You are on page 1of 42

1

BIL ISI KANDUNGAN


MUKA
SURAT
PENDAHULUAN 3
A PENGENALAN 4
B OBJEKTIF 4
C KEBAIKAN APB 4
D SKOP 4
E KRITERIA UTAMA APB 5
1 KEBOLEHKESANAN 5
2

PENYIMPANAN REKOD DAN AUDIT DALAMAN
2.1 Penyimpanan Rekod
2.2 Audit Dalaman

5
5
3 BAHAN TANAMAN DAN POKOK INDUK 6
4

SEJARAH DAN PENGURUSAN TAPAK
4.1 Sejarah Tapak
4.2 Pengurusan Tapak

7
9
5

PENGURUSAN TANAH DAN SUBSTRAT
5.1 Pemetaan Jenis Tanah
5.2 Penanaman
5.3 Hakisan Tanah
5.4 Fumigasi Tanah
5.5 Substrat

11
12
14
17
17
6

PENGURUSAN BAJA
6.1 Keperluan Nutrien
6.2 Penggunaan Baja
6.3 Rekod Penggunaan Baja
6.4 Peralatan Pembajaan
6.5 Sumber dan Penyimpanan Baja
6.6 Baja Organik

17
17
19
20
20
20
7

PENGAIRAN DAN FERTIGASI
7.1 Perancangan
7.2 Kaedah
7.3 Kualiti Air
7.4 Bekalan Air

20
20
22
23
8

PERLINDUNGAN TANAMAN
8.1 Perkara Asas Dalam Perlindungan Tanaman
8.2 Pilihan Jenis Kimia
8.3 Nasihat Mengenai Penggunaan Racun Makhluk Perosak
8.4 Rekod Penggunaan
8.5 Keselamatan, Latihan dan Arahan
8.6 Pakaian Perlindungan Diri (PPE)
8.7 Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH)
8.8 Alat Penyembur
8.9 Pelupusan Bancuhan Yang Berlebihan
8.10 Penyimpanan Racun Makhluk Perosak
8.11 Bekas Kosong Racun Makhluk Perosak
8.12 Racun Makhluk Perosak Lapuk

24
27
28
28
28
29
30
30
30
31
32
33
9

PENUAIAN
9.1 Kebersihan

34
2
9.2 Pembungkusan di Ladang 35
10

PENGENDALIAN PASCA TUAI
10.1 Rawatan Pasca Tuai
10.2 Pembersihan Hasil Tanaman

36
36
11
ANALISIS RESIDU RACUN MAKHLUK PEROSAK TERHADAP
HASIL TANAMAN
36
12 PENGURUSAN PENCEMARAN DAN SISA LADANG 36
13

KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN PEKERJA
13.1 Pelan Tindakan
13.2 Latihan
13.3 Kemudahan dan Peralatan
13.4 Pengendalian Racun Makhluk Perosak
13.5 Kebersihan
13.6 Kebajikan

37
37
38
38
38
38
14

ISU-ISU ALAM SEKITAR
14.1 Impak Perladangan ke Atas Alam Sekitar
14.2 Hidupan Liar dan Pemuliharaan Biodiversiti
14.3 Kawasan Tidak Produktif

38
38
39
15 REKOD ADUAN 39
16 KEPERLUAN PERUNDANGAN 39
F PENGAUDITAN 39
G PENSIJILAN 40
PENGHARGAAN 41

3
PENDAHULUAN

Amalan Pertanian Baik (APB) merupakan satu sistem bersepadu bertujuan untuk
mengurus segala sumber-sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan
lestari Sistem ini dijangka dapat meningkatkan produktiviti ladang serta
menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira
kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

Garis Panduan Amalan Ladang Baik Malaysia ini disediakan agar semua pegawai
Jabatan Pertanian dan pengusaha ladang dapat memahami konsep Amalan
Pertanian Baik dengan lebih mendalam dan dapat dipraktikkan.

Garis panduan ini perlu digunakan sebagai rujukan oleh semua pegawai
pengembangan Jabatan Pertanian dalam membantu dan membimbing pengusaha
ladang, mematuhi segala syarat yang terkandung dalam Skim Amalan Ladang Baik
Malaysia (SALM). Maklumat yang terdapat dalam garis panduan ini dapat
memberikan gambaran awal kepada pengusaha mengenai skim ini dan seterusnya
dapat membantu dalam memperolehi pensijilan SALM.

Diharap dengan penerbitan garis panduan ini, ilmu dan komitmen semua pegawai
serta pengusaha mengenai APB dapat dipertingkatkan dan seterusnya
menambahkan bilangan pemegang sijil SALM untuk menyahut seruan kerajaan
dalam menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat untuk semua
pengguna
4
A. PENGENALAN

i. Amalan Pertanian Baik (APB)
Amalan Pertanian Baik (APB) adalah satu sistem bersepadu bertujuan
untuk mengurus segala sumber-sumber di dalam pengeluaran
pertanian secara baik dan lestari Sistem ini dijangka dapat
meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang
selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan
dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar

ii. Skim Amalan Ladang baik Malaysia (SALM)
SALM adalah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan
Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang
mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar Menjaga
kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang
berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini dibangun
berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities
Good Agriculture Practices (GAP)


B. OBJEKTIF APB

a. APB menjadi teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)
Jabatan Pertanian.
b. APB menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang

C. KEBAIKAN APB

a. Dapat menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat
dimakan kerana kandungan residu racun makhluk perosak adalah di paras
yang dibenarkan
b. Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
c. Mengutamakan kaedah kawalan perosak bersepadu.
d. Dapat mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak.
e. Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang
f. Meningkatkan hasil pengeluaran
g. Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa
h. Membantu membangunkan industri pertanian negara secara mesra alam dan
lestari.

D. SKOP

Garis panduan ini merupakan bahan rujukan kepada semua pegawai Jabatan
Pertanian dan pengusaha ladang di Malaysia dalam mengamalkan APB ke arah
pensijilan SALM.
3

E. KRITERIA UTAMA SALM

1. KEBOLEHKESANAN

1.1. Setiap ladang perlu mempunyai nombor pengenalan bagi mengesan sumber
/ ladang yang mengeluarkan hasil tersebut jika terdapat masalah atau aduan
terhadap hasil. Untuk tujuan pensijilan SALM, pengusaha perlu berdaftar
dengan Jabatan Pertanian dengan menggunakan borang SALM 1. Ladang
yang telah berdaftar akan diberi nombor pentaftaran seperti contoh berikut :-

SALM.09.01.

Bilangan mendaftar pada tahun tersebut
Tahun didaftarkan
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia

1.2. Nombor pendaftaran ini perlu digunakan untuk semua urusan surat-
menyurat berkaitan pensijilan SALM. Nombor pendaftaran ini juga perlu
digunakan di logo bagi ladang-ladang yang telah diberi pensijilan bagi
membolehkan program penarikan balik produk dijalankan sekiranya terdapat
aduan mengenai hasil yang berkaitan dengan kualiti dan keselamatan
makanan.

2. PENYIMPANAN REKOD

2.1. Penyimpanan Rekod

2.1.1. Setiap pengusaha dikehendaki menyimpan rekod ladang untuk tujuan
berikut:-

a. Membantu dalam perancangan aktiviti ladang.
b. Mengesan perlaksanaan aktiviti-aktiviti ladang.
c. Membantu dalam kebolehkesanan hasil ladang.
d. Menilai prestasi ladang.

2.1.2. Pengusaha mesti mempunyai rekod ladang seperti berikut:
a. Rekod Pemuliharaan Tanah.
b. Rekod Pembelian dan Penggunaan Bahan Tanaman.
c. Rekod Rawatan Benih.
d. Rekod Pembelian Baja, Substrat dan Bahan-Bahan Berkaitan
e. Rekod Penggunaan Baja, Substrat dan Bahan-Bahan Berkaitan.
f. Rekod Rawatan Tanah/Substrat.
g. Rekod Pembelian Racun Makhluk Perosak.
h. Rekod Penggunaan Racun Makhluk Perosak.
i. Rekod Pengawasan Perosak.
j. Rekod Kawalan Perosak Tanpa Bahan Kimia.
k. Rekod Pembelian Peralatan/Jentera Ladang.
l. Rekod Penggunaan dan Penyelenggaraan Peralatan/Jentera Ladang.
m. Rekod Pengairan.
6
n. Rekod Hasil Ladang.
o. Rekod Rawatan Hasil (Lepas Tuai) di Ladang.
p. Rekod Pelupusan Sisa Ladang.
q. Rekod Senarai Pekerja.
r. Rekod Latihan Pekerja.
s. Rekod Pemeriksaan Kesihatan Pekerja.

2.1.3. Rekod ladang hendaklah disimpan sekurang-kurangnya 6 bulan kecuali
dinyatakan di dalam peruntukan perundangan lain secara khusus.

2.1.4. Rekod ladang hendaklah disimpan dan dikemaskinikan dalam tempoh
kurang dari 30 hari bagi tanaman kekal dan 15 hari bagi tanaman
singkat masa..

2.1.5. Rekod ladang adalah dianggap sulit tetapi mudah diperolehi dan
diaudit.

(Buku rekod ladang boleh diperolehi di Jabatan Pertanian)


3. BAHAN TANAMAN DAN POKOK INDUK

3.1. Pemilihan Biji Benih

3.1.1. Kriteria pemilihan bahan tanaman adalah seperti berikut:
Benih atau bahan tanaman yang digunakan hendaklah dipilih dari
varieti disyorkan dan mempunyai pasaran.
a. Hasil tinggi.
b. Kualiti tinggi ketulenan melebihi 98% dan peratus percambahan
melebihi 75%.
c. Rintang/tahan kepada penyakit dan serangga.
d. Bukan biji benih yang telah diubah suai kandungan genetiknya -
Genetically Modified Organisme (GMO) kecuali mendapat kelulusan
dari pihak berkuasa yang berkenaan dan mesti mematuhi peraturan
semasa negara pengimport. Bagi penanaman bahan tanaman GMO
mesti dipersetujui di antara pengeluar dan pelanggan sebelum
menanam.
e. Penggunaan varieti yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Varieti
Baru Tanaman (PVBT) mesti mendapat kebenaran daripada
pembiakbaka atau ejen yang sah.

3.2. Keperluan Biji Benih/Bahan Tanaman

Kuantiti biji benih dan bilangan bahan tanaman yang diperlukan hendaklah
diketahui bagi memudahkan pemilihan anak-anak pokok yang sihat serta
mengelakkan pembaziran. Keperluan biji benih dan bilangan bahan tanaman
bergantung kepada keluasan kawasan yang hendak ditanam dan jarak
tanaman/kepadatan pokok.

7
Anggaran Keperluan Biji Benih Sayuran per Hektar

Jenis Kuantiti (kg)
Asparagus 1.0
Bendi 6.0
Cili 0.3
Kacang panjang 7-8
Kacang buncis 10-15
Kangkung 26-30
Kubis 0.3
Sawi 1.5
Terung 0.3
Timun 1.0

Anggaran Keperluan Anak Pokok Buah-Buahan per Hektar

Jenis Kuantiti (Bilangan)
Mangga 178-200
Cempedak 123
Durian 69-100
Jambu batu 625
Betik 2000
Rambutan 123
Belimbing 278
Tembikai 2000

4. SEJARAH DAN PENGURUSAN TAPAK

4.1. Sejarah Tapak

4.1.1. Untuk mengesan kegunaan tapak kawasan sebelum ini supaya tidak
menjadi sumber pencemaran kimia dan penyakit. Jenis tanaman/aktiviti
terdahulu hendaklah direkodkan Dokumen seperti surat perakuan tuan
tanah, jadual gunatanah/peta gunatanah, peta lakar gunatanah dan
rekod-rekod ladang terdahulu didokumenkan dan disimpan.

8
4.1.2. Ketinggian

Ladang yang hendak diusahakan perlu berada di paras ketinggian
kurang 1,000 meter dari aras purata permukaan laut (mapl) kecuali
ladang yang telah diusahakan sebelum tahun 2002. Ketinggian
kawasan dapat ditentukan melalui alat GPS, Altimeter dan Peta
Topografi.

4.1.3. Penilaian Risiko

a. Bagi kawasan baru penilaian risiko hendaklah dijalankan dengan
mengambil kira potensi impak penggunaan tanah sebelum ini, potensi
impak tanaman kepada kawasan sekeliling dan potensi impak aktiviti
yang dijalankan daripada kawasan sekeliling.

b. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menghendaki pengusaha
menjalankan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi pembangunan
kawasan baru untuk pertanian yang melibatkan :-

i. Skim pembangunan tanah hutan kepada pengeluaran pertanian
meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih.
ii. Program pertanian yang melibatkan penempatan 100 keluarga
atau lebih.
iii. Pembangunan ladang tertentu meliputi kawasan 500 hektar
atau lebih melibatkan penukaran jenis gunatanah pertanian.
iv. Penukaran tanah hutan berbukit (hill forest) kepada gunatanah
lain yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.
v. Penukaran kawasan paya bakau kepada penggunaan industri,
perumahan atau kegunaan pertanian meliputi kawasan 50
hektar atau lebih.

c. Bagi pembangunan kawasan baru untuk pertanian selain daripada
pembangunan kawasan di atas (perkara i-v), Penilaian Risiko Hakisan
Tanah hendaklah dijalankan. Penilaian tersebut dibuat berpandukan
pada Peta Hakisan Tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.

4.1.4. Pelan Tindakan Pembetulan

a. Menyenaraikan strategi bagi mengurangkan semua risiko yang telah
dikenalpasti di kawasan pertanian yang baru.
b. Bagi kawasan yang mempunyai laporan EIA, Pelan Pengurusan Alam
Sekitar (EMP) perlu dipatuhi.
c. Bagi kawasan yang mempunyai Laporan Penilaian Risiko Hakisan
Tanah (SERA), pastikan kawasan yang mempunyai kadar hakisan
tanah yang melebihi tahap yang dibenarkan mengamalkan langkah-
langkah kawalan hakisan.

9
4.2. Pengurusan Tapak

4.2.1. Ladang hendaklah diusahakan secara sah dari segi undang-undang
dan mempunyai salah satu maklumat berikut: -

a. Geran Tanah atau pemilikan.
b. Tanah pemilikan sementara (TOL).
c. Surat kebenaran/pengesahan.
d. Surat persetujuan pajakan.
e. Dokumen lain yang boleh memberikan alasan mengusahakan tanah
tersebut.

4.2.2. Kesesuaian Tanah Tanaman bertujuan:-

a. Menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam berdasarkan jenis
tanah di ladang.
b. Menentukan jenis limitasi tanah yang terdapat di profil tanah dan
mengesyorkan tindakan pembaikan bagi memastikan pengeluaran
hasil yang optima.
c. Mendapatkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Pemilihan tanaman
bersesuaian mengikut topografi dan zon agro-iklim seperti tanaman
mangga sesuai ditanam di negeri Kedah, Perlis dan Melaka.

4.2.3. Faktor Penilaian Kesesuaian Tanah Tanaman adalah seperti berikut:-
a. Kedalaman tanah.
b. Kedalaman lapisan asid sulfat.
c. Tahap saliran.
d. Kandungan nutrien.
e. Ketebalan lapisan organik.
f. Kemasinan.
g. Kecerunan tanah.
h. Tekstur/struktur tanah.
i. Peratus Kandungan Batuan.

4.2.4. Kecerunan
Ladang tidak boleh terletak pada tanah bercerun yang boleh
menjejaskan alam sekitar. Pengesyoran kesesuaian jenis tanaman
berdasarkan kepada kelas teren seperti jadual di bawah:-

10
a. Kelas Teren dan Kesesuaian untuk Pertanian

Kelas
Teren
Topografi
Darjah
Kecerunan
Kesesuaian Jenis Tanaman
Jangka
Pendek
Jangka
Sederhana
Jangka
Panjang
C1 Rata 0
0
2
0
Sesuai Sesuai Sesuai
C2 Beralun 2
0
6
0
Sesuai Sesuai Sesuai
C3 Berombak 6
0
12
0
Tidak
sesuai
Sesuai Sesuai
C4 Berbukit 12
0
20
0
Tidak
Sesuai
Tidak sesuai Sesuai
C5
Sangat
Berbukit
20
0
25
0
Tidak
Sesuai
Tidak sesuai Sesuai
C6 Curam 25
0
30
0
Tidak
Sesuai
Tidak sesuai
Tidak
sesuai


b. Gambarajah Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Malaysia

1000 mapl
Cerun >25
0
:Tiada Pembangunan
(Pertanian di Semenanjung dan Sabah, Sarawak > 30 darjah )
Cerun < 25
0
:Tanah Pertanian
Paya Gambut
Paya Bakau
Laut Ekosistem
Sensitif:
Judicious Use
>1000 mapl: - Tiada Pembangunan
(Akta Perhutanan, 1984)
300 mapl


11
c. Panduan yang lebih terperinci mengenai syor struktur
pemuliharaan tanah mengikut jenis-jenis tanaman dan cerun
tanah adalah seperti jadual berikut:-

Darjah
Kecerunan
0- 2 2- 6 6- 12
12-
20
20-
25
>25
Di Kawasan Tanah Rendah
Tanaman
Jangka
Pendek
4 4 & 6
Tanaman
Jangka
Panjang
4 4 & 6 1 @ 2, 4, 5, 6, 7 & 8
Padang
Rumput

4

4 & 6



Tanaman
Jangka
Sederhana
4 4 & 6
1 @ 2,
4, 5, 6
& 8

Akuakultur 4 4 & 5
Di Kawasan Tanah Tinggi
Tanaman
Jangka
Pendek
(sayur &
bunga)
4
1, 4, 5
& 6

1 @ 3,
4, 5, 6
& 8
1 @ 3,
4, 5, 6,
8, 9 &
10

Tanaman
Jangka
Panjang
4 4 & 6 1 @ 2, 4, 5, 6, 7 & 8

Petunjuk : 1. Teres bangku 2. Pentas lereng tapak
pentas
3. Pentas lebar 4. Perparitan & saliran
5. Perangkap kelodak 6. Parit lereng
7. Teres dusun 8. Empangan penampan
9. Pembentungan 10. Benteng konkrit


5. PENGURUSAN TANAH DAN SUBSTRAT

5.1. Pemetaan Jenis Tanah

5.1.1. Setiap ladang menyediakan Pelan Blok Tanaman penggunaan tanah
dan meletak papan tanda di ladang (dimestikan untuk ladang yang
lebih dari 10 hektar)
12
5.1.2. Berikut merupakan contoh Pelan Blok Tanaman:-




5.2. Penanaman

5.2.1. Kaedah Amalan Agronomi/Sistem Perladangan

Kaedah amalan agronomi untuk mengawal hakisan tanah sangat
berkesan ke atas kawasan yang mempunyai kecerunan < 6
0
. Bagi
kawasan yang mempunyai kecerunan > 6
0
, kaedah amalan agronomi
perlu dibuat bersama dengan kaedah mekanikal supaya lebih efektif
Pada amnya, kaedah ini boleh mempertingkatkan penyerapan air,
mengurangkan larian air di atas permukaan tanah dan menjadi penyerap
tenaga air hujan

a. Pembajakan secara minimum

Menghadkan pembajakan di barisan penanaman sahaja supaya tidak
banyak kawasan tanah diganggu seperti penanaman jagung dan
kacang tanah.

b. Penanaman Mengikut Kontur

Membajak mengikut kontur dapat menyelamatkan tanah atas yang
subur daripada terhakis sekiranya operasi membajak dibuat mengikut
cerun.

13
Alur-alur yang terbentuk semasa operasi membajak mengikut lereng
dapat memerangkap dan menakung air serta menyerap ke dalam
tanah. Jika alur dibuat mengikut cerun, air akan mengalir turun dengan
deras

Bagi tanaman kekal, penanaman mengikut kontur dapat memudahkan
pembinaan struktur pemuliharaan tanah yang lain di kawasan tersebut
seperti parit lereng, perangkap kelodak dan parit takung (parit kontur
terputus) serta memudahkan penyelenggaraan

c. Penanaman Selingan

Menanam 2 atau 3 jenis tanaman pada masa yang sama dalam satu
kawasan dapat mengurangkan pendedahan permukaan tanah kepada
hujan

d. Penanaman Kepadatan Tinggi

Bilangan pokok yang lebih banyak dalam satu kawasan dapat
mengurangkan pendedahan tanah kepada larian air hujan/hakisan

5.2.2. Kelas Kesesuaian

a. Kelas 1: Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja
kepada pertumbuhan tanaman
i. Sesuai kepada kebanyakan tanaman.
ii. Pengurusan sederhana.

b. Kelas 2: Satu atau lebih halangan
i. Sesuai untuk banyak tanaman.
ii. Pengurusan sederhana.

c. Kelas 3: Satu halangan serius
i. Sesuai untuk beberapa tanaman.
ii. Pengurusan tinggi.

d. Kelas 4: Lebih satu halangan serius
i. Sesuai untuk sedikit tanaman.
ii. Pengurusan sangat tinggi.

e. Kelas 5: Sekurang-kurangnya satu halangan sangat serius
i. Sangat kurang sesuai.
ii. Elok dibiarkan.

14
5.3. Hakisan Tanah

5.3.1. Hakisan tanah merupakan gejala paling penting yang boleh
menghalang tercapainya pengeluaran tanah yang lestari. Hakisan tanah
oleh air melibatkan 3 proses:-
a. Penanggalan partikel tanah.
b. Pengangkutan partikel tanah.
c. Pemendapan partikel tanah.

5.3.2. Jenis-jenis Hakisan
a. Hakisan Percik
b. Hakisan Serata
c. Hakisan Alur.
d. Hakisan Gaung.
e. Hakisan Tebing

5.3.3. Kesan-kesan Hakisan
a. Hilang tanah atas (top soil) yang subur dan menyebabkan tanah
menjadi cetek.
b. Keupayaan pegangan air berkurangan kerana kehilangan bahan
organik, koloid-koloid tanah dan kerosakan agregat tanah.
c. Keupayaan Pertukaran Kation (KPK) menurun kerana koloid tanah
yang aktif hilang dibawa air.
d. pH berubah bergantung kepada bahan induk jenis tanah di kawasan
tersebut.
e. Struktur tanah rosak menyebabkan tanah menjadi padat kerana
rongga tanah dipenuhi oleh partikel-partikel tanah kecil.
f. Mendakan di telaga, kolam dan sungai merosakkan habitat dan
meningkatkan risiko banjir.
g. Air hujan melarut dan menyebabkan kehilangan nutrien.
h. Keupayaan simpanan air tanah berkurangan.

5.3.4. Prinsip-prinsip Kawalan Hakisan Tanah
a. Mengurangkan kelajuan air.
b. Membahagikan larian air kepada kuantiti yang kecil
c. Meningkatkan resapan air tanah.
d. Mewujudkan kawalan secara struktur dan mekanikal.

5.3.5. Kelas risiko hakisan tanah ditetapkan sebagaimana berikut:-

Kelas Risiko
Hakisan
Tahap Risiko Hakisan
Purata Hakisan
Tanah
(mt/ha/tahun)
1 Rendah <10
2 Sederhana 10-50
3 Sederhana Tinggi 51-100
4 Tinggi 101-150
5 Sangat Tinggi >150

13
a. Purata hakisan tanah yang dibenarkan oleh Jabatan Pertanian
ialah:-
Tanaman Kekal : < 4 mt/ha/tahun
Tanaman Singkat Masa: < 8 mt/ha/tahun

b. Pengiraan purata hakisan tanah adalah dibuat berdasarkan USLE
(Universal Soil Loss Equation) sebagaimana berikut:-

A = R x K x LS x C x P

A = Purata hakisan tanah (mt/ha/tahun)
R = Faktor kehakisan hujan keupayaan hujan
menghakis tanah
K = Faktor kebolehhakisan tanah (taraf kepekaan
tanah) terhadap kehakisan hujan
LS = Faktor panjang cerun dan kecerunan
C = Faktor sistem tanaman dan perlindungan vegetatif
P = Faktor pemuliharaan tanah

5.3.6. Kaedah-kaedah Kawalan Hakisan Tanah

a. Kaedah Vegetatif

i. Tanaman Penutup Bumi
Tanaman yang ditanam di kawasan yang baru dibuka bagi
melindungi tanah dari hakisan dan menggalakkan penyerapan
air oleh tanah di samping mengawal suhu dan mengekalkan
kelembapan tanah.

ii. Sungkupan

Bahan yang digunakan untuk menutupi permukaan tanah
supaya tidak ditimpa terus oleh air hujan. Sungkupan boleh
mengawal suhu tanah, menambahkan bahan organik dan
mengurangkan pertumbuhan rumpai. Di samping itu, ia dapat
menambahkan keresapan air, membaiki struktur tanah dan
mengurangkan hakisan. Sungkupan terdiri daripada sungkupan
asli dan sintetik.

iii. Tanaman Jalur Rumput
Rumput ditanam secara baris sebagai jalur tampan yang kekal
mengikut kontur di antara blok tanaman lain yang terdedah
kepada kejadian hakisan tanah Ia dapat mengurangkan
kelajuan air dan hakisan dengan memerangkap dan menyekat
tanah yang terhakis

b. Kaedah Struktur Mekanikal

Pada amnya semua struktur mekanikal berfungsi mengurangkan
hakisan dengan memperbanyakkan sekatan pada laluan air,
16
mengurangkan kelajuan dan memendekkan lereng Struktur
mekanikal juga dapat meningkatkan resapan air dan mengurangkan
kehilangan baja dan nutrien

i. Teres Bangku

Berbentuk tangga atau bangku dan dibina dengan memotong
cerun mengikut kontur Berfungsi menghadang dan
mengurangkan kelajuan larian air di permukaan cerun dan
memendekkan panjang Teres ini sesuai bagi tanaman jangka
pendek dan jangka panjang

ii. Pentas Lereng / Tapak Pentas
Pentas berbentuk bulat atau segi empat mengikut saiz pokok,
rendah ke dalam (3
0
) dan dibina di lereng bukit secara individu
Berfungsi untuk menghadang dan mengurangkan kelajuan air
larian di permukaan cerun Teres ini juga dapat meningkatkan
serapan air serta mengelakkan kehilangan baja

iii. Perparitan dan Saliran
Saluran yang dibina bagi mengalirkan air di kawasan bercerun
supaya aliran air tersebut tidak melintas kawasan terbuka yang
akan menyebabkan struktur tanah tidak stabil

iv. Perangkap Kelodak / Parit kontur
Merupakan parit yang terputus-putus dan dibina mengikut kontur
di cerun bukit. Berfungsi mengurangkan kelajuan air larian
sebagai struktur timpa yang menyekat laluan air di kawasan
curam, memerangkap kelodak dan meningkatkan penyusupan air
ke dalam tanah

v. Parit Lereng
Terdiri daripada siri parit kecil merintangi cerun (0.5-1%) yang
dibina di sepanjang kontur di lereng bukit bertujuan menyalurkan
air larian ke kawasan selamat dan memendekkan cerun yang
panjang di lereng bukit kepada beberapa cerun pendek

vi. Empangan Penampan
Berfungsi menyekat kelajuan air dan menakung air secara
sementara bagi memerangkap endapan kelodak supaya kejadian
pemendakan anak-anak sungai di kawasan rendah berkurangan.

vii. Benteng Konkrit/Gabion
Benteng tetingkat dibina untuk mengukuhkan dan menyokong
binaan pentas lebar / kaki bukit curam bagi mengelakkan tanah
runtuh

17
5.4. Fumigasi Tanah

5.4.1. Fumigasi tanah adalah sejenis rawatan pemulihan secara pewasapan
tanah untuk membunuh perosak seperti serangga, fungus, bakteria, biji
rumpai dan hidupan lain.
5.4.2. Penggunaan rawatan fumigasi menggunakan bahan kimia perlu
menjadi pilihan terakhir. Kaedah lain yang diutamakan sebelum memilih
penggunaan bahan kimia ialah pembasmi kuman secara suhu tinggi atau
penggunaan kuasa matahari, penggunaan media tumbuhan bebas
tanah, penggunaan bahan tanaman yang rintang terhadap penyakit,
tanaman giliran dan penanaman tanaman pengasingan.
5.4.3. Rawatan yang digunapakai di Malaysia ialah rawatn kimia yang
mempunyai bahan aktif seperti dazomet, metamsodium dan calsium
cyamamide.

5.5. Substrat

5.5.1. Tentukan jenis media dan substrat yang digunakan Digalakkan
menggunakan substrat dari jenis organik seperti cocoapeat, tandan
kelapa sawit, sekam padi dan lain-lain dalam pengurusan tanaman
5.5.2. Tentukan jenis rawatan yang dilakukan terhadap media/substrat dan
jenis kimia yang digunakan.
5.5.3. Jika menggunakan teknik-teknik lain penanaman seperti fertigasi,
aeroponik dan sebagainya, tentukan bagaimana media tanaman atau
larutan yang digunakan dibuang atau menyertai program kitar semula

6. PENGURUSAN BAJA

6.1. Keperluan Nutrien

Pembajaan penting bagi memastikan tanaman mendapatkan nutrien yang
cukup bagi pertumbuhan yang baik, pengeluaran hasil tinggi dan bermutu.
Nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang banyak disebut makronutrien
yang terdiri daripada nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca),
magnesium (Mg) dan sulfur (S). Manakala nutrien yang diperlukan dalam
jumlah kecil disebut mikronutrien iaitu mangan (Mn), ferum (Fe), boron (B),
kuprum (Cu), zink (Zn) dan molibdenum (Mo).

6.2. Penggunaan Baja

6.2.1. Kaedah Pembajaan

a. Tabur Terus - baja ditabur di sekeliling pokok dan ditutup dengan
sungkupan
b. Poket - baja diletakkan di dalam beberapa lubang di sekeliling
pokok dan ditimbus semula
c. Foliar - baja dibancuh mengikut kadar yang disyorkan dan disembur
ke pokok

18
6.2.2. Panduan Kadar Pembajaan

Penggunaan baja perlulah mendapat nasihat daripada mereka yang
kompeten dan mengambilkira jenis, kuantiti, kaedah, masa dan
kekerapan membaja bagi mengoptimumkan penggunaan baja dan
meminimumkan kerugian. Berikut merupakan maklumat saintifik atau
amalan yang boleh diikuti semasa pembajaan dijalankan ke atas
tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran:-

a. Buah-buahan

Kadar pembajaan bagi pokok buah-buahan adalah mengikut
peringkat pertumbuhan pokok. Pada peringkat vegetatif, ia
memerlukan nutrien N dan P yang tinggi manakala pada peringkat
berbuah, ia memerlukan nutrien K yang tinggi. Sebagai contoh,
berikut adalah panduan pembajaan bagi cempedak:


Umur Pokok
(Tahun)
Jenis Baja
(N:P:K:Mg)
Kekerapan
Pembajaan
/Tahun
Jumlah Baja/
Pokok/Tahun
(kg)
Semasa
menanam
Fosfat - 0.15
Organik 7.5
1
15:15:15 3-4 0.5
Organik 10.0
2
15:15:15 3-4 1.0
Organik 10.0
3
15:15:15 3-4 1.5
Organik 15
4 12:12:17:2 3-4 2.0
5
12:12:17:2 3-4 2.5
Organik 20.0
6 12:12:17:2 3-4 3.0
19
Organik 30.0
7
12:12:17:2 3-4 4.0
Organik 40.0
>8
12:12:17:2 3-4 5.0
Organik 40.0

b. Sayur-sayuran

Pembajaan pada sayuran bergantung kepada kategori sayur
iaitu:-
Sayur daun memerlukan unsur N yang tinggi
Sayur buah memerlukan unsur K yang tinggi


Panduan Pembajaan Untuk Sayur-sayuran


Baja Pertama Baja Kedua Baja Ketiga Jumlah
Jenis
Tanam
an
Jenis /
Masa
Kuant
iti
(kg/ha
)
Jenis /
Masa
Kuant
iti
(kg/ha
)
Jenis /
Masa
Kuant
iti
(kg/ha
)
NPK
15:15:
15
NPK
12:12:1
7:2
Foliar
(liter)
Sawi NPK
15:15:
15
1 MLT
200
(308g/
batas)
NPK
15:15:15
2MLT
200
(308
g/
batas)
NPK
15:15:15
4MLT
200
(308g/
batas)
600
(924 g/
batas)
-
6.2
ml/bata
s
Kacan
g
Panjan
g
NPK
15:15:
15
2 MLT
100
(133
g/
batas)
NPK
12:12:17
:2
4 MLT
300
(400
g/
batas)
NPK
12:12:17
:2
6 MLT
400
(533
g/
batas)
100
(133 g/
batas)
700
(933 g/
batas)
-
*MLT Minggu Lepas Tanam *Saiz batas 1.2 m X 8 m

6.3. Rekod Penggunaan Baja

6.3.1. Semua penggunaan baja mesti direkodkan untuk mengesan sekiranya
berlaku kontaminasi semasa proses pengeluaran dan selepas tuai.
6.3.2. Rekod penggunaan mestilah mengandungi maklumat seperti lokasi,
tarikh, jenis, kuantiti, kaedah dan nama pekerja yang menjalankan
pembajaan.
6.3.3. Penggunaan nitrogen yang melebihi paras yang ditetapkan diperingkat
kebangsaan atau antarabangsa mestilah dielakkan.

20
6.4. Peralatan Pembajaan

6.4.1. Peralatan yang digunakan untuk pembajaan mestilah sentiasa dalam
keadaan yang baik dan disimpan di dalam stor.

6.5. Sumber dan Penyimpanan Baja

6.5.1. Baja hendaklah disimpan di tempat yang bertutup, bersih dan kering
supaya tiada risiko kepada pencemaran sumber air.
6.5.2. Baja tidak boleh disimpan dengan bahan semaian, racun makhluk
perosak dan hasil tanaman segar. Sekiranya baja disimpan di dalam
bilik yang sama dengan racun makhluk perosak, satu sekatan kekal
mesti dibina untuk memisahkan bahan-bahan tersebut dan dilabelkan..
6.5.3. Rekod penggunaan baja, sumber dan kandungan kimia baja mesti
disimpan, dikemaskini dan mudah didapati.

6.6. Baja Organik

6.6.1. Sumber baja organik hendaklah direkodkan. Bahan organik yang
dilarang penggunaannya adalah najis manusia dan khinzir walaupun
telah dirawat. Baja organik yang digunakan hendaklah disimpan di
tempat yang sesuai untuk mengelakkan pencemaran kepada sumber
air dan mengurangkan risiko kepada pencemaran alam sekitar.
6.6.2. Untuk mengelakkan pencemaran logam berat atau larut lesap nitrat,
analisis baja organik bagi mengetahui paras nutrien & logam berat -
Cd, Hg, Pb, As perlulah dijalankan sebelum baja tersebut digunakan.
6.6.3. Sumbangan nutrien dan penggunaan baja organik di ladang diperlukan
untuk:

a. Membaiki struktur tanah
b. Menggalakkan pertumbuhan akar tanaman
c. Memperbaiki pengudaraan
d. Membantu menyimpan air
e. Membekalkan zat makanan
f. Meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh pokok.

7. PENGAIRAN DAN FERTIGASI

7.1. Perancangan

Penggunaan air untuk tujuan pengairan dan fertigasi hendaklah bergantung
kepada keperluan dan menggunakan sistem yang sesuai. Penggunaan air
daripada loji yang tidak dirawat tidak dibenarkan

7.2. Kaedah

7.2.1. Sistem Pengairan

Sistem pengairan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis
tanaman bagi memastikan penggunaan sumber air yang terbaik.
21
Pengurusan air yang mengoptimumkan penggunaan air dan nutrien
mestilah dipertimbangkan bagi mengurangkan pembaziran seperti
penggunaan pada waktu malam, sistem yang membolehkan
penggunaan semula air, menyelenggara alat supaya dapat
mengurangkan kebocoran dan menakung air hujan. Berikut merupakan
jenis pengairan yang sesuai mengikut tanaman:-

a. Pengairan renjis (sayuran dan tanaman ladang)
b. Pengairan titis (buah-buahan)

7.2.2. Penyiraman dilakukan dua kali sehari dan perlu mengelak keadaan
terlalu lembap atau terlalu kering pada tanah Semua rekod penyiraman
hendaklah disimpan.

7.2.3. Pengurusan Air

Sistem pengairan yang lengkap perlu disediakan bagi:

a. Mengelakkan tegasan air pada musim kering panjang
b. Meningkatkan pengeluaran hasil yang lebih baik
c. Pembentukkan buah yang sempurna

Contoh panduan keperluan air untuk tanaman mangga

Peringkat Pertumbuhan Pokok
Keperluan Air
(liter/pokok/hari)
Pokok muda (<3 tahun) 8
Pokok separa matang (3 5
tahun)
32
Pokok matang (>5 tahun) 80

7.2.4. Tanaman sayuran memerlukan air sebanyak 120 liter/hektar/hari
(siraman renjis 2 kali sehari selama 1 jam) dan sistem tanaman secara
fertigasi memerlukan air sebanyak 2 liter/pokok/hari dengan 5 kali
siraman.

7.2.5. Bagi ladang yang menggunakan sumber air daripada kolam berikut
merupakan keperluan air dan saiz kolam mengikut jenis tanaman:-

Jenis Tanaman Keperluan air
Saiz kolam sehektar
pada 80% keperluan
Tanaman Sayur-
sayuran
125 m
3
/ha/hari
(3750 m
3
/ha/bulan)
4687 m
3
(39 x 30 x 4
m)
Tanaman Buah-
buahan
22 m
3
/ha/hari
(660 m
3
/ha/bulan)
825 m
3
(20 x 10 x 4 m)

22
7.3. Kualiti Air

7.3.1. Penggunaan air kumbahan yang tidak dirawat adalah dilarang.

7.3.2. Standard Kualiti Air

Keputusan analisis hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan
mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling 1974. Keputusan analisis yang tidak mematuhi keperluan
standard mesti diambil tindakan pembetulan.

Standard Kualiti Air Kebangsaan (Jabatan Alam Sekitar) Air untuk
pengairan (Kelas IV) seperti berikut:-

Parameter Unit Nilai
Faecal coliform counts/100ml
5,000 (max
20,000)
Total Coliform counts/100ml 50,000
Al ppm 0.5
As ppm 0.1
Cd ppm 0.01
Cr ppm 0.1
Cu ppm 0.2
Na ppm 3 SAR
Fe ppm 1(leaf)
ppm 5 (other)
Cl counts/100ml 80
F counts/100ml 1
Nitrate ppm 5
Ammoniacal -N ppm 2.7
BOD ppm 12
COD ppm 100
DO ppm <3
pH 5-9
EC mmhos/cm 6,000
TDS (Total dissolved solids) ppm 4,000
TSS (Total suspended Solids) ppm 300
Pb ppm 5
Mn ppm 0.2
Hg ppm 0.002
Ni ppm 0.2
Se ppm 0.02
Zn ppm 2
B ppm 0.8

*Sumber: EIA Guidelines for Agricultural Activity, DOE Malaysia

23
7.3.3. Analisis Air

Sumber air perlu dianalisis sekurang-kurang sekali setahun bagi
menentukan sama ada terdapat pencemaran dari mikrobial, kimia dan
mineral. Analisis yang perlu dijalankan adalah seperti berikut:-

Jenis Parameter
Fizikal
Warna, bau, suhu, pepejal, kekeruhan, minyak dan
gris
Kimia
Kandungan organik:
i. Biological Oxygen Demand (BOD),
ii. Chemical Oxygen Demand (COD),
iii. Total Organic Carbon (TOC),
iv. Total Oxygen Demand (TOD)
Inorganik:
i. Kemasinan,
ii. pH,
iii. hardness,
iv. Alkalinity,
v. Bahan @ spt. Fe, Mn, Cl, SO4
Logam Berat: Cadmium, Iron, Mercury, Arsenic,
Plumbum
Residu Racun Makhluk Perosak: aldrin, heptachlor,
heptachlor epoxide, dieldrin, edrin, chlordane, alpha-
choedane, beta-endosulfan, alpha-HCH, gamma-
chlordane, beta-endosulfan, alpha-HCH, beta-HCH,
gamma-HCH, methoxychlor, op-DDE, pp-DDE, op-
DDT, pp-DDT, mirex dan chlorpyrifos.
Biologikal Bakteria: Coliforms, faecal coliforms

7.4. Bekalan Air

7.4.1. Sumber Bekalan Air

Bekalan air yang digunakan di ladang adalah berpunca dari sumber
yang mapan. Sumber bekalan yang mapan ialah mempunyai bekalan air
yang mencukupi dalam keadaan biasa sepanjang musim / keperluan
contohnya bekalan air paip, simpanan air hujan, kolam, sungai dan lain-
lain.

7.4.2. Penentuan Sumber Air

Penentuan sumber air hendaklah dibuat dengan mendapat khidmat
nasihat daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan
Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan
Pertanian dan konsultan yang berkaitan.


24
8. PERLINDUNGAN TANAMAN

8.1. Perkara Asas Dalam Perlindungan Tanaman

Pengurusan perosak tanaman adalah salah satu aspek penting di dalam
pengurusan tanaman Perosak tanaman terdiri daripada serangga perosak,
hamama, vertebrat, moluska, rumpai, nematod serta patogen penyakit seperti
kulat, bakteria dan virus Perosak seperti rumpai bersaing dengan tanaman
untuk mendapatkan air, cahaya dan nutrien. Jika tidak diurus dengan baik,
boleh menyebabkan kerugian hasil sehingga 30%. Serangan penyakit virus
pada tanaman boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

Konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB)

Satu pendekatan kawalan perosak yang menggabungkan beberapa kaedah
kawalan dengan mengambil kira faktor ekologi dan biologi tanaman bagi
mengurangkan populasi perosak ke paras yang rendah serta tidak
mendatangkan kerosakan ekonomik Di samping itu, teknik yang digunakan
mestilah menguntungkan, serasi dan mesra alam. PPB juga mengambil kira
perkara-perkara berikut:

a. Prinsip-prinsip ekosistem
b. Keseimbangan kehidupan, jika tidak seimbang ia membuka peluang
kepada kerosakan tanaman
c. Pengawasan perosak perlu dibuat secara berterusan. Penggunaan racun
hanya dilaksanakan apabila perosak melebihi paras ambang ekonomi.

Pengurusan perosak tanaman di ladang mestilah berlandaskan kepada PPB
yang merangkumi semua aspek pengurusan tanaman seperti berikut:

8.1.1. Kawalan Biologi

Kawalan Biologi ialah kawalan perosak tanaman yang menggunakan
musuh semulajadi yang boleh mempengaruhi tumbesaran, pembiakan
perosak dan mengawal populasinya ke tahap yang seimbang. Terdapat
3 kategori musuh semulajadi iaitu:-

a. Pemangsa

Haiwan yang memburu, menangkap dan memakan haiwan lain..






Pemangsa Mangsa
Labah-labah Serangga
Ladybird Psylid, leafhopper, aphid
Long-Legged Fly nymph psylid
Lacewing Leafhopper, Red-mite, thrip
Burung Kupu-kupu, larva dan pelbagai
serangga
Predatory-mite Red-mite
23
b. Parasit

Organisma yang hidup bersama perumah (perosak) yang
menyebabkan perosak tersebut menjadi lemah dan mati Contohnya,
Trichogramma bactra dan Apanteles plutellae.

c. Patogen

Organisma yang hidup bersama serangga atau kulat dan boleh
menyebabkan serangga atau kulat tersebut mati Contohnya,
Trichoderma (mengawal Phytophthora), Hirsutella sp. (mengawal
Leafhopper - Idioscopus sp.) dan Nuclear Polyhedrosis Virus (NPV)
untuk mengawal Plutella dan Metarrhizium (mengawal larva kumbang
tanduk)

8.1.2. Kawalan Mekanikal dan Fizikal

Kaedah ini menggunakan alatan, struktur, haba atau tenaga kerja yang
boleh bertindak terus kepada perosak Cara ini memerlukan kos yang
tinggi bagi pembelian alatan atau tenaga kerja Contoh:

a. Rumah struktur kalis serangga
b. Pelindung hujan
c. Pembakaran (pokok yang berpenyakit boleh dibakar dengan syarat
mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling bagi tujuan pemusnahan
perosak)
d. Kelembapan Bandingan yang rendah
e. Mengutip dan membunuh perosak
f. Membalut buah
g. Perangkap serangga - lampu dan pelekat
h. Membanjir kawasan tanaman dengan air
i. Plastik silvershine

8.1.3. Kawalan Kultura

Kawalan kultura adalah amalan agronomi yang digunakan oleh petani
untuk meningkatkan produktiviti. Berikut adalah contoh amalan kultura:

a. Amalkan kebersihan di ladang dan sekitarnya seperti merumput dan
pelupusan sisa pertanian (mengumpul dan memusnahkan buah yang
rosak dan bahagian tanaman yang berpenyakit)
b. Menggunakan bahan tanaman bebas penyakit
c. Rawatan tanah seperti pengapuran
d. Cantasan atau pangkasan bahagian yang diserang perosak
e. Tanaman giliran
f. Membajak
g. Varieti rintang
h. Pengurusan air
i. Pemilihan kawasan yang sesuai
26
j. Guna baja organik bagi membaiki struktur tanah dan komposisi
mikroorganisma tanah

8.1.4. Kawalan Kuarantin

Kaedah ini merupakan pemencilan (isolation) atau menghalang perosak
di sesuatu kawasan daripada merebak ke kawasan baru. Kawalan
kuarantin merupakan satu kaedah pencegahan. Kaedah ini lebih
berkesan dengan adanya peruntukan undang-undang untuk
menguatkuasakan arahan kawalan perosak dilaksanakan. Kawalan
kuarantin adalah amat berkesan jika serangan perosak dapat dikesan
terlebih awal. Contohnya, kawalan Penyakit Virus Bintik Cecincin Betik
(PRSV) di Johor

8.1.5. Kawalan Kimia

a. Kawalan kimia merangkumi penggunaan bahan kimia seperti berikut:

i. Racun makhluk perosak
ii. Biopestisid seperti azadirachtin dan Bacillus thuringiensis
iii. Insect growth regulator (IGR) seperti spinosad
iv. Bahan kimia penarik seperti methyl eugenol
v. Feromon
vi. Umpan protein

b. Penggunaan racun kimia mestilah berlandaskan perkara berikut:

i. Ia digunakan apabila populasi perosak mencapai atau melebihi
paras ambang ekonomi.
ii. Tidak menggunakan racun makhluk perosak yang broad
spectrum
iii. Jika menggunakan racun makhluk perosak penggunaannya
hendaklah secara minimum dan mesra alam.
iv. Penggunaan racun makhluk perosak merupakan langkah terakhir
yang perlu diambil dalam kawalan perosak.

8.1.6. Contoh-contoh Pengurusan Perosak Bersepadu:

i. Kawalan perosak bagi tanaman pisang (Penyakit Moko disease dan
Layu Panama)

a. Menggunakan bahan tanaman yang bebas penyakit seperti tisu
didik dan membuat rawatan jika tidak menggunakan tisu didik
b. Pemantauan dan memusnahkan pokok yang berpenyakit
c. Tanaman giliran dan tanah rang (fallowing)
d. Peralatan ladang dibasmi kuman sebelum digunakan
e. Mempunyai saliran yang baik
f. Pencegahan dengan siraman racun benomyl

ii. Pengawalan Penyakit Merah Virus Padi
27

a. Pengawasan penyakit dan vektor
b. Menanam varieti rintang
c. Penanaman serentak
d. Memusnahkan sumber penyakit dan perumah alternatif
e. Pengairan dan penyediaan tanah yang baik
f. Menggunakan benih padi sah
g. Penggunaan racun serangga untuk kawal vektor (Nephotettix
virescens) apabila terdapat serangan penyakit
h. Melaksanakan program pembajaan yang disyorkan

iii. Pengawalan Lalat Buah

a. Kebersihan ladang - mengutip buah yang gugur dan musnahkan
dengan menanam
b. Membungkus buah pada saiz tertentu
c. Memasang perangkap dengan methyl eugenol
d. Memasang perangkap dengan umpan protein bersama racun
serangga seperti spinosad
e. Program pengawalan secara menyeluruh
f. Pengasingan.

8.1.7. Pengawasan Perosak

Untuk mengesan kejadian dan kemudaratan serangan oleh perosak bagi
semua peringkat pertumbuhan tanaman yang diusahakan di ladang.
Aktiviti ini adalah penting dalam melaksanakan PPB. Kehadiran perosak
dikenal pasti semasa membuat pengawasan di ladang.

i. Pengawasan Perosak adalah:
a. Menentukan tahap serangan perosak
b. Menentukan taburan perosak
c. Mengesyorkan dan menjalankan kawalan yang sesuai

ii. Cara Pengawasan
a. Dilakukan lebih kerap pada musim pokok berpucuk dan berbunga
b. Menggunakan pelbagai cara seperti sauk (sweeping), tanda-tanda
serangan seperti ranting patah dan penggunaan perangkap lampu
dan berpelekat.

8.2. Pilihan Jenis Kimia

8.2.1. Pendekatan Penggunaan Racun Kimia:

a. Racun makhluk perosak yang digunakan hendaklah sesuai dengan
perosak sasar dan bertindak secara spesifik. Ia juga hendaklah
memberi kesan minimum ke atas populasi organisma berfaedah,
hidupan akuatik, pekerja dan pengguna serta tidak merosakkan lapisan
ozon.
28
b. Hanya menggunakan racun makhluk perosak yang berdaftar di bawah
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan digunakan mengikut syor di
label sahaja.
c. Mempunyai senarai terkini racun makhluk perosak yang diluluskan
untuk penggunaan bagi tanaman yang ditanam di ladang tersebut.
d. Penggunaaan racun makhluk perosak mengikut kadar yang disyorkan
pada label.
e. Elakkan dari menggunakan racun makhluk perosak yang sama bahan
perawis aktif berulang-ulang melebihi tiga kali berturut-turut.
f. Dilarang menggunakan racun sistemik pada tanaman sayuran,
tanaman singkat masa dan buah-buahan tidak bermusim.
g. Bagi pengusaha yang mengusahakan hasil tanaman untuk eksport,
pengusaha tidak boleh menggunakan racun kimia yang diharamkan
atau tidak dibenarkan di negara pengimport.
h. Penggunaan racun biopestisid yang lebih mesra alam contohnya racun
Bacillus thuringiensis (Bt).
i. Racun yang mengandungi spora kulat yang bertindak sebagai
fungistatik.
j. Penggunaan racun makhluk perosak secara minimum.
k. Pengusaha hendaklah sentiasa berhubung dengan pelanggan
(pengeksport, pengimport) bagi mendapatkan maklumat mengenai
larangan dagangan tambahan.
l. Bekalan racun makhluk perosak hendaklah daripada pembekal yang
berlesen dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).
m. Resit pembelian sebarang racun makhluk perosak hendaklah
disimpan dan direkod.

8.3. Nasihat Mengenai Penggunaan Racun Makhluk Perosak

Mendapat nasihat penggunaan racun makhluk perosak dari badan-badan dan
pihak berkuasa yang kompeten.

8.4. Rekod Penggunaan

Rekod penggunaan racun makhluk perosak mestilah disimpan dan sentiasa
dikemaskini serta mengandungi maklumat jenis tanaman, lokasi, tarikh
digunakan, sebab penggunaan, nama dagangan racun makhluk perosak,
kadar, cara atau kaedah penggunaan dan nama orang yang menjalankan
penyemburan.

8.5. Keselamatan, Latihan dan Arahan

a. Sediakan pelan tindakan keselamatan dan keselesaan serta prosedur
kecemasan dan kemalangan di tempat kerja.
b. Pekerja yang menggunakan racun makhluk perosak hendaklah dilatih
mengenai penggunaan dan pengendalian racun makhluk perosak secara
selamat serta direkodkan.
c. Pekerja yang mengendalikan racun makhluk perosak perlu menjalani
pemeriksaan perubatan seperti digariskan di bawah peraturan-peraturan
pihak berkuasa.
29
d. Kotak rawatan kecemasan (first aid box) yang lengkap mesti disediakan
dan diletakkan di tempat khas di ladang.
e. Tanda amaran BAHAYA hendaklah diletakkan di tempat yang dikenal
pasti merbahaya.

8.6. Pakaian Perlindungan Diri (PPE)

8.6.1. Pekerja ladang hendaklah memakai pakaian keselamatan yang
sempurna semasa mengendalikan racun seperti penutup muka, penutup
mulut, sarung tangan, seluar panjang, baju berlengan panjang, kasut but
dan topi. Peralatan ini hendaklah dibersihkan selepas diguna dan
disimpan berasingan dari tempat simpanan racun perosak.

8.6.2. Berikut merupakan peralatan yang perlu digunakan mengikut aktiviti
dan jenis racun makhluk perosak yang digunakan:-

Aktiviti Cara Pengendalian/alatan
Semasa
mengangkut
a. Sarung tangan getah (Dilarang menggunakan sarung
tangan yang diperbuat daripada kain atau kulit)
b. Apron
c. Kasut but getah (Dilarang menggunakan kasut yang
diperbuat daripada kain atau kulit
Semasa
membancuh







Debu/serbuk
a. Sarung tangan
getah
Pelindung
muka
(digalakkan)
atau pelindung
mata (goggle)
dan penutup
mulut-hidung
(dust mask)
atau
respiratory
mask Baju
lengan panjang
b. Seluar panjang
c. Kasut but
getah (Jangan
guna kasut
yang diperbuat
daripada kain
atau kulit)
Cecair
a. Sarung
tangan nitril
b. Penutup
mulut-hidung
(dust mask)
atau
respiratory
mask
Pelindung
mata (goggle)
c. Baju lengan
panjang
d. Seluar
panjang
e. Kasut but
getah
(Jangan guna
kasut yang
diperbuat
daripada kain
atau kulit)
f. Apron
Butir
a. Sarung tangan
getah Penutup
mulut-hidung
(dust mask)
atau
respiratory
mask atau
pelindung
muka
b. Baju lengan
panjang
c. Seluar
panjang
d. Kasut but
getah (Jangan
guna kasut
yang diperbuat
daripada kain
atau kulit)
e. Apron
Semasa
Menyembur

a. Penutup mulut/hidung (dust mask) atau respiratory
mask
b. Pelindung mata (goggle)
c. Baju lengan panjang
d. Seluar panjang
30
e. Kasut but getah (Jangan guna kasut yang diperbuat
daripada kain atau kulit)
f. Apron
g. Topi
Semasa
Mencuci
Alat
Penyembur
a. Sarung tangan getah
b. Baju lengan panjang
c. Seluar panjang
d. Kasut but getah (Jangan guna kasut yang diperbuat
daripada kain atau kulit)
e. Apron

8.7. Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH)

8.7.1. Tempoh dilarang mengutip hasil (Pre-Harvest Interval) yang terdapat
pada label mesti dipatuhi.

8.8. Alat Penyembur

8.8.1. Alat penyembur yang digunakan mestilah sesuai untuk tanaman dan
ladang seperti yang disyor pada label pembungkusan serta disimpan
dalam keadaan baik.

8.8.2. Membuat kalibrasi ke atas peralatan penyemburan untuk menentukan
kuantiti yang disembur adalah tepat.
8.8.3. Bancuhan racun makhluk perosak disediakan dengan pengiraan yang
tepat dan direkodkan.

8.9. Pelupusan Bancuhan Yang Berlebihan

8.9.1. Air basuhan dan lebihan bancuhan adalah:

a. Lebihan racun makhluk perosak yang masih baik tetapi tidak habis
digunakan.
b. Baki racun makhluk perosak di dalam tangki/tong penyembur yang
telah dibancuh.
c. Air basuhan peralatan penyemburan.
d. Air basuhan tangan dan pakaian pelindung.
e. Air basuhan pembersihan tong drum.

8.9.2. Kaedah yang boleh digunakan untuk melupuskan air basuhan dan
lebihan bancuhan racun makhluk perosak adalah:

a. Masukkan ke dalam lubang tanah:
i. Kaedah ini hanya boleh digunakan di kawasan yang mempunyai
paras air bawah tanah yang rendah.
ii. Gali sebuah lubang sedalam 0.5 - 1 meter, pastikan dasar lubang
adalah kering iaitu tiada tanda-tanda telah mencapai tahap air
bawah tanah atau kewujudan mata air.
iii. Lubang mestilah pada kedudukan melebihi 30 meter daripada punca
air, sungai, telaga atau kawasan perumahan.
31
iv. Air basuhan dialirkan secara perlahan ke dalam lubang kemudian
lubang ditimbus dengan perlahan untuk mengelakkan air basuhan
itu melimpah keluar.

b. Guna semula sebagai bahan pencair
Jika paras air bawah tanah adalah tinggi kaedah memasukkan sisa
racun ke dalam lubang tanah TIDAK BOLEH dilakukan. Satu pilihan
lain bagi air basuhan ialah dengan menggunakannya sebagai pencair.
Air basuhan dikumpulkan dalam tong dram yang ditanda dengan jelas
dan mempunyai penutup yang ketat dan digunakan untuk membuat
bancuhan racun makhluk perosak yang sama pada hari berikutnya.

8.10. Penyimpanan Racun Makhluk Perosak

8.10.1. Tempat penyimpanan racun makhluk perosak mesti mengikut
spesifikasi seperti berikut:-

a. Mesti
i. Berbumbung, kering dan jauh daripada punca air bagi
mengelakkan risiko pencemaran kepada punca air jika
berlaku tumpahan.
ii. Mempunyai pengudaraan yang baik dan pencahayaan yang
cukup.
iii. Bertutup dan berkunci. Kunci hendaklah
dipertanggungjawabkan kepada pekerja/individu yang
terlatih dalam pengendalian racun makhluk perosak.
iv. Dipamerkan tanda bahaya dan tanda stor racun makhluk
perosak di tempat yang mudah untuk dilihat.
v. Mempunyai baldi berisi bahan penyerap yang digunakan
untuk mengawal tumpahan racun makhluk perosak seperti
habuk kayu atau pasir dan sentiasa diletakkan dalam stor.
vi. Mempunyai punca bekalan air bersih untuk kerja
pembersihan bila perlu.
vii. Racun-racun makhluk perosak jenis cecair diletakkan di
bahagian bawah rak racun makhluk perosak jenis pepejal.
viii. Mempunyai rekod yang sentiasa dikemaskini.
ix. Mempunyai label asal dalam keadaan sempurna bagi setiap
racun makhluk perosak yang terdapat di dalam stor
berkenaan.
x. Menampal Prosedur Keselamatan berdekatan dengan stor.
Prosedur tersebut mestilah mengandungi maklumat penting
sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan.

b. Dilarang Sama Sekali
i. Menyimpan sama ada bahan makanan, hasil pertanian atau
bahan tanaman bersama-sama dengan racun makhluk
perosak.
ii. Menyimpan Alat Pelindung Diri di dalam stor racun makhluk
perosak.

32
c. Digalakkan
i. Mempunyai alat pemadam api yang diluluskan oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat di luar stor.
ii. Rak-rak yang terdapat di dalam stor diperbuat daripada
bahan yang tidak menyerap cecair. (Bagi rak yang diperbuat
daripada bahan yang menyerap cecair hendaklah dilapik
dengan bahan yang tidak menyerap cecair).
iii. Sebaik-baiknya racun rumpai diasingkan daripada racun-
racun jenis lain.
iv. Stor racun makhluk perosak hendaklah diasingkan dari
bahan-bahan lain termasuk bahan kimia pertanian yang lain
seperti baja. Sekiranya racun makhluk perosak disimpan
dalam sebuah bangunan stor yang sama dengan bahan-
bahan lain maka sekatan perlu dibuat dan dilabelkan.
v. Menyimpan hanya racun makhluk perosak berdaftar untuk
tanaman yang ditanam di ladang tersebut sahaja.

8.11. Bekas Kosong Racun Makhluk Perosak

8.11.1. Terdapat 4 cara untuk melupuskan bekas-bekas racun makhluk
perosak, iaitu:

a. Tanam
i. Kaedah ini hanya boleh digunakan di kawasan yang
mempunyai paras air bawah tanah yang rendah.
ii. Gali sebuah lubang sedalam 0.5 - 1 meter, pastikan dasar
lubang adalah kering iaitu tiada tanda-tanda telah mencapai
tahap air bawah tanah atau kewujudan mata air.
iii. Kedudukan lubang mestilah pada jarak melebihi 30 meter
daripada punca air, sungai, telaga atau kawasan kediaman.
iv. Semua bekas racun kecuali bekas aerosol mesti dibilas tiga
kali dan ditebuk atau diremukkan sebelum ditanam.

Catatan:
Penambahan bahan organik: Penambahan baja atau apa-apa
bahan organik/semulajadi reput ke dalam lubang pelupusan
sebelum menimbus semula, boleh membantu penguraian racun
makhluk perosak oleh mikroorganisma.

b. Kitar Semula
Bekas-bekas racun makhluk perosak jenis High Density
Polyethylene-HDPE perlu dibilas 3 kali dan dikitar semula
sekiranya ada kemudahan program kitar semula (recycle).
Bekas-bekas yang telah di bilas 3 kali boleh dihantar ke pusat
pengumpulan sementara yang diwujudkan di kawasan
berhampiran.

33
c. Hantar ke Pusat Pelupusan Sisa Kimia
Semua bekas-bekas kosong racun makhluk perosak boleh
dihantar ke pusat pelupusan sisa kimia yang diluluskan dalam
sesuatu kawasan.

d. Bakar
Kaedah ini HANYA sesuai bagi bekas-bekas racun makhluk
perosak yang diperbuat daripada kertas dan kadbod dan setelah
diberi pertimbangan bahawa tiada kaedah lain yang sesuai yang
boleh diamalkan di kawasan berkenaan. Sebelum
menggunakan kaedah ini mestilah mendapatkan nasihat pihak
berkuasa tempatan terlebih dahulu supaya tidak menyalahi
undang-undang dan juga tidak menjejaskan keselamatan orang
awam dan juga alam sekitar.

8.11.2. Peraturan-peraturan yang mesti diikuti:

a. Semua bekas mesti terlebih dahulu dibilas tiga kali. Kaedah ini
dilakukan dengan memasukkan air ke dalam bekas racun dan
menggoncangkan bekas tersebut dan air bilasan dimasukkan ke
dalam tong semburan racun dan bekas racun makhluk perosak
kosong ditebuk kecuali kaca dan bekas aerosol.
b. Gali sebuah lubang sedalam 0.5 - 1 meter, pastikan dasar
lubang adalah kering iaitu tiada tanda-tanda telah mencapai
tahap air bawah tanah atau kewujudan mata air.
c. Kedudukan lubang mestilah pada jarak melebihi 30 meter
daripada punca air, sungai, telaga atau kawasan kediaman.
d. Nyalakan api dalam lubang dan masukkan bekas-bekas racun
makhluk perosak berkenaan.
e. Pastikan proses pembakaran sentiasa di awasi oleh orang
dewasa yang terlatih dan berpengalaman dalam pengendalikan
pembakaran.
f. Pembakaran yang telah sempurna perlu ditimbus dengan tanah.
g. Jika ada pusat pengumpulan, bekas racun makhluk perosak
hendaklah dihantar ke tempat tersebut Sebaliknya jika tiada
pusat pengumpulan, bekas racun makhluk perosak hendaklah
ditanam mengikut kaedah yang disyorkan.

8.12. Racun Makhluk Perosak Lapuk

8.12.1. Racun makhluk perosak lapuk perlu dilupuskan oleh kontraktor
sisa buangan bahan kimia yang dibenarkan.

9. PENUAIAN

Peringkat kematangan hasil boleh ditentukan melalui pengenalpastian ciri-ciri
fizikal (rupa bentuk, warna, saiz, keadaan tanaman/buah dan tekstur), ciri-ciri
kimia (kandungan pepejal larut, kanji, gula dan keasidan) dan jangka masa
berbunga atau selepas ditanam.

34
Kaedah penuaian hasil hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai iaitu:-

a. Memetik pada awal pagi atau lewat petang.
b. Tidak memetik ketika buah masih basah.
c. Petik hasil dengan cermat supaya hasil tidak tercedera.
d. Hasil yang tercedera dan dijangkiti penyakit/perosak diasingkan.
e. Peralatan untuk memetik hasil mestilah bersih dan tidak berkarat.
f. Kumpulkan di tempat teduh dan hasil tidak boleh diletakkan di atas tanah.
g. Masukkan hasil yang dipetik ke dalam bekas yang bersih.

Contoh Panduan Indeks Penuaian Hasil
Jenis
Tanaman
Indeks
Kacang
Panjang
Lengai mula membengkak
Tomato
Untuk pasaran jauh - buah dipetik pada peringkat
matang hijau
Untuk pasaran dekat - peringkat perubahan warna
(buah muda mula masak dan tampuknya mula
bertukar kemerah-merahan. Keadaan buah pada
peringkat ini masih keras)
Mangga
10 minggu dari putik
(warna kulit buah bertukar dari hijau kepada kuning
muda)
Tembikai 60 70 hari selepas mengubah
Nanas 120 170 hari dari berbunga
Timun
1. Warna buah bertukar daripada hijau gelap
kepada hijau cerah dan berkilat.
2. Tiada duri pada buah
3. Benang sari di bahagian hujung buah mula
tanggal
Bendi
1. Buah yang berukuran 10 -12 cm dimana rapuh
dan senang dipatahkan.
2. Warna seragam hijau atau hijau muda.

9.1. Kebersihan

9.1.1. Setiap pekerja perlu diberi latihan mengenai kebersihan asas dan
aspek keselamatan makanan sebelum mengendalikan hasil.
9.1.2. Pekerja dikehendaki memaklumkan kepada pihak pengurusan jika
mereka jatuh sakit atau dijangkiti penyakit berjangkit yang menyebabkan
mereka tidak sihat dan tidak sesuai untuk bekerja.
9.1.3. Pekerja hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas dan air
bersih untuk mencuci tangan di kawasan bekerja.
9.1.4. Prosedur kebersihan untuk pekerja yang mengendalikan perlu
dipamerkan seperti cara mencuci tangan dengan betul.

33
9.2. Pembungkusan di Ladang

9.2.1. Bekas/kotak pembungkusan hendaklah disimpan di tempat yang bersih
bagi mengelak kontaminasi fizikal dan kimia dan terkawal dari serangan
tikus, burung dan haiwan lain.
9.2.2. Bekas-bekas/bakul yang diguna semula untuk pungutan hasil
hendaklah dibersihkan dari semasa ke semasa.
9.2.3. Hasil yang dibungkus di ladang tidak boleh ditinggalkan semalaman
bagi mengelakkan pencemaran.
9.2.4. Menggunakan pembungkus yang sesuai. Bahan pelapik seperti kertas
atau plastik digunakan bagi mengelakkan sentuhan atau geseran.
Elakkan dari menggunakan surat khabar.

10. PENGENDALIAN PASCA TUAI

a. Berikut merupakan aktiviti pasca tuai yang dijalankan di tempat
pengumpulan:-

i. Pengasingan - hasil yang rosak diasingkan supaya tidak bercampur
dengan hasil yang baik.
ii. Pembersihan - mengeluarkan kotoran pada hasil menggunakan air bersih
yang perlu ditukar dari semasa ke semasa.
iii. Rawatan Dilakukan untuk mengawal penyakit dan perosak lepas tuai
seperti antraknos dan lalat buah dengan menggunakan rawatan air panas,
waxing, radiasi atau vapour heat
iv. Penggredan dan pengelasan - Hasil digred dan dikelaskan dengan menilai
ciri-ciri tertentu sesuatu jenis hasil. Hasil yang digred dan dikelaskan akan
lebih seragam dan mudah dipasarkan.
v. Penyimpanan Menyimpan di dalam bilik sejuk pada suhu dan
kelembapan yang sesuai mengikut jenis hasil boleh mengekalkan kualiti
untuk jangka masa yang panjang dan.
vi. Pengangkutan Elakkan hasil dari terdedah kepada cuaca panas dan
hujan. Bekas yang diisi hasil disusun dengan baik untuk mengurangkan
kerosakan mekanikal, mendapatkan pengudaraan yang baik untuk
mengelakkan peningkatan suhu dan serangan mikroorganisma.

b. Pengurangan kualiti semasa pengendalian pasca tuai boleh disebabkan oleh
proses biologi secara normal yang perlahan serta kaedah pengendalian yang
tidak cermat. Penyumbang terbesar kepada pengurangan kualiti selepas
penuaian ialah:-

i. Kematangan yang cepat (penuaan)
ii. Kehilangan air
iii. Kerosakan mekanikal
iv. Kecacatan fisiologi
v. Serangan penyakit
vi. Tumbesaran dan pengembangan

36
10.1. Rawatan Pasca Tuai

10.1.1. Penggunaan bahan kimia untuk rawatan hasil jika boleh hendaklah
dielakkan. Jika perlu digunakan hendaklah mengikut arahan dilabel
dan mematuhi Akta Makanan dan Akta Racun Makhluk Perosak.
10.1.2. Untuk hasil yang akan dieksport, penggunaan bahan kimia hendaklah
mematuhi undang-undang negara pengimport.
10.1.3. Rekod rawatan pasca tuai hendaklah disimpan dan dicatatkan
mengenai jenis tanaman, lokasi, tarikh, alasan rawatan, jenis rawatan,
kadar, kaaedah dan nama orang yang menjalankan rawatan.
10.1.4. Mempunyai senarai terkini racun makhluk perosak yang diluluskan
untuk penggunaan bagi tanaman yang ditanam di ladang tersebut.
10.1.5. Pengusaha hendaklah sentiasa berhubung dengan pelanggan
(pengeksport, pengimport) bagi mendapatkan maklumat mengenai
larangan dagangan tambahan.
10.1.6. Mendapat nasihat penggunaan racun makhluk perosak dari badan-
badan dan pihak berkuasa yang kompeten.

10.2. Pembersihan Hasil Tanaman

10.2.1. Air bersih dan selamat (potable water) hendaklah digunakan untuk
rawatan hasil. Sumber air yang digunakan perlu dibuat analisis
sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan ianya bersih.
10.2.2. Pembersihan menggunakan air boleh menghilangkan kekotoran dan
residu racun makhluk perosak pada hasil tanaman.

11. ANALISIS RESIDU RACUN MAKHLUK PEROSAK TERHADAP HASIL
TANAMAN

11.1. Sampel hasil ladang yang telah sedia untuk dijual akan diambil untuk
dibuat analisis bagi menentukan kandungan residu racun makhluk
perosak, logam berat dan kontaminasi mikrobial.
11.2. Keputusan analisis residu racun makhluk perosak mesti lulus tiga kali
berturut-turut, manakala bagi analisis logam berat dan mikrobial perlu
lulus sekali sahaja.
11.3. Analisis hendaklah dijalankan di makmal yang telah diakreditasi dan
memenuhi piawaian makmal yang baik iaitu ISO/IEC 17025.
11.4. Keputusan analisis yang mengandungi maklumat ladang dan pengusaha
perlu disimpan.
11.5. Sekiranya keputusan analisis gagal, pengusaha perlu mengambil tindakan
pembetulan dan merekod serta memaklumkan tindakan yang telah diambil.

12. PENGURUSAN PENCEMARAN DAN SISA LADANG

12.1. Sisa ladang hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul bagi
memelihara kebersihan dan keselamatan alam sekitar. Bagi sisa ladang
organik digalakkan untuk digunakan semula dengan dijadikan sebagai
kompos untuk memperbaiki struktur tanah. Sisa ladang yang tidak mudah
terurai perlu mengutamakan pelupusan kitar semula berbanding kaedah
lain seperti menanam atau membakar.
37
13. KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN PEKERJA

13.1. Pelan Tindakan

13.1.1. Mengambil dan menggaji pekerja yang sah iaitu mempunyai
permit/pasport yang sah bagi pekerja asing.
13.1.2. Pekerja hendaklah berumur lebih daripada 16 tahun.

13.2. Latihan

13.2.1. Latihan perlu diberi kepada pekerja ladang mengenai
mengendalikan peralatan dan mesin/jentera ladang, serta mengenai
kebersihan dan pengendalian hasil yang betul. Semua rekod latihan
perlu disimpan.
13.2.2. Prosedur kemalangan perlu disediakan mengikut bahasa yang
mudah difahami oleh pekerja dan dipamerkan. Berikut merupakan
beberapa maklumat dan prosedur kemalangan yang perlu
disediakan:-

a. Sekiranya berlaku tumpahan racun makhluk perosak:-
i. Membendung dan mengalihkan tumpahan menggunakan bahan
penyerap seperti pasir atau habuk kayu
ii. Kumpulkan racun makhluk perosak yang telah diserap ke dalam
bekas khas
iii. Bersih atau neutralkan tempat tumpahan
iv. Pastikan air basuhan tidak mencemarkan punca air
v. Lupuskan racun makhluk perosak yang diserap dengan kaedah
yang dibenarkan oleh undang-undang

b. Sekiranya berlaku kemalangan tumpahan racun makhluk perosak
yang melibatkan manusia, perkara-perkara berikut perlu diikuti:-
i. Bawa orang yang berkenaan jauh dari kawasan kemalangan
ii. Tanggalkan pakaian yang tercemar
iii. Bahagian yang terkena racun hendaklah dibasuh
iv. Jika ada tanda-tanda keracunan bawa pekerja berkenaan
menemui doktor dengan segera. Bawa sekali bekas racun yang
masih berlabel semasa mendapatkan rawatan.

c. Maklumat nombor telefon kecemasan seperti berikut perlu
disediakan:-
i. Hospital : ...........
ii. Ambulans : ...........
iii. Bomba : ...........
iv. Pegawai Perlu Dihubung
Nama : ...........
No. Tel : ...........
v. Tempat telefon terdekat : ...........
vi. Pusat Racun Negara : 1-800-88-8099 (talian bebas tol)

38
13.3. Kemudahan dan Peralatan

13.3.1. Kemudahan asas seperti rumah pekerja, tandas, bekalan air bersih,
tempat membasuh tangan yang sesuai, sabun, tempat mandi, tempat
berehat, peti pertolongan cemas (first aid box) dan alat pemadam api
mesti disediakan kepada pekerja. Jika pekerja disediakan tempat
tinggal di kawasan ladang, tempat itu hendaklah berasingan dengan
stor simpanan input terutamanya racun perosak.
13.3.2. Kawasan ladang yang dikenal pasti merbahaya perlu diletakkan tanda
amaran contohnya stor racun makhluk perosak, tempoh dilarang
masuk ladang, dilarang merokok dan lain-lain.

13.4. Pengendalian Racun Makhluk Perosak

13.4.1. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan mengikut peraturan kerajaan
bagi pekerja yang mengendalikan racun perosak.

13.5. Kebersihan

13.5.1. Semua tempat pengendalian hasil dan stor simpanan mestilah bersih
serta mempunyai langkah kawalan perosak daripada menjadi tempat
pembiakan perosak.
13.5.2. Program latihan mengenai kebersihan asas perlu merangkumi
keperluan membersih tangan, merawat luka dan menyediakan tempat
khas untuk makan, minum dan merokok.

13.6. Kebajikan

13.6.1. Sekiranya tempat tinggal disediakan di ladang ia mestilah selesa
dan selamat untuk didiami serta dilengkapi dengan kemudahan dan
keperluan asas seperti tandas, sumber air dan jauh dari kawasan
yang boleh menyebabkan risiko kepada kesihatan pekerja.

14. ISU-ISU ALAM SEKITAR

14.1. Impak Perladangan ke Atas Alam Sekitar

14.1.1. Pengusaha mesti menjaga kebersihan udara, air, tanah, biodiversiti
dan alam sekitar.

14.2. Hidupan Liar dan Pemuliharaan Biodiversiti

14.2.1. Pengusaha hendaklah prihatin, mengenalpasti dan mengambil
langkah untuk mengelak kerosakan terhadap hidupan liar dan
biodiversiti. Sekiranya habitat hidupan liar dan biodiversiti kawasan
tersebut terganggu pemuliharaan dan penambahbaikan perlu
dijalankan.

39
14.3. Kawasan Tidak Produktif

14.3.1. Pengusaha digalakkan untuk menukar kawasan tidak produktif
seperti paya, kawasan bercerun dan gambut dalam kepada kawasan
lindungan untuk flora dan fauna.

15. REKOD ADUAN

15.1. Menerima, merekod, menyimpan dan mengambil tindakan serta
penambahbaikan ke atas setiap aduan yang diterima.

16. KEPERLUAN PERUNDANGAN

16.1. Mematuhi undang-undang berkaitan pengeluaran hasil ladang seperti akta-
akta berikut:-

a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
b) Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
c) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
d) Akta Racun Makhluk Perosak (1974)
e) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994)
f) Akta Perlindungan Varieti Baru (2004)
g) Akta Pemuliharaan Tanah (1976)

F. PENGAUDITAN

1.0 Audit Dalam

1.1 Untuk tujuan Pensijilan, audit dalam terdiri daripada Pegawai Pertanian
Daerah / Pegawai Pembimbing.
1.2 Audit dalaman perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun
berdasarkan keperluan standard SALM.
1.3 Audit dalam dijalankan bagi tujuan memastikan ladang-ladang
pengusaha mengamalkan amalan pertanian baik dan seterusnya
membimbing pengusaha sehingga mendapat pensijilan SALM.
1.4 Semasa menjalankan audit dalam, pegawai pembimbing perlu
mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk
perosak dan logam berat.
1.5 Audit dalam perlu didokumenkan.

2.0 Audit Luar

2.1 Pengauditan akan dilaksanakan oleh Pegawai Teknikal yang dilatih
dan dilantik.
2.2 Audit luar dijalankan untuk tujuan mendapatkan pensijilan SALM.

40
G. PENSIJILAN

1.0 Ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik dan dapat
memenuhi syarat-syarat pensijilan SALM akan dianugerahkan sijil SALM.
Terdapat 2 peringkat pensijilan SALM iaitu:-

a) Tahap 1: Ladang telah mematuhi ke semua syarat wajib utama
b) Tahap 2: Ladang telah mematuhi ke semua syarat wajub utama,
95% syarat wajib bukan utama dan 50 % syarat digalakkan.

2.0 Ladang yang mendapat pensijilan tahap 1 hanya akan diberikan surat
perakuan manakala ladang yang telah mendapat pensijilan tahap 2 akan
dianugerahkan sijil SALM dan layak menggunakan logo SALM.
3.0 Pensijilan adalah sah untuk tempoh dua tahun dan pembaharuan sijil akan
dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sijil SALM juga boleh ditarik balik dalam tempoh sah laku jika dalam tempoh
tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

41
PENGHARGAAN

Jabatan Pertanian mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pengarah
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Pn. Hajah Norma bt. Othman selaku penasihat
serta kakitangannya Pn. Siti Saudah bt. Hassim, Cik Siti Mahramah bt. Hamidon, En.
Abdul Razak b. Mustafa, Pn. Mastura bt. Ismail @ Mohd. Ghazali, Cik Rosmawani
bt. Mohamed, Cik Noor Azean bt. Ramlan dan En. Rosli b. Ismail yang terlibat dalam
penyediaan Garis Panduan ini.

Penghargaan juga diberi kepada Ahli Kumpulan Kerja yang sama-sama
membantu dalam memberi maklumat untuk garis panduan ini:

En. Asari b. Hassan Bahagian Pengurusan & Pemuliharaan
Sumber Tanah, Ayer Hitam, Johor
En. Nik Mazlan b. Wan Abu Bakar Bahagian Pengurusan &
Pemuliharaan Sumber Tanah, Kelantan
En. Mohd. Razi b. Md. Noor Bahagian Hortikultur, Putrajaya
En. A. Rahman b. Abu Bakar Bahagian Pengurusan &
Pemuliharaan Sumber Tanah, Putrajaya
Pn. Che Norlia bt. Shariff Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,
Titi Gantong, Perak
En. Ahmad Kamil b. Yunus Unit Perlindungan Tanaman, Johor
Pn. Asmah bt. Abas Bahagian Perlindungan Tanaman &
Kuarantin Tumbuhan, Kuala Lumpur
Pn. Che An bt. Mohd. Joned Bahagian Kejuruteraan, Kuala Lumpur
Pn. Normaizah bt. Ismail@Manaf Bahagian Padi, Tanaman Industri &
Florikultur, Putrajaya
En. Pudzi b. Harun Bahagian Padi, Tanaman Industri &
Florikultur, Kelantan
En. Ulah Anak Anggat Bahagian Kawalan Racun Perosak, Kuala
Lumpur
42
Pn. Rosmawati bt. Selamat Bahagian Pengembangan, Perundingan,
Pelaburan dan Industri Asas Tani, Putrajaya
Pn. Haryati bt. Mansor Bahagian Pengurusan &
Pemuliharaan Sumber Tanah, Kuala Lumpur
En. Omar b. Misran Bahagian Kawalan Racun Perosak, Kuala
Lumpur
En. Kamarzaman b. Che Mat Bahagian Kejuruteraan, Serdang, Selangor
En. Mohd. Zainudin b. Mohd. Jailani

Bahagian Pengurusan &
Pemuliharaan Sumber Tanah, Titi Gantong,
Perak
En. Ali b. Wazir Bahagian Perlindungan Tanaman &
Kuarantin Tumbuhan, Kuala Lumpur
En. Shaffiei b. Mohd Bahagian Perlindungan Tanaman &
Kuarantin Tumbuhan, Kuala
Terengganu
En. Zakbah b. Mian Bahagian Padi, Tanaman Industri &
Florikultur, Parit Botak, Johor
En. Che Rahim b. Che Hassan Unit Perlindungan Tanaman, Besut,
Terengganu
En. Mohd. Zahid b. Hassan Bahagian Hortikultur , Parit Botak, Johor

You might also like