You are on page 1of 85

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.

Ong Kong Swee Jabatan PJK PENDAHULUAN Pengukuran merupakan salah satu bidang yang penting dalam

Pendidikan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. Pengukuran dapat membantu seorang pendidik untuk menilai kebolehan pelajar dan merancang program yang sesuai mengikut tahap kebolehan pelajar. Salah satu bidang pengukuran yang dapat membantu seseorang pendidik dalam mengukur tahap kebolehan pelajar ialah antropometri. Antopometri merupakan satu bidang pengukuran struktur tubuh badan yang paling awal dan merupakan pengukuran yang paling awal digunakan dalam Pendidikan Jasmani. Menurut Miller, DK dan Harison (1984), dari segi teori, latihan akan meningkatkan saiz otot. Pada tahun 1861, Hitchcock dan Sargent telah membuat carta profil untuk melihat perbandingan peningkatan individu sebelum dan selepas latihan. Menurut Mathews (1978), saiz tubuh badan memainkan peranan penting dalam peningkatan prestasi sukan. Keupayaan fizikal serta pengkelasan tubuh badan begitu penting kepada para pendidik Pendidikan Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani untuk melakukan analisis dan merangka program yang sesuai untuk meningkatkan prestasi individu dalam bidang sukan. Antropometri berasal daripada dua perkataan Yunani Tua iaitu Antro bermaksud manusia manakala metri bermaksud pengukuran. Mathews (1978), mendefinisikan antropometri sebagai maklumat yang diperolehi melalui

pengukuran pengukuran tubuh badan ini untuk mengumpul maklumat tentang evolusi dan variasi manusia.

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Barrow dan McGee (1979) pula mendefinisikan antropometri sebagai suatu bentuk pengukuran yang dilakukan terhadap tubuh badan manusia untuk menilai tahap kecergasan fizikal berdasarkan teori yang memfokuskan tentang semetri tubuh badan. Menurut Clarke (1976) menyatakan bahawa, setiap individu mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ciri fizikal ini wujud kerana dipengaruhi oleh oleh faktor baka dan persekitaran. Menurut Mathews (1978), pendidik Pendidikan Jasmani perlu mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkaitan keupayaan fizikal serta jenis somatotaip yang tertentu. Pengetahuan dan pemahaman ini berguna untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan atlit bagi memudahkan seseorang pendidik merancang dan melaksanakan program latihan yang spesifik bagi memenuhi keperluan fizikal seseorang pelajar dan atlit. Somatotaip merupakan pengkelasan bentuk tubuh manusia. Klasifikasi bentuk tubuh badan manusia ini amat penting dalam memahami individu daripada aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Bentuk tubuh badan memainkan peranan dalam Pendidikan Jasmani. Tegasnya pengkelasan antropometri dan somatotaip sangat penting bagi pelatih atau pelajar dalam menentukan pencapaian prestasi sesuatu sukan yang diceburi. Jurulatih atau guru yang terlibat dalam pengujian ini pula akan dapat menilai data-data yang terkumpul untuk memilih atau melatih para pelatih secara spesifik.

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Pengetahuan dalam pengukuran antropometri boleh diaplikasi dalam pelbagai bidang kajian dan penyelidikan di antaranya ialah : 1. Identifikasi ras atau bangsa dalam bidang antropologi. 2. Pengkelasan tubuh manusia yang dikenali sebagai somatotaip. 3. Penentuan komposisi tubuh. 4. Pengkelasan kumpulan mengikut indeks bagi menentukan taraf

pemakanan dan kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan fizikal manusia serta indeks tahap kematangan. 5. Penentuan kesesuaian fungsional rekabentuk, mobiliti, keselesaan serta keselamatan manusia oleh arkitek, jurutera dan rekabentuk industri pembangunan.

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Antropometri merupakan satu bidang pengukuran struktur tubuh badan yang paling awal dan tertua. Ianya juga merupakan pengukuran yang paling awal digunakan dalam Pendidikan Jasmani. Pada mulanya bidang pengukuran antropometri ini, digunakan oleh ahli antropologis untuk mengukur bahagianbahagian tubuh badan manusia. Data yang diperolehi dalam pengukuran yang dilakukan adalah untuk meninjau perkaitan antara fizikal manusia dengan tahap kesihatan. Mathews (1978), menyatakan bahawa kajian biometri telah bermula sejak 400 s.m. di Greek. Hippocrates adalah orang yang pertama mengkaji bidang biometri. Beliau telah mengklasifikasikan bentuk tubuh badan manusia kepada dua komponen iaitu : 1. Phthisic Habitus Keadaan fizikal yang tinggi lampai dan kurus dengan tumpuan pengukuran terhadap

dimensi vertical. 2. Apoplectic Habitus Keadaan di mana manusia yang mempunyai fizikal yang gempal dan pendek iaitu tertumpu kepada dimensi horizontal. Menurut Mathews (1978), menyatakan bahawa pada tahun 1797, Helle telah mengklasifikasikan bentuk tubuh badan manusia kepada empat jenis berdasarkan ciri-ciri anatomi manusia. Klasifikasi yang dibuat oleh Helle adalah seperti berikut :

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK 1. Abdominal 2. Otot 3. Tubing Toraks 4. Saraf Menurut Clarke (1976), pada tahun 1828 Rostam telah mengklasifikasikan bentuk tubuh badan manusia kepada empat kategori iaitu: 1. Penghadaman 2. Otot 3. Respiratori 4. Serebral Pada tahun 1860, Cromwell telah menjalankan kajian terhadap kanakkanak sekolah yang berumur di antara 8 hingga 18 tahun. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan dalam lingkungan

umur 11 hingga 14 tahun mempunyai ketinggian dan berat badan yang lebih berbanding kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur yang sama. Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbezaan dapatan pabila kanak-kanak yang berumur lebih 14 tahun dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketinggian dan berat badan kanak-kanak lelaki melebihi ketinggian dan berat badan kanakkanak perempuan dalam lingkungan umur yang sama.

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Pada tahun 1935, Kreschmer telah mengkaji tentang jenis bentuk tubuh badan manusia. Beliau telah mengklasifikasikan tubuh badan manusia kepada: 1. 2. 3. Asthelic tubuh badan kurus Athletic tubuh badan yang berotot Pyknic tubuh badan yang gemuk

Menurut buku yang ditulis oleh Johnson dan Nelson (1986) telah mengemukakan kaedah yang lebih tepat dalam pengukuran tubuh badan manusia berdasarkan kaedah timbangan di dalam air, analisis radiograf, pendekatan biokimia dan Ultra-sound bagi menentukan ketumputan badan. Dalam buku Johnson dan Nelson (1986) juga menyatakan pada tahun 1980, Jackson dan Pollock, M.L. [1978] telah menghasilkan kaedah nomogram dalam mengukur tubuh badan manusia. Kaedah ini melibatkan pengukuran dari aspek umur, nilai dan jumlah tiga lipatan kulit untuk lelaki dan wanita.

Penggunaan nomogram ini lebih mudah kerana tidak melibatkan pengiraan yang rumit.

Klasifikasi Indeks Antropometris telah menyedari bahawa prestasi kanak-kanak bergantung kepada faktor umur, berat dan somatotaip. Walaupun subjek tersebut sebaya, tidak semestinya sama dari segi bentuk dan saiz tubuh. Individu yang sama tinggi mungkin berbeza dari segi berat badan. Begitu juga individu yang sama berat mempunyai proposi berbeza pada otot, lemak dan pertumbuhan tulang.

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Justeru, tidak ada satu pun bentuk pengukuran yang benar-benar dapat memenuhi tujuan pengukuran untuk mengklasifikasikan pelajar di dalam kumpulan homogenius. Sistem persekolahan di Amerika telah menggunakan satu pengukuran berdasarkan satu klasifikasi iaitu umur. Pelajar di sana memulakan persekolahan pada satu umur tertentu dan jika mereka mendapat kemajuan yang meyakinkan, akan dinaikkan satu gred setiap tahun. Oleh itu pakar pengukuran di sana telah menggunakan kaedah lain untuk

mengklasifikasikan pelajar di dalam kumpulan homogenius.

Contoh-contoh indeks klasifikasi yang telah digunakan adalah seperti berikut: McCloy dan Nelson-Cozens Classification Indexes i) ii) iii) Ponderal Index (PI) Body Mass Index (BMI) Surface Area / Weight Ratio (Nisbah Luas Permukaan / Berat)

Dipetik dari Johnson and Nelson, Practical measurements for Evaluation in Physical Education (Page 176 - 177)

i) McCloy dan Nelson-Cozens Classification Indexes Menurut C.H McCloy, pengukuran - adalah berdasarkan kombinasi umur, ketinggian dan berat tubuh. - boleh dibuat dalam 3 indeks iaitu untuk elementary, high school dan kolej Indeks gred elementary (CI)

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

CI = 10 (umur dalam tahun) + berat (lb) Menurut McCloy pada peringkat ini ketinggian subjek tidak dipentingkan. Indeks klasifikasi Neilson-Cozens pula menyatakan CI = 20 (umur dlm tahun) + 5.55 (ketinggian dlm inci) + berat (lb) Klasifikasi Indeks Neilson-Cozens dapat ditentukan dengan cepat dengan merujuk kepada satu jadual. Guru cuma perlu mendapat nilai eksponen untuk pembolehubah tinggi, umur dan berat. Setelah dijumlah ketiga-tiga eksponen ini, pengkelasan dalam bentuk A, B, C dan sebagainya diperolehi. Untuk

elementary dan junior high school, terdapat 8 kelas iaitu (A hingga H). Manakala untuk high school pula terdapat 3 kelas (A,B dan C). AAHPERD Youth Fitness test Manual menggunakan norm berdasarkan NelsonCozens Clasification Indexes.

ii) Ponderal Index (PI) PI ialah ketinggian dibahagikan dengan punca kuasa tiga berat : PI = 3 Ketinggian berat

Nomogram digunakan untuk mengira PI. PI digunakan dalam proses mengira somatotyping. Semakin tinggi PI, semakin kurus (ektomorf) seseorang itu. 8

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

iii) Body Mass Index (BMI) Digunakan untuk mengkaji komposisi badan Indeks berat berkait dengan ketinggian BMI = Berat (kg) _____________ Tinggi 2 (meter)

BMI ialah ukuran obesiti kerana ia berhubung rapat dengan lemak tubuh sabagai ukuran densiti badan.

iv) Surface Area / Weight Ratio (Nisbah Permukaan / Berat) SA / W selama ini telah digunakan dalam kajian untuk membandingkan subjeksubjek dari pelbagai ethnic/kebudayaan yang berlainan ke atas toleransi

kepanasan dan juga kesejukan. Ini disebabkan kepentingan permukaan dalam pertukaran haba. Orang kurus mempunyai nisbah SA / W yang lebih tinggi.

Persamaan yang digunakan adalah berikut: SA / W = permukaan (m2) X 100 ________ Berat (kg)

Luas permukaan diperolehi dari carta Dubois Body Surface (W.M.Boothby and J. Berkson, Mayo Clinic, Rochester, Minn.). Luas permukaan boleh juga diperolehi dengan formula (Katch, Behnke and Katch

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

1979): iaitu SA (m2) = berat (kg) _________ tinggi (cm)

X tinggi (cm) X 0.01762 Nisbah SA / W berkadar terus dengan ponderal Indeks (PI) dan berkadar songsang dengan BMI (Body Mass Index) ia

Dipetik dari Johnson and Nelson, Practical Measurements for Evaluation in Physical Education (Page 176 - 177)

Salah satu masalah besar berkaitan dengan kaedah jadual tinggi/berat atau BMI ialah kita tidak mengetahui dengan tepatnya samada subjek itu terlebih berat adalah kerana terlebih otot (heavily muscled) atau terlebih lemak (overfat). Maka untuk mendapatkan jawapan bagi keadaan sebenar, kaedah yang lebih saintifik yang melibatkan analisis kimia seluruh tubuh perlu dilakukan. Kaedah ini boleh mengukur jumlah air, lemak, protein dan mineral yang terkandung di dalam tubuh subjek. Di dalam pengukuran badan manusia, terdapat pelbagai bentuk pengujian yang dijalankan bagi menentukan ketumpatan badan dan peratusan lemak. Antaranya : i. ii. iii. Isotop Dilution Photon Absorptiometry Potassium-40 10

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Menimbang Secara Hidrostatik (Hydrostatic Weighing) Dual Energy X-ray Absorptiometry (DEXA) Near Infrared Interactance (NIR) Radiography Ultrasound Nuclear Magnetic Resonance (NMR) Total Body Electrical Conductivity (TOBEC) (Sumber: Scott, Edward. Theory and Application to Fitness and Performance)

Berikut adalah ringkasan teknik yang boleh memberi maklumat berkenaan dengan komposisi seluruh tubuh dan perkembangan serta perubahan tisu tertentu di dalam badan.

11

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Isotope Dilution Teknik yang digunakan untuk mengukur jumlah cecair badan (Total body water). Subjek akan diberi minum air isotope (tritated water 3H20), atau (deuterated water 2H20) atau 18O-labeled water (H218O). Selepas 3 hingga 4 jam, contoh cecair dari tubuh subjek (air liur) akan diambil dan ketumpatan isotope itu akan dikenalpasti. Isipadu (volume) jumlah cecair badan diperolehi dengan mengira berapa banyak air diperlukan untuk mencapai ketumpatan tersebut. Seseorang yang mempunyai jumlah cecair badan yang tinggi mempunyai lebih tisu tanpa lemak (lean tissue) dan kurang tisu lemak. Maka TBW boleh digunakan untuk menentu lemak tubuh badan.

Photon Absorptiometry Teknik ini digunakan untuk mencari kandungan mineral dan ketebalan (densiti) tulang. Pancaran photons dari iodine-125 dipancarkan menembusi tulang dan transmisi photon melalui tulang dan tisu lembut diperolehi. Teknik ini digunakan berdasarkan hubungan yang ketara di antara penyerapan photons dengan ketebalan (densiti) tulang.

12

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Potassium-40 Sel tubuh telah dikenalpasti mengandungi potassium bersama-sama dengan kewujudan isotop radioaktif potassium 40K. Potassium 40K boleh diukur dengan menggunakan pembilang counter seluruh tubuh dan ia berkadar terus dengan mass tisu tanpa lemak. (lean tissue).

Hydrostatic weighing Teknik ini adalah berdasarkan kepada prinsip Archimedes. Teknik ini merupakan teknik yang paling popular untuk mengukur densiti tubuh badan. Perbandingan asas dibuat di antara berat badan di luar air dengan di dalam air. Dua subjek yang mempunyai berat tubuh yang sama tetapi mempunyai lemak tubuh yang berbeza akan memberi bacaan yang berbeza untuk timbangan secara hidrostatik. Ini disebabkan air mempunyai densiti sebanyak 1gm/ml, dan lemak tubuh sebanyak 0.099gm/ml manakala tisu tanpa lemak adalah 1.100gm/ml. Tisu tanpa lemak akan tenggelam di dalam air manakala tisu lemak akan timbul kerana lebih ringan dari air. Berikut adalah persamaan untuk mengira densiti tubuh secara timbangan hidrostatik

BD =

Wt d (Wtd Wtw) (RV + 100ml) Dw

13

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

BD = densiti tubuh dalam g/cm3 Wtd = berat subjek di luar air dalam kg Wtw = berat subjek di dalam air dalam kg Dw = densiti air dalam g/cm3 pada suhu pengukuran RV = Risidual Volume dalam liter (isipadu udara yang tertinggal di dalam paruparu selepas penghembusan udara keluar yang maksimum) Untuk kebolehpercayaan dan kesahan , pengukuran diulang sebanyak 10 kali.

Dual Energy X-ray Absorptiometry (DEXA) Sumber X-ray digunakan untuk menentukan keseluruhan tubuh satu anggaran tisu tanpa lemak , tulang, mineral serta lemak dengan ketepatan yang tinggi. Perisian yang diperlukan dalam proses ini semakin terus diperbaiki dan DEXA semakin memainkan peranan yang penting dalam penganalisaan komposisi badan di masa hadapan.

Near Infrared Interactance (NIR) Kaedah ini berdasarkan kepada penyerapan cahaya, pantulan serta near infrared spectroscopy. Alat fiber-optic diletakkan di atas bicep dan cahaya ultra dipancarkan melepasi lemak dan otot dan seterusnya dipantulkan balik oleh tulang ke alat fiber-optic itu. Ukuran akan diambil hasil dari proses pantulan ini. Teknologi ini kurang mendapat sambutan saintis dan pengusaha

14

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK (manufacuturer) dan kajian terkini mendapati teknologi ini boleh di

perkembangkan lagi.

Radiography

X-ray ke atas anggota badan membolehkan pengukuran saiz (widths) lemak, otot dan tulang. Ia digunakan dengan meluas untuk mengesan pertumbuhan tisu. Ukuran saiz lemak boleh digunakan untuk mengganggar jumlah lemak badan.

Ultrasound Gelombang bunyi digunakan dan dipindahkan melalui tisu. Pantulan (Echo) bunyi diterima dan dianalisa. Teknik ini boleh digunakan untuk mengukur ketebalan otot. Teknologi terkini membolehkan seluruh tubuh di scan penetapan isipadu (volume) pelbagai organ tubuh di benarkan. dan

Nuclear Magnetic Resonance (NMR)

Teknik ini menggunakan gelombang elektromagnet untuk dipindahkan melepasi tisu. Nuclei menyerap dan kemudianya melepaskan tenaga pada frekuensi tertentu yang juga dikenali sebagai resonance. Sifat resonance akan menentukan jenis-jenis tisu. Analisa komputer ke atas signal membekalkan gambaran yang jelas dan isipadu (volume) tisu tertentu boleh dikira.

15

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Total Body Electrical Conductivity (TOBEC)

TOBEC mengukur berdasarkan kepada tisu tanpa lemak dan air mengalirkan eletrik lebih baik dari lemak. Subjek akan dibaringkan di dalam satu lingkaran selinder yang disalurkan dengan kuasa elektrik yang menghasilkan satu medan electromagnet. Medan electromagnet di dalam ruang lingkaran selinder akan dipengaruhi oleh komposisi badan subjek. Individu perlu diberi panduan tentang hubungan fizikal dan jenis tubuh badan. Selain daripada itu konsep latihan akan mendatangkan persembahan yang lebih baik juga perlu diterapkan tetapi ia tidak akan membawa perubahan terhadap jenis tubuh badan.

16

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK MEKANISMA FISIOLOGI KULIT

Kefahaman mengenai fisiologi kulit adalah penting dalam antropometri kerana perkaitannya dengan komposisi dan bentuk tubuh badan. Pengukuran lipatan kulit misalnya boleh memberi data yang paling tepat bagi menentukan kandungan lemak di dalam tubuh badan setiap individu. Kulit badan manusia terdiri daripada dua lapisan yang utama iaitu kulit luar (epidermis) dan kulit dalam (dermis). Di bawah kulit dalam (dermis) terdapat lapisan dikenali sebagai (hypodermis) yang terbina daripada tisu lemak. Ia juga dipanggil sebagai tisu adipose. Tisu adipose ini terletak berhampiran dengan tulang atau otot.

Fungsi utama kulit ialah : 1. Melindungi tisu badan dan organ dalam daripada sebarang impak dan bahan kimia serta mengelak kehilangan cecair dalam badan. 2. menstabilkan suhu badan bergantung kepada persekitaran sama ada cuaca panas atau sejuk. 3. Menyimpan nutrien yang diperolehi melalui makanan. Tisu adipose yang terletak jauh di dalam kulit boleh menyimpan lemak di bawah permukaan kulit. 4. Sebagai penerima isyarat dan ransangan apabila permukaan kulit disentuh, diberi tekanan daripada luar, perubahan cuaca serta suhu maka

17

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK reseptor akan menghantar impuls melalui sistem saraf pusat akan tindakbalas berdasarkan isyarat yang telah diterima. 5. melakukan proses perkumuhan di mana ia mengeluarkan cecair daripada badan untuk mengimbangi suhu badan. Bahan kumuh ini dikeluarkan melalui peluh yang tersejat. Ini akan menyejukkan permukaan kulit.

Struktur kulit Sumber : Martini dan Bartholomew (1997) p.g 108

Kulit Luar ( epidermis) Lapisan kulit luar (epidermis) terdiri daripada tisu epitelium yang berlapis dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Ketebalan lapisan kulit luar ini adalah 0.08 mm. Mikroskop digunakan untuk melihat lapisan kulit tersebut manakala Epidermis pula dibahagikan kepada dua lapisan yang nyata iaitu lapisan bersisik (Stratum Corneum) dan lapisan Janasel.

18

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Lapisan epidermis Sumber : Martini dan Bartholomew (1997) p.g 109

Lapisan bersisik (Stratum corneum) terdapat di bahagian luar sekali. Selsel dibahagian ini adalah leper dan tertekan serta hilang sifat bentuk selnya. Sel di sebelah luar lapisan bersisik ini adalah sel yang telah mati dan apabila ianya haus atau terhakis ia akan diganti oleh sel baru dari lapisan Janasel. Sel yang mati di lapisan ini akan melikatkan kandungan keratin. Keratin adalah bahan yang utama bagi membentuk kuku, rambut dan calluses. Bagi haiwan seperti lembu keratin ini akan membentuk tanduk dan bagi burung ia membentuk paruh. Lapisan Janasel terdiri daripada stratum lucidum, stratum granulosum, stratum spinosum dan stratum germinativum. Stratum lucidum merupakan lapisan yang memisahkan antara lapisan bersisik dan lapisan Janasel. Lapisan ini berperanan mengeluarkan keratin, di mana keratin disimpan dalam sitoplasma. Stratum germinativum pula merupakan lapisan yang paling dalam sekali. Ia memisahkan antara lapisan epidermis dan dermis. Sel di bahagian ini adalah berbentuk bulat dan ia mempunyai nukleus. Sel di bahagian ini sentiasa

19

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK membiak serta membentuk sel yang baru bagi menggantikan sel yang telah hilang akibat terhakisnya lapisan bersisik di permukaan kulit luar. Epidermis tidak di bekalkan dengan salur darah. Ia menerima zat makanannya melalui bendalir limfatik yang mengalir di antara sel-sel di lapisan yang di sebelah bawah. Epidermis mempunyai ketebalan yang berbeza mengikut tempat di bahagian tubuh, bahagian kaki mempunyai kulit yang paling tebal sekali.

Kulit dalam (dermis) Dermis adalah lapisan kulit yang sebenar dan ianya terbina daripada tisu pengikat, iaitu tisu fiber dan elastik. Terdapat beberapa struktur di dalam lapisan dermis :

i)

Kilang peluh Kilang peluh merupakan kilang kecil yang terpenting. Bilangannya banyak terutamanya di tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan dahi. Terdapat lebih kurang 3000 kilang peluh bagi setiap satu inci persegi dibahagian tapak tangan. Ia tebina daripada tiub yang berlingkar dan dibekalkan dengan salur darah yang banyak. Dari kilang peluh ini, salur naik ke atas dan menembusi permukaan kulit dan ia dikenali sebagai liang roma atau liang peluh. Peluh yang dikeluarkan mengandungi air dan natrium klorida yang merupakan bahan kumuh tubuh. Ia berperanan menyejukkan badan dan

20

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK secara tidak langsung dapat mengawal suhu badan serta mengawal imbangan air dan eletrolit tubuh. Penghasilan peluh ini dikawal oleh system saraf autonomik bahagian simpatetik. Air peluh sentiasa dihasilkan oleh kilang peluh dan akan tersejat apabila tubuh berehat.

ii)

Kilang sebum atau kilang minyak (Sebaceous Glands) Kilang ini terdapat di seluruh tubuh dan ia paling banyak di bahagian muka, kepala, dan bahagian kulit yang berbulu. Kilang ini terbina daripada gelembung yang mempunyai tisu-tisu epitelium di sekelilingnya. Salur dari gelembung ini menuju ke kulit luar, melalui liang roma. Sebum yang dihasilkan oleh kilang ini akan membasahkan dan melembutkan permukaan kulit bagi

mengelakkan rambut menjadi kering dan rapuh. Kilang sebum ini juga terdapat di telinga (kilang cerumen) dan di kelopak mata (kilang meibomian).

iii)

Rambut Rambut dan bulu roma terdapat diseluruh permukaan kulit kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Ia terhasil daripada umbi rambut. Umbi rambut ini tertanam didalam lapisan kulit dalam (dermis) dan dibekalkan dengan saluran darah. Dengan pembiakkan sel baru dibahagian akarnya, rambut itu akan tumbuh dan menjadi batang

21

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK rambut. Batang ini tertolak ke atas, menjadi lebih panjang apabila sel yang baru itu menolak sel yang lama ke atas. Rambut terbina daripada sel yang telah mati. - Otot bebas yang halus yang terlekat pada liang rambut dikenali sebagai otot pendiri rambut (arrector pili). Apabila otot ini menguncup, rambut akan berdiri tegak. Keadaan ini berlaku apabila kita dalam ketakutan dan semasa sejuk.

iv)

Kuku Kuku terbina daripada sel tisu luar yang telah mati. Bahan utama untuk membentuk kuku ialah keratin. Kuku tumbuh dari sel epitelium dari umbinya. Umbi kuku ialah bahagian kuku yang dilitupi kulit tubuh dan badannya ialah bahagian yang terdedah.

Lapisan Subcutaneous Lapisan ini terletak di bawah lapisan dermis. Lapisan ini mempunyai tisu fiber yang melekat dengan lapisan dermis. Sempadan antara kedua-dua lapisan ini tidak begitu jelas. Ia bukanlah kulit yang sebenar seperti lapisan epidermis dan dermis. Lapisan ini berfungsi sebagai mengekalkan kedudukan struktur kulit dengan tisu-tisu dan organ-organ lain. Lapisan subcutaneous ini mengandungi banyak sel lemak (tisu adipose). Tisu adipose adalah satu tisu perantaraan yang menyangga dan mengikat struktur dalam tubuh. Ia didapati di bawah kulit, lapisan ketiga (lapisan

22

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK subcutaneous) selepas epidermis dan dermis, yang mengelilingi jantung dan buah pinggang. Tugasnya adalah untuk melindungi tubuh apabila menerima hentakan daripada luar, sebagai penebat haba dan bentuk simpanan tenaga. (Martini & Bartholomew, 1997).

Tisu adipose Sumber : Martini dan Bartholomew (1997) p.g 91

Tisu adipose adalah sebagai sel yang aktif, apabila kurangnya nutrien, tisu ini akan mengecil dan apabila seseorang itu makan dan penambahan nutrien lemak di dalam badan, sel ini akan membesar semula. Perkara inilah yang berlaku ke atas mereka yang melakukan diet pemakanan bagi menguruskan badan. Tisu adipose ini tidak akan mati, malahan ia hanya mengecil saiznya dalam kedudukan yang sama. Kandungan lemak biasanya berbeza di setiap bahagian tubuh seseorang. Bagi lelaki kandungan lemak ini banyak terkumpul di bahagian leher, tangan disebelah atas (upper arm), dibahagian bawah belakang badan (lower back), dan

23

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK di sekitar punggung. manakala bagi perempuan pula kandungan lemak yang banyak terdapat dibahagian buah dada, punggung, pinggang dan paha. Lemak adalah sumber utama tenaga bagi mengawal suhu badan bagi membantu aktiviti harian. Lemak yang disimpan juga bertindak sebagai penebat tubuh. Ia adalah konduktor haba yang lemah, dengan itu lapisan lemak di bawah kulit mengekalkan kehangatan tubuh. Dari segi kimia lemak atau lipid mengandungi sebatian yang terdiri daripada karbon dan hidrogen serta sedikit oksigen. Lipid (lemak dan minyak), fosfolipid dan sterol adalah penting untuk pemakanan. Trigliserida adalah bentuk lemak yang tersimpan di dalam otot dan tisu adipose yang membekalkan dengan bekalan bahan bakar yang berterusan, memanaskan badan dan melindungi dari kejutan mekanik bagi melapik organorgan penting. Ia adalah gabungan antara fatty acid dan glaserol. Asid lemak berfungsi sebagai bahan pemula untuk mengawal hormon. Fosfolipid dan sterol menyumbang kepada struktur-struktur sel, dan kolestrol berperanan sebagai

bahan mentah untuk hormon, vitamin D dan hempedu. Tubuh kita perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak kerana ia membantu membina pembentukan tubuh, menyumbang keperluan tenaga dan mengawal metabolisme. Lemak juga dapat membentuk vitamin A, D, E dan K yang di perlukan oleh badan yang tidak boleh dibina oleh badan, dan perlu ambil daripada nutrien daripada luar. Sekiranya lemak kurang dalam badan ia terpaksa digantikan dengan tenaga karbohidrat.

24

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Kajian tentang pengiraan bagi mencari peratusan lemak badan telah dilakukan oleh Jackson dan Pollock 1976 dalam Heyward (1997). Kajian tersebut mendapati di bawah kulit terdapat lapisan lemak subcutaneous. Lapisan lemak ini boleh diukur dengan mengambil ukuran lipatan kulit pada tempat tertentu. Alatan yang digunakan adalah sepasang kaliper (angkup atau alat pengukur diameter). Kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa penggunaan murah mungkin sesuai untuk mass testing setting jika ianya diuji oleh pakar atau penguji yang terlatih. (Lohman dan Pollock 1981). Perbezaan di antara seorang penguji yang berpengalaman dan yang kurang berpengalaman akan mempengaruhi skor jika caliper yang mahal digunakan. Penguji yang kurang berpengalaman diberi latihan agar penghasilan skor yang sama diperolehi jika menggunakan kaliper plastik yang mempunyai spring dan caliper yang mempunyai tension yang selaras tanpa dipengaruhi oleh ketebalan lipatan pada kulit.

Perkaitan Komposisi Lemak Badan Dengan Taraf Kesihatan. Komposisi lemak badan adalah merujuk kepada lemak, tisu lemak atau tisu adipose yang terletak di bawah kulit hasil daripada aktiviti metabolisme sel di dalam sistem tubuh badan manusi. Lemak badan yang berlebihan merupakan satu masalah yang dianggap kritikal di Amerika Syarikat. Keadaan ini telah menyumbangkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit yang berkaitan dengan koronori, darah tinggi, diabetes, kencing manis, peningkatan risiko kanser, stroke, osthopedic disorders dan pelbagai jenis masalah kesihatan yang lain termasuk juga masalah haid yang tidak tetap. (Johnson and Nelson p.g 185).

25

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Pengiraan peratusan lemak badan adalah kaedah mudah mendapatkan berat dan komposisi badan yang ideal. Peratusan lemak adalah peratusan keseluruhan berat badan. Oleh itu seseorang yang beratnya 150 Ibs (pound) dan lemak sebanyak 10% mempunyai tisu lemak sebanyak 15 Ibs dan 135 Ibs tisutisu lain dipanggil lean tissue (tisu berotot). Apabila komposisi lemak dalam tubuh badan seseorang itu meningkat, tisu adipose juga akan bertambah pada sesuatu kawasan. Para penyelidik telah melakukan kajian untuk mengetahui bagaimana serakkan lemak (body fat distribution) atau pola lemak (fat patterning) dan kaitannya dengan kecergasan fizikal manusia. Walaupun kajian yang berkaitan dengan komposisi lemak badan yang berlebihan ini sering dikaitkan dengan masalah kesihatan dan kecergasan seseorang, namun begitu mereka juga mendapati komposisi lemak badan yang berkurangan juga akan menyumbangkan kepada masalah yang tertentu.

Kolestrol Kolestrol adalah satu zat daripada golongan lemak. Ia adalah bahan seperti lemak, berlilin, yang wujud dalam semua sel haiwan termasuk juga sel manusia. Kolesterol juga penting dalam kesihatan walaupun ramai yang beranggapan ia hanya memberi kemudaratan. Kolesterol diperlukan untuk membawa lemak yang telah dihadamkan kebahagian lain tubuh. Sebahagian besar kolesterol dalam badan dihasilkan oleh organ hati dan selebihnya dari makanan . Lemak dari organ hati dan dari makanan ini dibawa di dalam badan

26

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK oleh lipoprotein (gabungan kolestrol dan protein). Lipoprotein melalui saluran darah ke organ-organ lain yang memerlukannya. Terdapat 3 jenis lemak yang penting dalam badan iaitu : 1. Lemak kepekatan sangat rendah (VLDL = Very Low Density Lipoprotein ) 2. Lemak kepekatan rendah (LDL = Low Density Lipoprotein ) 3. Lemak kepekatan tinggi (HDL = High Density Lipoprotein )

Lemak LDL adalah kolesterol yang tidak baik untuk badan. Jika paras lemak LDL ini berlebihan, ia akan melekat pada dinding saluran darah dan akan menyempitkan saluran darah tersebut. HDL pula adalah lemak yang baik. Ia berfungsi sebagai pembawa lemak untuk disimpan di dalam hati. Jadi ia mengurangkan paras lemak di dalam darah. Paras kolesterol yang baik (normal) ialah 5.2mmol/l . Kolesterol penting dalam tubuh manusia kerana ia merupakan salah satu zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta untuk mengawal jangkitan penyakit. Badan menggunakan kolesterol untuk: Tumbesar dan memperbaiki sel-sel Menghasilkan asid hempedu oleh pundi hempedu yang membantu menyerap lemak dalam makanan. Penghasilan hormon

27

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Pertumbuhan yang tidak sempurna akan lebih peka kepada jangkitan penyakit. Kolesterol dalam tubuh akan pecah dan menjadi hormon yang dinamakan steroid. Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Dengan yang demikian kolesterol yang seimbang diperlukan. Kandungan kolesterol dalam badan dapat diketahui melalui ujian darah. Melalui ujian ini, seseorang itu dapat mengetahui sama ada kandungan kolesterol dalam tubuhnya normal, kurang ataupun tinggi. Jika kandungan kolesterol dalam badan seseorang itu normal, dia tidak akan menunjukkan sebarang penyakit. Jika seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, kemungkinan dia akan mempunyai tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata atau di bahagian atas dan bawah kelopak mata. Tompok ini boleh berada dalam bilangan yang banyak ataupun satu sahaja. Tetapi perlu diingat, bukan semua orang yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh menunjukkan tanda seperti ini. Manakala bagi mereka yang gemuk, perokok atau mempunyai masalah darah tinggi adalah berkemungkinan besar mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. Kolesterol yang tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat. Arterioscleriosis merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan

28

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Atherosclerosis pula terjadi berikutan pemendapan plak yang terdiri daripada lemak dan sel pada dinding arteri. Penimbunan lemak pada dinding arteri berlaku sejak kita masih muda. Penimbunan lemak mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk menebalkan dinding dan menyempitkan saluran darah arteri. Semakin tua, plak ini semakin tebal dan lambat-laun akan menyebabkan salur darah tersumbat sama sekali. Jika keadaan ini belaku, darah tidak dapat mengalir dengan mudah ke jantung. Kekurangan oksigen ke jantung akan akhirnya mengganggu keupayaan jantung untuk berfungsi dengan baik. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. Apabila lemak membaluti jantung, maka jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan membaluti saluran kecil darah yang terdapat pada jantung. Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung pergerakan jantungnya. Stroke atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika menyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi. Serangan stroke secara tiba-tiba untuk memulihkan kembali fungsi dan

29

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan. Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya. Bagaimanapun bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal. Sama seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah. Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

30

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Terjadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri. Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa. Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke. Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah. Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap

penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebararg bukti tentang faktor ini. Tanda stroke termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi

membolehkan mereka menjalani rawatan. Cuma yang mungkin dapat dirasai

31

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami. Rawatan untuk stroke bergantung kepada sejauhmana seriusnya kerosakan otak yang dialami oleh pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa siri rawatan untuk memulihkan anggota yang lemah atau lumpuh. Penyakit ini juga menjadi penyebab utama kematian dan terdapat kira-kira 15 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung dan stroke. Sebagian besar meninggal dunia di bawah usia 65 tahun. Penyakit jantung koroneri bermula di Amerika Utara, Eropah dan Australia pada awal abad ini. Penyakit jantung juga sering dijumpai pada kanak-kanak dan remaja. Ketika ini terdapat lebih dari 12 juta orang yang mengidap penyakit ini dan menyebabkan 400 ribu kematian pada setiap tahun di seluruh dunia. Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan gangguan jantung dan pembuluh darah yang umum dan dihidapi oleh 20 % penduduk dewasa di dunia. Tembakau pula telah menyebabkan 3 juta orang meninggal setiap tahun akibat kanser paru-paru dan penyakit jantung.

Rumusan Kecergasan dan kesihatan badan biasanya bergantung kepada komposisi tubuh badan. Lebih lagi yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan, seperti atlit. Komposisi badan boleh mempengaruhi tahap pencapaian atlit. Selain itu kajian

32

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK yang telah dilakukan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan komposisi badan. Faedah dari pengukuran ini, individu dapat menentukan tahap komposisi lemak badan. Individu yang obesity berpotensi menghidapi penyakit seperti Coronary Artery Disease, hypertension, Type II Diabetes dan sebgainya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru dapat menerangkan kepada pelajar cara pengamalan gaya hidup sihat dari segi pengambilan pemakanan dan pengawalan berat badan.

KAJIAN LAMPAU Hasil kajian yang dijalankan melibatkan pengkelasan tubuh badan memerlukan ukuran pengkelasan yang tepat, namun pemahaman konsep somatotaip mampu menentukan jenis tubuh badan. Norma yang digunakan dalam kebanyakan jadual berat badan telah dikelaskan bersama ukuran tinggi dan kategori tubuh badan manusia secara tepat Kajian lampau telah menunjukkan terdapatnya kolerasi di antara prestasi ujian kecergasan motor dengan pengkelasan somatotaip dan pengukuran antropometri. Menurut Johnson dan Nelson (1986), kajian yang dijalankan oleh Hebbelinck dan Postma pada tahun 1963 telah mendapati bahawa subjek yang diklasifikasikan sebagai mesomorf ternyata lebih unggul dalam semua ujian kecergasan motor. Manakala subjek daripada kumpulan ekto-mesomorf mempamerkan prestasi yang lebih baik daripada kumpulan endo-mesomorf kecuali dalam acara lontar peluru.

33

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Menurut Cureton yang pernah menjalankan satu kajian ke atas atlit-atlit yang menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1931, 1936 dan 1948 telah merumuskan bahawa : 1. Acara balingan lebih dikuasai oleh atlit mesomorf. 2. Acara balapan lebih dikuasai oleh atlit ektomorf berotot pejal. 3. Acara renang lebih dikuasai oleh atlit meso-endomorf. 4. Acara gimnastik lebih dikuaai oleh atlit meso-ektomorf.

Menurut Miller,D.K (2002), satu kajian telah dijalankan terhadap rakyat Amerika. Dalam kajian tersebut mendapati bahawa dianggarkan lebih daripada 80 juta rakyat Amerika mempunyai berat badan yang berlebihan kerana di dalam tubuh badan mereka mengandungi lemak yang berlebihan. Kemungkinan lebih daripada 40 juta golongan dewasa adalah tersangat gemuk (obese) iaitu jumlah lemak dalam badan mereka melebihi 25% bagi lelaki dan 30% bagi perempuan. Dalam jumlah ukuran berat secara keseluruhan lebihan berat ini tidak terhad terhadap populasi tua sahaja. Lebih 20% remaja juga menghadapi masalah terlebih gemuk (overfat). Thorland, W. (1984), telah melakukan kajian menggunakan kaedah antropometri untuk mengkaji bentuk tubuh badan atlit yang terlibat dalam acara trek dan balapan. Hasil kajian mereka, telah didapati wujudnya perbezaan yang ketara daripada aspek antropometri dan bentuk tubuh badan di kalangan atlit lelaki bagi acara tersebut. Bentuk tubuh badan adalah merujuk kepada saiz otot rangka dan lemak subcutaneous yang berbeza bagi dua kumpulan atlit ini. Atlit

34

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK bagi acara balapan mempunyai lebih banyak lemak subcutaneous dan mempunyai rangka badan yang besar berbanding dengan atlit acara trek. Menurut Johnson dan Nelson (1980), kajian tentang perbezaan pengukuran antropometri seperti tubuh badan, ukuran segmen tubuh dan komposisi badan di antara orang kulit putih dengan orang kulit hitam telah dijalankan. Di dalam kajian ini, di dapati bahawa orang kulit putih mempunyai rangka yang lebih berat, perbezaan daripada segi densiti bagi komposisi badan serta jumlah kandungan air yang berbeza berbanding dengan orang kulit hitam. Menurut Johnson dan Nelson (1980), pada tahun 1976, Milesis telah menjalankan kajian berkaitan tentang kesan tempoh latihan ke atas komposisi badan. Di dalam kajian ini didapati bahawa jumlah keseluruhan pengukuran lipatan kulit akan mengalami pengurangan dan bergantung kepada jangka masa latihan. Menurut Lohman (1987), ketebalan ukuran lipatan kulit dibahagian lengan dan paha kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 11 tahun boleh digunakan untuk menentukan kedudukan mereka pada skala kegemukan. Berdasarkan data yang diperolehi, ibu bapa, pelajar dan guru dapat mengetahui tahap kegemukan pelajar dan membuat penilaian yang lebih baik mengenai tahap kecergasan berdasarkan kesihatan individu. Selain daripada itu, kaedah Bioelectrical Resistance juga dapat digunakan untuk menentukan peratusan lemak badan. Semua kaedah ini berupaya memberikan anggaran yang baik serta mampu menilai kegemukan pada

35

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK bahagian tubuh yang tidak dapat diukur dengan tepat melalui Kaedah Lipatan Kulit. Menurut Johnson dan Nelson (1986), pada tahun 1960an, Thomasetts telah memperkenalkan kaedah pengukuran melalui alat Bioelectrical Impedence Analyzer (BIA) iaitu bagi menentukan peratusan lemak, cecair di dalam badan serta jisim bebas lemak bagi seseorang individu. Kaedah ini menggunakan penentangan arus elektrik ke atas elektrolik di dalam badan manusia. Semakin tinggi jumlah cecair badan dan jisim bebas lemak maka arus yang dapat melalui elektrolit tersebut juga tinggi. Ini menunjukkan bahawa badan seseorang itu mempunyai kadar lemak yang rendah. Menurut David, K.M. (2002) dan Harison, H.C (1984), telah

memperkenalkan satu kaedah baru dalam mengukur komposisi badan. Kaedah yang diperkenalkan ialah Near-Infrared Interactance (NIR). Sebelum kaedah ini digunakan dalam pengukuran komposisi badan, kaedah ini telah digunakan bagi menentukan kandungan protein, lemak dan juga cecair di dalam pertanian. Melalui kaedah ini juga, mereka telah dapat menentukan peratusan lemak badan dengan penggunaan beberapa alat iaitu: a) b) c) Futrex 1000, Futrex 5000 dan Futrex 6000

Kadar paiwaian kesihatan bagi peratusan lemak atau jumlah sukatan kulit bagi kanak-kanak atau remaja dihuraikan dengan beberapa ujian.

Sesetengahnya turut meliputi kadar paiwaian untuk golongan dewasa. Biarpun

36

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK lapisan kulit mempunyai kaitan rapat dengan kegemukkan tubuh badan bagi kanak-kanak, namun jumlah sebenar lemak badan masih belum dapat ditentukan setepatnya. Hubungan lapisan lemak kulit dan kegemukkan dibezakan oleh jantina dan juga perubahan kematangan kanak-kanak. Oleh itu, peratus lemak bagi kanak-kanak 7 tahun tidak dapat menggambarkan komposisi tubuh yang tepat sebagaimana peratus lemak untuk golongan remaja berusia 17 tahun. Fitnessgram (Cooper Institute for aerobic Research 1999) menghuraikan bahawa laporan had optimum kadar kegemukan bagi lelaki dan perempuan berusia 5 tahun hingga 25 tahun adalah 10% hingga 20%. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan lebih, Fitnessgram menghuraikan kanak-kanak lelaki yang mempunyai peratus lemak kurang dari 8% dan kanak-kanak perempuan yang kurang dari 13% lemak adalah terlalu kurus dan tidak baik untuk kesihatan.

Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI) menyediakan petunjuk hubungan antara berat dan tinggi, oleh itu ia tidak menyediakan huraian peratusan lemak badan. BMI bukannya satu prosedur yang disyorkan untuk menilai komposisi tubuh badan. Walau bagaimanapun BMI mempunyai kaitan secara sistematik dengan risiko kesihatan dan boleh digunakan apabila penentuan lemak badan tidak disediakan. BMI = berat dalam (kg) Tinggi (meter) x tinggi (meter)

37

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Secara ringkasnya, BMI bagi 20 hingga 25 digabungkan dengan risiko terendah masalah kesihatan dan ia meningkat selaras dengan peningkatan BMI. Nilai BMI yang lebih daripada 27.3 bagi wanita dan 27.8 bagi lelaki adalah petunjuk yang menandakan berat melampau dan memyebabkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Individu yang memepunyai indeks jisim tubuh badan yang lebih daripada 30 adalah dianggap gemuk sementara yang melebihi 40 dianggap gemuk yamg tidak sihat dan memerlukan rawatan. BMI digunakan dalam kajian komposisi tubuh badan sebagai indeks berat yang berkait rapat dengan ketinggian. Ia dianggap sebagai ukuran kegemukan kerana ia berkait rapat dengan lemak badan. Sebagai ukuran densiti tubuh badan, ia mempunyai perkaitan yang kurang dengan ketinggian. Oleh itu ia mempunyai ukuran yang tinggi dan negatif dengan indeks Ponderal.

KAJIAN TERKINI Menurut Lohman (1987), ketebalan ukuran lipatan kulit dibahagian lengan dan paha kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 11 tahun boleh digunakan untuk menentukan kedudukan mereka pada skala kegemukan. Berdasarkan data yang diperolehi, ibu bapa, pelajar dan guru dapat mengetahui

38

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK tahap kegemukan pelajar dan membuat penilaian yang lebih baik mengenai tahap kecergasan berdasarkan kesihatan individu. Namun demikian terdapat masalah dan kekangan untuk menjalankan kaedah pengukuran lipatan kulit. Menurut Riley, H.J (1990), dalam

penyelidikannya A critique of skinfold test from the public school level, telah membincangkan kajian ini. Beliau dapati bahawa kaedah pengukuran lipatan kulit tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada guru pendidikan jasmani. Mereka berpendapat bahawa kaedah ini tidak sesuai dijalankan di sekolah dengan alasan berikut: i) Kaedah ujian ini menyebabkan pelajar sensitif terhadap diri mereka sendiri dan membuka rahsia diri mereka tentang obesiti. Kaedah ini juga didapati ramai pelajar tidak selesa kerana merasa sakit apabila ujian dilakukan oleh penguji yang kurang berpengalaman. ii) Ada juga ibu bapa yang beranggapan bahawa kaedah ini agak keterlaluan kerana bahagian tertentu yang agak sulit bagi perempuan dipegang oleh penguji. iii) Disebabkan majoriti guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah rendah bukanlah guru yang mempunyai kelayakan sepenuhnya, maka data yang diperolehi oleh guru ini tidak mempunyai kesahan dan boleh dipertikaikan. iv) Ujian ini memerlukan jangka masa yang panjang dan akan menyebabkan guru tidak mampu mengawal kelas. Guru lain atau ibu bapa tidak berminat membantu mengatasi masalah ini.

39

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK v) Pengukuran lipatan kulit dianggap tidak sesuai untuk mengajar gaya hidup sihat kerana kebanyakan pelajar yang mengalami kegemukan telah maklum tentang diri mereka dan tidak perlu dijalankan pengukuran untuk meyakinkan mereka

Menurut kajian Riley (1990), masalah-masalah yang dinyatakan di atas telah menyebabkan ramai pendidik Pendidikan Jasmani menolak Kaedah Lipatan Kulit sebagai salah satu alat pengukuran untuk menentukan taraf kesihatan pelajarpelajar sekolah di Canada. Kajian yang dijalankan oleh Going dan Lohman (1990), The skinfold testA response telah menggariskan beberapa penyelesaian kepada masalahmasalah yang dinyatakan oleh Riley (1990). Menurut mereka, semua masalah yang berlaku boleh diatasi sekiranya langkah tertentu dipraktikkan semasa melakukan pengukuran. Guru Pendidikan Jasmani tidak diajar tentang kaedah untuk

menggunakan alatan pengukuran lipatan kulit dengan berkesan. Penggunaan pengukuran tinggi dan berat sebagai menggantikan Kaedah Lipatan Kulit. Ini akan memudahkan guru menjalankan tugas walaupun tidak begitu tepat dalam mengukur kegemukan pada kanak-kanak. Hal ini pasti akan bertambah sukar bagi mereka yang tidak sensitif terhadap kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Lohman, T.G (1981) telah menguraikan setiap satu masalah yang dikemukan ohe Riley dalam kajiannya, iaitu :

40

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK i. Sekiranya penguji lebih mengutamakan objektif pengukuran dan mengaitkan hasil pengukuran dengan risiko kesihatan daripada paras rupa, maka pengukuran itu adalah sesuatu yang penting dan bukannya betujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang. ii. Penilaian guru secara subjektif boleh dianggap sebagai berat sebelah. Sebaliknya pengukuran secara objektif boleh menyakinkan pelajar tentang keadaan diri mereka yang sebenar. iii. Kaedah Lipatan Kulit sebenarnya sangat mudah dijalankan sekiranya penguji sanggup meluangkan masa untuk mempelajari teknik

menggunakan alatan dengan tepat. Alatan yang digunakan juga tidak mahal berbanding dengan peralatan dalam kaedah lain. iv. Kaedah Lipatan Kulit ini sebenarnya memerlukan sedikit masa. Jika pendidik seorang yang cekap, ini akan menyebabkan perjalanan kelas dapat dikawal dengan sempurna.

Penentuan

peratus

lemak

dalam

tubuh

badan

sangat

penting

dalam

perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak dan remaja yang seimbang. Terdapat banyak kajian tentang kandungan lemak di dalam badan yang menarik perhatian pengkaji sains sukan. Montoye (1978) dalam Evaluation in Physical Education oleh Safrit (1981), beliau menyatakan bahawa tahap kandungan lemak badan yang paling ideal bagi wanita ialah 20% dan bagi lelaki

41

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK ialah 15%. Beliau juga menyatakan paras kandungan lemak tidak dikaitkan secara langsung dengan status atau taraf kesihatan individu. Kaedah yang berkesan untuk mengurangkan lemak ialah dengan melakukan latihan fizikal dan diet seimbang. Latihan fizikal ini mestilah secara sistematik untuk mendapatkan keberkesanan yang unggul. Mengamalkan diet yang seimbang dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan kecergasan fizikal. Ini menunjukkan bahawa kegemukan adalah berkadar songsang dengan latihan dan diet seimbang. Selain daripada itu, kaedah lain bagi menentukan peratusan lemak adalah pengukuran ukurlilit badan dan ukur lebar skeletal serta ini pengukuran berupaya

menggunakan

Bioelectrical

Resistance.

Semua

kaedah

memberikan anggaran yang baik serta mampu menilai kegemukan pada bahagian tubuh yang tidak dapat diukur dengan tepat melalui Kaedah Lipatan Kulit. Di awal tahun 1960an, Thomasetts pula memperkenalkan kaedah pengukuran melalui alat Bioelectrical Impedence Analyzer (BIA) iaitu bagi

menentukan peratusan lemak, cecair di dalam badan serta jisim bebas lemak bagi seseorang individu. Kaedah ini menggunakan penentangan arus elektrik ke atas elektrolik di dalam badan manusia. Semakin tinggi jumlah cecair badan dan jisim bebas lemak maka arus yang dapat melalui elektrolit tersebut juga tinggi. Ini menunjukkan bahawa badan seseorang itu mempunyai kadar lemak yang rendah (petikan Johnson & Nelson , 1986). Conway, Norris & Bodwell (1984), pula telah memberikan suatu inovasi baru kepada kaedah Near-Infrared Interactance (NIR) yang mana ia sebelum ini

42

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK digunakan bagi menentukan kandungan protein, lemak dan juga cecair di dalam pertanian. Melalui kaedah ini juga, mereka telah dapat menentukan peratusan lemak badan dengan penggunaan beberapa alat iaitu: i. ii. iii. Futrex 1000, Futrex 5000 dan Futrex 6000 (petikan Adams, 1994) Kaedah Lipatan Kulit (Skinfold Test) pula merupakan salah satu cara pengukuran yang digunakan dalam biometrik. Kaedah ini dianggap dapat memberikan data yang paling tepat dalam menentukan kandungan lemak di dalam tubuh individu. Kaedah Lipatan Kulit ini sangat mudah dan murah jika dibandingkan dengan teknik pengukuran menggunakan Hydrostatic Weighing yang mana peralatan ini sangat mahal dan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan keputusannya. Berat badan diambil semasa berada di dalam air. Kemudian berat ini dibandingkan dengan berat badan di luar air. Peratus lemak badan diperolehi dengan mengenalpasti ketumpatan badan. Pengukuran berat di dalam air membolehkan pengiraan komposisi badan kerana tisu lemak dan tisu tanpa lemak mempunyai ketumpatan yang berlainan. Tisu lemak kurang ketumpatannya berbanding dengan tisu tanpa lemak. Seorang atlit yang tinggi peratus lemaknya, rendah beratnya dalam air berbanding seorang yang sama berat badan di luar air tetapi rendah peratus lemak badan. Orang yang lebih peratus lemak mudah terapung di dalam air. Lemak adalah pengapung kerana ketumpatannya lebih rendah berbanding

43

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK ketumpatan air. Kanak-kanak yang tulang rangkanya belum cukup matang dan tinggi jumlah air di dalam badannya mempunyai tisu tanpa berlemak yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Going, Williams dan Lohman (1992), telah menjalankan kajian bagi menentukan paras lemak badan yang kritikal bagi remaja terhadap penyakit koronari jantung. Didapati bahawa remaja yang mempunyai peratus lemak melebihi 25% bagi lelaki dan 30% bagi wanita merupakan golongan yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini. Berdasarkan kajian, mereka mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan kecenderungan individu kepada risiko penyakit koronori jantung bukanlah kerana peratus lemak badan secara total tetapi adalah disebabkan oleh lemak di dalam badan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penentuan kandungan lemak sangat penting dalam menentukan seseorang itu berisiko mendapat penyakit koronori jantung atau tidak semasa usia muda terutamanya mereka yang mempunyai peratus lemak yang tinggi pada tubuh. Jesteru, mereka telah merumuskan bahawa pengukuran lemak badan perlu dijalankan semasa remaja mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan serta menjaga kesihatan diri. Kajian Stout (1996), bertajuk Validity of method for estimating percent body fat in young women, untuk menentukan kesahan Kaedah Lipatan Kulit, Bioelectrical Impendence Analysis (BIA) dan Near-infrared Interactance (NIR) berbanding dengan kaedah pengukuran Underwater Weighing (UWW) yang mana dapat menentukan peratus lemak badan.

44

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Berdasarkan kajian, di dapati Kaedah Lipatan Kulit (Sum of 3 dan Sum of 7), mempunyai r = 0.85 hingga 0.88 manakala kesahan bagi NIR ialah r=0.52 dan kesahan bagi BIA ialah r =0.59 hingga 0.64 bagi mengukur peratus lemak wanita bukan atlit. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kaedah lipatan kulit adalah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mengukur peratus lemak badan kerana mempunyai kesahan yang tinggi serta mudah dijalankan berbanding dengan kaedah pengukuran yang lain. Justeru, kaedah lipatan kulit ini sepatutnya dipraktikkan oleh pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahsekolah.

45

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Rumusan

Kesimpulannya, daripada banyak kajian berkaitan di atas dapat dikatakan yang pengukuran antropometri dan somatotaip memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pencapaian dalam kebanyakkan aktiviti sukan. Daripada kajian yang telah dijalankan, ditunjukkan bahawa terdapat huhungan yang rapat antara bentuk badan dengan pencapaian kemahiran motor. Saiz dan bentuk fizikal subjek mempengaruhi penglibatan dalam sukan yang tertentu, contohnya subjek yang mempunyai bentuk badan mesomorf adalah sesuai untuk acara lontaran dan sebagainya. Rumusan dan dapatan oleh pengkaji-pengkaji masa lampau penting sebagai panduan kepada guru, jurulatih dan juga pelajar dalam bidang Sains Sukan ke arah melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti serta melahirkan atlitatlit yang berpengetahuan tinggi dalam bidang Sains Sukan.

46

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK KEGUNAAN UJIAN Maklumat yang didapati daripada pengukuran antropometrik amat berguna kepada individu yang terlibat dalam bidang Sains Sukan ataupun Pendidikan Jasmani, para jurulatih bahkan kepada masyarakat seluruhnya. Kegunaan ujian ini mengikut data antropometrik ialah: a). Membolehkan guru PJK mengkelaskan pelajar dalam kumpulan Homogenous. b). Membolehkan guru PJK membimbing pelajar membuat pemilihan aktiviti sukan mengikut bentuk tubuh badan. c). Sebagai panduan dalam menilai tahap perkembangan dan pertumbuhan pelajar. d). Memberi maklumat kepada jurulatih dan guru PJK mengenai status kesihatan, taraf pemakanan, kadar pertumbuhan dan perkembangan fizikal pelajar atau atlit. e). Mengkelaskan bentuk badan pelajar atau atlit. f). Menilai keberkesanan sesuatu sistem latihan terhadap pembesaran otot dan kekuatan otot.

g). Panduan kepada ahli sukan yang ingin mengekal, menambah atau mengurangkan berat badan mengikut kategori sukan tertentu.

47

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

LIMITASI UJIAN Terdapat babarapa limitasi yang boleh mempengaruhi hasil ataupun keputusan ujian, iaitu: 1). Penggunaan alat yang tidak piawai atau yang telah diubahsuai boleh mempengaruhi keputusan ujian. 2). Penguji (antropometrist) kurang berkemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan alat pengukuran semasa ujian. 3). Keadaan alat pengukuran boleh mempengaruhi keputusan ujian. 4). Penerangan, demonstrasi dan arahan yang tidak jelas dan tepat boleh mempengaruhi keputusan ujian. 5). Ketidakselarasan dari segi teknik dan kaedah pengukuran akan mempengaruhi hasil ujian. 6). Ketidakpastian dalam menentukan lokasi-lokasi anatomi dengan tepat semasa melakukan ujian. 7). Latihan berintensiti tinggi dalam cuaca panas boleh menyebabkan proses dehidrasi yang akan mempengaruhi berat subjek dan keputusan ujian. 8). Pengukuran yang dibuat selepas waktu makan akan menjejaskan keputusan ujian.

48

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

MATLAMAT Diakhir sesi ini, pelajar akan dapat : i. Mengetahui dan memahami istilah antropometri dan kepentingannya secara am. ii. Mengetahui tentang sejarah, perkembangan dan kajian berkaitan dalam pengukuran antropometri. iii. Menambah pengetahuan tentang kegunaan pengukuran antropometri dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan secara amali dengan betul. iv. Mengetahui kaedah pengukuran yang digunakan dalam antropometri dengan betul dan tepat.

OBJEKTIF Diakhir sesi ini , diharap pelajar dapat : i. Berlatih cara mengukur berat dan tinggi badan, lemak badan, ukur lilit badan dan garisan diameter ii. Mengelola dan mentadbir proses pengukuran antropometri dengan kaedah yang betul adan tepat. iii. Mengetahui cara mencatat dan menyimpan rekod pengukuran antropometri dan seterusnya mengira nilai Indeks Jisim Tubuh (IJT) / Body Mass Index (BMI).

49

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK iv. Menganalisis data denga carta untuk kegunaan pemilihan atlit dalam acara yang sesuai.

JENIS UJIAN DAN PROSEDUR UJIAN Ujian Somatotaip Kaedah HeathCarter (HeathCarter Somatotype) Secara umumnya, manusia mempunyai pelbagai bentuk badan yang mana ia boleh digunakan bagi menilai seseorang individu seperti personaliti, tingkahlaku, tahap kesihatan serta prestasi fizikalnya. Bidang pengukuran somatotaip ini sebenarnya telah lama digunakan dan dipraktikkan bagi menentukan bentuk badan manusia serta kajiannya terhadap tahap perkembangan kesihatannya. Kajian awal telah dilakukan oleh Kretschmer serta para pengkaji sebelumnya. William H. Sheldon (1940), merupakan nama yang tidak asing di dalam pengukuran somatotaip ini. Kajian-kajian beliau banyak dipengaruhi oleh kajiankajian yang dilakukan oleh Kretschmer serta pengkaji sebelumnya. Maka pada tahun 1940, Seldon serta rakan-rakannya telah merumuskan bahawa bentuk badan manusia boleh dikategorikan kepada tiga (3) bentuk yang utama iaitu Endomorf, Mesomorf dan Ektomorf.

50

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Secara umumnya, bentuk badan boleh dikategorikan kepada 3 bentuk yang utama iaitu:

i.

Endomorf Merupakan bentuk badan yang dicirikan sebagai seorang yang mempunyai bentuk badan yang bulat dan gemuk, bentuk badan seperti buah pir dengan abdominal yang besar, leher yang bulat dan pendek, kepala yang besar dan bulat, lengan yang pendek, pinggul yang lebar, punggung yang besar, kaki yang pendek dan berat serta banyak lemak berbanding dengan otot.

ii.

Mesomorf Merupakan bentuk badan yang dicirikan sebagai seorang yang mempunyai otot dan tulang yang panjang, leher yang jinjang dan berotot, lengan yang berotot dan pejal, dada yang bidang, abdomen yang berotot pejal, punggung yang berotot, kurang lemak serta kaki yang kuat dan sasa.

iii.

Ektomorf Merupakan bentuk badan yang dicirikan sebagai seorang yang mempunyai tulang yang kecil, dahi yang luas, lengan yang panjang tetapi kurang berotot, abdomen yang rata kurang mempunyai lemak, kurang berotot pejal serta kurus.

51

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Bidang pengukuran melalui Ujian HeathCarter digunakan bagi menguji badan seseorang bagi menentukan bentuk badan sebenar individu tersebut. Bagi menentukan klasifikasi bentuk badan atau somatotaip, seseorang itu digambarkan melalui kadar skala 17 di dalam tiga (3) komponen utama iaitu komponen pertama untuk endomorf, komponen kedua untuk menilai mesomorf dan komponen ketiga pula digambarkan untuk ektomorf. Sebagai contoh, jika nilai dapat pengujian ialah 273, maka individu itu dikatakan mempunyai bentuk badan yang lebih dominan kepada mesomorf begitu juga jika nilai pengujiannya 631, maka bentuk badan individu itu lebih cenderung kepada endomorf. Jika nilai dapatan pengujian itu menunjukan nilai gabungan seperti 264, maka bentuk badan seseorang itu dikenali sebagai ektomorf-mesomorf. Bidang pengujian somatotaip ini juga tidak boleh lari daripada menggunakan kaedah pengukuran antropometri yang menilai tinggi, berat, lipatan kulit, ukurlilit dan garisan diameter. Kaedah ini mempunyai tiga (3) bahagian iaitu untuk menentukan endomorf , mesomorf dan ektomorf . Kefahaman tentang somatotaip seseorang dapat digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan tahap kesihatan serta bidang sukan yang sesuai bagi seseorang. Contohnya, bagi seseorang yang bentuk badannya dominan kepada endomorf dan mesomorf adalah lebih terdedah kepada penyakit koronari jantung jika dibandingkan dengan seseorang yang bentuk badannya lebih dominan kepada ektomorf.

52

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Walau bagaimanapun, maklumat tentang ciri somatotaip ini adalah lebih berguna untuk mengetahui kecenderungan serta keupayaan seseorang itu

dalam bidang sukan.

Prosedur-Prosedur Umum i. ii. Rekodkan ukuran ketinggian dan berat badan terlebih dahulu. Rekodkan ukuran tertentu di dalam unit millimeter bagi setiap komponen disediakan. iii. Menentukan komponen pertama melalui lipatan kulit. a. Triseps b. Subskapula c. Suprailiak d. Betis (calf) iv. Menentukan komponen kedua melalui lipatan kulit, ukurlilit dan diameter a. Lipatan kulit betis b. Lipatan kulit triseps c. Lilitan flexed bisep d. Lilitan betis e. Diameter humerus f. Diameter femur bentuk badan di dalam borang yang telah

53

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK v. Menentukan komponen ketiga melalui berat badan dan penggunaan jadual Nomogram serta Ponderal Index (PI).

Prosedur-Prosedur Ujian Menentukan Komponen Pertama (Endomorf) i. Triceps a. Subjek berdiri lurus pada kedudukan anatomi. Tangan diluruskan dan diekstensi ke bawah. b. Tentukan kedudukan Acromin dan Oleocranon Process. Carikan titik tengah antara kedua-dua kedudukan tersebut. c. Tandakan bahagian yang tersebut selari dengan axis lengan. d. Cubitkan bahagian yang ditanda 1cm pada kedudukan distal bahu dan ketipkan Caliper ditanda yang telah dibuat. Bacaan diambil. (Subjek tidak bergerak ketika bacaan diambil).

ii. Subskapula a. Subjek berada di dalam kedudukan anatomi. b. Tandakan bahagian yang hendak diukur iaitu pada sudut anferior dari scapula dan selari dengan Midaxillary Border. c. Tandakan secara menyerong iaitu 45 dengan Midaxillary Border.

54

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK d. Lipatan diambil iaitu ibu jari dan jari telunjuk mencubit lipatan 1cm daripada tempat tandaan ke arah proximal tubuh (menghala ke axis tubuh). e. Kaliper diketip pada tanda yang telah dibuat iaitu distal dengan kedudukan cubitan. f. Subjek hendaklah tidak bergerak ketika bacaan diambil.

iii. Suprailiak a. Tentukan bahagian yang hendak diukur berdasarkan kedudukan yang tepat iaitu di atas garisan semulajadi Iliac Crest secara menyerong 45 b. Cubitkan lipatan kulit ke kiri. yang hendak diukur dengan

menggunakan ibu jari dan telunjuk iaitu 1 cm ke arah axis tubuh. c. Ketipkan Kaliper 1 cm ke bawah daripada cubitan dan ambil bacaan.

iv. Gestroknemius a. Subjek dikehendaki duduk dengan kedudukan kaki kanan secara vertical dengan lantai. b. Tentukan bahagian lilitan betis yang paling maksima. c. Tandakan kawasan cubitan iaitu dibahagian medial betis sebelah kanan.

55

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK d. Cubit lipatan kulit secara horizontal iaitu proximal dengan patella. e. Kaliper diketipkan pada tanda yang telah dibuat f. Subjek dikehendaki tidak membuat sebarang kontraksi otot semasa bacaan diambil Jumlahkan lipatan kulit iaitu trisep, subskapula dan suprailiak (millimeter) yang telah diukur di dalam borang skor yang telah disediakan. Perhatikan dan bulatkan nombor yang diwakili oleh jumlah lipatan kulit tersebut.

Menentukan Komponen Kedua (Mesomorf) i. Diameter Hemerus a. Hemerus hendaklah difleksikan dengan kedudukan tangan disupinasikan. b. Tandakan dengan marker pada bahagian lateral dan medial tulang humerus. c. Letakkan kayu pengukur Kaliper secara horizontal pada tanda yang telah dibuat. Bacaan diambil.

ii.

Diameter Femur a. Subjek di dalam keadaan duduk dengan lutut difleksikan 90 iaitu kaki berkedudukan secara vertical dengan lantai. b. Tandakan bahagian lateral dan medial pada femoral epicondyles.

56

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK c. Letakkan kayu pengukur Kaliper pada tanda yang telah dibuat secara horizontal dan bacaan diambil. d. Bulatkan bacaan dengan nilai yang terdekat pada skala yang berkenaan.

iii.

Lilitan Bisep ( Flexed Arm) a. Pastikan badan di dalam kedudukan anatomi, tangan disupinasi. b. Naikkan tangan di dalam kedudukan anatomi, tangan disupinasi. c. Naikkan tangan pada paras ke depan iaitu selari dengan axis tubuh. d. Pastikan kedudukan tangan secara horizontal dengan siku dibengkokkan. e. Subjek dikehendaki menggenggam tangan untuk

kontraksikan otot bisep semaksimum yang boleh selama beberapa saat sehingga bacaan diambil. f. Pita pengukur diletakkan di sekeliling lengan yang paling maksimum antara akromion dan siku serta bersudut tepat dengan axis memanjang tangan dan bacaan dambil. g. Nilai bacaan lilitan ditolak dengan nilai bacaan lipatan kulit trisep.

57

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK h. Bulatkan nombor dengan nilai terdekat pada skala

berkenaan.

iv.

Lilitan Gestroknemius a. Pastikan subjek di dalam keadaan berdiri dengan membuka sedikit kaki seluas 8 hingga 10 inci. b. Berat badan juga hendaklah sama rata dan tidak diberatkan pada sebelah kaki sahaja. c. Tandakan pada kedudukan otot betis yang paling maksima. d. Lilitkan pita pengukur pada bahagian betis pada paksi yang bersudut tepat dengan axis tulang femur. e. Bacaan diambil dan ditolak dengan nilai lipatan kulit betis. f. Nilai itu dibulatkan pada skala yang berkenaan.

Jumlahkan nilainilai pada komponen kedua dengan mengabaikan ketinggian.

Jumlah ini dibahagikan dengan 4 kemudian ditolak dengan nilai bagi ketinggian pada skala.

Hasil tolakan ini perlu dibahagi dengan 2 dan nilai tersebut perlu dicampur dengan 4.

Nilai tersebut merupakan nilai bagi komponen kedua.

58

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Menentukan Komponen Ketiga (Ektomorf) i. Rekodkan ketinggian (dalam unit inci) dan berat badan (dalam unit paun). ii. Untuk mendapatkan nilai PI, kaedah pengiraan matematik

digunakan

PI = Tinggi (inci) Berat ( paun)

iii. iv.

Nilai PI yang dikira dibulatkan. Skala barisan komponen ketiga yang berada di bawah nilai PI dibulatkan.

Ujian Behnke Somatotaip Ujian Behnke Somatotaip adalah cara objektif untuk menganalisis bentuk badan manusia. Ujian Behnke Somatotaip menerangkan secara grafik mengenai pembahagian badan yang berdasarkan ukurlilit. Ciri ujian ini akan menentukan jenis sukan yang sesuai untuk seseorang individu. Contohnya pelari jarak jauh kebiasaannya mempunyai bentuk badan yang normal pembahagian bentuk badannya. Proses untuk menentukan pelbagai pecahan segmen badan daripada ukuran lilitan disetkan pada data. Nilai lilitan direkodkan untuk setiap segmen dan nilai diukur di dalam unit sentimeter. Nilai ukurllit pula ialah purata ukuran lilitan anggota kiri dan kanan. Bahagikan setiap nilai ukurlilit dengan nilai tetap

59

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK segmen yang sepatutnya. Untuk setiap segmen badan dibahagikan dengan skor yang diperolehi. Plotkan skor-skor terakhir di atas grid bersebelahan dan sambungkan titik-titik yang diplotkan tadi. kemudian tafsirkan corak yang dihasilkan sebagaimana berikut :

Binaan badan yang normal seharusnya berada di antara 95 hingga 105. Hubungan di antara berat badan dan saiz ditunjukkan oleh pecahan ukuran pergelangan tangan, lutut dan pergelangan kaki. Sekiranya pecahan ini kurang daripada 95, ini menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami overweight. Sekiranya lebih besar daripada 105, ini menunjukkan seseorang itu mengalami underweight.

Prosedur-Prosedur Umum Ujian Tentukan dan kenalpastikan bahagian yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita ukur, lilitkan pita di sekeliling bahagian yang telah ditanda. Tandakan dengan menggunakan marker di bahagian yang hendak diukur dengan tepat dan betul. Pastikan pita yang dililitkan itu bersudut tepat dengan paksi axis tulang yang diukur. Kedudukan pita hendaklah kemas dan tidak terlalu longgar dan terlalu ketat. Pastikan tiada ruangan udara antara kulit dan pita. Bacaan diambil pada 0.1 cm yang terdekat.

60

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Prosedur-Prosedur Ujian a. i. Pergelangan Tangan (Wrist) Tentukan bahagian Styloid Process Tulang Radius dan juga Styloid Process Tulang Ulna. ii. Tandakan bahagian-bahagian tulang tersebut dan tandakan dengan menggunakan marker iii. Pengukuran dibuat dengan melilitkan pita pengukur di atas tanda-tanda yang telah dibuat.

b.

Lengan (Forearm) i. Pastikan kedudukan badan di dalam keadaan kedudukan anatomi. ii. Lengan diekstensi dengan kedudukan tangan di dalam supinasi. iii. Tandakan pada bahagian yang paling maksima dengan menggunakan marker. iv. Lilitkan pita ukur di atas dan sekeliling tanda yang telah dibuat secara bersudut tepat dengan axis tulang radius dan ulna. v. Bacaan diambil dengan kedudukan mata sama aras dengan pita ukur.

Tangan Yang Dilipatkan (Flexed Arm) Pada Bisep i. ii. Pastikan badan di dalam kedudukan anatomi, tangan disupinasi. Naikkan tangan pada aras ke depan iaitu selari dengan axis tubuh.

61

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK iii. Pastikan kedudukan tangan secara horizontal dengan siku

dibengkokkan. iv. Subjek dikehendaki menggenggam tangan untuk kontraksi otot bisep semaksimum yang boleh selama beberapa saat sehingga bacaan diambil. v. Pita pengukur diletakkan disekeliling lengan yang paling maksimum antara akromion dan siku serta bersudut tepat dengan axis memanjang tangan dan bacaan diambil.

c. i.

Bahu (Shoulder) Tentukan bahagian yang hendak diukur iaitu tandakan dengan marker di bahagian akromion. Pastikan ianya sama diantara bahu kanan dan juga bahu di sebelah kiri.

ii. iii.

Ukuran diambil dengan lilitan pita ukur mengelilingi bahagian deltoid. Bacaan diambil dengan kedudukan mata sama aras dengan pita ukur.

d.

Dada (chest) i. Pastikan bahagian yang tertentu iaitu : Lelaki Perempuan tissue ii. Lilitkan pita ukur disekeliling bahagian dada. : Pada garisan 1 cm di atas garisan Nipple. : Pada garisan iaitu di atas breast

62

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK iii. Pastikan lilitan dibuat adalah selari dan bersudut tepat dengan axis tubuh.

e.

Pinggul (Hip) i. Pastikan bahagian pubis symphasis dan bahagian penonjolan maksimum pada bahagian otot gluteus (gluteus maximus) ii. Lilitkan pita pengukur di sekeliling bahagian yang telah ditandakan/dikenalpasti. iii. Subjek dikehendaki berada di dalam keadaan relax tanpa membuat sebarang kontraksi otot pada bahagian otot gluteus maximus. iv. Bacaan diambil dengan aras mata selari dengan kedudukan pita pengukur.

Abdomen i. ii. tubuh. iii. pengukur. Pastikan bacaan diambil dengan kedudukan mata selari dengan pita Pastikan kedudukan Umbiculus (pusat) dan juga iliac crest. Lilitkan pita pengukur secara selari dan bersudut tepat dengan axis

63

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK h. i. Paha Pastikan bahagian inferior lipatan paha iaitu ukurlilit pada bahagian yang paling maksikum. ii. iii. Lilitkan pita pengukur di sekeliling bahagian yang telah dikenalpasti. Bacaan diambil dengan kedudukan mata selaras dengan kedudukan pita pengukur.

i. i. patella. ii.

Lutut Pastikan bahagian yang hendak diukur iaitu dibahagian tengah tulang

Lutut difleksikan sedikit dengan berat badan ditumpukan pada kaki sebelah kiri.

iii. iv.

Tandakan atau mark bahagian yang hendak diukur. Lilitkan pita pengukur disekeliling tanda yang telah dibuat dan bacaan di ambil. Pastikan kedudukan mata selaras dengan pita pengukur.

Betis i. Pastikan subjek di dalam keadaan berdiri dengan kaki yang hendak diukur (kaki kanan) diletakkan di atas kerusi. ii. iii. iv. Berat badan hendaklah berada pada kaki yang bukan diukur. Tandakan pada kedudukan otot betis yang paling maksima. Lilitkan pita pengukur pada bahagian betis pada paksi yang bersudut tepat dengan axis tulang femur.

64

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK j. i. ii. Pergelangan Kaki (Ankle) Tandakan bahagian superior dengan buku lali. Lilitkan pita ukur di sekeliling tanda yang dibuat dan ambil bacaan.

* Pastikan lilitan dibuat secara bersudut tepat dengan axis tulang tibia.

Ujian Lipatan Kulit (Skinfolds Test) Lipatan kulit sesuai untuk mengukur tisu adipose subcutaneous dan boleh digunakan untuk menganggarkan kegemukan badan seseorang. Jumlah ukuran lipatan kulit adalah berkadar songsang dengan jumlah ketumpatan badan tetapi berkadar terus dengan peratusan lemak badan. Jumlah ketumpatan badan adalah berkadar terus dengan peratusan lemak badan . Persamaan bagi lipatan kulit bagi populasi spesifik adalah berdasarkan model linear dan ia boleh digunakan kepada individu daripada sekumpulan populasi yang khusus sahaja. Persamaan bagi lipatan kulit populasi umum adalah berdasarkan model Kuadratik dan ia boleh digunakan oleh individu yang berbeza dengan banyaknya dalam umur dan aras kegemukan badan. Kaedah lipatan kulit mempunyai ralat disebabkan kemahiran penguji yang kurang kemahiran dalam mengenalpasti tempat ukuran serta cara lipatan yang dilakukan. Menurut Lohman, Pollock, Slaughter, Brandon & Boileau (1984) , kesahan dan kebolehpercayaan bagi lipatan kulit adalah dipengaruhi oleh kemahiran

65

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK penguji, jenis kaliper yang digunakan, faktor subjek dan persamaan ramalan yang digunakan untuk menganggarkan kandungan lemak dalam badan, ( Petikan daripada Heyward & Stolarczyk , 1997 ). Harrison (1988), dalam bukunya Anthropometric Standardization

Reference Manual menyatakan bahawa teknik mengukur lipatan kulit yang tepat memerlukan latihan yang banyak. Penguji perlu mempunyai sensibiliti semasa membuat cubitan pada bahagian kulit yang hendak diukur. Walau bagaimanapun keadaan kulit dan tempat lipatan antara subjek adalah tidak konsisten dan mempunyai perbezaan.

Prosedur-prosedur Umum i. ii. Tentukan bahagian anggota badan yang hendak diukur . Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk cubitkan lipatan kulit. iii. iv. Ketipkan mata Kaliper pada tanda yang telah dibuat. Bacaan diambil selepas ketipan dibuat iaitu selama 2 hingga 3 saat. v. Subjek dikehendaki diam tanpa bergerak selama bacaan sedang diambil. vi. vii. viii. Rekodkan bacaan pada 0.1 mm yang terdekat. Ulangi proses ukuran sebanyak 2 kali percubaan. Bacaan diambil pada bacaan tertinggi di dalam 2 percubaan tersebut.

66

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Prosedur-Prosedur Ujian a. Abdomen i. Tentukan bahagian badan yang diukur dan tandakan dengan pen atau marker dengan jelas dan tepat. ii. Cubitkan lipatan kulit yang hendak diukur dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk 2 cm ke kanan daripada Umbiculus (pusat). iii. Ketipkan Kaliper 1 cm ke kanan daripada cubitan yang dibuat dan ambil bacaan.

b. Suprailiac i. Tentukan bahagian yang hendak diukur berdasarkan kedudukannya yang tepat iaitu di atas garisan semulajadi iliac Crest secara menyerong 45 ke kiri. ii. Cubitkan lipatan kulit yang hendak diukur dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk iaitu 1 cm ke arah axis tubuh. iii. Ketipkan Kaliper 1 cm ke bawah daripada cubitan dan ambil bacaan.

c. Tricep i. Subjek berdiri lurus pada kedudukan anatomi. Tangan diluruskan dan diekstensi ke bawah. ii. Tentukan kedudukan Acromion dan Oleocranon Process. Carikan titik tengah antara kedua-dua kedudukan tersebut.

67

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK iii. Tandakan bahagian tersebut selari dengan axis lengan. iv. Cubitkan bahagian yang bertanda 1 cm pada kedudukan distal bahu dan kepitkan Kaliper pada tanda yang telah dibuat. Bacaan diambil (Subjek tidak bergerak ketika bacaan diambil).

d. Paha i. Subjek berdiri dengan berat badan bertumpu pada kaki kiri. Ukuran akan dibuat pada sebelah kaki kanan. ii. Tandakan dengan tepat pada sendi pinggul (iliac crest) dan juga sendi lutut iaitu di bawah pada tulang patella. iii. Ukur panjang kedudukan kedua-dua titik tersebut dan tentukan nilai tengah. iv. Cubitkan lipatan kulit 1 cm secara menegak dengan axis tulang femur iaitu distal dengan sendi pinggul daripada tanda yang dibuat. v. Kepitkan Kaliper pada tandaan tersebut dan bacaan diambil.

Ujian Ukurlilit 2-3 (Girth Test 2-3) Kaedah Ukurlilit 2-3 (Girth Test 2-3), merupakan kaedah yang senang digunakan, murah dan mudah alih. Pengukuran akan dibuat pada bahagian tertentu badan dengan menggunakan pita ukur. Pelbagai formula pengiraan, jadual atau nomogram disediakan untuk meramalkan peratus lemak daripada data yang diperolehi.

68

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Menurut Willmore (1986) dan Willmore and Behnke (1969), ramalan peratusan lemak boleh dibuat daripada data yang terhasil daripada ukurlilit pinggang dan berat badan seseorang lelaki. Manakala bagi seseorang perempuan pula, pengiraan dibuat berdasarkan data daripada ukurlilit pinggul dan berat badan. Dalam Girth Test 2-3, ukirlilit leher mewakili faktor bagi kekurangan berat badan, sedangkan ukurlilit abdominal dan pinggang mewakili faktor bagi lemak.

Ketepatan Menurut Brozek & Keys (1951), semua ukuran lemak bagi badan boleh dianggarkan dengan Girth Test 2-3. Menurut Hodgdon dan Beckett (1964), Kaedah Girth Test 2-3 yang diperkembangkan daripada data sample yang besar bagi tentera laut lelaki dan perempuan, mempunyai moderasi ke arah kolerasi yang tinggi, iaitu (r=0.85) iaitu, (SEE = 3.7% dan 2.7% lemak badan) apabila dibandingkan dengan Kaedah Hydrostatic Weighing (Timbangan Berat Badan Dalam Air).

Kaedah Peralatan untuk menentukan peratus lemak daripada ukurlilit sangat mudah. Pita ukur daripada fiber glass atau besi sepatutnya digunakan. Pita yang mempunyai kedua-dua unit ukuran dalam meter dan inci juga patut digunakan.

69

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Prosedur-Prosedur Umum i. Sebelum ukuran dibuat, penentuan tempat yang tepat perlu ditandakan terlebih dahulu. ii. Subjek diukur dalam keadaan berdiri. iii. Pastikan tiada ruang udara antara pita ukur dan anggota yang ukur. iv. Pita ukur tidak boleh ditarik terlalu kuat sehingga ianya kelihatan terbenam dalam kulit. v. Pita ukur yang digunakan mestilah mempunyai bacaan terhampir sehingga 0.25 inci.

Pengiraan Peratus Lemak Badan Daripada Kaedah Girth Test 2-3 Peratusan lemak boleh didapati dengan menggunakan Nilai Ukurlilit yang diperolehi. Hasil nilai Ukurlilit untuk lelaki boleh didapati dengan menolak ukurlilit leher daripada ukurlilit bahagian abdominal. Manakala hasil nilai ukurlilit bagi perempuan pula boleh didapati dengan menolak ukurlilit bahagian leher daripada bahagian pinggul. Kaedah ini memerlukan penggunaan Jadual dibawah :

Lelaki Perempuan

Nilai Ukurlilit (inci) = Bahagian Bawah Abdomen Leher Nilai Ukurlilit (inci) = Bahagian Atas Abdomen Leher

70

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Prosedur-prosedur Ujian i. Tentukan bahagian yang tepat bagi ukuran yang hendak dibuat. ii. Subjek dikehendaki berada di dalam kedudukan posisi anatomi semasa ukuran dilakukan. iii. Pastikan lilitan dibuat dengan kemas iaitu tidak terlalu longgar dan juga tidak terlalu ketat (tiada tekanan yang kuat pada tempat ukuran). iv. Elakkan daripada wujudnya ruang udara diantara pita pengukur dengan kawasan yang diukur (kulit). v. Pita pengukur hendaklah dililit di sekeliling bahagian yang diukur secara bersudut tepat dengan axis tubuh. a. Ukurlilit Leher (neck) i. Tentukan bahagian atau tempat yang hendak diukur iaitu di kedudukan bawah halkum (Adams Apple). ii. Lilitkan pita pengukur secara bersudut tepat dengan axis tubuh. iii. Pastikan tiada tekanan yang kuat dikenakan pada kawasan ukuran iaitu tiada ruang udara antara kawasan ukuran dengan pita pengukur.

b. Ukurlilit Abdominal Bawah (Lower Abdominal) i. Tentukan bahagian yang hendak diukur iaitu di kawasan yang selari dengan Umbiculus (pusat).

71

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK ii. Lilitkan pita pengukur di sekeliling bahagian abdominal dan pastikan lilitan adalah selari/bersudut tepat dengan axis tubuh. iii. Subjek hendaklah di dalam keadaan relax tanpa membuat sebarang kontraksi otot di bahagian abdominal. iv. Pastikan bacaan diambil dengan kedudukan mata selari dengan pita pengukur.

c. Ukurlilit Abdominal Atas (Upper Abdominal) i. Tentukan bahagian yang hendak diukur iaitu nilai tengah antara Xiphoid Process dan Umbiculus. ii. Pastikan bahagian tersebut merupakan lebar abdominal yang paling minima. iii. Lilitkan pita pengukur di sekeliling abdominal dan di atas bahagian yang telah ditandakan. iv. Bacaan diambil dengan kedudukan mata selari dengan pita pengukur.

d. Ukurlilit Pinggul (Hip) i. Pastikan bahagian pubis symphasis dan bahagian penonjolan maksimum pada bahagian otot gluteus (gluteus maximus). ii. Lilitan pita pengukur di sekeliling bahagian yang telah

ditandakan/dikenalpasti.

72

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK iii. Subjek dikehendaki berada di dalam keadaan relax tanpa membuat sebarang kontraksi otot pada bahagian otot gluteus maximus. iv. Bacaan diambil dengan aras mata selari dengan kedudukan pita pengukur.

Bio Impedance Analysis (BIA)

Bio Impedance Analysis merupakan cara mudah untuk mengukur komposisi badan. Thomesett (1962) ialah orang yang pertama yang memulakan prinsip asas BIA . Prinsip-prinsip tersebut ialah : i. Arus elektrik dialirkan antara dua elektrod yang dilekatkan pada badan. ii. Rintangan terhadap aliran arus elektrik akan direkodkan oleh BIA analyzer. iii. Air ialah pengalir arus di mana sekiranya air banyak dalam badan ia akan meningkatkan aliran dan sekiranya lemak (penebat arus elektrik) banyak dalam badan menyebabkan rintangan tinggi pada BIA. iv. Fat-Free Mass dan Total Body Water menyebabkan bacaan lemak menurun.

73

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Hoffer, Meador dan Simpson (1969) melaporkan terdapat perkaitan yang kuat antara aliran jumlah rintangan dan Total Body Water (TBW). Beliau mencadangkan bahawa cara BIA lebih baik untuk menganalisis komposisi badan. Kushner dan Schoeller (1992), Lukaski dan Bolonchuk (1998), Van Loan (1990), Van Loan dan Mayclin (1987) menyatakan bahawa TBW boleh dijangka daripada pengukuran rintangan dengan darjah ketepatan yang tinggi. Deurenberg, Van dan Kooy, Leenan, Westrate dan Scidell (1991), Houtkooper, Lohman, Going dan Hall (1989); Lukaski, Johnson, Bolonchuk dan Lykken (1985); Segal, Gutin, Presta, Wang dan Van Itallie (1988), Van Loan dan Mayclin (1987) telah mengemukakan hasil kajian mereka, mendapati FFM atau Relatif Body Fat ( % BF) boleh juga diramalkan dengan tepat dalam ujian terhadap kanak-kanak dan orang dewasa dengan menggunakan kaedah BIA. Walaupun kaedah BIA dan lipatan kulit tidak sama tetapi dalam beberapa keadaan BIA lebih utama di mana :

Tidak perlu kepakaran yang tinggi. Ianya lebih selesa, tidak perlu ukuran diambil dibahagian sulit subjek kajian.

Ianya boleh digunakan untuk menganggar komposisi badan bagi orang yang obese (Gray, Bray, gemayel & Kaplan, 1989).

74

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK BIA berpotensi untuk menilai khusus komposisi badan terutamanya komposisi tisu lembut bahagian atas badan (Going, Lohman, Williams, Hewitt, Habar, 1989). Tambahan pula dengan analisis Multifrequency Bioelektrical Impedance, ia boleh menganggar dengan cepat kandungan air dalam ekstraselular dan intraselular di dalam TBW. Espejo (1989), Segal (1991); Van Loan, Witheus, Matthie & Mayclin (1993).

Prosedur Ujian BIA ialah : Cara tetrapolar menggunakan empat (4) elektrod yang dilekatkan pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan pergelangan kaki.

Rangsangan elektrik (500uA 800uA) pada 50 kHz dialirkan dari elektrod. Puncanya (distal) pada tangan dan kaki dan Voltan elektrod menurun akibat rintangan dikesan oleh sensor (pada bahagian proximal) yang diletakkan pada wrist dan ankle.

Formula BIA ialah % BF = ( FM / BW ) X 100

Punca Ralat i. Punca ralat ialah ; Proses instrument Faktor Subjek Faktor Penguji

75

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Faktor Persekitaran Persamaan ramalan yang digunakan untuk menganggar FFM. Sumber daripada Kushman (1992); Lohman (1959); Van Loan (1990). ii. Secara teorinya anggaran ralat yang dianggarkan ialah sekitar 1.8 kg sekiranya kaedah yang dirujuk adalah tidak melakukan kesilapan (Lohman,1992). Malangnya, ralat bahagian ramalan keseluruhan yang berkenaan dengan BIA (20-50%) dan persamaan-persamaan yang digunakan akan menambahkan lagi ralat dalam sesuatu kaedah rujukan. iii. Seterusnya, SEE bagi < 3.5 kg untuk lelaki dan < 2.8 kg untuk wanita boleh diterima. iv. v. Instrumen yang digunakan. Perbezaan jenama vi. Penggunaan arus elektrik berbeza Versi keluaran Teknik

Faktor Subjek Ralat terjadi sekiranya subjek Mengalami dehidrasi 4 jam selepas makan dan latihan Alami haid

76

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK vii. Penguji Bukanlah penyebab utama ralat Penguji berlainan ke atas seseorang subjek Cara berlainan Subjek baring dengan tangan dan kaki dijarakkan pada sudut lebih kurang 45%.

viii.

Faktor persekitaran BIA mesti dijalankan secara :

Subjek berbaring dalam keadaan supinasi di atas permukaan yang bukan bersifat konduktive kepada arus elektrik.

Dalam bilik yang suhu normal (350C) Subjek tidak boleh makan dan minum dalam tempoh 4 jam sebelum ujian.

Tidak melakukan sebarang latihan dalam tempoh 12 jam sebelum ujian.

Tidak buang air kecil 30 minit sebelum latihan.

ix.

Persamaan ramalan BIA Persamaan BIA seharusnya dipilih berdasarkan umur, jantina, etnik, aras faktor fizikal dan aras kegemukan subjek untuk mengelakkan ralat dalam menganggarkan FFM.

77

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

x.

Teknik BIA Ukuran BIA di ambil dibahagian kanan dengan subjek baring di atas alas yang nonkonduktif di dalam bilik bersuhu normal (350C) Kulit hendaklah dibersihkan dengan alkohol sebelum menampal elektrod. Letakkan elektrod sensor (proximal dipermukaan dorsal

pergelangan tangan, jadi sempadan bahagian atas elektrod melintangi bahagian ulna. Permukaan dorsal pergelangan kaki, jadi sempadan bahagian atas elektrod melintangi bahagian medial dan lateral malleoii. Letakkan punca elektrod dibahagian asas yang kedua atau ketiga sendi metacarpalphalengeal tangan atau kaki. Jarak antara kedua-dua elektrod ialah 5 cm. Punca elektrod yang berwarna merah akan dilekatkan

dibahagian pergelangan tangan dan kaki, punca yang berwarna hitam dilekatkan di tangan dan kaki. Kedua-dua tangan diletakkan pada kedudukan 450 antara satu sama lain. Tidak boleh bersentuh antara paha dengan paha dan antara tangan dan badan.

78

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Indek Jisim Badan (Body Mass Index)

Indek Jisim Badan atau Body Mass Index merupakan kaedah yang telah lama dipraktikkan bagi menentukan tahap kesihatan seseorang terutamanya dari segi obesiti. Perkataan Body Mass Index telah digunakan sejak tahun 1972 apabila Keys (1972) telah menggunakan nama ini bagi menggantikan perkataan yang digunakan bagi ujian yang sama iaitu Quetelets Index. Ujian ini boleh digunakan sebagai bayangan awal terhadap tahap obesiti seseorang kerana ujian ini tidak memerlukan kepakaran dan teknikal yang tinggi bagi menjalankan ujian tersebut. Kaedah ini menggunakan pengukuran tinggi dan berat seseorang serta berdasarkan kepada formula khas bagi ujian ini. Nilai kepada pengukuran tersebut dikaitkan dengan jadual Indek Jisim Badan. Kaedah BMI ini tidak menunjukkan perbezaan antara berat lemak dengan berat badan bebas lemak tetapi pengujian ini hanyalah meninjau perkaitan antara otot dan lemak dengan berat badan. Menurut Keys (1972), kaedah BMI mempunyai korelasi yang sederhana iaitu r=0.70 berbanding dengan kaedah Hidrostatic Weighing, manakala kadar ralat ujian ini menurut Polock (1985) hanyalah antara 5%-6% sahaja.

Formula yang digunakan bagi kaedah BMI ini adalah ringkas iaitu sebagaimana berikut ;

BMI = Wt (kg) (berat)

79

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK HT2 (m) (tinggi x tinggi)

Terdapat beberapa jadual yang diberikan berdasarkan kepada kaedah BMI ini. Antaranya ialah :

Jadual Piawai Kecergasan dan Kesihatan bagi BMI untuk Lelaki dan Perempuan .

ACSM-Recommended Levels of Percent Body Fat Age (years) Gender 20-29 30-39 40-49 50-59 60+

Male Female

14 20

15 21

17 22

18 23

19 24

Source: James R. Morrow [et al.].. (1995). Measurement and Evaluation in Human Performance.

80

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Norms for Percent Body Fat in Males Age (years) Rating Very lean Lean Leaner average Average Fatter average Fat Overfat 18-25 4-7 8-10 than 11-13 14-16 than 18-20 22-26 28-37 26-35 8-12 13-5 16-18 19-21 22-24 25-28 30-37 36-45 10-14 16-18 19-21 22-24 25-26 27-29 30-38 46-55 12-16 18-20 21-23 24-25 26-28 29-31 32-38 56-65 15-18 19-21 22-24 24-26 26-28 29-31 32-38 66+ 15-18 19-21 22-23 24-25 25-27 28-30 31-38

Source: James R. Morrow [et al.].. (1995). Measurement and Evaluation in Human Performance.

81

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK

Norms for Percent Body Fat in Females Age (years) Rating Very lean Lean Leaner average Average Fatter average Fat Overfat 18-25 13-17 18-20 than 21-23 24-25 than 26-28 29-31 33-43 26-35 13-18 19-21 22-23 24-26 27-30 31-35 36-48 36-45 15-19 20-23 24-26 27-29 30-32 33-36 39-48 46-55 18-22 23-25 26-28 29-31 32-34 36-38 40-49 56-65 18-23 24-26 28-30 31-33 34-36 36-38 39-46 66+ 16-19 22-25 27-29 30-32 33-35 36-38 39-40

Source: James R. Morrow [et al.].. (1995). Measurement and Evaluation in Human Performance.

Percent Body Fat (Jequire, 1987) Rating Desirable Grade 1 obesity Grade 2 obesity Morbid obesity 20-25 25-29.9 30-40 > 40

Source: James R. Morrow [et al.].. (1995). Measurement and Evaluation in Human Performance.

82

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK KESIMPULAN Pengukuran antropometri amat penting dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Pengukuran ketinggian dan berat badan untuk pelajar adalah penting kerana ianya berkaitan rapat dengan graf pertumbuhan mereka. Guru sukan yang ingin memilih dan melatih ahli sukan amat memerlukan pengukuran antropometri untuk dijadikan garis panduan yang penting. Ini adalah untuk memudahkan guru sukan memilih mereka ke acara sukan atau permainan yang sesuai. Bentuk badan, ketinggian dan berat badan telah menjadi rujukan utama bagi acara yang akan disertai oleh pelajar tersebut disamping unsur bakat semulajadi. Pada masa kini, pengukuran antropometri telah digunakan untuk menilai status pemakanan seseorang. Rekod ketinggian dan berat badan murid disimpan dan dianalisis untuk mencari status bentuk badan mereka sama ada kurus, sederhana, gemuk atau obesiti. Disamping itu, penggunaan komputer yang meluas juga telah dapat membantu perkembangan pengukuran antropometri ke era yang lebih moden serta penggunaan alatan yang lebih maju untuk menjalankan pengukuran. Akhir sekali sumbangan bidang antropometri memainkan peranan yang penting kepada bidang Sains Sukan dan juga bidang pendidikan ke arah melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah kehidupan yang menyeluruh.

83

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Rujukan Adam, G.M. (1994). Exercise Physiology: Laboratory Manual (2nd ed). Delbuque, Brown & Benchmark. Bale, P. (1991). Antropometric, Body Composition and Performance Variables of Young Elit Female Basketball Players. Journal of Sport Medicine and Physical Fitness. 31: 173 177. Barrow H.M., & Mc Gee, R. (1979). A Practical Approach to Measurement In Physical Education. Philadelphia: Lea & Febiger. Clarks, H. H. (1976). Application of Measurement to Health and Physical Education (5th ed.). Englewood, New Jersey: Prentice Hall. David, K.M. (2002). Measurement By The Physical Educator: Why And How. (4th ed.) New York: Mc Graw Hill. Docherty, D. (1996). Measurement in Pediatric Exercise Science. Champaign, IL: Human Kinetics. Heyward, V.H. (1997). Advanced Fitness Assessment And Exercise Prescription. (3rd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Heyward, V.H. & Storlarczyk, L.M. (1997). Applied Body Composition Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics. Jackson, A.S., Pollock, M.L. (1978). Generalized Equation for Predicting Body Density of Men. British Journal of Nutrition, 40: 497 504. Jamilah Jamaludin. (1997). Jantung: Antara Hidup Dan Mati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Johnson, B. L., Nelson, J. K. (1986). Practical Measurement for Evaluation in Physical Education. (4th ed.). Edina, Minnesota: Burgess. Lohman, T.G (1981). Skinfolds And Body Density And Their Relationship to Body Fatness: Human Biology Lohman, T.G., & Pollock, M (1981). Which Calipers? How Much Training? Journal Of Physical Education And Recreation. Lohman, T., & Lohman, M. (1987). Body Composition Estimation For Children. Champaign, IL: Human Kinetics

84

Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor.Ong Kong Swee Jabatan PJK Lohman, T.G, Roche, A.F. & Martorell, R. (1998). Antropometric Standardization Reference Manual. Champaign, Illiois: Human Kinetics MacDougall D. J., Wenger H. A., and Green Howard. J.(1990). Physiological Testing of the High- Performance Athlete (2nd ed.). Champaign, Illinois: Human Kinetics Books. Martini, Bartholomew. (2003). Essential of Anatomy & Physiology (3rd ed). New Jersey: Prentice Hall. Miller, D.K, Harison, H.C. [1984]. Research Processes In Physical Education [2nd ed.] New Jersey: Prentice. Hall, Inc. Montoye, H.J.(1978). An Introduction to Measurementin Physical Education. Massachusetts: Allyn & Bacon. Mathews, D.K. (1978). Measurement in Physical Education (5th ed.). Philadelphia: W.B. Saunders. Morrow, J.R, Jackson, A.W., Disch, J.G & Mood, D.P (2000). Measurement and Evaluation In Human Performance . (2nd ed). Champaign: Human Kinetics. Riley, H.J. (1990). A Critique of Skinfolds Test From The Publischoollevel. Journal of Physical Education, Recreation and Dance. 61 (10, 71-73). Reilly, T., Watkin, J., & Borms, J. (1986). Kinanthropometry III. Cambrige: Great Britain. Russo, G., Gruppioni, G., Gueresi, P., Belcastro, M.G., & Marchesini, V. (1922). Skinfolds and Body Composition of Sports Participants. The Journal of Sports Medicine and Physical Fitness. Pg 303 312. Safrit. M.J. (1981). Evaluation in Physical Education: Assessing Motor Behavior. Englewood Cliff. New Jersey: Prentice Hall. Tannner, J.M. (1964). The Physique of The Olympic Athlete. London: Allen & Unwin. pp. 22. Ted, A.B., Andrew, S.J. (1999). Measurement For Evaluation In Physical Education And Exercise Science. (6th ed.) New York: Mc Graw Hill. Thorland, W. (1984). Estimation of body density in adolescent athletes. Human Biology. 56: 439-448. Willmore, J.H. & Behnke, A.R. (1979). An Anthropometric Estimation of Body Density and Lean Body Weight in young Men. Journal of Applied Physiology.

85

You might also like