You are on page 1of 3

PANDUAN PENANAMAN CILI

Ingin menanam cili tetapi tidak tahu bagaimana! Ikuti petua yang disarankan oleh Prof.
Madya Dr. Ahmad Mahir Mokhtar dan Prof. Dr. Ismail Ahmad dari UKM

Penyediaan Kawasan

Meletakkan Sungkupan
Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
Pengubahtanaman
Penyiraman
Pembajaan
Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
Pungutan Hasil

Penyediaan kawasan

Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman.


Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah
berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan
sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik.

Batas

penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm


penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 - 150 sm
jarak antara batas : 60 –100 sm
antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan
banjir

Meletakkan sungkupan

Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga


Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan
Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi.

Penyemaian dan penyediaan anak benih

Biji benih

200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)


Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai (campuran vitamin-
hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan).
Kaedah penyemaian

Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh


menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran
terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-
raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm
yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.

Pengubahtanaman

Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama
dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15
x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.
Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak
tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.
Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan
penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.
Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan
pokok sihat.

Penyiraman

Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang

Pembajaan

Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan


secukupnya
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk
pembajaan asas.
Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk
pembajaan pokok dewasa.
Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan
dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan
3 pusingan pembajaan permukaan.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair
dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari
pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair
18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.

Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit

Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal


rumpai
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama
serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan
antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.

Pungutan hasil
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.

You might also like