Atoma. 1997. (et.al.). Kewarganegaraan Malaysia. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor. http://www.emoe.gov.my/pipp/dll?prd=ie&pver=6&ar=IStart. Dilayari pada 19 Jun 2009. http://www.utusan.online/rencana.com.my/mc/welcome?.rand=0cvtcb8n1ok23. Dilayari pada 25 Jun 2009. http://www.scribd.com. Dilayari pada 5 Julai 2009.

13

You might also like