You are on page 1of 27

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/1

UNIT 15

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerja


pengurusan dan penuaian tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat;

 Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan nutrien bagi baja


yang popular digunakan dalam pengurusan tanaman.

 Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman

 Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis


pemangkasan tanaman.

 Menerangkan cara-cara memangkas tanaman.

 Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit tanaman.

 Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/2

INPUT

15.0PENGENALAN

Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan hasil yang lumayan
dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana
kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat
dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat
cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi. Di
samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari
serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan
sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita
fahamnya untuk mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang
di tanam itu perlu di jaga.

Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan


selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman
ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang
memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang
perlu kepada panyediaan pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu
kerja-kerja memancang. Dalam unit ini hanya akan diterangkan kerja-kerja
penjagaan umum yang penting untuk hampir semua jenis tanaman. Kerja-kerja
tersebut ialah membaja, memangkas, mengawal penyakit, mengawal perosak dan
menyiram serta akan disentuh sedikit berkenaan dengan penuaian tanaman.

CUBA ANDA PASTI DAPAT!!!!!!!!!...... TAHNIAH ATAS SEMANGAT ANDA.

SELAMAT MENCUBA

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/3

15.1 PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan.
Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak
sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan
kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui
proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran
terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja
boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh
dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang
diperlukan oleh pokok.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan


melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan
kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan
memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air
dan tanah.

Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan
udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari
baja dan bahan organan dalam tanah.

UNSUR
UNSUR PEMAKANAN

PEMAKANA
PERINGKAT KE 2

UNSUR N MIKRO
PEMAKANA
N UTAMA

Fe, Mn, Cu, Co,


NITROGEN Zn,
POSFORAN B, Cl, Mo.
KALIAM

KALSIAM
MAGNESIAM
SALFAN

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/4

Terdapat dua jenis baja iaitu:

a) Baja Organik - Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau
najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan
untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah.
Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya
seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya,
humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia - Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran,


hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus
kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan
dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja
Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.

CARA-CARA MEMBAJA

a) Cara taburan

Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan
tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti
digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara
ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram
dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)

Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di
bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati
supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah
dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman
berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)

Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang
membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja
permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se
Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/5

tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh


semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing)

Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang
membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan
pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan
untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement)

Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh


dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan
apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang
yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila
membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara
dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)

Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada
tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada
daun-daun. Unsur-unsur kuperum, zingkam, feram, boron, dan
molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan
daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/6

AKTIVITI 15 a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA….!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1. Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 5 pelajar.
Anda dikehendaki dapatkan maklumat dengan menyenaraikan contoh-contoh
baja, bentuknya dan kandungan nutrien bagi baja tersebut pada senarai yang di
sediakan di bawah: Lihat contoh yang di berikan. Maklumat kandungan nutrien
baja biasanya tertulis pada bekas-bekas baja.

NAMA KANDUNGAN NUTRIEN BENTUK


BAJA %N %P %K % Mg BAJA
CONTOH:
Nitrophoska Hijau 15 15 15 0 Butiran

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/7

Bentuk baja samada Butiran, cecair, debu, pellet atau hablur.

2. Lengkapkan jadual di bawah. Anda di beri masa 1 minggu untuk


melengkapkanya. Sila laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan 5 pelajar.

Nama tanaman Nama baja Masa membaja Kadar dan


kekarapan

Rambutan

Terung

Sawi

Kacang panjang

Ubi kayu

Pisang

Cempedak

Tebu

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/8

MAKLUMBALAS 15a

SOALAN 1

NAMA KANDUNGAN NUTRIEN BENTUK


BAJA %N %P %K % Mg BAJA
CONTOH:
Nitrophoska Hijau 15 15 15 0 Butiran

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/9

SOALAN 2

Nama tanaman Nama baja Masa membaja Kadar dan


kekarapan

Rambutan

Terung

Sawi

Kacang panjang

Ubi kayu

Pisang

Cempedak

Tebu

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/10

INPUT

15.2PEMANGKASAN

Pemangkasan ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan


cara yang teratur berasaskan pengetahuan mengenai pertumbuhan tanaman
supaya pokok boleh tumbuh seperti yang dikehendaki.

Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut:


• Mengawal saiz tumbuhan
• Mengurangkan transpirasi.
• Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar.
• Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah.
• Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang bahagian yang
rosak, mati dan berpenyakit.
• Meninggikan nilai estetik.
• Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang diingini.

Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu :


a. Pemangkasan membentuk

Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang


tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas
Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/11

utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan dibiarkan


tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau biasa.

Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit


atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan
kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul Merak atau
Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun, pastikan
tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak dipangkas, ia
akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan

Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau


batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan baru
tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan
pokok tersebut.

Cara pemangkasan ialah seperti berikut:

• Dahan yang tua - Potongan dibuat hampir sama dengan tunas dan
menyerong supaya air tidak bertakung.
• Dahan yang besar - Menggunakan kaedah 3 kali keratan.
Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari
pangkal batang diikuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas
dengan jarak 5 – 8 cm dari keratan pertama. Apabila dahan jatuh
lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan.
Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/12

Masa pemangkasan, sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan


aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau buah.

Rawatan luka setelah melakukan pemangkasan, bahagian yang luka perlu


disapu dengan ubat atau cat `coal tar`, `Santa SM` atau ubat-ubat lain
untuk mengelakkan serangan kulat.

Langkah-langkah kerja memangkas:


1. Sediakan peralatan pemangkasan seperti di senaraikan. Gunakan
peralatan yang tajam.
2. Kenal pasti dahan yang akan dibuang.
3. Pangkas di bahagian atas tunas baru dan condong ke bawah
berlawanan arah tunas. Pangkas dengan licin dan bersih untuk
mengelakkan air bertakung.
4. Sapu cat atau Santa A pada tempat yang dipangkas.
5. Buat takuk kecil di bawah tunas teratas, di atas tunas kedua dan
ketiga untuk mendapatkan dua atau tiga tunas seragam selepas
pemangkasan.
6. Pangkas pucuk dan dahan untuk menghadkan pertumbuhan serta
mengekalkan saiz dan bentuk yang dikehendaki.
7. Beberapa contoh pemangkasan adalah seperti yang ditunjukkan.

Dahan-dahan yang perlu di pangkas ialah dahan yang berpenyakit, dahan


yang bersilang antara satu sama lain, dahan yang tumbuh menghala ke
dalam, dahan yang tumbuh menghala ke bawah, sulur atau tunas air dan
tangkai bunga serta buah.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/13

AKTIVITI 15 b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA….!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1. Berdasarkan rajah yang di sertakan tandakan tempat-tempat potongan bagi


memangkas dahan pokok yang besar.

2. Senaraikan berbagai alatan yang sesuai di gunakan untuk memangkas bahagian-


bahagian pokok dan nyatakan saiz dahan yang sesuai di potong.

NAMA ALAT SAIZ DAHAN YANG SESUAI


Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/14

DI POTONG

MAKLUMBALAS 15a

Soalan 1

Soalan 3

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/15

NAMA ALAT SAIZ DAHAN YANG SESUAI


DI POTONG
1. Gunting Pangkas Kecil dan lembut
2. Skatuers Sebesar batang pensil
3. Gergaji Pangkas Sebesar lengan
4. Chain saw Batng pokok

INPUT

15.3KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Kesuburan tanaman sering diancam oleh berbagai jenis perosak.


Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian
penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah
diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.

Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa menyerang
tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang, kumbang,
ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama, mamalia
seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga yang
sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan jenis
menghisap

Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :


Daun berlubang –lubang atau koyak.
Najis serangga bertaburan.
Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.
Akar terpotong atau menjadi pendek.
Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.
Getah atau cecair kelihatan meleleh.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/16

Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap :


Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.
Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.
Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun, buah atau
batang.

Tanda-tanda serangan virus :


Pertumbuhan pokok terbantut.
Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.
Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di permukaan
daun.

Tanda-tanda serangan kulat :


Karat di daun.
Layu di seluruh pokok.
Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.
Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.
Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

Tanda-tanda serangan bakteria :


Keseluruhan pokok layu.
Bahagian daun berbintik-bintik.
Pokok kelihatan buruk dan reput.

Cara-cara mengawal perosak tanaman secara umumnya terdapat LIMA


cara iaitu:

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/17

• Kawalan Fizik iaitu kaedah perosak di kawal secara fizik seperti


menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku
seperti suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan
dan menggunakan pancaran radioaktif.
• Kawalan Kultura iaitu kaedah mengawal perosak dengan
menggunakan amalan menanam yang betul. Contohnya seperti
amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman
perangkap, menggunakan varieti yang tahan dan mengamalkan
kaedah penjagaan yang sempurna.
• Kawalan biologi iaitu kaedah kawalan perosak menggunakan
organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa.
Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak
burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan
rembesan yang boleh memusnahkan nematod.
• Kawalan kimia iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan
racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan.
Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan
kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl,
Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama
boleh menggunakan racun hamama Ortus. Penyemburan sesuai
dilakukan dua minggu sekali.
• Kawalan secara undang-undang iaitu mengawal perosak dengan
menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan
Kuarintina, Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak.

Penyakit-penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang


disebabkan oleh bakteria dan kulat seperti penyakit Bintik, Layu, Reput
dan mati rosot adalah di sebabkan oleh bakteria. Penyakit yang disebabkan
oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu,
Karat Kulapok Downy dan lain-lain.

Cara-cara mengawal penyakit ialah sekiranya berpunca dari serangan


kulat, boleh diatasi dengan menggunakan racun kulat seperti Captan atau
Benlate. Penyemburan juga sesuai dilakukan dua minggu sekali. Lain-lain
kaedah kawalan ialah dengan lebih kepada amalan pengurusan yang baik
seperti tidak menyiram berlebihan, Jangan menyiram lewat petang, cabut
dan bakar yang diserang dan lain-lain.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/18

Perosak seperti siput babi dan lintah bulan boleh dikawal dengan
menggunakan umpan beracun seperti Metadex dan Siputox. Racun ditabur
di tempat yang diserang. Bakteria dan virus boleh dikawal dengan cara
sanitasi terutamanya kebersihan kawasan.

AKTIVITI 15 c

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA….!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

1. Nyatakan perbezaan antara Virus, Bakteria, Kulat, Nematod, Serangga dan


rumpai.

2. Apakah yang anda faham dengan istilah perosak tanaman.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/19

MAKLUMBALAS 15c

SOALAN 1

Virus ialah sejenis hidupan yang paling kecil dan hanya boleh
dilihat dengan mikroskop.
Bakteria ialah terdiri dari sel tunggal dan membiak secara
pembahagian sel.
Kulat ialah sejenis tumbuhan yang tidak mengandungi klorofil
oleh itu ia bergantung kepada tumbuhan hijau atau sisa tumbuhan
dan haiwan untuk mendapatkan sumber makanan.
Nematod ialah sejenis cacing yang mempunyai badan yang bulat,
panjang dan tidak bersegmen.
Serangga ialah kumpulan haiwan yang terbesar di dunia. Badanya
bersegmen iaitu Kepala, Toraks dan abdomen.
Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/20

Soalan 2

Perosak ialah Organisma yang berbahaya


kepada tumbuhan dan hasil tumbuhan. Perosak
juga termasuk organisma yang menyebabkan
penyakit.

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.Jika ada masalah yang
timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!!!

ARAHAN:

Jawab SEMUA soalan yang diberikan dalam ruang yang telah disediakan.
Markah lulus anda ialah 60 %.

1. Nyatakan tujuan membaja?.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/21

2. Terangkan DUA kaedah pembajaan yang popular untuk tanaman buahan.

3. Senaraikan LIMA contoh baja berserta dengan komposisi kandungan Nutrienya.

Nama Baja Komposisi nutrien


N P K Mg

Nitroposka Hijau

Nitoposka Biru

Urea

4. Terangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis Pemangkasan bagi tanaman


buahan.
Tujuan Memangkas Jenis-jenis
Pemangkasan

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/22

5. Senaraikan tanda-tanda pokok di serang oleh penyakit kulat.

6. Terangkan mana-mana DUA kaedah mengawal penyakit dan perosak tanaman


yang popular diamalkan oleh petani-petani di Malaysia.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/23

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan tujuan membaja?.

Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang


telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya.

2. Terangkan DUA kaedah pembajaan yang popular untuk tanaman buahan.

a) Cara taburan

Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan
tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti
digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara
Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/24

ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram


dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)

Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di
bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati
supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah
dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman
berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)

Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang
membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja
permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se
tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh
semasa tanaman sedang membesar.

3. Senaraikan LIMA contoh baja berserta dengan komposisi kandungan Nutrienya.

Nama Baja Komposisi nutrien


N P K Mg

Nitroposka Hijau 15 15 15

Nitoposka Biru 12 12 7 5

Urea 40

4. Terangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis Pemangkasan bagi tanaman


buahan.

Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut:

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/25

• Mengawal saiz tumbuhan


• Mengurangkan transpirasi.
• Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar.
• Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah.
• Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang bahagian yang
rosak, mati dan berpenyakit.
• Meninggikan nilai estetik.
• Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang diingini.

Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu :


a. Pemangkasan membentuk

Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang


tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas
utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan dibiarkan
tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau biasa.

Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit


atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan
kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul Merak atau
Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun, pastikan
tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak dipangkas, ia
akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/26

Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau


batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan baru
tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan
pokok tersebut.

5. Senaraikan tanda-tanda pokok di serang oleh penyakit kulat.

Tanda-tanda serangan kulat :


Karat di daun.
Layu di seluruh pokok.
Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.
Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.
Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

6. Terangkan mana-mana DUA kaedah mengawal penyakit dan perosak tanaman


yang popular diamalkan oleh petani-petani di Malaysia.

Cara-cara mengawal perosak tanaman secara umumnya terdapat LIMA cara iaitu:

• Kawalan Fizik iaitu kaedah perosak di kawal secara fizik seperti


menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku seperti
suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan dan
menggunakan pancaran radioaktif.
• Kawalan Kultura iaitu kaedah mengawal perosak dengan menggunakan
amalan menanam yang betul. Contohnya seperti amalan giliran
tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap,
Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/27

menggunakan varieti yang tahan dan mengamalkan kaedah penjagaan


yang sempurna.
• Kawalan biologi iaitu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma
tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh mengawal
tikus dalam ladang sawit dengan menternak burung hantu, pokok
asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan rembesan yang boleh
memusnahkan nematod.
• Kawalan kimia iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan racun. Ini
merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah
serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh
dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion.
Manakala serangan perosak jenis hamama boleh menggunakan racun
hamama Ortus. Penyemburan sesuai dilakukan dua minggu sekali.
• Kawalan secara undang-undang iaitu mengawal perosak dengan
menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarintina,
Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak.

Aztric Pertanian
www.tanahkita.blogspot.com

You might also like