You are on page 1of 4

Panduan untuk menjadi doktor gigi...

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana hendak menjadi seorang doktor gigi. Mungkin adik2 diluar sana yang berminat untuk menjadi seorang dr gigi tapi tak tau dari mana nak mula dan sebagainya. Di sini saya berikan sedikit panduan bagaimana untuk menjadikan cita2 sebagai seorang dr gigi menjadi realiti. Pertama sekali, anda kena tanya diri sendiri anda hendak belajar di dalam atau di luar negara. Di dalam negara terdapat beberapa universiti awam dan juga swasta. Universiti-universiti yang telah di iktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia ialah : - Universiti Malaya (UM) - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Universiti Sains Malaysia (USM) dan beberapa universiti yang baru memulakan program ijazah pergigian yang belum di iktiraf kerana belum ada pelajar yang tamat seperti - Universiti Teknologi Mara ( UiTM) - Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM) Untuk Universiti swasta tempatan pula ada ditawarkan kursus ijazah pergigian di - Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) University -International Medical University ( IMU) Ini hanya setakat yang saya tahu, mungkin di masa akan datang lagi banyak institusi-institusi di negara ini menawarkan kursus-kursus pergigian. Untuk luar negara pula, setakat ini pelajar yang mendapat tajaan MARA akan dihantar ke universiti di India . manakala pelajar tajaan JPA pula akan dihantar ke universiti di Australia, India, New Zealand, Ireland dan UK. Untuk senarai universiti yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia ada disini, sila lihat ke semua muka surat. Syarat-syarat kemasukan pula ada terdapat di laman-laman web di atas. Untuk mendapatkan tajaan biasiswa, apa yang anda perlu buat selepas mendapat keputusan SPM ialah dengan melayari laman web JPA ataupun eSILA dan memohon secara online.Iklan biasanya disiarkan di suratkahabr tempatan ataupun laman web JPA dan esila pada Jun/julai setiap tahun . Anda kena mendaftar dahulu kemudian barulah memohon. Selepas memohon, anda perlulah mencetak slip pengesahan penerimaan sebagai bukti yang anda telah memohon.Kemudian boleh menyemak samada anda diterima untuk temuduga atau tidak di laman web JPA atau esila. Selepas temuduga, keputusan akan diberitahu dalam masa sebulan selepas temuduga di laman web tersebut. Pendek kata, anda kena selalu melayari laman web tersebut untuk mengetahui berita terkini mengenai permohonan biasiswa oleh JPA dan juga MARA. Untuk melanjutkan pengajian di luar negara bagi biasiswa tajaan MARA dan JPA

SYARAT-SYARAT UMUM ialah


- Warganegara Malaysia - Umur belum mencapai 18 tahun ( 19 tahun utk pelajar peralihan) pada 31 disember tahun sebelumnya ( contoh utk mohon utk tahun 2008, jadi sebelum 31 dec 2007 belum 18 tahun) -Mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut: Bahasa Melayu Sejarah Pendidikan Islam ATAU Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU Pendidikan Syariah Islamiah ATAU Pendidikan Moral - Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit-penyakit kritikal seperti AIDS, Hepatitis dan sebagainya

SYARAT-SYARAT KHUSUS...
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam 6 matapelajaran berikut Fizik Kimia Biologi Matematik Matematik tambahan Bahasa Inggeris

Pengenalan...
Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia adalah fakulti yang ke17 ditubuhkan pada 26 Jun 1996. Kursus Ijazah Doktor Pergigian telah dimulakan pada sesi 1997/1998 dengan pengambilan pelajar tahun pertama seramai 24 orang yang telah mendaftar pada 25 Mei 1997 dan memulakan kursus pada 26 Mei 1997. Mulai sesi 1998/1999 pengambilan pelajar Tahun Satu ditambah kepada 48 orang dan pada sesi 2001/2002 kepada 96 orang. Pengambilan ini telah dikurangkan semula kepada 65 orang mulai sesi 2004/2005 hingga sekarang. Kursus kepakaran di dalam bidang Ortodontik juga telah bermula sejak tahun 2005. Program DDS Fakulti Pergigian UKM telah mendapat akreditasi oleh Majlis Pergigian Malaysia yang telah dilantik oleh Badan Akreditasi Nasional. Lawatan yang telah diadakan pada tahun 2007 telah mendapat akreditasi selama 5 tahun. Kakitangan akademik dan sokongan bertambah sejak pembukaan Fakulti ini. Fakulti terus menerima permohonan untuk kakitangan akademik dan juga terus menyokong kakitangannya yang ingin meneruskan pembelajaran agar Fakulti ini menjadi satu institusi yang ternama dari segi pengajaran dan pembelajaran mahupun perkhidmatan klinikal.

Sifat-sifat doktor muslim


hendaklah bersifat lemah lembut dan bijak, cekap, pantas membuat keputusan, cepat berpindah dari tidak tahu kepada tahu. Tidak ada pembantu perubatan yang boleh berhati lembut sekiranya ia gagal mengenali kemuliaan jiwa manusia, ia tidak menjadi bijak kecuali ia mengetahui logik, ia tidak boleh cekap kecuali ia dikuatkan dengan pertolongan ALLAH. Jika ia tidak cekap mengagak ia tidak akan dapat mengenali penyakit

Sifat-sifat doktor muslim vs bukan muslim


Mempercayai kematian Menghormati pesakit Bergantung kepada Allah sebagai sumber penyembuh

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN


(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Berminat dengan profesion ini Mempunyai pengetahuan tentang perubatan dan kemahiran klinikal Mempunyai minat untuk bekerja dengan orang ramai tanpa mengira usia dan latar belakang Sihat tubuh badan, mempunyai ketangkasan penglihatan yang baik serta pintar Mempunyai kemahiran menjalinkan hubungan dengan orang ramai Memiliki sikap yang menyenangkan Mempunyai minat di bidang biologi, kimia dan fizik Mempunyai kemahiran dan ketangkasan menggunakan tangan Bersikap peramah dengan pesakit

You might also like